30 Mei 2020

Sinopsis Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe (Akasia TV3)




Drama Nasi Kerabu Untuk Cik Abe, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia TV3, Sinopsis Drama Nasi Kerabu Untuk Cik Abe, Poster Drama Nasi Kerabu untuk Cik Abe, OST, Pelakon Utama Drama Nasi Kerabu Untuk Cik Abe, Izzue Islam, Elisya Sandha, Neera Azizi, Scha Elinnea, Erynne Erynna, Kuna

Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe adalah drama terbaru di slot Akasia yang disiarkan bagi menggantikan drama Bukan Gadis Biasa yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe ini adalah Izzue Islam, Elisya Sandha, Issey Fazlisham, Neera Azizi, Scha Elinnea, Erynne Erynna, Kuna Muzani, Radhi Khalid, Jasmin Hamid, Danny X - Factor, Syainie Aida, Kamarool Haji Yusoff dan ramai lagi. Drama Nasi Kerabu Che Abe ini mempunyai 13 episod dan mula bersiaran pada 25 Mei yang lalu iaitu setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. Manakala lagu tema / OST Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe ini bertajuk Hey Pria nyanyian Allisya dan lagu This Is Kota Bharu nyanyian Den & Fendi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye..




Sinopsis Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe Lakonan Izzue Islam dan Elisya Sandha


Shira (Elisya Sandha) mendapati dirinya jatuh cinta pada Faizul (Izzue Islam), orang Kelantan dan dia bernasib baik kerana Faizul merasakan hal yang sama untuknya. Namun, Shira mula terancam oleh Sha (Neera Azizi) yang memasak nasi kerabu sebaik ibu Faizul dan mereka sangat rapat. Sha cuba memecahkan Faizul dan Shira kerana dia mempunyai perasaan terhadap Faizul. Shira, Yana (Erynne Erynna) dan Zetty, 3 gadis yang dikenali sebagai 'awesome girls' adalah antara gadis-gadis cantik di kolej. Di permulaan cerita mereka telah berselisih dengan pelajar master yang kacak bernama Faizul. 

Ketiga tiga mereka terpegun tetapi semuanya hilang mood bila mula terdengar Faizul mula kecek kelate yang agak pekat. Faizul tidak pandai berdialek KL. Rakan baiknya, Arman (Issey Fazlisham) biarpun berbeza jurusan namun mereka sama-sama gila mencari duit dengan bisnes. Faizul lebih gemar menjual secara bersemuka berbanding dengan Arman yang menjual macam-macam secara atas talian. Shira, Yana dan Zetty tinggal bersama di rumah sewa, mereka bersahabat karib dan mereka pernah berjanji dan saling mencabar 'no boy no love' sehingga tamat pengajian. Mereka bertiga terkenangkan Faizul. Mereka memikirkan macam mana mereka nak mungkir janji yang dah dibuat. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini juga ⏩ Sinopsis Drama Korea Woman Of 9.9 Billion

2 ulasan:

  1. best drama ni :D
    done follow sini..

    BalasPadam
  2. Nampak macam best drama ni... ada issey tu..mesti kelakar.
    Nanti join segmen kqt blog saya ya...
    https://www.aziankhalil.com/2020/06/segmen-bloglist-pkpp-at.html?m=1

    BalasPadam



My Random Post