12 Nov 2021

Drama Jangan Pernah Lupakan Aku Full Episode Di TV2



Drama Jangan Pernah Lupakan Aku, Drama Adaptasi Novel Dont Forget To Remember, Drama Jangan Pernah Lupakan Aku TV2, Drama Jangan Pernah Lupakan Aku Full Episode, Drama Jangan Pernah Lupakan Aku Cast, Info dan Sinopsis Drama Jangan Pernah Lupakan Aku, Pelakon - Pelakon Drama Jangan Pernah Lupakan Aku, Julia Farhana Marin, Bong Wei Jian, Dini Schatzmann, Idham Maulana, Zera Hariz, Silfeny Osman, Susan Lankester,

Drama Jangan Pernah Lupakan Aku telah mula bersiaran di TV2, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 8 malam bermula 6 November 2021 yang lalu. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Cinta Yang Pulang lakonan Izzue Islam dan Ummi Nazeera yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Jangan Pernah Lupakan Aku ini adalah Julia Farhana Marin, Bong Wei Jian, Dini Schatzmann, Idham Maulana, Zera Hariz, Silfeny Osman, Susan Lankester, Bohari Ibrahim, Noralbaniah, Zuraini Kassim, Sharifah Anthasha, Ikhwan Khairudin dan ramai lagi. Lebih menarik bila drama Jangan Pernah Lupakan Aku ini adalah adaptasi daripada novel Bahasa Inggeris bertajuk "Dont Forget To Remember" karya Sonia Mael. Selain itu drama ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Amzari Amir serta diterbitkan oleh Wayang Tinggi Produksi Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Jangan Pernah Lupakan Aku ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Julia Farhana Marin sebagai Ariana
Bong Wei Jian sebagai Jeremy Crawford
Silfeny Osman sebagai Azizah
Zera Hariz sebagai Jasmin
Susan Lankester sebagai Mrs. Crawford
Bohari Ibrahim sebagai Tok Ishak Gajah
Zuraini Kassim sebagai Pak Man
Sharifah Anthasha sebagai Mak Ida
Ikhwan Khairudin sebagai Johan
Sasha Liiv sebagai Marion




Sinopsis Penuh Drama Jangan Pernah Lupakan Aku 
Lakonan Julia Farhana Marin, Bong Wei Jian dan Dini Schatzmann Di TV2

Ariana yang baru tamat SPM sedang menunggu tawaran kemasukan ke mana-mana university. Dia sangat meminati Bahasa Inggeris. Ke mana saja dia pergi dia pasti akan dibawa kamus (mini dictionary) bersamanya. Ariana merupakan cucu kesayangan Tok Ishak Gajah yang sangat disegani di kampung tersebut. Ariana juga sangat disenangi oleh orang kampung kerana sikapnya yang peramah dan bijak serta tidak meninggi diri. Selepas tamat SPM, Ariana telah mendapat tawaran sambung pengajian di sebuah Universiti swasta di Kuala Lumpur dalam bidang Bahasa Inggeris. Di universiti, Ariana telah bertemu dan jatuh cinta dengan pemuda berlainan bangsa berasal dari Australia iaitu Jeremy Crawford. Jeremy berasal dari keluarga yang kaya raya. Hubungannya dengan Ariana ditentang oleh ibunya, Mrs. Crawford yang akhirnya mengambil tindakan melalui pembohongan dan penipuan yang licik, yang menyebabkan Ariana membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. 
Drama Jangan Pernah Lupakan Aku, Drama Adaptasi Novel Dont Forget To Remember, Drama Jangan Pernah Lupakan Aku TV2, Drama Jangan Pernah Lupakan Aku Full Episode, Drama Jangan Pernah Lupakan Aku Cast, Info dan Sinopsis Drama Jangan Pernah Lupakan Aku, Pelakon - Pelakon Drama Jangan Pernah Lupakan Aku, Julia Farhana Marin, Bong Wei Jian, Dini Schatzmann, Idham Maulana, Zera Hariz, Silfeny Osman, Susan Lankester,
Pasangan kekasih ini berpisah begitu lama, namun cinta mereka tidak padam, sehinggalah sahabat karib mereka iaitu Ned pemuda yang berasal dari Uzbekistan yang juga pernah menaruh hati terhadap Ariana dulu tetapi terpaksa mengorbankan cintanya sendiri akhirnya membantu mempertemukan mereka kembali. Pertemuan pertama kali antara kedua kekasih ini amat mengharukan. Jeremy diterima dengan mesra oleh keluarga Ariana. Setelah Jeremy dengan rela hati memeluk agama Islam, mereka diijabkabulkan mengikut adat tempatan. Apabila suaminya membawa Ariana berjumpa, ibu Jeremy. Mrs. Crawford masih mencuba berbagai-bagai cara untuk memisahkan mereka berdua dan tidak menerima Ariana sebagai menantu. Kesudahannya Mrs.Crawford akhirnya terbuka hati menerima Ariana setelah melihat kesabaran sikap Ariana menghadapi kerenahnya. Ariana juga tidak pernah memutuskan hubungan Jeremy dengan ibunya walaupun Jeremy sangat geram dan tertekan dengan ibunya yang dirasakan melampau. Adakah kesudahan yang baik berpanjangan dalam kehidupan mereka?

Lagu Tema / OST Drama Jangan Pernah Lupakan Aku

👄👄 Jangan Lupakan Aku nyanyian Awi Rafael feat Julia Farhana Marin

Tonton Drama Jangan Pernah Lupakan Aku Full Episode

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Keluarga Untuk Disewa (TV9)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post