8 Nov 2021

Drama Sihir Episod 1 Hingga 20 lakonan Kamal Adli dan Hun Haqeem (Astro Ria)



Drama Sihir, Drama Sihir Astro Ria, Drama Sihir Cast, Info dan Sinopsis Drama Sihir, Poster Drama Sihir, Drama Sihir Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Sihir, Kamal Adli, Hun Haqeem,

Drama Sihir adalah drama terbaru di Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Malaysia Ghost Stories yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Sihir ini adalah Kamal Adli, Hun Haqeem, Farah Ahmad, Zarul Umbrella, Sharifah Shahora, Fiza Thomas, Zarynn Min, Dilla Ahmad, Mak Wan Ju, Ellyas Abdullah, Katalina dan ramai lagi. Drama Sihir ini mempunyai 20 episod dan mula bersiaran di Astro Ria sejak 1 November 2021 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Selain itu drama ini diarahkan oleh 4 pengarah iaitu Michael Ang, Kamal Adli, Hun Haqeem dan Azmir Affandi. Ini adalah kali pertama Kamal Adli dan Hun Haqeem menjadi pengarah drama. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Sihir ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Kamal Adli sebagai Nuh
Hun Haqeem sebagai Hud
Zarul Husin sebagai Ustaz Ayub
Sharifah Shahora sebagai Sahara
Farah Ahmad sebagai Juanita
Zaryn Min sebagai Cik Hilyah
Wan Ellyas sebagai Wan
Fiza Thomas sebagai Salina
Katalina sebagai Mila
Mak Wan Latah sebagai Cik Munah
Dilla Ahmad sebagai Salmah




Sinopsis Penuh Drama Sihir lakonan Kamal Adli dan Hun Haqeem

Menceritakan tentang pasangan kembar bernama Nuh dan Hud yang mempunyai kelebihan deria keenam dan cuba menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan sihir yang mengganggu orang di sekeliling mereka. Nuh mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan menerusi mimpi manakala Hud pula memiliki hijab yang membolehkannya melihat perkara yang ghaib dan mistik. Mereka sering mendapat alamat daripada mimpi atau dengan melihat bayangan sebagai petunjuk kepada sesuatu perkara. Kembar ini dibelanggu persoalan untuk menjejaki asal usul mereka dan sepanjang perjalanan itu Nuh dan Hud dipertemukan dengan insan yang merana kerana sihir dan orang-orang yang mengamalkan ilmu sihir. Setiap kali mereka membantu, mereka sering merasakan semakin dekat dengan jawapan yang mereka cari. Satu persatu petunjuk dirungkai yang akhirnya membawa Nuh dan Hud untuk mengenali siapa diri mereka yang sebenarnya.

Sinopsis Episod 1
Hud & Nuh kini perlu meninggalkan rumah anak yatim yang didiaminya setelah cukup umur namun terpaksa membatalkan hasrat mereka setelah mendapat alamat mengenai Mak Cik Halimah yang merana terkena busung.

Episod 02
Nuh mendapat alamat mengenai seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun di sebuah jambatan. Hal ini membawa mereka kepada gangguan di sebuah majlis perkahwinan yang terkena sihir pemisah.

Sinopsis Episod 3 Drama Sihir
Bayangan yang mucul dalam pandangan Hud menjelaskan keadaan Nuh yang sedang sakit. Kerana iri hati, Nuh di uji dengan sihir "Gong Tau" yang hampir meragut nyawanya.

Sinopsis Episod 4
Salina membawa Nuh & Hud bekerja di sebuah kelab malam tempatnya bekerja. Nuh & Hud mula mendapat petunjuk tentang penyanyi suara merdu yang mereka dengari selama ini menggunakan minyak buluh perindu.

Sinopsis Episod 05 Drama Sihir
Cik Hilyah meminta bantuan Nuh & Hud setelah kes histeria yang berlaku di asrama mereka sukar dibendung. Kembalinya mereka kini merungkai kisah jin yang bersarang dalam rahim warden asrama itu.


⏩⏩ Drama Mr Bibik Full Episode Lakonan Saharul Ridzwan dan Zara Zya (Akasia TV3)

1 ulasan:



My Random Post