19 Nov 2021

Info dan Sinopsis Drama Tikam (Astro Ria)



Drama Tikam, Drama Tikam Astro Ria, Poster Drama Tikam, Info dan Sinopsis Drama Tikam, Drama Tikam Cast, Fahrin Ahmad, Ben Amir, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Jasmin Hamid,

Astro Gempak Original Series kembali dengan drama terbaru bertajuk Tikam yang bergenre jenayah dan misteri yang bersiaran setiap hari Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria. Drama Tikam ini sudah mula bersiaran sejak 3 November 2011 dan mempunyai 8 episod. Antara pelakon drama Tikam ini adalah Fahrin Ahmad, Ben Amir, Michael Ang, Intan Najuwa, Jasmin Hamid, Yuna Rahim,  Ellyas Abdullah, Josiah Lim dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Michael Ang dan Hadith Omar. Michael Ang turut berlakon dalam drama ini, apa pun nampak menarik drama ini kan, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Tikam ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Fahrin Ahmad sebagai Shahrol
Ben Amir sebagai Nik Johan (NJ)
Intan Najuwa sebagai Akma
Michael Ang sebagai Mike
Jasmin Hamid sebagai Madam Joan
Yuna Rahim sebagai Ika
Ellyas Abdullah sebagai Sap
Josiah Lim sebagai Ed




Sinopsis Penuh Drama Tikam (Astro Ria)

Mengisahkan tentang satu kes pembunuhan yang berlaku di dalam sebuah pejabat. Dalam tempoh 24 jam, sekumpulan pekerja harus mencari dalang di sebalik pembunuhan tersebut. Kegiatan songlap sekumpulan pekerja membuahkan hasil yang lumayan tapi siapa sangka ada pembelot dalam kumpulan, adakah nyawa melayang kerana kecewa atau ada yang main tikam belakang?

Episod 1 - Pagi Penuh Tragedi
Shahrol ditemui mati ditikam di pejabat. Satu nota bunuh diri ditinggalkan bahawa antara mereka terdapat pengkhianat. NJ kunci pejabat untuk cari siapa pembelot di antara Ika, Mike, Akma, Sap dan Ed.
Episod 2
NJ mula siasat seorang demi seorang. Rupanya setiap daripada mereka ada masalah dengan Shahrol. Mereka mula saling tuduh-menuduh. Tiba-tiba Mike tersedar ada sesuatu tak kena pada mayat Shahrol!


 ⏩⏩ Drama Jangan Pernah Lupakan Aku Full Episode Di TV2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post