23 Nov 2021

Drama Diari Seorang Suami Episod 1 Hingga 13 Di Slot Lestary TV3



Drama Diari Seorang Suami, Drama Diari Seorang Suami TV3, Drama Diari Seorang Suami Lakonan Afieq Shazwan, Yuna Rahim dan Keith Foo, Info dan Sinopsis Drama Diari Seorang Suami, Diari Seorang Suami Cast, Pelakon - Pelakon Drama Diari Seorang Suami,

Drama Diari Seorang Suami adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan bermula 12 November 2021 yang lalu setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon drama Diari Seorang Suami ini adalah Afieq Shazwan, Yuna Rahim, Keith Foo, Fimie Don, June Lojong, Syanie Hisham, Khal Isyaf, Sani Sudin, Iqbal Mazlan, Suraya, Kamal Ibrahim dan ramai lagi. Selain itu drama Diari Seorang Suami ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Johan Bahar serta diterbitkan oleh Art Ornament Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, aku pun tengok juga drama ini, syok gak layan drama ini yang mengisahkan suka duka pasangan muda yang baru berkahwin yang hidup secara gelandangan di Kuala Lumpur. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Diari Seorang Suami ini beserta sinopsisnya sekali okey..

  • Afieq Shazwan sebagai Hairi
  • Yuna Rahim sebagai Nisa
  • Keith Foo sebagai Azman
  • Fimie Don sebagai Jenal
  • Aida Othman sebagai Liza
  • Sani Sudin sebagai Pak Wan
  • Jun Lojong sebagai Mak Yah
  • Syanie Hisham sebagai Kak Esah
  • Iqbal Mazlan sebagai Joe
  • Khal Isyaf sebagai Omar
  • Fahmi Zamari sebagai Edi
  • Suraya Eusoff sebagai Yati
  • Kamal Ibrahim sebagai Pak Kasim
  • Cintaa Aiyuni sebagai Siti
  • Hafiz Raslin sebagai Husin
  • Ali Yusoff sebagai Brader Jai




Sinopsis Penuh Drama Diari Seorang Suami Lakonan Afieq Shazwan, Yuna Rahim dan Keith Foo Di Slot Lestary TV3 

Hairi (Afieq Shazwan) dan Neesa (Yuna Rahim) berkahwin pada usia muda walaupun tidak direstui oleh keluarga. Masing-masing hanya berumur 18 tahun. Hairi berbekalkan sijil SPM manakala Neesa bakal menduduki peperiksaan STPM. Mereka telah membuat keputusan untuk berkahwin lari. Mereka berdua mula menjadi gelandangan di Kuala Lumpur. Malahan, mereka juga tidak mempunyai arah tujuan dan pekerjaan yang tetap. Di situ, Hairi dan Neesa terpaksa melalui pelbagai onak duri hidup dalam kalangan masyarakat gelandangan. Kisah hidup mereka bertambah rumit selepas Neesa disahkan mengandung. Semuanya dicatatkan di dalam diari Hairi yang tidak pernah diketahui oleh Neesa. Orang Kaya Azman (Keith Foo) muncul dalam hidup mereka dan mahu membantu Hairi dan Neesa. Orang Kaya Azman menawarkan pekerjaan kepada Hairi malah juga membenarkan kedua-duanya tinggal di rumah agam miliknya. Apakah yang bakal berlaku pada Hairi dan Neesa? Diari Hairi bakal menjawab hati dan perasaan seorang suami.
Drama Diari Seorang Suami, Drama Diari Seorang Suami TV3, Drama Diari Seorang Suami Lakonan Afieq Shazwan, Yuna Rahim dan Keith Foo, Info dan Sinopsis Drama Diari Seorang Suami, Diari Seorang Suami Cast, Pelakon - Pelakon Drama Diari Seorang Suami, Afieq Shazwan, Yuna Rahim, Keith Foo, Fimie Don, June Lojong,
Lagu Tema / OST Drama Diari Seorang Suami

👄👄 Kemelut nyanyian Pasya

Tonton Online Drama Diari Seorang Suami

Selain di TV3, korang juga boleh tonton drama ini secara online juga di Youtube Drama Sangat Official

Jom Baca Ini Juga 💘💘 Telefilem Jin Lakonan Wany Hasrita Di Astro Citra


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post