12 Apr 2017

Kisah Cinta Agung Dalam Sanam Teri Kasam

Bollywood Movie, Filem Bollywood, Hindi Movie, Sinopsis, Sanam Teri Kasam, Pelakon Utama Filem Sanam Teri Kasam,Harshvardhan Rane, Mawra Hocane
Kisah Cinta Agung Dalam Sanam Teri Kasam

Sudah lama aku nak buat review tentang Filem Bollywood yang bertajuk Sanam Teri Kasam ini, baru sekarang sempat buat reviewnya. Filem ini release pada tahun 2016 dan filem ini juga merupakan filem debut atau filem pertama hindi buat pelakon utamanya iaitu Harshvardhan Rane dan Mawra Hocane. Walaubagaimanapun sebelum filem hindustan ini, Harshvardhan Rane sudah banyak berlakon filem Telugu manakala Mawra Hocane pula merupakan pelakon yang berasal dari Pakistan dan telah banyak berlakon dalam drama bersiri Pakistan. Filem Sanam Teri Kasam ini menjadi filem pertama mereka untuk melangkah ke industri Bollywood. Pada pendapat aku, jalan cerita filem ini simple dan sweet diawalnya sebelum berakhir dengan tragis dan kesedihan. Ada beberapa watak yang agak annoying dalam filem ini antaranya watak Bapa kepada watak heroin dalam filem ini iaitu Saru atau Saraswati. Bapa Saru langsung tak nak dengar penjelasan Saru dan Inder dan terus menjatuhkan hukuman kepada Saru tanpa usul periksa siap berharap dan mendoakan Saru mati. Adik perempuan Saru pun annoying juga sebab selalu mendesak Saru untuk mencari Boyfriend dan cepat cepat kahwin sebab dia dilarang untuk berkahwin jika kakaknya Saru belum berkahwin. Kiranya tak boleh langkah bendullah dan perlu tunggu giliran.
Harshvardhan Rane dan Mawra Hocane, Saru dan Inder, Hero dan Heroin Filem Sanam Teri Kasam,
Ibu Saru pula mempercayai Saru sepenuhnya tapi tidak berani melawan cakap suaminya yang juga ayah pada Saru. Inder pula mangsa keadaan, dia dipandang serong oleh penduduk disitu disebabkan dirinya bekas banduan dan tinggal serumah dengan teman wanitanya. Saru pun salah juga sebab salah pilih masa untuk berjumpa dengan Inder itu dan boleh pula dia pergi ke rumah Inder dalam pukul 4 pagi dan menyebabkan jiran - jiran mereka yang lain salah faham dan sekaligus menimbulkan fitnah. Apa pun aku suka dengan personaliti Inder yang luaran nampak macam ganas dan playboy tapi sebenarnya dia sangat baik hati dan bertanggungjawab. Selepas Saru dihalau oleh bapanya, Inderlah yang banyak menolong Saru dalam segala hal. Tapi satu hal je yang tak best, bila Inder sentiasa pendam perasaannya pada Saru, sebaliknya boleh pula dia nak mengahwinkan Saru dengan orang lain. Kan bagus kalau dia berterus terang saja dengan Saru pasal perasaannya tu. Saru pula jenis naif dan tak boleh nak meneka tentang perasaan Inder padanya. Apa pun aku suka juga scene make over Saru dari kurang lawa menjadi cantik jelita gitu. Bila Saru dah jadi cantik, memang dirinya mendapat perhatian lelaki, malah lelaki yang tak nak padanya sebelum ini jadi tergila - gilakanya pula, siap ajak kahwin lagi.

Walaubagaimanapun Saru akhirnya tak jadi kahwin sebaliknya dikejutkan dengan berita tentang penyakitnya dan menyebabkan Saru menghilangkan dirinya. Lakonan hero dan heroin filem Sanam Teri Kasam memang terbaik dan menyakinkan. Rasa sedih pula bila tiba - tiba Saru ada Barah Otak dan menyebabkan Saru lemah dan putus asa. Part Inder dan Saru start bercinta pun sedih juga sebab ketika itu Saru dah tak punya masa lama untuk hidup. Lagu tema / OST Sanam Teri Kasam memang best, semua lagu sedap - sedap belaka dan sesuai dengan jalan cerita filem ini. Emding filem Sanam Teri Kasam ini memang tragis dan sedihlah sebab Saru mati di hari perkahwinannya, tapi dia sempatlah berkahwin dengan Inder, malah ibu bapa Saru turut datang di hari perkahwinan Saru dan Inder dan berasa bersalah atas kesilapan mereka sebelum ini. Namun semuanya dah terlambat bila Saru akhirnya mati. Ending filem ini memang sedihlah kan, part paling sedih bila Inder sendirian lepas Saru tiada dan tidak mahu mencari pengganti Saru malah dia menjadi peguam yang berjaya selepas itu, malah hubungan Inder dan bapanya juga bertambah baik. Jadi pada sesiapa yang ingin menonton filem yang berkisarkan tentang kisah cinta yang menarik, aku sarankan korang tengok Movie ini dan semestinya korang tak akan rasa bosan dengan filem ini. Dahlah Hero dan Heroin Filem Sanam Teri Kasam ini juga kacak dan cantik gitu, jadi memang berbaloi tengok cerita ini.

Apa pun aku suka filem ini dan aku bagi 8 bintang dari 10 bintang untuk filem Sanam Teri Kasam ini.

1 ulasan:

  1. SESI TERJAH BLOG RAKAN BLOGGER

    Lama da tak layan cerita bollywoood.

    Jom ke Blog Uyul Rosli >>> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam

My Random Post