8 Nov 2021

Telefilem Ancak Lakonan Siti Saleha (Astro Citra)



Telefilem Ancak, Telemovie Ancak, Info dan Sinopsis Telefilem Ancak, Telefilem Ancak Di Astro Citra, Ancak Cast, Ancak Synopsis, Poster Telefilem Ancak, Sinopsis Penuh Ancak, Telefilem Ancak Full Episode, Pelakon - Pelakon Telefilem Ancak, Siti Saleha, Aleza Shadan, Aida Aris, Rashdan Baba,

Telefilem Ancak telah pun disiarkan di Astro Citra pada 6 November 2021 yang lalu dan antara pelakon telefilem Ancak ini adalah Siti Saleha, Aleza Shadan, Aida Aris, Ameerul Asyraf, Rashdan Baba, Ieka Zulkifli dan ramai lagi. Aku suka dengan barisan pelakon telemovie Ancak ini, semuanya best - best. Selain itu telefilem Ancak ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Mesti ramai yang tertanya - tanya apa yang dimaksudkan dengan Ancak itu? Ancak merujuk sebagai sebarang jenis persembahan kepada makhluk halus dalam kebudayaan Melayu seperti pulut kuning, ayang panggang, telur rebus dan lain-lain. Aku dah tengok telefilem ini, best jugak jalan ceritanya. Jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Ancak Lakonan Siti Saleha Di Astro Citra

Hanis dan keluarganya pulang ke kampung setelah mendapat berita yang neneknya kini sedang nazak. Semenjak pulang ke kampung Hanis terpaksa berhadapan dengan gangguan mistik yang disebabkan oleh lesung batu pusaka neneknya. Setelah neneknya meninggal dunia, Hanis makin teruk diganggu dan dikacau oleh hantu. Hanis tidak menyedari bunyi yang aneh dari sebuah lesung batu yang digunakan untuk membuat ancak oleh arwah neneknya adalah petanda dia akan mewarisi kepada segala ilmu jahat milik arwah neneknya. Walaupun teruk diganggu, Hanis tidak mahu mewarisi apa - apa ilmu atau saka milik neneknya itu. Hanis mula mendekatkan diri dengan tuhan dan semakin berani berdepan segala gangguan.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama The Hotel 2 : Jiwa Yang Kau Puja


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post