30 Mei 2020

Sinopsis Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe (Akasia TV3)




Drama Nasi Kerabu Untuk Cik Abe, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia TV3, Sinopsis Drama Nasi Kerabu Untuk Cik Abe, Poster Drama Nasi Kerabu untuk Cik Abe, OST, Pelakon Utama Drama Nasi Kerabu Untuk Cik Abe, Izzue Islam, Elisya Sandha, Neera Azizi, Scha Elinnea, Erynne Erynna, Kuna

Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe adalah drama terbaru di slot Akasia yang disiarkan bagi menggantikan drama Bukan Gadis Biasa yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe ini adalah Izzue Islam, Elisya Sandha, Issey Fazlisham, Neera Azizi, Scha Elinnea, Erynne Erynna, Kuna Muzani, Radhi Khalid, Jasmin Hamid, Danny X - Factor, Syainie Aida, Kamarool Haji Yusoff dan ramai lagi. Drama Nasi Kerabu Che Abe ini mempunyai 13 episod dan mula bersiaran pada 25 Mei yang lalu iaitu setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. Manakala lagu tema / OST Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe ini bertajuk Hey Pria nyanyian Allisya dan lagu This Is Kota Bharu nyanyian Den & Fendi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye..




Sinopsis Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe Lakonan Izzue Islam dan Elisya Sandha


Shira (Elisya Sandha) mendapati dirinya jatuh cinta pada Faizul (Izzue Islam), orang Kelantan dan dia bernasib baik kerana Faizul merasakan hal yang sama untuknya. Namun, Shira mula terancam oleh Sha (Neera Azizi) yang memasak nasi kerabu sebaik ibu Faizul dan mereka sangat rapat. Sha cuba memecahkan Faizul dan Shira kerana dia mempunyai perasaan terhadap Faizul. Shira, Yana (Erynne Erynna) dan Zetty, 3 gadis yang dikenali sebagai 'awesome girls' adalah antara gadis-gadis cantik di kolej. Di permulaan cerita mereka telah berselisih dengan pelajar master yang kacak bernama Faizul. 

Ketiga tiga mereka terpegun tetapi semuanya hilang mood bila mula terdengar Faizul mula kecek kelate yang agak pekat. Faizul tidak pandai berdialek KL. Rakan baiknya, Arman (Issey Fazlisham) biarpun berbeza jurusan namun mereka sama-sama gila mencari duit dengan bisnes. Faizul lebih gemar menjual secara bersemuka berbanding dengan Arman yang menjual macam-macam secara atas talian. Shira, Yana dan Zetty tinggal bersama di rumah sewa, mereka bersahabat karib dan mereka pernah berjanji dan saling mencabar 'no boy no love' sehingga tamat pengajian. Mereka bertiga terkenangkan Faizul. Mereka memikirkan macam mana mereka nak mungkir janji yang dah dibuat. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini juga ⏩ Sinopsis Drama Korea Woman Of 9.9 Billion
Read More

25 Mei 2020

Sinopsis Telefilem Hantu Penunjuk Jalan (TV3) Lakonan Izzue Islam dan Bella Dally




Telefilem Hantu Penunjuk Jalan, Telemovie Hantu Penunjuk Jalan, TV3, Telefilem Raya, Telefilem Raya TV3 2020, Poster Telefilem Hantu Penunjuk Jalan, Sinopsis Telefilem Hantu Penunjuk Jalan, Pelakon - Pelakon Telefilem Hantu Penunjuk Jalan, Izzue Islam, Bella Dally, Faiz Tapaw,

Telefilem Hantu Penunjuk Jalan akan disiarkan di TV3 pada hari raya kedua, iaitu 25 Mei 2020, jam 4 petang. Antara pelakon telefilem Hantu Penunjuk Jalan ini adalah Izzue Islam, Bella Dally, Faiz Tapaw, Shashaa Raman, Razzuan Rosli dan ramai lagi. Selain itu telemovie Hantu Penunjuk Jalan ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh Layar Consult Sdn Bhd. Nampak menari telefilem ini kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Hantu Penunjuk Jalan (TV3)


Kampung Naga Kapitan dikenali sebagai sebuah kampung yang misteri kerana ia hanya dapat dikesan dengan alat pengesan lokasi Antoo GPS. Tidak pernah ada orang yang terselamat setelah masuk ke kampung itu. Lin, seorang social media influencer yang popular bercadang untuk membuat ulasan tentang kampung tersebut. Di situ, Lin telah bertemu dengan seorang pemandu e-hailing, Jay yang telah sesat jalan selepas menghantar penumpangnya. Dalam usaha untuk meninggalkan kawasan kampung itu, cinta mula berputik antara Lin dan Jay.

Jom Baca Ini juga 👉👉 Sinopsis Telefilem Aku Benci Kpop (Astro Ria) Lakonan Sherry Al - Hadad, Han Byul dan Syafiq Farhain

Read More

Sinopsis Telefilem Aku Benci Kpop (Astro Ria)




Telefilem Aku Benci Kpop, Telemovie Aku Benci Kpop, Poster Telefilem Aku Benci Kpop, Astro Raya, Telefilem Raya, Pelakon - Pelakon Telefilem Aku Benci Kpop, Sherry Al - Hadad, Han Byul, Syafiq Farhain, Fiza Thomas,

Telefilem Aku Benci Kpop akan disiarkan pada hari raya kedua iaitu pada 25 Mei 2020, jam 10 Pagi di Astro Ria. Antara pelakon telefilem Aku Benci Kpop ini adalah Sherry Al - Hadad, Han Byul, Syafiq Farhain, Fiza Thomas, Mak Wanku dan ramai lagi. Selain itu telemovie Aku Benci Kpop ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh U2 Media Sdn Bhd. Siapa - siapa yamg layan program nyanyian Big Stage musim pertama dan kedua dulu pasti suka tengok telatah Sherry  Al - Hadad dengan para peserta especially dengan Han Byul dan Syafiq Farhain ni. Akhirnya diorang bertiga digandingkan dalam telefilem pula, mesti sweet dan lawak telefilem Aku Benci Kpop ni kan. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Aku Benci Kpop Lakonan Sherry Al - Hadad, Han Byul dan Syafiq Farhain


Melati ditugaskan untuk menjaga wakil syarikat dia bekerja dari negara Korea iaitu Hyun Jun. Melati tidak mahu pada mulanya tetapi kerana sayangkan rakan sekerjanya Yusuf, dia turuti permintaan Yusuf tetapi Melati cuba untuk jadikan pengalaman Hyun Jun di Malaysia satu pengalaman yang amat ngeri kerana Melati benci K-Pop! apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca ini juga 👉👉 Review dan Sinopsis Filem Hindi Kedarnath Lakonan Sushant Singh Rajput & Sara Ali Khan
Read More

12 Mei 2020

Sinopsis Drama Degup Cinta (Astro Ria)





Drama Degup Cinta, SlotMegaDrama, Astro Ria, Drama Bulan Ramadan, Poster Drama Degup Cinta, Senarai Pelakon Drama Degup Cinta, Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Juliana Evans, Mathni Razak, Zaryn Min,
Drama Degup Cinta Lakonan Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Juliana Evans dan Mathni Razak (Astro Ria)

Drama Degup Cinta adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang mula disiarkan pada 27 April yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Degup Cinta ini adalah Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Mathni Razak, Juliana Evans, Zaryn Min, Zalif Sidek, Shuhanty, Laila Nasir, Ruzana Ibrahim, Sahronizam dan ramai lagi. Selain itu drama Degup Cinta ini mempunyai 26 episod dan merupakan adaptasi daripada drama Turki yang bertajuk Ruzgarin Kalbi. Drama ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan Noorsyahida Mohd Radzali serta diterbitkan oleh Threeline Media Sdn Bhd. Nampak best kan drama ini, so jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Degup Cinta Lakonan Josiah Hogan dan Shiqin Kamal (Astro Ria)
Pertemuan dua hati yang lara dalam situasi yang tidak disangka. Reza (Josiah Hogan) membawa diri setelah setelah kematian isterinya, Jasmin (JulianaEvans) akibat kemalangan. Apabila Reza pulang semula ke Malaysia, dia bertemu Zahlia (Shiqin Kamal) yang pengsan di kawasan chaletnya. Zahlia patah hati setelah melihat tunangnya, Haikal (Mathni Razak) bersama gadis lain. Zahlia sebenarnya mempunyai sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. Zahlia curiga siapa Reza yang tinggal di chalet mak ciknya, Ana (Zaryn Min).
Drama Degup Cinta, Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Baru Astro Ria, Poster Drama Degup Cinta, OST Drama Degup Cinta, Sinopsis Penuh Drama Degup Cinta, Pelakon - Pelakon Drama Degup Cinta, Josiah Hogan, Shiqin Kamal, Mathni Razak, Zaryn Min,

Zahlia pergi ke majlis perkahwinan sahabatnya dengan Reza sebagai kekasih baru untuk membalas dendam pada bekas tunangnya, Haikal. Haikal mencari kembali Zahlia dan mengupah orang untuk menyiasat siapa Reza. Zahlia dan Reza meneruskan lakonan mereka sebagai kekasih dihadapan Haikal. Apa yang berlaku seterusnya??..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Movie Review : Thambi (2019)
Read More

10 Mei 2020

Sinopsis Telefilem Tragedi Balik Kampung - Cerekarama TV3




Telefilem Tragedi Balik Kampung, Telemovie Tragedi Balik Kampung, Slot Cerekarama, TV3,

Telefilem Tragedi Balik Kampung akan disiarkan disiarkan pada 9 Mei 2020 ini, jam 9 malam di slot Cerekarama TV3. Antara pelakon telefilem Tragedi Balik Kanpung ini adalah Syazwan Zulkifli, Ungku Hariz, Zee Zainal, Ropie, Sharifah Husna, Syafi Tee, Razzuan Rosli dan ramai lagi. Selain itu telemovie Tragedi Balik Kampung ini diarahkan oleh Dato Eizlan Yusof dan diterbitkan oleh Enuja Production Sdn Bhd. Nampak macam best je kan telefilem ni. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini dibawah ye, selamat membaca..




Sinopsis Telefilem Tragedi Balik Kampung (Cerekarama TV3)

Mengisahkan Amir, Pian dan Lan yang telah terpedaya dengan ulat tiket apabila mereka telah terbeli tiket palsu untuk pulang ke kampung bagi menyambut hari raya bersama keluarga masing-masing. Namun nasib mereka agak baik, mengetahui yang mereka telah ditipu, jiran mereka telah sudi meminjamkan mereka sebuah van jenazah untuk mereka pandu bagi membolehkan mereka pulang ke kampung.
Telefilem Tragedi Balik Kampung, Telemovie Tragedi Balik Kampung, Cerekarama Tragedi Balik Kampung, TV3, Pelakon Utama Telefilrm Tragedi Balik Kampung
Mereka kini memandu Van Jenazah untuk balik kampung! Pelbagai halangan, lucu dan menyeramkan sepanjang perjalanan mereka. Apa yang berlaku seterusnya?..
Jadi korang nak tahu apa halangan mereka? jangan lupa saksikan mereka di TV3 sabtu ini jam 9 malam!


Read More

6 Mei 2020

Sinopsis Drama Di Hujung Ranting (TV2)




Drama Di Hujung Ranting, Novel Di Hujung Ranting Karya Indah Hairani, Drama Adaptasi Novel, Drama Bulan Ramadan, Poster Drama Di Hujung Ranting, OST Drama Di Hujung Ranting Nyanyian Sufian Suhaimi, Sinopsis Penuh Drama Di Hujung Ranting, Senarai Pelakon Drama Di Hujung Ranting, Nad Zainal, Shukri Yahaya, Amar Asyraf, Dayang Areeda, Fazlina Ahmad Daud, Arash Mohd, Zoey Rahman, Aida Khalida, Afzan, Drama TV2 2020, Siaran RTM TV2,

Drama Di Hujung Ranting akan disiarkan sepanjang bulan Ramadan ini iaitu pada setiap hari, jam 5.30 petang di TV2 dan ulangannya pada jam 5 pagi. Drama ini mempunyai 30 episod dan sudah mula bersiaran di TV2 sejak 24 April 2020 yang lalu. Antara pelakon drama Di Hujung Ranting ini adalah Shukri Yahaya, Nad Zainal, Amar Asyraf, Dayang Areeda, Fauziah Ahmad Daud, Arash Mohd, Aida Khalida, Zoey Rahman, Afzan, Silfeny Osman dan ramai lagi. Selain itu drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Di Hujung Ranting dan Novel Di Hujung Ranting 2 karya novelis Indah Hairani. Drama ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh A. Aida Production Sdn Bhd. Manakala lagu tema / OST drama Di Hujung Ranting ini bertajuk Inikah Dikatakan Cinta nyanyian Sufian Suhaimi. Suka tengok scene - scene kat tepi pantai tu cantik betul tempat tu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.




Sinopsis Penuh Drama Di Hujung Ranting (TV2)

Mawardah atau Mawar (Nad Zainal), anak yatim piatu yang dibesarkan oleh ibu saudaranya yang dipanggil Ummi (Aida Khalida). Dia mengusahakan perusahaan batik milik keluarganya di Terengganu. Semenjak kecil, Mawar bersahabat baik dengan Adi (Zoey Rahman), pemilik sebuah cafe dan menganggap Adi seperti abangnya sendiri. Namun Mawar tidak tahu yang Adi sebenarnya mencintainya. Amar (Shukri Yahaya) seorang pemuda dari Kuala Lumpur juga berada di Terengganu sedang menguruskan satu projek pembinaan milik syarikat bapanya, Dato Hashim (Arash Mohd). Dalam satu insiden, Amar telah terlanggar kereta Mawar dan sejak kejadian itu mereka mula berkawan. Pertemuan itu menumbuhkan bibit cinta Amar terhadap Mawardah begitu juga sebaliknya. Namun belum sempat cinta diluahkan, Mawardah / Mawar dikahwinkan dengan Hakim (Amar Asyraf) anak rakan karib arwah ibu Mawardah tanpa disedari bahawa lelaki itu adalah abang kandung Amar. Manakala Adi pula terpaksa redha dan pasrah melepaskan Mawar pada Hakim.
Drama Di Hujung Ranting, Novel Di Hujung Ranting Karya Indah Hairani, Drama Adaptasi Novel, Drama Bulan Ramadan, Poster Drama Di Hujung Ranting, OST Drama Di Hujung Ranting Nyanyian Sufian Suhaimi, Sinopsis Penuh Drama Di Hujung Ranting, Senarai Pelakon Drama Di Hujung Ranting, Nad Zainal, Shukri Yahaya, Amar Asyraf, Dayang Areeda, Fazlina Ahmad Daud, Arash Mohd, Zoey Rahman, Aida Khalida, Afzan, Drama TV2 2020, Siaran RTM TV2,
Perkahwinan itu mengecewakan Amar lalu membawa diri ke negara jiran. Sesungguhnya Mawardah tidak pernah diberitahu bahawa Hakim telah pun memiliki isteri sebelumnya iaitu Fatin (Dayang Areeda). Perkahwinan Fatin dan Hakim di luar negara ditentang keluarga Hakim. Kecurangan Fatin dan desakan ibu Hakim iaitu Datin Fatimah (Fazlina Ahmad Daud) memaksa Hakim menceraikan Fatin dengan talak satu kepada Fatin dan layanan dingin Hakim terhadap Mawar serta sikap Hakim yang melebihkan Fatin membuatkan Amar benci terhadap Hakim. Pelbagai perkara yang dilakukan Fatin untuk memisahkan Hakim dan Mawar serta merancang untuk membuat Mawar dibenci oleh Hakim dan juga keluarga Hakim. Adakah usaha Fatin itu berjaya? Apakah Amar akan kembali kepada Mawardah semula atau Mawardah pasrah dan tetap setia memegang tanggungjawabnya sebagai isteri.
➡️ Drama Adaptasi Novel Bukan Gadis Biasa (TV3) Lakonan Remy Ishak dan Ayda Jebat
Read More

4 Mei 2020

Sinopsis Penuh Drama Korban Kasih (TV1)




Drama Korban Kasih, Poster Drama Korban Kasih, OST Korban Kasih, Sinopsis Penuh Drama Korban Kasih, Drama Best, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu 2020 TV1, Drama Adaptasi Novel, Novel Korban Kasih, RTM TV1, Senarai Pelakon Drama Korban Kasih, Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Ummi Nazeera, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd,

Drama Korban Kasih sudah mula disiarkan di TV1 bermula 24 April 2020 setiap hari iaitu Isnin hingga Ahad, jam 7 malam, sepanjang bulan Ramadan ini. Drama ini mempunyai 30 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Korban Kasih 1 dan 2 karya Fatimah Saidin. Antara pelakon drama Korban Kasih ini adalah Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Ezzaty Abdullah, Dato Ahmad Tamimi Siregar, Sheila Mambo, Nadiyah Shahab, Meor Mohd dan ramai lagi. Selain itu drama Korban Kasih ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dan diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Aku suka drama ni, jalan ceritanya best, walaupun sebelum ni ada kontroversi sikit bila ada yang kritik pelakon - pelakon utama drama ni tak patut bawak watak masa remaja atau budak sekolah sebab tak sesuai dengan umur diorang. Tapi bagi aku, okey ja, lagi bagus sebab para pelakon akan lebih menghayati watak mereka dan penonton lagi senang nak paham jalan cerita gitu.

Of course ramai yang kesian dengan Jalil kan sebab mak dia punya benci kat dia memang tak boleh bawa bincang punya benci huhuhu. Benci pun sebab macam cemburu or tak puas hati sebab suaminya lebihkan Jalil dari anak lain. Sedangkan anak lain tak kisah pun, diorang rasa ayah diorang sayang diorang sama rata je. Cuma mak diorang je yang pilih kasih, layan Jalil macam anak tiri, sedangkan anak kandung tu. Apa pun drama ni memang best, para pelakon pun best - best belaka. Lagu tema / OST drama Korban Kasih ni juga sesuai dan sangat sedap gitu. OST drama Korban Kasih ini bertajuk Sampai Syurga dan dinyanyikan oleh Ezad Lazim dan Idayu. Apa pun jom tengok sinopis drama ini di bawah ye.



Sinopsis Drama Korban Kasih (Drama Bulan Ramadan)

Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah / Imah (Zara Zya) yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil (Saharul Ridzwan) sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.
Fatimah anak bongsu dari empat beradik, menyelami isi hati abang Jalil yang disisihkan oleh ibunya sendiri. Seluruh ahli keluarga menyayanginya, kecuali ibu Norizah (Dynas Mokhtar) yang mencurah kasih sayang pada anaknya yang lain. Walaupun dilayan seperti orang asing oleh ibu sendiri, Jalil banyak berkorban untuk kebahagiaan ibu, kembarnya Jamil (Azrel Ismail), adiknya Fatimah dan Kak Longnya (Ezzaty Abdullah). Kasihankan Jalil, ayah telah membawa Jalil keluar dari rumah dan tinggal bersama Nek Limah. Suatu hari ditakdirkan ayah telah meninggal dunia dan Jalil tetap dipersalahkan, tetapi Jalil tetap bersabar dan reda dengan dugaannya. Adik beradik turut bersempati dengan nasib Jalil namun tidak mampu berbuat apa-apa.
Drama Korban Kasih, Poster Drama Korban Kasih, OST Korban Kasih, Sinopsis Penuh Drama Korban Kasih, Drama Best, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu 2020 TV1, Drama Adaptasi Novel, Novel Korban Kasih, RTM TV1, Senarai Pelakon Drama Korban Kasih, Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Ummi Nazeera, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd,
Langit tidak selalu cerah, Nek Limah pula meninggal dunia. Jalil tiada pilihan selain terpaksa tinggal semula di rumah ibunya. Sekali lagi, Jalil terpaksa berhadapan dengan sikap marah ibu terhadap dirinya. Jalil tetap sabar dan tidak pernah membalas perbuatan ibunya. Jalil tetap meneruskan tanggungjawabnya menguruskan keluarga. Walaupun mendapat keputusan peperiksaan yang bagus, Jalil sanggup tidak meneruskan pelajaran demi memberi peluang kepada Kak Long dan Jamil meneruskan cita-cita mereka.
Tekanan demi tekanan, jiwa Jalil rapuh akhirnya. Dia mengambil keputusan meninggalkan rumah tanpa pengetahuan Fatimah (Imah) dan ibunya. Fatimah sebagai adik yang rapat dengan Jalil terpaksa mengambil alih tugas Jalil menguruskan keluarga. Jamil pula dilihat tidak biasa memikul tanggungjawab mengurus keluarga. Ternyata, keadaan tidak sama sewaktu Jalil ada. Kehidupan Sang ibu mula rasa pincang tanpa Jalil dan timbul rasa insaf dan sesal kerana membenci Jalil hingga Jalil pergi tanpa berita. Setelah beberapa tahun menghilangkan diri, Jalil kembali ke kampung bersama datuknya. Kepulangan Jalil sangat dirai oleh ibu dan adik-beradiknya. Mereka hidup bahagia bersama.

Keadaan keluarga tegang semula apabila Jamil yang dikahwinkan dengan Aisya (Ummi Nazeera) oleh ibu telah menghilangkan diri di hari perkahwinannya. Jamil hilang tanpa pesan. Ibu merasa sangat menyesal mengaturkan jodoh Jamil dengan Aisya. Namun Aisya sebagai isteri yang baik sanggup menunggu walau Jamil sudah bertahun meninggalkannya. Fatimah yang kasihan Aisya telah memujuk Jalil agar mengahwini Aisya. Demi kebahagiaan ibu, Fatimah dan Aisya, Jalil akhirnya bersetuju mengahwini Aisya. Mereka hidup bahagia sebagai suami isteri. Kebahagiaan mereka diuji apabila Jamil secara tiba-tiba muncul untuk mendapatkan Aisya kembali tanpa dia ketahui yang Aisya sudah menjadi isteri kepada Jalil. Apa yang berlaku seterusnya?. Bagaimana harus Jalil dan Aisya berhadapan dengan Jamil?

Read More

1 Mei 2020

Drama Bukan Gadis Biasa Lakonan Remy Ishak dan Ayda Jebat




Drama Bukan Gadis Biasa, Drama Akasia TV3, Drama Bulan Ramadan, Drama Adaptasi Novel, Novel Bukan Gadis Biasa Karya Liza Nur, Poster Drama Bukan Gadis Biasa, Pelakon Utama Drama Bukan Gadis Biasa, Remy Ishak, Ayda Jebat, Nazim Othman, Mas Khan, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Sinopsis Drama Bukan Gadis Biasa,
Drama Bukan Gadis Biasa - Slot Akasia TV3


Drama Bukan Gadis Biasa adalah drama terbaru di slot Akasia yang disiarkan bagi menggantikan drama Ironi Kasih yang telah tamat episodnya. Kiranya ni bulan Ramadan gitu sebab disiarkan dalam bulan Ramadan. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel Bukan Gadis Biasa karya Liza Nur. Selain itu drama Bukan Gadis Biasa ini mempunyai 28 episod dan sudah mula bersiaran di TV3 sejak 23 April 2020 yang lalu, iaitu setiap Isnin hingga Sabtu, jam 7 malam. Antara pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini adalah Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Chacha Maembong, Mas Khan, Idzham Ismail, Zarul Husin, Ako Mustapha, Shajiry, Haeryanto Hassan, Lia Natalia dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Azman Haji Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Antara lagu tema / OST Drama Bukan Gadis Biasa ini adalah Angkara nyanyian Aisha Hanim dan lagu Satu nyanyian Zulhilmi. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.




Sinopsis Drama Bukan Gadis Biasa Lakonan Remy Ishak dan Ayda Jebat (Akasia TV3)


Jo atau Johana (Ayda Jebat) berubah perwatakan persis lelaki (tomboy) apabila terpaksa melalui kemelut kehidupan yang sukar semasa kecil dan terpaksa menjaga anak buahnya, Aisya setelah kematian kakaknya. Amirul (Mas Khan), jurulatih tinju kepada Johana meyimpan perasaan terhadapnya kerana tertarik dengan peribadi Johana yang penuh persoalan. Rayyan memiliki syarikat penyiasatan persendirian dan dia diupah oleh ayahnya untuk menjejaki opahnya sendiri iaitu Aminah yang hilang dari rumah. Rayyan sangat membenci opahnya kerana opahnya selalu mendera dan membuli ibunya dan juga dirinya sejak dia masih kecil lagi. Awalnya Rayyan tak mahu mengambil tahu pasal opahnya yang hilang itu. Tapi mengenangkan syarikat penyiasatannya yang kini hampir bankrup, dia bersetuju untuk mencari opahnya itu. 
 Drama Bukan Gadis Biasa, Drama Akasia TV3, Drama Bulan Ramadan, Drama Adaptasi Novel, Novel Bukan Gadis Biasa Karya Liza Nur, Poster Drama Bukan Gadis Biasa, Pelakon Utama Drama Bukan Gadis Biasa, Remy Ishak, Ayda Jebat, Nazim Othman, Mas Khan, Sheila Rusly, Ozlynn Waty, Sinopsis Drama Bukan Gadis Biasa,
Dalam masa yang sama Rayyan dah mula tertarik dengan Johana apabila mereka sering terserempak. Selepas meninggalkan rumah, Aminah yang sudah nyanyuk dan kurang siuman tersesat di tengah kota raya dan dibantu oleh Johana. Johana yang kasihan melihat Aminah membawanya pulang dan mereka tinggal bersama. Rayyan memulakan penyiasatan untuk mencari. Di situlah dia mengetahui opahnya kini berada dengan Johana. Insiden demi insiden berlaku membuatkan Rayyan makin jatuh hati dengan Johana. Namun kemunculan Amer (Nazim Othman) yang juga merupakan adik pada Rayyan yang cuba mencuri hati Johana membuatkan semuanya menjadi semakin sukar. Rayyan dan Amer sememangnya tidak rapat sejak dari kecil kerana berlainan ibu dan mereka juga saling membenci antara satu sama lain. Apa yang berlaku seterusnya?.

Jom Baca Ini Juga ➡️ Sinopsis dan Review Drama Korea My Fellow Citizen
⏩ Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai
Read More


My Random Post