22 Nov 2021

Drama Kalung Episod 1 Hingga 26 Lakonan Aprena Manrose Di TV Okey



Drama Kalung, Drama Kalung TV Okey, Info dan Sinopsis Drama Kalung, Drama Kalung Full Episode, Drama Kalung Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kalung, Drama TV Okey, Sinopsis Penuh Drama Kalung TV Okey, Poster Drama Kalung TV Okey, Josiah Hogan, Aprena Manrose, Shah Jaszle,

Drama Kalung adalah drama terbaru di TV Okey yang bersiaran bermula 17 November 2021 dan disiarkan bagi menggantikan Drama Pelangi Hati yang telah tamat episodnya. Drama ini disiarkan setiap hari, jam 12 tengah malam di TV Okey. Antara pelakon drama Kalung ini adalah Josiah Hogan, Aprena Manrose, Shah Jaszle, Fauziah Latiff, Tony Eusoff, Vanida Imran, Azizah Mahzan, Zulkifli Ismail, Zaidi Omar dan ramai lagi. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel Kalung karya Zahida Zarkasi. Selain itu drama ini Kalung ini mempunyai 26 Episod dan diarahkan oleh Nurhalim Ismail dan Hazali Ramli serta diterbitkan oleh Nur TV  Production Sdn Bhd. Wah nampak menarik drama ini, lain dari yang lain, genre misteri dan thriller gitu, jadi jom baca sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Penuh Drama Kalung Lakonan Aprena Manrose, Josiah Hogan dan Shah Jaszle Di TV Okey

Nia, gadis kota yang hidup bahagia bersama keluarga tercinta melalui putaran hidup yang memilukan apabila dihantar ke perkampungan terpencil tempat kelahiran ibunya, Kampung Jerai Tua, bersama adiknya Irfan dengan janji akan diambil semula kedua-dua ibu bapanya. Bagaimanapun, janji tinggal janji apabila ibu bapa mereka tidak pernah muncul dan mereka berdua terpaksa melalui kehidupan serba daif dan keadaan diburukkan lagi oleh sikap ibu saudara mereka yang begitu membenci kedua-dua remaja terbabit. Penyeksaan demi penyeksaan terpaksa dilalui Nia manakala Irfan terus merindu keluarganya sehingga akhirnya membawa kematian. Kampung Jerai Tua menyimpan misteri terutama kewujudan banglo lama di atas bukit yang didakwa berhantu selain penghuninya, Aries, dituduh sebagai pembunuh gila dan sering dipersalahkan apabila sesuatu musibah melanda perkampungan terbabit. 

Perkenalan Nia dan Aries secara kebetulan merubah persepsi gadis itu terhadap lelaki yang menjadi ketakutan seluruh penduduk kampung, meskipun ada perasaan takut untuk mendekatinya pada peringkat awal, tetapi kebijaksanaanpemuda terbabit mengaburi matanya sehingga menyebabkan persahabatan berubah menjadi cinta. Yakin dengan kata hatinya, Nia menolak segala tanggapan buruk penduduk kampung terhadap Aries, meskipun sedar pelbagai peristiwa tragis, misteri dan menyedihkan menimpa dirinya mahupun semua lelaki yang cuba memilikinya, tetap tidak mampu mengubah pendirian Nia.Kemalangan yang menimpa Tok Ketua Manaf dan Hisyam serta tragedi yang meragut nyawa Firham menambah curiga penduduk kampung, tetapi Nia tetap dengan pendiriannya bahawa Aries tidak bersalah dan semua tuduhan ke atasnya dianggap sebagai fitnah belaka. Siapakah dalang di sebalik nya? Apakah yang sebenarnya terjadi kepada orang tua Nia, sehingga menyebabkan mereka memungkiri janji? Siapakah Aries? Apakah rahsia tersembunyi di kampung itu? Dan apakah kaitannya dengan kalung?

Korang juga boleh baca versi novelnya secara online untuk beberapa bab awal 👀👀👀 -> Baca Online Novel Kalung Karya Zahida Zarkasi

Lagu Tema / OST Drama Kalung (TV Okey)

💋💋 Luka nyanyian Madam

Tonton Drama Kalung Episod 1 Hingga 26 (Full Episode)
💖 Korang boleh tonton drama Pelangi Hati ini secara online di --> https://rtmklik.rtm.gov.my/

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Ustazah Robotik - TV Alhijrah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post