15 Nov 2021

Drama Ustazah Robotik - TV Alhijrah



Drama Ustazah Robotik, Drama Ustazah Robotik TV Alhijrah, Poster Drama Ustazah Robotik, Info dan Sinopsis Drama Ustazah Robotik, Drama Ustazah Robotik Full Episode, Ustazah Robotik Cast, Pelakon - Pelakon Drama Ustazah Robotik, Zaki Azeman, Puteri Sarah Liyana,

 Drama Ustazah Robotik adalah drama terbaru di slot Qalbu TV Alhijrah yang disiarkan mulai 8 November yang lalu, setiap Isnin dan Selasa, jam 6 petang. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Dia Isteriku lakonan Rozita Che Wan dan Hafidz Roshdi. Antara pelakon drama Ustazah Robotik ini adalah Puteri Sarah Liyana, Zaki Azeman, Maisara Sufia, Ameerul Asyraf, Kuza, Kartina Aziz,Khai Sabri, Esma Daniel, Zarina Zainuddin, Lan Zailan, Illey Mohtada, Fazreen Rafi dan ramai lagi. Selain itu drama Ustazah Robotik ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli serta diterbitkan oleh Side Fx Sdn Bhd. Nampak menarik dan unik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ustazah Robotik ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini ye..

Puteri Sarah Liyana sebagai Asma
Zaki Azeman sebagai Muaz
Maisara Sufia sebagai Ilya
Ameerul Asyraf sebagai Miftah
Kuza sebagai Puan Tini
Kartina Aziz sebagai Nenek
Khai Sabri sebagai 
Esma Daniel sebagai Dato Hamzah 
Zarina Zainuddin sebagai Datin Sufinah
Lan Zailan sebagai Encik Farhan
Illey Mohtada sebagai Julia
Fazreen Rafi sebagai Syamil
Mohd Hashim sebagai Pak Long
Sharifah Nur Anthasha sebagai Mak Long
Mohd Azfar sebagai Azfar 
Hany Nur Marcella sebagai Sufi




Sinopsis Penuh Drama Ustazah Robotik Lakonan Puteri Sarah Liyana dan Zaki Azeman - TV Alhijrah

Mengisahkan Asma (8 tahun) sangat obses terhadap permainan robot kerana mendapat pendedahan daripada ayahnya, seorang jurutera robot. Walau bagaimanapun, ayahnya terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa menyebabkan minatnya terhenti seketika dek perasaan kurang senang ibunya terhadap robot. Asma memberontak dalam diam kerana robot seolah menghubungkan hatinya dengan rindu kepada arwah ayah. Ibunya akur dan cuba mendorong minat Asma terhadap robot sehinggalah anak sulungnya itu berjaya menjadi jurutera robotik. Dalam liku-liku hidupnya mencapai impian, Asma jatuh hati kepada bosnya sendiri, Muaz. Peribadi Asma yang berakhlak mulia dan kecekapannya mengendalikan teknologi robot menyebabkan ibu mentuanya memanggil Asma dengan panggilan ‘Ustazah Robotik.’ Kisah ini turut mengangkat nilai-nilai kemanusiaan dengan teknologi yang tidak dapat dipisahkan. Serta menggilap sifat kemanusiaan robot yang kadangkala lebih ‘manusiawi’ daripada manusia.


⏩⏩ Info dan Sinopsis Drama Keluarga Untuk Disewa (TV9)


💚💖 Telefilem Cinta Round 1 Lakonan Izzue Islam dan Azar Azmi (Astro Citra)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post