14 Okt 2019

Raatchasi - Filem Tamil Yang Viral Di Malaysia




Raatchasi, Filem, Movie, Raatchasi Movie, Filem Tamil Raatchasi, Tamil Movie Raatchasi, Sinopsis Filem Tamil Raatchasi, Jyothika Dalam Filem Tamil Raatchasi, Senarai Pelakon Filem Raatchasi, Jyothika, Hareesh Peradi, Sathyan, Aruldoss, Jyothika New Movie, Tamil Movie 2019,

Sejujurnya aku bukanlah peminat filem Tamil sebab aku lebih suka menonton filem Hindi / Bollywood berbanding Tamil. Tapi lepas filem Raatchasi ini viral di Malaysia membuatkan aku tertarik nak menonton filem Raatchasi ini. Aku dapat tahu mengenai filem ini di Facebook sebab ramai yang share trailer filem ini disitu, plus ramai yang memberi komen positif mengenai filem ini. Tambahan lagi filem ini ada banyak pengajaran gitu, pendek kata memang bestlah. Para blogger yang buat review filem Raatchasi ini rata - ratanya memberikan pujian terhadap filem ini. Lebih menarik bila Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Dr Maszlee Malik turut memberikan pujian dan komen positif pada filem ini sehingga mendapat perhatian daripada produser, krew dan pelakon utama (Jyothika) filem Raatchasi ini sendiri. Filem Tamil Raatchasi ini release pada 5 Julai 2019 yang lalu dan dilakonkan oleh Jyothika, Hareesh Peradi, Poornima Bhagyaraj, Sathyan, Aruldoss dan ramai lagi. Selain itu filem ini diarahkan oleh Sy. Gowthamraj. Filem Raatchasi ini mengisahkan tentang seorang guru besar wanita bernama Geetha Rani yang baru bertugas di sebuah sekolah di kawasan luar bandar yang teruk. Geetha Rani terpaksa menyelesaikan pelbagai masalah di sekolah itu serta membuat perubahan besar di dalam sekolah itu agar sekolah tersebut dapat beroperasi dengan sempurna dan mempunyai guru - guru yang terbaik serta pelajar - pelajar yang berdisiplin. Aku bagi 8.8/10 bintang untuk filem Raatchasi ini.


Read More

13 Okt 2019

Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik (Astro Citra)




Malam Tahlil Suhaila Balik, Telefilem, Telemovie, Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik, Telemovie Malam Tahlil Suhaila Balik, Sinopsis Telemovie Malam Tahlil Suhaila Balik, Poster Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik, Kisah Seram, Hantu, Inspirasi Dari Kisah Benar, Senarai Pelakon Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik, Telefilem Astro 2019, Uqasha Senrose, Hisyam Hamid, Wan Maimunah Aziz, Zarynn Min, Liza Abdulah,
Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik Lakonan Hisyam Hamid dan Uqasha Senrose

Sepanjang bulan Oktober ni, semua telefilem baru yang disiarkan di Astro Citra tu memang semuanya bergenre seram gitu hehe. Kali ini giliran telefilem yang diinspirasikan dari kisah benar gitu bertajuk Malam Tahlil Suhaila Balik. Antara pelakon telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik ini adalah Uqasha Senrose, Hisyam Hamid, Wan Maimunah Aziz, Zarynn Min, Liza Abdulah dan ramai lagi. Kalau tengok dari trailer memang nampak menarik telemovie Malam Tahlil Suhaila Balik ni. Selain itu telefilem ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh MS Digital Studio Sdn Bhd. Para pelakon pun best - best belaka, so jom tengok sinopsis ringkas di bawah ini ye.




Sinopsis Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik

Dalam pada menanggung perit kematian Suhaila, suaminya berdepan dengan masalah yang tak disangka-sangka apabila mayat isterinya kembali ke rumah pada salah satu malam tahlilnya. Hal tersebut membuatkan semua orang ketakutan, apa sebenarnya yang terjadi?..

Jom Baca Ini Juga ➔ Biodata Terkini Uqasha Senrose

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~ 
Read More

10 Okt 2019

Baca Online Novel Demi Rindumu Karya Diya Jamal




Demi Rindumu, Novel, Novel Demi Rindumu, Karya Diya Jamal, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Demi Rindumu Bab 1 Hingga Bab 11, Sinopsis Novel Demi Rindumu, Watak Pelakon Drama Demi Rindumu, Senarai Pelakon Drama Demi Rindumu,  Cover Depan Novel Demi Rindumu, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Melayu Astro 2019,
Baca Online Novel Demi Rindumu (Drama Adaptasi Novel)

Novel Demi Rindumu karya novelis Diya Jamal telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 16 episod yang kini tengah hangat bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Janna Nick dan Sean Lee akan menjadi hero dan heroin drama Demi Rindumu ini, Janna Nick akan melakonkan watak sebagai Nurhana manakala Sean Lee akan melakonkan watak sebagai Haznik. Selain itu drama Demi Rindumu ini turut dibintangi oleh Norman Hakim yang membawa watak sebagai Nasrul, Elvina Mohamad sebagai Rania, Azri Sabri sebagai Izlan, Hafeez Mikael sebagai Muzaffar, Sherry Ibrahim sebagai Suraya dan ramai lagi. Berbalik pada novel Demi Rundumu ni, novel ini telah pun diterbitkan oleh Love Novel pada tahun 2016 yang lalu dan tahun 2019 ni dah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri gitu. Rasanya ni kali pertama aku melihat gandingan Sean Lee dengan Janna Nick, Sean Lee makin popular sekarang lepas penangan drama Sweet Dreams tu ngan Mira Filzah hehehe. Jadi sambil - sambil tengok drama Demi Rindumu di TV, korang juga boleh baca versi novelnya secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link - link di bawah ini okey. Sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini terlebih dahulu ye, selamat membaca..




Sinopsis Novel Demi Rindumu


Bertemu tidak sampai beberapa hari, Haznik sudah berani membuat pengakuan cinta. Katanya, mahu memikat Nurhana. Siapa yang akan percaya?
“Ada apa-apa ke kat muka saya ni?” - Nurhana
“Takde apa-apa.” - Haznik
“Habis tu, kenapa tenung muka saya?” - Nurhana
“Kat dalam mata awak, ada saya.” – Haznik
“Tolonglah jangan buat macam tu, Nik. Saya rasa tak selesa kalau awak asyik tenung saya. Nak makan pun susah.” – Nurhana
“Apa boleh buat? Mata saya tak boleh berhenti tengok orang yang cantik.”
Jiwa Nurhana hampir terpikat namun dia enggan cari nahas dengan terjerat dalam permainan lelaki buaya darat. Mulut sentiasa manis bergula. Apatah lagi, hatinya pernah terluka. Luka itu tidak mungkin akan sembuh sampai bila-bila. Dia serik! Lebih baik dia cabut lari.
Dia kembali bukan untuk mencari cinta. Semuanya gara-gara lelaki bernama Nasrul. Kerana lelaki ini, dia terbang pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara. Ada urusan yang perlu dia selesaikan. Ada hutang yang perlu dituntut.
“Dah takde perempuan lain ke kat dunia ni, bang? Kenapa mesti dia yang jadi bakal isteri abang?” - Nurhana
Tetapi hati Nasrul begitu keras sehingga Nurhana menemui jalan buntu. Dia tiada pilihan selain meminta pertolongan Haznik.
“Na jangan mengarut!” - Nasrul
Mahukah Haznik, jejaka yang penuh dengan misteri itu memenuhi permintaan karut Nurhana? Apakah permintaan karut itu?
Siapa pula Suraya dalam hidup Haznik?
Tragedi demi tragedi. Siapakah dalangnya? Mampukah dua hati bersatu, menjejaki cinta yang berlari menjauh?Sejauh mana berlari, mampukah hati menipu diri?

Demi Rindumu, Novel, Novel Demi Rindumu, Karya Diya Jamal, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Demi Rindumu Bab 1 Hingga Bab 11, Sinopsis Novel Demi Rindumu, Watak Pelakon Drama Demi Rindumu, Senarai Pelakon Drama Demi Rindumu, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Melayu Astro 2019,

Baca Online Novel Demi Rindumu Bab 1 Hingga Bab 10

PrologBab 1 Bab 2Bab 3Bab 4 Novel Demi RindumuBab 5,
Bab 6Bab 7Bab 8Bab 9 Novel Demi RindumuBab 10

Jom Baca Ini juga ➔ Sinopsis Drama Sara Sajeeda

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

9 Okt 2019

Sinopsis Drama Sara Sajeeda (TV3)




Sara Sajeeda, Drama Bersiri TV3 2019, Drama Best, Drama Melayu TV3 2019, Drama Sara Sajeeda, Sinopsis Drama Sara Sajeeda, Slot Samarinda, TV3, Pelakon Pakistan, Arslan Asad Butt,  Anmol Baloch, Drama Baru Tiz Zqyah, Watak - Watak Pelakon Dalam Drama Sara Sajeeda, Senarai Pelakon Drama Sara Sajeeda, Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Alif Muhaimin, Shahruddin Thamby, Mas Anizan, Uyaina Arshad, Haliza Misbun, Jasper Supayah, Poster Drama Sara Sajeeda,

Drama Sara Sajeeda adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang mula bersiaran sejak 3 Oktober 2019 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Sara Sajeeda ini disiarkan bagi menggantikan drama Rumah Siti Khadijah yang telah tamat episodnya. Lebih menarik bila drama ini menggandingkan pelakon Malaysia dengan pelakon Pakistan serta drama ini turut shooting di Pakistan. Antara pelakon drama Sara Sajeeda ini adalah Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Alif Muhaimin, Shahruddin Thamby, Mas Anizan, Uyaina Arshad, Haliza Misbun, Jasper Supayah dan ramai lagi. Para pelakon dari Pakistan tu semua segak dan cantik okey hahaha, dah macam tengok cerita Bollywood gitu. Tiz Zaqyah dapat berlakon dengan pelakon Pakistan gitu, sebelum ini Tiz dah pernah bergandingan degan pelakon luar negara juga iaitu Jericho Rosales (Filipina) untuk drama Kusinero Cinta. Memang nampak menarik kan drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Sebelum tu jom tengok juga watak - watak pelakon dalam drama Sara Sajeeda ini .
Sara Sajeeda, Drama Bersiri TV3 2019, Drama Best, Drama Melayu TV3 2019, Drama Sara Sajeeda, Sinopsis Drama Sara Sajeeda, Slot Samarinda, TV3, Pelakon Pakistan, Arslan Asad Butt,  Anmol Baloch, Drama Baru Tiz Zqyah, Watak - Watak Pelakon Dalam Drama Sara Sajeeda, Senarai Pelakon Drama Sara Sajeeda, Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Alif Muhaimin, Shahruddin Thamby, Mas Anizan, Uyaina Arshad, Haliza Misbun, Jasper Supayah, Poster Drama Sara Sajeeda,
Tiz Zaqyah sebagai Sara
Arslan Asad Butt sebagai Fawaad Khan
Anmol Baloch sebagai Sajeeda
Fahrin Ahmad sebagai Megat
Fouziah Gous sebagai Nelissa
Shahruddin Thamby sebagai Ismadi
Mas Anizan sebagai Pn Sri Norizan
Uyaina Arshad sebagai Iman Dahlia
Alif Muhaimin sebagai Khalif
Jasper Supayah sebagai Rita




Sinopsis Drama Sara Sajeeda Lakonan Tiz Zaqyah

Mengisahkan tentang Sara, seorang pensyarah di sebuah kolej swasta yang dipaksa oleh ayahnya, Ismadi untuk berkahwin dengan menantu pilihannya, Megat. Namun begitu, hubungan cinta yang terjalin selama 4 tahun antara mereka berakhir setelah Sara memutuskan hubungan itu akibat tidak tahan dengan sikap Megat yang terlalu mengikut kata-kata ayahnya tanpa mempunyai pendirian sendiri. Fawaad, seorang jejaka dari Pakistan, pada mulanya menetap di luar negara telah kembali ke pangkuan keluarganya. Tidak lama kemudian, dia ditawarkan untuk bekerja sebagai jurutera di Malaysia. Fawaad tersepit di antara mengutamakan keluarganya yang telah lama ditinggalkan atau kerjayanya. Akhirnya, dia memilih untuk memulakan kehidupan baharu di Kuala Lumpur. Fawaad dan Sara bertemu dalam suatu insiden yang telah menambat hati Sara untuk mengenali Fawaad dengan lebih rapat.
Pengenalan atanra mereka mula berubah menjadi cinta namun tidak direstui oleh Ismadi. Sara ingin memperkenalkan Fawaad sebagai calon suami. 
Sara Sajeeda, Drama Bersiri TV3 2019, Drama Best, Drama Melayu TV3 2019, Drama Sara Sajeeda, Sinopsis Drama Sara Sajeeda, Slot Samarinda, TV3, Pelakon Pakistan, Arslan Asad Butt,  Anmol Baloch, Drama Baru Tiz Zqyah, Watak - Watak Pelakon Dalam Drama Sara Sajeeda, Senarai Pelakon Drama Sara Sajeeda, Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Alif Muhaimin, Shahruddin Thamby, Mas Anizan, Uyaina Arshad, Haliza Misbun, Jasper Supayah, Poster Drama Sara Sajeeda,
Malangnya, Fawaad dikejutkan dengan berita gempa bumi yang melanda keluarganya sehingga dia terpaksa pulang ke negara asalnya.
Kembalinya Fawaad ke rumah, dia melihat keluarganya membuat persiapan perkahwinan untuknya. Dia rasa tertipu. Walaupun menolak pada mulanya, Fawaad akur dengan keputusan itu dan kasihan dengan nasib Sajeeda yang telah kehilangan kedua ibu bapanya dalam kejadian tanah runtuh dan gempa bumi. Setelah pulang ke Malaysia, Fawaad mula berbelah bahagi apabila Sara mengajui dia telah jatuh cinta dengan Fawaad sedangkan dia telah pun berkahwin dengan Sajeeda tanpa rasa cinta. Akhirnya, dia merahsikan perkahwinannya demi cintanya kepada Sara dan bersedia untuk mengahwininya meskipun tidak direstui Ismadi. Selepas berkahwin, Sara dapat menghidu pergerakan Fawaad yang seakan menyembunyikan sesuatu. Fawaad pula kerap menerima panggilan daripada Salma yang mahu anaknya pulang. Apakah nasib Sajeeda di kampung itu?

Lagu Tema / OST Drama Sara Sajeeda
⏩ Bicara Rasa nyanyian Ariff Bahran & Sarah Suhairi
⏩ Menangkah Cinta nyanyian Erra Fazira
⏩ Humnawa nyanyian Reena Nicky


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

7 Okt 2019

Sinopsis Telefilem Peraturan Lakonan Shukri Yahaya dan Sara Ali




Peraturan : Ikut Atau Mati, Telefilem, Telemovie, Astro Citra, Telefilem Peraturan : Ikut Atau Mati, Telemovie Peraturan : Ikut Atau Mati, Sinopsis Telemovie Peraturan : Ikut Atau Mati, Telefilem Terbaru Lakonan Shukri Yahaya, Telefilem Terbaru Lakonan Sara Ali, Watak - Watak Pelakon Telefilem Peraturan : Ikut Atau Mati, Senarai Pelakon Telefilem Peraturan : Ikut Atau Mati, Shukri Yahaya, Sara Ali, Shah Radhi Hazvee, Fauzi Nawawi, Fazlina Ahmad Daud, Dania Azmi, Meor Mohd,

Telefilem Peraturan : Ikut Atau Mati telah pun disiarkan serentak di Astro Citra dan Astro Ria pada 5 Oktober 2019 yang lalu. Antara pelakon telefilem Peraturan ini adalah Shukri Yahaya, Sara Ali, Shah Radhi Hazvee, Fauzi Nawawi, Fazlina Ahmad Daud, Dania Azmi, Meor Mohd dan ramai lagi. Aku dah tengok telemovie Peraturan ni, boleh tahan juga jalan ceritanya, lakonan Shukri Yahaya tu memang terbaiklah. Selain itu, ini kali kedua aku melihat Shukri Yahaya bergandingan dengan Sara Ali selepas drama bersiri Split. Telefilem ini diarahkan oleh Feroz Kader, apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye, selamat membaca.




Sinopsis Telefilem Peraturan : Ikut Atau Mati Lakonan Shukri Yahaya dan Sara Ali

Mengisahkan Owdy (Shukri Yahaya) yang telah kematian isterinya, Fatin (Sara Ali) dan juga anaknya yang masih dalam kandungan. Namun Owdy masih dapat melihat roh isterinya di dalam rumah mereka itu. Fatin sering meminta Owdy untuk mencari hati pembunuhnya dan Owdy yang sememangnya mempunyai penyakit mental akhirnya menjadi pembunuh bersiri. Owdy memburu kesemua mereka yang telah melakukan kesalahan trafik yang menyebabkan kematian isterinya. Mangsanya yang terakhir adalah Habil (Shah Radhi Hazvee), Detektif Mustakim (Fauzi Nawawi) dan Detektif Adam (Meor Mohd) buntu dalam menyelesaikan kes tersebut kerana mereka tidak dapat nak mengagak motif pembunuhan serta perkaitan antara mangsa. 
Peraturan : Ikut Atau Mati, Telefilem, Telemovie, Astro Citra, Telefilem Peraturan : Ikut Atau Mati, Telemovie Peraturan : Ikut Atau Mati, Sinopsis Telemovie Peraturan : Ikut Atau Mati, Telefilem Terbaru Lakonan Shukri Yahaya, Telefilem Terbaru Lakonan Sara Ali, Watak - Watak Pelakon Telefilem Peraturan : Ikut Atau Mati, Senarai Pelakon Telefilem Peraturan : Ikut Atau Mati, Shukri Yahaya, Sara Ali, Shah Radhi Hazvee, Fauzi Nawawi, Fazlina Ahmad Daud, Dania Azmi, Meor Mohd,
Tak lama kemudian, Owdy terlihat seorang lelaki yang mirip dengan Habil iaitu Qabil yang merupakan abang kembar pada Habil dan turut berada di tempat kejadian. Owdy kemudian cuba mencari jalan untuk membunuh Qabil pula, hal makin rumit apabila Owdy menjadi suspek utama kes pembunuhan Habil setelah Detektif Mustakim dan Adam pergi berjumpa dengan ibu Owdy (Fazlina Ahmad Daud). Owdy pula masih tidak berputus asa untuk membunuh Qabil, kali ini dia cuba mengumpan Qabil untuk datang padanya dengan menculik Marisa (Fatin Idania Azmi) yang merupakan tunang pada Habil, adik kembarnya itu. Apa yang berlaku seterusnya?..


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

6 Okt 2019

Sinopsis Telefilem Kayuhan Kasih Ayah (Cerekarama TV3)




Kayuhan Kasih Ayah, Telefilem. Telemovie, Kayuhan Kasih Ayah, Sinopsis Telefilem Kayuhan Kasih Ayah, Cerekarama, TV3, Cerekarama Kayuhan Kasih Ayah, Senarai Pelakon FIlem Kayuhan Kasih Ayah, Aman Graseka, Azri Iskandar, Balqis Samundur Khan, Rafael El Arash, Firdaus Ghufran, Ieka Zulkifli, Liza Othman, Azza Elite, Roslan Salleh, Putri Luvna Wilma, Mohd Natshah Ismail, Poster Telefilem Kayuhan Kasih Ayah,

Telefilem Kayuhan Kasih Ayah akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 5 Oktober 2019, jam 9.30 malam. Antara pelakon telefilem Kayuhan Kasih Ayah ini adalah Aman Graseka, Azri Iskandar, Balqis Samundur Khan, Rafael El Arash, Firdaus Ghufran, Ieka Zulkifli, Liza Othman, Azza Elite, Roslan Salleh, Putri Luvna Wilma, Mohd Natshah Ismail dan ramai lagi. Ikutkan telemovie Kayuhan Kasih Ayah ini adalah siaran ulangan kerana telemovie ini sudah pun disiarkan di TV3 pada tahun 2017 atau 2018 yang lalu. Selain itu telefilem Kayuhan Kasih Ayah ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan diterbitkan oleh Aniq Communication Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Kayuhan Kasih Ayah Lakonan Aman Graseka dan Azri Iskandar

Kisah Yatim, seorang yang lurus bendul, dan menyara hidupnya dengan menjaja cendol menggunakan basikal beroda tiga. Suatu hari, Yatim terlihat perpisahan yang menyayat hati antara Rizqi dengan ibu dan adiknya yang terpaksa dihantar ke sebuah rumah anak-anak yatim. Sejak itu, Yatim mendermakan wang simpanannya dan bekerja dengan lebih keras. Di sekolah, Rizqi bersahabat dengan Danial yang merupakan anak kepada Iskandar. Danial sering berkongsi makanannya dengan Rizqi. Iskandar melarang perbuatan Danial kerana dia menganggap rezekinya hanya untuk mereka sekeluarga dan bukan untuk orang lain. Namun pada suatu hari, Iskandar bertanyakan Yatim tentang pergorbanannya terhadap anak-anak yatim itu. Bagi Yatim, setiap perkongsian dan pertemuannya dengan anak-anak yatim itu bagaikan puncak kegembiraan dan kebahagiaan hidup mereka. Adakah Iskandar akan insaf?
Kayuhan Kasih Ayah, Telefilem. Telemovie, Kayuhan Kasih Ayah, Sinopsis Telefilem Kayuhan Kasih Ayah, Cerekarama, TV3, Cerekarama Kayuhan Kasih Ayah, Senarai Pelakon FIlem Kayuhan Kasih Ayah, Aman Graseka, Azri Iskandar, Balqis Samundur Khan, Rafael El Arash, Firdaus Ghufran, Ieka Zulkifli, Liza Othman, Azza Elite, Roslan Salleh, Putri Luvna Wilma, Mohd Natshah Ismail, Poster Telefilem Kayuhan Kasih Ayah,

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Aprena Manrose

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

5 Okt 2019

Biodata Terkini Aprena Manrose




Aprena Manrose, Pelakon Malaysia, Biodata, Profil, Biodata Aprena Manrose, Biodata Lengkap Aprena Manrose, Latar Belakang Pelakon Malaysia Aprena Manrose, Sepupu Uqasha dan Nelydia Senrose, Anak Penyanyi Dangdut Iwan, Foto Aprena Manrose, Gambar Terkini Aprena Manrose,

Hari ini aku nak share serba sedikit biodata pelakon malaysia yang cantik manis bernama Aprena Manrose. Di awal kemunculan Aprena Manrose ni, dia banyak melakonkan watak pelakon pembantu atau pun watak jahat gitu. Aku start kenal Aprena Manrose ni masa dia berlakon drama Pingan Tak Retak, Nasi Tak Dingin dan juga drama Duda Pujaan Dara. Aprena mula melakonkan watak utama meenrusi drama Tiada Arah Jodoh Kita sebagai watak Afia Awliya. Lepas ni ada banyak filem dan drama lakonan Aprena Manrose akan ditayangkan di pawagam dan juga di kaca TV. So jom tengok biodatanya di bawah ini okey..




Biodata Penuh Aprena Manrose

Nama Penuh: Wan Syahera Putri Aprena Binti Wan Syahman
Tarikh Lahir: 25 April 1993
Umur: 26 Tahun
Asal: Kelantan
Ibu Bapa: Aprena merupakan adalah anak kepada pasangan penyanyi dangdut terkenal, Iwan dan pelakon Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor
Adik Beradik: Beliau merupakan anak ketiga daripada tiga beradik. Abang sulungnya ialah Ramada dan kakaknya ialah Octovia Manrose yang juga merupakan seorang pelakon. Aprena dan adik beradiknya yang lain adalah sepupu pada Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose.
Status: Sudah Berkahwin dengan Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016
Media Sosial: Instagram Aprena Manrose
Kerjaya: Pelakon dan Model
Aprena Manrose, Pelakon Malaysia, Biodata, Profil, Biodata Aprena Manrose, Biodata Lengkap Aprena Manrose, Latar Belakang Pelakon Malaysia Aprena Manrose, Sepupu Uqasha dan Nelydia Senrose, Anak Penyanyi Dangdut Iwan, Foto Aprena Manrose, Gambar Terkini Aprena Manrose,
Senarai Drama Lakonan Aprena Manrose: Calon Menantu Tuan Rumah, Cikgu, Papa Kirim Salam, Leftenan Zana, Destinasi Ukhuwah, Tiada Arah Jodoh Kita, Gerak Khas : 'Bella", Perempuan Paling Bahagia, Duda Pujaan Dara, Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin, Suamiku Paling Sweet, Tundukkan Playboy Itu, Gerak Khas "Tomboy", 3 Nenek 3 Dara.
Telefilem / Telemovie : Misteri Akil Balik, Rengkat, Ini Harta Bedu Punya, Korban Penunggu Hospital, Formula Cinta, 3 Syawal, Din Sardin Beraya, Waktu Khalil.
Senarai Filem Lakonan Aprena Manrose : Bulan & Pria Terhebat, Ratu Kala Jengking, Jodoh Syaitan, Awang Gerudi.

P/s - Birthday Aprena ni dekat - dekat ngan birthday adminlah hahaha, besday admin 23 April, tapi tahun lainlah kan hihi #TaurusGirl

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Uqasha Senrose

(Blog Dari Hati Miss Mulan) 
Read More

3 Okt 2019

Sinopsis Drama Hindi Chandra Nandini (TV3)




Chandra Nandini, Drama Hindi, Hindi Drama, Slot Sonia, TV3, Drama Hindi Chandra Nandini, Drama Hindi TV3, Drama Hindi TV3 Chandra Nandini, Sinopsis Drama Hindi Chandra Nandini, Poster Drama Hindi Chandra Nandini, Chandragupta Maurya, Kisah Cinta Chandragupta Maurya Dengan Puteri Nandini, Hero and Heroin Hindi Drama Chandra Nandini, Rajat Tokas and Shweta Basu Prasad In Hindi Drama Chandra Nandini, Senarai Pelakon Drama Hindi Chandra Nandini, Rajat Tokas, Shweta Basu Prasad, Tanu Khan, Saanvi Talwar, Manoj Kolhatkar, Siddharth Nigam, Arpit Ranka, Mansi Sharma, Alexx O'Nell, Papiya Sengupta, Vibhuti Thakur, Drama Hindi TV3 2019, Drama Hindustan TV3, Bollywood,
Sinopsis Chandra Nandini - Drama Hindi TV3

Drama Hindi Chandra Nandini adalah drama terbaru di slot Sonia TV3 yang disiarkan bermula 17 September 2019 yang lalu bagi menggantikan drama Turki Hiyanet Sarmali (Destiny Ties) yang telah tamat episodnya. Drama - drama lain yang pernah disiarkan di slot Sonia ini adalah seperti Razia Sultan, Zindagi Gulzar Hai, Naagin, Naagin 2 dan Main Naa Bhoolungi. Paling aku suka adalah drama Razia Sultan hehehe, berbalik pada drama hindi Chandra Nandini ini, ianya mempunyai 286 episod dan telah pun disiarkan di India pada tahun 2016 hingga tahun 2017. Dibintangi oleh Rajat Tokas sebagai Chandragupta Maurya dan Shweta Basu Prasad sebagai Nandini, alur ceritanya berdasarkan pada kehidupan Chandragupta Maurya yang merupakan pengasas empayar Maurya. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah seperti Tanu Khan, Saanvi Talwar, Manoj Kolhatkar, Siddharth Nigam, Arpit Ranka, Mansi Sharma, Alexx O'Nell, Papiya Sengupta, Vibhuti Thakur dan ramai lagi.

Selain itu drama Chandra Nandini ini Diterbitkan oleh Ekta Kapoor di bawah syarikatnya Balaji Telefilms dan diarahkan oleh Ranjan Kumar Singh. Drama Hindi ini disiarkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 4 petang, drama Chandra Nandini ini juga telah pun disiarkan di Indonesia pada tahun 2018 yang lalu. Drama ini memfokuskan tentang kisah cinta Chandragupta dengan seorang puteri bernama Nandini yang merupakan anak kepada musuh yang paling dia benci. Manakala Nandini pula berazam untuk membalas dendam. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye, selamat membaca..




Sinopsis Drama Hindi Chandra Nandini - Slot Sonia TV3

Di permulaan cerita ianya mengisahkan tentang ibu bapa Chandragupta iaitu raja Suryagupta dan permaisuri Moora yang telah berangkat ke Magadh atas jemputan raja Magadh iaitu raja Shishunag dan permaisuri Avantika. Ketika itu permaisuri Moora tengah mengandungkan Chandragupta. Ketika raja Shishunag dan raja Suryagupta tengah berucap di depan rakyat Magadh. Selendang yang dipakai oleh permaisuri Moora jatuh ke bawah dan seorang lelaki bernama Nanth telah mengutip selendang tersebut lalu bergegas ke atas unttuk mengembalikan selendang itu. Namun ketika mengembalikan selendang itu, dia sempat menyentuh lengan permaisuri Moora dengan sengaja dan membuatkan permaisuri Moora berasa marah dan memberitahu hal tersebut pada permaisuri Avantika. Kemudian permaisuri Avantika membuat kecoh dan berjanji akan menghukum lelaki itu dengan hukuman berat. Raja Suryagupta kemudian pergi berjumpa dengan Avantika untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku terkejut melihat kemesraan Avantika dan Nanth. Akhirnya dia mengetahui yang Avantika ada hubungan sulit dengan Nanth.
Chandra Nandini, Drama Hindi, Hindi Drama, Slot Sonia, TV3, Drama Hindi Chandra Nandini, Drama Hindi TV3, Drama Hindi TV3 Chandra Nandini, Sinopsis Drama Hindi Chandra Nandini, Poster Drama Hindi Chandra Nandini, Chandragupta Maurya, Kisah Cinta Chandragupta Maurya Dengan Puteri Nandini, Hero and Heroin Hindi Drama Chandra Nandini, Rajat Tokas and Shweta Basu Prasad In Hindi Drama Chandra Nandini, Senarai Pelakon Drama Hindi Chandra Nandini, Rajat Tokas, Shweta Basu Prasad, Tanu Khan, Saanvi Talwar, Manoj Kolhatkar, Siddharth Nigam, Arpit Ranka, Mansi Sharma, Alexx O'Nell, Papiya Sengupta, Vibhuti Thakur, Drama Hindi TV3 2019, Drama Hindustan TV3, Bollywood,
Avantika dan Nanth sedar yang raja Suryagupta dah tahu rahsia mereka dan Nanth akhirnya membunuh raja Shishunag dan kemudian ingin membunuh pula raja Suryagupta. Raja Suryagupta dan isterinya Moora cuba melarikan diri ke dalam hutan, raja Suryagupta yang sudah cedera parah menyuruh Moora untuk bersembunyi dan menyelamatkan anak mereka. Nanth akhirnya berjaya membunuh raja Suryagupta dan kini cuba mencari permaisuri Moora. Moora kemudian bersalin dan anaknya disembunyikan di sebuah tempat. Avantika memberitahu rakyat yang raja Suryagupta telah membunuh suaminya dan Nanth kemudian muncul dan mengaku telah membunuh raja Suryagupta dan kemudian mengangkat dirinya sebagai raja yang baru dan menggelar dirinya sebagai Padmanand manakala Avantika sebagai permaisurinya. Moora berjaya ditangkap dan dipenjarakan, namun mereka gagal menemui bayi Moora. Padmanand ingin menjadikan Moora sebagai  permaisurinya kerana dah jatuh cinta padanya. Namun Moora langsung tidak mempedulikannya sebaliknya sangat membencinya. Akhirnya Moora dibiarkan di penjara, manakala Avantika pula berasa tertipu dan marah bila melihat Nanth / Padmanand cuba menagih cinta Moora.
Chandra Nandini, Drama Hindi, Hindi Drama, Slot Sonia, TV3, Drama Hindi Chandra Nandini, Drama Hindi TV3, Drama Hindi TV3 Chandra Nandini, Sinopsis Drama Hindi Chandra Nandini, Poster Drama Hindi Chandra Nandini, Chandragupta Maurya, Kisah Cinta Chandragupta Maurya Dengan Puteri Nandini, Hero and Heroin Hindi Drama Chandra Nandini, Rajat Tokas and Shweta Basu Prasad In Hindi Drama Chandra Nandini, Senarai Pelakon Drama Hindi Chandra Nandini, Rajat Tokas, Shweta Basu Prasad, Tanu Khan, Saanvi Talwar, Manoj Kolhatkar, Siddharth Nigam, Arpit Ranka, Mansi Sharma, Alexx O'Nell, Papiya Sengupta, Vibhuti Thakur, Drama Hindi TV3 2019, Drama Hindustan TV3, Bollywood,
Chandra / Chandragupta dibesarkan oleh keluarga angkat, namun Chandragupta berasa kasihan melihat ibu angkatnya iaitu Kanika yang sering dipukul oleh suaminya yang kaki mabuk. Chandra benci pada cinta kerana sebab cintalah ibu angkatnya masih bertahan untuk hidup bersama dengan bapa angkatnya itu. Manakala permaisuri Avantika pula melahirkan anak perempuan bernama Nandini. Nandini merupakan satu - satunya anak perempuan Padmanand setelah mendapat 9 orang anak lelaki sebelum ini. Disebabkan itulah Padmanand sangat menyayangi Nandini. Chandra memutuskan untuk pergi ke Patliputra untuk mencari duit yang banyak untuk diberikan pada ayahnya supaya ayahnya tidak lagi memukul ibunya itu. Di Patliputra, Chandra telah menolong seorang perempuan tua di pasar yang telah diikat dan dihukum disitu atas arahan raja. Chandra tidak tahu bahawa perempuan tua itu adalah ibu kandungnya iaitu Moora. Chandra juga berjaya berjumpa dengan raja Padmanand dan turut berjaya dalam pertaruhannya, segala hal tersebut disaksikan oleh Acharya Chanakya yang kemudiannya akan menjadi guru pada Chandragupta itu, seterusnya menjadi perdana menteri Magadh dan seterusnya menjadi guru pada Bindusara dan Ashoka. 

Chanakya kemudian membeli Chandragupta dari ibu bapa angkatnya dan sejak itu Chandra tinggal di asrama yang disediakan olehnya. Nandini kini telah dewasa dan abang - abangnya menggesa dirinya untuk berkahwin, namun dia tidak bersedia untuk berkahwin.
Chanakya yakin yang penjajah ingin menakluki Magadh dan dia telah berusaha untuk memberitahu hal itu pada Padmanand namun Padmanand tidak menghiraukan amarannya itu. Kemudian Chanakya dan Chandra merancang sesuatu. Chandra telah pergi ke istana untuk memahami selok belok istana dan seterusnya membuat peta, namun dia secara tidak sengaja telah berjumpa dengan Nandini, manakala Nandini dan lain - lain menyangka Chandra adalah calon suami pada Nandini. Berlaku satu hal dan Chandra ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara dan di sana dia bertemu dengan Moora semula. Tak lama kemudian Chandra berjaya melarikan diri dan turut menculik Nandini, apa yang berlaku seterusnya?..


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More


My Random Post