30 Nov 2018

Sinopsis Drama Selafaz Cinta




Selafaz Cinta, Drama Selafaz Cinta, Drama Melayu, Slot Tiara, Astro Prima, Astro Maya HD, 2018, Cast, Watak Pelakon, OST Selafaz Cinta, Pelakon Drama Selafaz Cinta, Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Aqasha, Riz Amin, Sura Sojangi, Sharifah Sakinah, Luqman Hafidz, 2018,
Sinopsis Drama Selafaz Cinta 

Drama Selafaz Cinta adalah drama terbaru yang disiarkan di slot Tiara Astro Prima / Astro Maya HD bagi menggantikan drama Cinta Tiada Ganti yang telah tamat episodnya. Antara barisan pelakon drama Selafaz Cinta ini adalah seperti di bawah ini:-
    Saharul Ridzwan sebagai Reza Ammar
  • Syatilla Melvin sebagai Zahratul Jannah
  • Puteri Aishah asebagai Liza Liyana
  • Aqasha sebagai Ustaz Jihad
  • Fezrul Khan sebagai Irsan
  • Riz Amin sebagai Ditto
  • Sharifah Sakinah sebagai Jasmine
  • Ikhwan sebagai Azrel
  • Sura Sojangi sebagai Farisya
  • Luqman Hafidz sebagai Haris
  • Haris Ismail sebagai Ustaz Fakih
  • Mimi Ernida sebagai Puan Dea
  • Asyiqin Zaed sebagai Reen
  • Ainin Batrisya sebagai Shila
  • Idraki Tan sebagai Alif




Selain itu drama Selafaz Cinta ini mempunyai 60 episod dan diarahkan oleh Pali Yahya.
Lagu tema / OST Selafaz Cinta ini dinyanyikan oleh Farisha Iris yang bertajuk Alasan Terindah. Nampak menarik juga drama Selafaz Cinta ini, konform akan membuatkan penonton beremosi gitu sebab ceritanya agak berat juga. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..

Sinopsis Drama Selafaz Cinta

Reza Ammar seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Seorang suami yang baik, menjaga agama dan penyayang pada keluarga. Bukan jenis yang mudah tergoda dengan wanita namun kekhilafannya membuatkan Reza jatuh cinta pada Liza, seorang pramugari yang juga bekas kekasihnya dulu. Namun Reza tetap mencintai dan menyayangi Jannah dan anak mereka Shila. Zahratul Jannah seorang pengusaha fesyen hijab, motivator. Isteri Reza ini selain cantik juga seorang muslimah yang taat. Patuh pada suami. 
Dulunya seorang gadis yang manja, suka bersosial dan tidak matang. Kini, menjadi seorang yang taat pada agama hasil bimbingan Reza. Setia dan percaya kepada suami namun mula meragui suaminya ketika Reza mula berubah. Liza Lyana berkenalan dengan Reza ketika berada di satu penerbangan luar negara. Menjalinkan hubungan skandal dengan Reza. Semakin lama, Liza bukan hanya jatuh cinta kepada Reza. Namun dia semakin obses dengan Reza sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Reza. Apa yang berlaku seterusnya?.
Read More

28 Nov 2018

Episod Akhir Drama Cinta Ganti




Ending Drama Cinta Tiada Ganti, Episod Akhir Drama Cinta Ganti, Drama 100 Episod Cinta Tiada Ganti, Episod 100 Drama Cinta Tiada Ganti, Watak, Arabella, Mukhriz, Khai, Arianna, Ara Kahwin Dengan Mukhriz, Pelakon Utama Drama Cinta Tiada Ganti, Aedy Ashraf, Nelydia Senrose, Ben Amir, Atikah Suhaime, Dian P. Ramlee, Marissa Yasmin, Hafidz Roshdi, Syamim Farid, Octovia Manrose, Ahmad Idham, Dato Shah Rezza, Nafiz Muaz, 2018, Astro,
Episod Akhir Drama Cinta Ganti

Drama 100 episod Cinta Tiada Ganti sudah pun berakhir dan episod akhir drama ini sudah pun disiarkan pada 26 November 2018 yang lalu di Astro Prima & Maya HD. Drama Cinta Tiada Ganti ini adalah adaptasi daripada drama Filipina Sanay Wala Nang Wakas dan dilakonkan oleh Aedy Ashraf, Nelydia Senrose, Ben Amir, Atikah Suhaime, Dian P. Ramlee, Marissa Yasmin, Hafidz Roshdi, Syamim Farid, Octovia Manrose, Ahmad Idham, Dato Shah Rezza, Nafiz Muaz dan ramai lagi. Ramai juga yang memberi komen di entry drama Cinta Tiada Ganti dalam blog ini tentang siapa yang mereka rasa patut dengan Ara sama ada Khai atau Mukhriz. Terima kasih atas pendapat korang tu semua, siap ada team Khai dan team Mukhriz tu hehe. Aku sebenarnya dah agak dah mesti Ara pilih Mukhriz juga sebab tajuk drama pun dah Cinta Tiada Ganti kan. Aku ingat lagi masa tengok drama Sanay Wala Nang Wakas dulu, aku kesian betul dengan watak Leo dan juga Mary Ann tu hehe tapi dalam drama Cinta Tiada Ganti ini rasa biasa - biasa saja. 




Mungkin sebab aku dah tahu jalan cerita dah so dah tak suspen gitu hehe. Cuma ending drama Cinta Tiada Ganti ini happy ending buat mereka yang menyokong Ara dengan Mukhrizlah kan hehehe. 
Di episod akhir drama ini juga, aku rasa scene paling sedih sekali masa Ara / Bella beritahu Khai tentang pilihannya yang akhirnya memilih Mukhriz. Antara yang menarik di episod akhir drama ini bila penyanyi popular Khai Bahar membuat kemunculan istimewa di penghujung episod dan ada berlakon sikit dengan Atikah Suhaime yang melakonkan watak Arianna tu. Kira drama ini boleh dikatakan drama pertama lakonan Khai Bahar gitu. Selepas ini drama Cinta Tiada Ganti ini akan digantikan dengan drama 60 episod yang bertajuk Selafaz Cinta lakonan Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Aqasha, Fezrul Khan, Sharifah Sakinah dan ramai lagi. 
Read More

26 Nov 2018

Sinopsis Telemovie Cinta Elevator (Astro Citra)




Cinta Elevator, Telemovie, Telefilem, Telemovie Cinta Elevator, Telefilem Cinta Elevator, Sinopsis Cinta Elevator, Astro Citra, Slot Citra Exclusive, 2018, Cast, Pelakon Telemovie Cinta Elevator, Beto Kusyairy, Jasmine Suraya, Mustaqim Mohamed, Marsha Milan, Dian P.Ramlee, Hefny Sahad, Marisa Yasmin, Poster,
Sinopsis Telemovie Cinta Elevator - Astro Citra

Telefilem Cinta Elevator telah pun disiarkan di slot Citra Exclusive, Astro Citra pada 24 November yang lalu. Antara pelakon telemovie Cinta Elevator ini adalah Beto Kusyairy, Jasmine Suraya, Mustaqim Mohamed, Marsha Milan, Dian P.Ramlee, Hefny Sahad, Marisa Yasmin dan ramai lagi. Selain itu Telefilem Cinta Elevator ini diarahkan oleh Ariff Zulkarnain dan diterbitkan oleh Celebrate TV Sdn Bhd. Best juga telemovie Cinta Elevator ini, ada kelakar, ada sedih dan happy ending gitu hehe. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye, selamat membaca..




Sinopsis Telemovie Cinta Elevator Lakonan Beto Kusyairy & Jasmine Suraya

Mengisahkan Evana (Jasmine Suraya) dan Adam (Beto Kusyairy) yang berbeza kerjaya tapi bekerja di bangunan yang sama. Satu hari Evana dan Adam telah bergaduh kerana berebut tempat parking kereta. Tak lama kemudian Evana terserempak lagi dengan Adam di sebuah restoran dan cuba mengenakan Adam kerana dirinya masih tidak puas hati dengan Adam. Adam yang tahu Evana mengenakannya mengejar Evana hingga ke dalam lif dan mereka bergaduh lagi dalam lif. Adam memberi gelaran perempuan psiko pada Evana. Kemudian mereka berdua terserempak lagi, ketika ingin pulang dari kerja dan masing - masing naik lif yang sama. Kali ini hanya mereka berdua saja yang ada dalam lif tersebut. Tanpa diduga lif tersebut berhenti berfungsi dan menyebabkan mereka berdua terperangkap dalam lif.

Evana awalnya berasa risau jika Adam melakukan sesuatu padanya dalam lif tersebut. Namun semakin lama mereka terperangkap dalam lif berkenaan, hubungan mereka menjadi semakin baik pula. Evana dan Adam mula berborak antara satu sama lain ketika terperangkap dalam lif tersebut. Mereka juga turut menceritakan tentang diri masing - masing dan kelihatan mereka berdua semakin akrab. Tak lama kemudian lif tersebut kembali okey dan mereka berdua dapat keluar dari lif berkenaan dengan senyuman terukir di wajah mereka. Sejak dari itu Evana dan Adam sering keluar bersama dan perasaan cinta mula wujud dalam diri masing - masing. Dalam masa yang sama bekas kekasih Evana iaitu Pierre (Hefny Sahad) cuba mendapatkan Evana kembali dengan cara berbaik - baik dengan ibu bapa Evana. 

Evana akhirnya mengajak Adam untuk pergi berjumpa dengan ibu bapanya. Adam bersetuju dan datang ke rumah Evana namun kelihatan ibu bapa Evana tidak begitu menyukai Adam kerana Adam tidak sama taraf dengan Evana. Malah Adam juga hanya bekerja sebagai pereka grafik dan juga pelukis dengan gaji yang tidak begitu banyak. Ibu Evana (Marissa Yasmin) turut mengajak Pierre untuk datang ke rumah mereka ketika Adam berada di situ. Melihat reaksi ibu bapanya yang tidak begitu menyukai Adam membuatkan Evana mula menjauhkan diri daripada Adam. Manakala Adam pula kecewa dengan sikap Evana, hal ini diburukkan lagi dengan Pierre yang datang ke pejabat Adam dan cuba membuatkan Adam marah lalu Adam menumbuk dirinya lalu dipecat. Selepas dipecat, Adam menumpukan perhatiannya dengan melukis. Apa yang berlaku seterusnya, dapatkah Adam berjaya? mungkinkah cinta Adam dan Evana bersatu semula?.
Read More

24 Nov 2018

Finalis Anugerah Juara Lagu 33 (#AJL33)




Finalis, AJL33, Anugerah Juara Lagu Ke - 33, Lagu Best, Penyanyi, TV3, Finalis AJL33, Senarai 12 Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu Ke 33, Siti Sarah, Ara Johari, Misha Omar, Altimet, Syamel, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Khai Bahar, Haqiem Rusli, Amylea, Kaer, Sufian Suhaimi, Jaclyn Victor, Siti Nordiana,

Selama 3 minggu berlangsungnya Separuh Akhir Muzik - Muzik 33 dan menyaksikan 12 lagu telah terpilih untuk ke Anugerah Juara Lagu Ke - 33 / AJL33 yang akan berlangsung pada tahun depan. 12 lagu yang terpilih ini akan berentap sekali lagi di pentas akhir AJL33 nanti dan semua finalis untuk musim ini memang hebat - hebat belaka. Malah juara AJL edisi ke -32 yang lalu iaitu Hael Husaini turut layak sekali lagi dengan 2 lagu nyanyiannya, satu lagu duet dan satu lagu solo. Malah satu lagu ciptaanya juga layak ke AJL33 nanti. Apa pun tahniah buat semua finalis, jom kita tengok senarai 12 lagu yang layak ke AJL 33 di bawah ini ye..




Senarai 12 Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu Ke 33 / AJL33

1. Siti Sarah - Semakin
2. Ara Johari - Bunga
3. Misha Omar - Sampai Bila
4. Altimet - Bunga
5. Syamel - Kau Pun Sama
6. Hael Husaini & Dayang Nurfaizah - Haram
7. Khai Bahar - Luluh
8. Haqiem Rusli & Aman Ra - Jatuh Bangun
9. Amylea & Kaer - Tak Pernah Hilang
10. Hael Husaini - Hajat
11. Sufian Suhaimi - Di Matamu
12. Jac & Siti Nordiana - Nisan Cinta
Read More

Drama Seribu Rindu (Akasia TV3)




Seribu Rindu, Drama Seribu Rindu, Slot Akasia, TV3, Cast, Poster, Pelakon Drama Seribu Rindu, Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Fadlan Hazim, Mona Allen, Fazlina Ahmad Daud, 2018, Drama Melayu, Drama Lakonan Zul Ariffin, Sinopsis Seribu Rindu,

Drama terbaru lakonan Zul Ariffin iaitu Drama Seribu Rindu kini bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 12 November 2018 yang lalu. Biasanya drama - drama lakonan Zul Ariffin ini memang sentiasa popular gitu, tambah - tambah di slot Akasia. Kalau tak silap aku last drama Zul Ariffin untuk slot Akasia ini adalah drama Titian Cinta yang memang meletup gitu dan kini dia kembali dengan drama Seribu Rindu bergandingan pula dengan pelakon cantik manis yang juga ahli kumpulan De Fam iaitu Azira Shafinaz. Rasanya ini kali pertama mereka berlakon sekali dan dalam drama Seribu Rindu ini, Zul Ariffin akan memegang watak sebagai Irfan manakala Azira Shafinaz pula sebagai Maisarah. Irfan dan Maisarah adalah kawan sejak kecil tapi Maisarah bercinta dengan orang lain tapi akhirnya berkahwin dengan Irfan juga, jodoh gitu kan. 




Antara pelakon yang turut membintangi drama Seribu Rindu ini selain Zul Ariffin dan Azira Shafinaz ini terdiri daripada Fadlan Hazim, Mona Allen, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, Ainul Aishah, Aman Graseka, Doria Rachel dan ramai lagi. Selain itu drama Seribu Rindu ini mempunyai 28 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Villa Ghazara yang telah tamat episodnya serta bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Apa pun jom tengok sinopsis drama Seribu Rindu ini di bawah ye. Selamat membaca okey. 

Sinopsis Drama Seribu Rindu Slot Akasia TV3

Mengisahkan mengenai konflik cinta Maisarah (Azira De Fam) dan Airel (Fadlan Hazim) yang terhenti atas desakan bapa Airel iaitu Datuk Muiz. Datuk Muiz mahu menyatukan Airel dengan Damia (Mona Allen), anak kepada rakan perniagaannya Datuk Sri Johari. Walaupun mencintai Maisarah, Airel tunduk dengan kehendak bapanya. Maisarah kecewa lalu pulang ke kampung dan meluahkan rasa sedihnya kepada Irfan (Zul Ariffin), rakan baiknya yang juga seorang cef. Mereka memang rapat sejak kecil, kerana Maisarah dibesarkan oleh neneknya yang mesra dipanggil Tokma tanpa kehadiran seorang ayah dan Irfanlah menjadi tempat luahan perasaannya selama ini. Tidak mahu kehilangan Maisarah yang terus bersedih, Irfan membuat keputusan untuk melamar Maisarah di saat hubungan Maisarah dan Airel berantakan. Maisarah terkejut kerana dia tidak pernah menyangka Irfan yang sudah dianggap abang telah lama menaruh perasaannya. Akhirnya, Maisarah menerima lamaran Irfan setelah membuat solat istikharah. Airel kecewa dengan keputusan Maisarah. 
Dia sakit hati kerana sebelum ini Maisarah sering menafikan dia juga sukakan Irfan dan mengatakan mereka sekadar kawan baik sahaja. Sepanjang perkahwinan mereka, Irfan menjaga Maisarah bagai seorang permaisuri. Semua permintaan Maisarah akan dituruti. Suatu hari ketika ingin membeli makanan yang diidamkan oleh Maisarah yang sedang hamil, Irfan ditimpa kemalangan dan disahkan lumpuh. Walaubagaimanapun, Irfan masih boleh dirawat dengan penjagaan rapi oleh doktor pakar di hospital. Konflik tercetus, apabila Airel adalah doktor yang bertanggungjawab bagi membantu proses penyembuhan Irfan. Irfan merasakan masih ada sisa cinta di hati Maisarah buat Airel. Irfan mula menjauhkan diri kerana beranggapan Maisarah hanya bersimpati dengan keadaanya yang lumpuh. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Maisarah akan kembali dibuai perasaan cintanya terhadap Airel atau tetap memilih Irfan yang setia?
Read More

22 Nov 2018

Sinopsis Drama Korea - Lawless Lawyer

Lawless Lawyer, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Lawless Lawyer, Drama Korea Lawless Lawyer, Sinopsis Lawless Lawyer, Watak Pelakon Dalam Drama Korea Lawless Lawyer, Drama Best, 2018, Suspen, Peguam, Hakim, Lawless Lawyer Cast, Pelakon Drama Korea Lawless Lawyer, Lee Joon Gi, Seo Ye Ji, Lee Hye Young, Choi Min Soo, Yum Hye Ran, Cha Jung Won, Poster,
Sinopsis Drama Korea - Lawless Lawyer

Korean Drama Lawless Lawyer ini sudah pun disiarkan di channel TVN pada 12 Mei 2018 dan tamat pada 1 Julai 2018 yang lalu. Drama ini juga merupakan drama terbaru Lee Joon Gi selepas drama Criminal Minds dan juga Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo. Dalam drama Korea Lawless Lawyer ini, Lee Joon Gi memegang watak sebagai seorang peguam gitu, banyak juga scene - scene suspen dalam drama ini. Aku suka tengok gandingan Lee Joon Gi dan Choi Min Soo dalam drama ini, 2 gandingan pelakon hebat gitu. Apa pun hari ini aku nak share sinopsis drama Korea Lawless Lawyer ini, jadi selamat membaca okey. Sebelum itu jom tengok senarai watak dan pelakon drama Korea Lawless Lawyer di bawah ini ye.




Watak Pelakon Dalam Drama Korea Lawless Lawyer

1) Lee Joon Gi sebagai Bong Sang Pil (Peguambela)
2) Seo Ye Ji sebagai Ha Jae Yi (Pendakwaraya / Peguambela)
3) Lee Hye Young sebagai Cha Moon Sook (Hakim)
4) Choi Min Soo sebagai An Oh Ju (Datuk Bandar Gisung + Orang suruhan Cha Moon Sook)
5) Yum Hye Ran sebagai Nam Soon Ja (setiausaha + orang suruhan Cha Moon Sook)
6) Cha Jung Won sebagai Kang Yeon Hee (Pendakwaraya + anak Nam Soon Ja)
7) Ahn Nae Sang sebagai Choi Dae Woong (pakcik Bong Sang Pil + ketua gengster)
8) Park Ho San sebagai Chun Seung Bum (pendakwaraya senior yang berani & fight untuk kebenaran)
9) Baek Joo Hee sebagai No Hyun Joo (mak Ha Jae Yi yang menghilangkan diri)




Sinopsis Lawless Lawyer - Korean Drama

Mengisahkan Bong Sang Pil yang merupakan seorang peguam hebat namun dia mempunyai masa silam yang pahit, dimana dia menjadi saksi pembunuhan ibunya sendiri dan hampir dibunuh. Ibu Bong Sang Pil juga seorang peguam dan dia telah mengambil satu kes yang melibatkan hakim Cha Moon Sook. Cha Moon Sook adalah seorang hakim yang terkenal dan sangat berpengaruh, dia juga mempunyai sisi gelapnya yang tersendiri dan banyak melakukan jenayah. Cha Moon Sook telah mengarahkan orang suruhannya An Oh Ju untuk membunuh ibu Bong Sang Pil dan juga Bong Sang Pil, malah ibu Ha Jae Yi juga terlibat sama dan secara tak langsung telah menyelamatkan Bong Sang Pil dan selepas itu ibu Ha Jae Yi telah hilang dan dipercayai telah mati. Bong Sang Pil kemudian dibesarkan oleh pakciknya Choi Dae Woong yang merupakan ketua gangster. Walaubagaimanapun Choi Dae Woong tak mahu anak saudaranya itu mengikut jejak langkahnya menjadi seorang gangster sebaliknya menggalakkan Bong Sang Pil untuk menjadi seorang peguam dan membalas dendam untuk ibunya melalui undang - undang dan bukannya melalui keganasan. 18 tahun kemudian Bong Sang Pil berjaya menjadi seorang peguam hebat.

Tak lama kemudian Bong Sang Pil mendapat tahu yang ada seorang detektif telah ditangkap atas pembunuhan datuk bandar Gisung dan detektif tersebut antara orang yang terlibat dengan pembunuhan ibunya dulu. Lalu Bong Sang Pil memutuskan untuk pulang ke tempat kelahirannya iaitu di Gisung dan membuka firma guamannya sendiri di tempat yang sama terletaknya firma guaman ibunya dulu. Manakala Ha Jae Yi pula seorang pendakwaraya yang berintegriti, selepas ibunya menghilangkan diri, dia tinggal berdua dengan ayahnya saja. Ha Jae Yi dan ayahnya sangat menghormati pada hakim Cha Moon Sook kerana telah banyak membantu keluarga mereka tanpa menyedari yang Cha Moon Sook adalah penyebab kehilangan ibu Ha Jae Yi. Malah Ha Jae Yi juga menganggap Cha Moon Sook seperti ibu angkatnya. Pada suatu hari Ha Jae Yi gagal mengawal kemarahannya lalu menumbuk seorang hakim lain di mahkamah dan akhirnya menyebabkan lesen guaman Ha Jae Yi digantung. Kemudian Bong Sang Pil cuba mendapatkan Ha Jae Yi untuk bekerja sebagai pembantunya di firma guamannya, awalnya Ha Jae Yi menolak namun terpaksa bersetuju disebabkan hutang ayahnya. 

Ha Jae Yi kemudiannya mula bekerja di firma guaman Bong Sang Pil, dia berasa pelik apabila Bong Sang Pil mahu menjadi peguambela pada orang jahat. Bong Sang Pil sudah merancang sesuatu dia harus menjadi peguambela pada detektif tersebut sebagai langkah pertamanya untuk membalas dendam pada kematian ibunya. Semakin lama Ha Jae Yi bekerja dengan Bong Sang Pil dia makin selesa dengan sikap dan personaliti Bong Sang Pil itu. Tak lama kemudian An Oh Ju dilantik menjadi datuk bandar Gisung yang baru dan Bong Sang Pil kini sudah tidak berselindung lagi, malah dia juga tidak menyembunyikan identiti sebenarnya dan mula berdepan dengan An Oh Ju dan Cha Moon Sook tanpa rasa takut. Bong Sang Pil juga cuba memberitahu kebenaran sebenar mengenai Cha Moon Sook yang jahat itu pada Ha Jae Yi, namun kelihatan Ha Jae Yi sukar untuk mempercayainya. Cha Moon Sook pula cuba menjauhkan Ha Jae Yi dari Bong Sang Pil dengan memfitnah Bong Sang Pil dan segala hal yang berlaku membuatkan Ha Jae Yi semakin keliru dan dia menginginkan Bong Sang Pil menunjukkan bukti terhadap tuduhannya pada hakim Cha Moon Sook itu. Apa yang berlaku seterusnya?. Dapatkah Cha Moon Sook yang banyak muslihat itu dikalahkan?
Read More

19 Nov 2018

Sinopsis Telemovie Hingga Jumpa Lagi (Astro Citra)

Telemovie Hingga Jumpa Lagi, Telefilem Hingga Jumpa Lagi, Astro Citra, Sinopsis Telefilem Hingga Jumpa Lagi, Kisah Cinta, Kisah Pesakit Kanser, 2018, Cast, Pelakon Telemovie Hingga Jumpa Lagi, Nora Danish, Kamal Adli, Zaidi Omar, Ramona Zamzam, Anita Baharom, Wan Nor Azlin, Watak Dalam Telemovie Hingga Jumpa Lagi, Eva, Nuh, Dr. Laila, Pakcik Shukor,
Sinopsis Telemovie Hingga Jumpa Lagi - Astro Citra

Telefilem Hingga Jumpa Lagi telah pun disiarkan di Astro Citra pada 17 November 2018 yang lalu. Antara pelakon telemovie Hingga Jumpa Lagi ini adalah Kamal Adli, Nora Danish, Zaidi Omar, Ramona Zamzam, Anita Baharom, Wan Nor Azlin dan ramai lagi. Best juga jalan cerita telefilem Hingga Jumpa Lagi, nampak sangat cinta Eva dan Nuh ni terlalu mendalam sampai sanggup berkorban gitu. Ending telemovie Hingga Jumpa Lagi ini stil happy ending jugalah walaupun sedih juga sebab Eva tetap ada Kanser. Jadi aku nak share juga serba sedikit sinopsis telemovie Hingga Jumpa Lagi di bawah ini ye, selamat membaca okey..




Sinopsis Telemovie Hingga Jumpa Lagi Lakonan Kamal Adli & Nora Danish

Mengisahkan tentang cinta sejati antara Eva (lakonan Nora Danish) dan Nuh (lakonan Kamal Adli), Eva yang menghidap Kanser Rahim tahap 4 berasa kesian pada suaminya Nuh yang setia dan sanggup menjaganya ketika dirinya sedang melawan penyakit kansernya itu. Nuh yang sangat menyayangi Eva sanggup menolak tawaran kerja di Jepun demi untuk fokus menjaga Eva. Eva yang mengetahui hal ini berasa sedih dan merasakan dirinya beban buat suaminya. Eva ingin suaminya bahagia seperti orang lain, ini ditambah lagi bila Eva juga tidak dapat memberikan zuriat pada suaminya itu. Suatu hari ketika Eva pergi ke kedai Dobi untuk mencuci pakaian dia berjumpa dengan pakcik Shukor (Zaidi Omar) yang sedang meminta sedekah pada orang ramai. Eva kemudiannya memberikan duit yang agak banyak pada pakcik Shukor itu, pakcik itu kemudian bertanya pada Eva sama ada Eva perlu apa - apa bantuan darinya  Eva tanpa berfikir panjang menyatakan hajatnya yang ingin ke masa lalunya dan mengubah sejarah hidupnya. Pakcik itu kemudiannya memberitahu namanya serta memberikan syarat - syarat untuk Eva kembali ke masa lalunya. 




Ketika Eva berdiri melihat pakaiannnya dicuci, Eva tiba - tiba kembali ke masa lalunya iaitu di tahun 2013 dimana itu merupakan tarikh dan tahun dia berjumpa Nuh buat pertama kalinya. Eva ingin menghalang dirinya dari terserempak dan berjumpa dengan Nuh bagi mengelakkan mereka berkahwin. Namun usaha Eva ketika itu gagal kerana apabila dia kembali ke tahun 2018, dia masih lagi berkahwin dengan Nuh. Eva yang tidak berputus asa kembali lagi ke masa lalunya dan cuba mengelakkan dirinya dari terus berhubungan dengan Nuh tambahan lagi ketika itu Nuh sudah ada tunang iaitu Doktor Laila (Ramona Zamzam). Namun usahanya masih gagal, Eva menginginkan Nuh berkahwin dengan Dr. Laila dan bukan dirinya. Lalu Eva mengambil tindakan drastik dengan pergi ke masa lalunya untuk berjumpa dengan dirinya sendiri dan memberikan amaran. Eva menceritakan segalanya pada dirinya di masa lalu dan menyuruh dirinya itu tidak berkahwin dengan Nuh dan menghalang Dr. Laila dari pergi. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkan Eva mengubah sejarah hidupnya itu?.

Read More

16 Nov 2018

Biodata Terkini Azira Shafinaz




Azira Shafinaz, Azira De Fam, Pelakon, Penyanyi, De Fam, Biodata Azira Shafinaz, Profil Azira Shafinaz, Juara Drop The Beat 2018, Senarai Drama Lakonan Azira Shafinaz, Telemovie Lakonan Azira Shafinaz, Hos, Gambar Terkini Azira Shafinaz,
Profil & Biodata Azira Shafinaz (Penyanyi dan Pelakon Malaysia)

Hari ini aku nak share serba sedikit tentang biodata Azira Shafinaz ini, awalnya Azira Shafinaz ni dikenali sebagai penyanyi. Dia adalah ahli kumpulan De Fam kemudian dia dah start berlakon sampailah sekarang. Dramanya iaitu Villa Ghazara baru saja habis, sekarang drama barunya menyusul yang bertajuk Seribu Rindu di Slot Akasia TV3. Dua drama lakonan Azira Shafinaz ni ditayangkan secara berturut - turut. Terbaru telefilem lakonannya kini tengah bersiaran di slot cerekarama TV3 bertajuk Kau Langit Aku Laut. Malah Azira Shafinaz juga adalah juara Drop The Beat 2018 gitu. Drop The Beat ini adalah rancangan game show lip sync terbitan media prima yang memerlukan para selebriti miming dan menari. Apa pun jom tengok profil dan biodatanya di bawah ini ye..




Biodata Terkini Azira Shafinaz

Nama Penuh: Azira Shafinaz binti Ramlan
Nama Komersil: Azira Shafinaz / Azira De Fam
Umur: 27 Tahun
Tarikh Lahir: 26 September 1991
Asal: Kuala Lumpur
Kerjaya: Penyanyi (kumpulan wanita De Fam) & Pelakon
Lagu - Lagu nyanyian Azira dan De Fam : #Supergirls, With You, Bila Ada Kamu, Bukan Cinta Malaikat
Senarai Drama lakonan Azira Shafinaz: Pia, Mimpi Mira, Stella, Married Tapi Benci, Mr. Donat Karamel, Villa Ghazara, Seribu Rindu dan lain - lain lagi.
Senarai Telemovie lakonan Azira Shafinaz: Kau Langit Aku Laut, Nur 3 Pagi, Syawal Yang Kuinginkan, Simpang Sejenak, Din Sardin Beraya dan lain - lain lagi.
Read More

15 Nov 2018

Episod Akhir Drama Mawar Murni

Mawar Murni, Drama Mawar Murni, Drama Melayu, Slot Samarinda, TV3, Ending Drama Mawar Murni, Sinopsis Episod Akhir Drama Mawar Murni, 2018, Drama 15 Episod, Pelakon Drama Mawar Murni, Mimi Lana, Fasha Sandha, Saharul Ridzwan, Amar Asyraf, Wan Nor Azlin, Watie Sadali, Ridzuan Hashim, Wanna Ali, Kazar,
Episod Akhir Drama Mawar Murni - Slot Samarinda TV3

Drama 15 episod yang bertajuk Mawar Murni telah tamat episodnya dan akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk Terbaik Dariku yang dilakonkan oleh Zara Zya. Episod akhir drama Mawar Murni telah pun disiarkan pada 13 November 2018 yang lalu. Antara pelakon drama Mawar Murni ini adalah Mimi Lana, Fasha Sandha, Saharul Ridzwan, Amar Asyraf, Wan Nor Azlin, Watie Sadali, Ridzuan Hashim, Wanna Ali, Kazar dan ramai lagi. Bila tengok episod akhir drama ini memang agak sedih dengan nasib Murni di penghujung cerita, disebabkan dendam Murni hilang segala - galanya. Ending Drama Mawar Murni juga berakhir dengan Murni ditangkap polis dan akhirnya dipenjarakan. Apa pun aku nak share sinopsis episod akhir drama Mawar Murni di bawah ini ye, selamat membaca okey.




Sinopsis Episod Akhir Drama Mawar Murni (Samarinda TV3)

Pihak polis berjumpa dengan Qalif (lakonan Amar Asyraf) dan Keisha (Wanna Ali) dan mendedahkan yang Murni (lakonan Fasha Sandha) adalah suspek utama mereka. Manakala Mawar (lakonan Mimi Lana) pula terkejut mengetahui yang Murni adalah kakak kandungnya dan hal ini didedahkan sendiri oleh bapa mereka (Kazar). Halim berasa menyesal dan ingin meminta maaf pada Murni kerana telah berlaku kejam padanya. Murni pula berasa sangat sedih dan menuju ke rumah Ramona (Wan Nor Azlin), di sana dia telah memukul kepala Qalif dan Qalif pengsan. Murni kemudian pergi berjumpa dengan Ramona dan mengaku yang dirinya telah membunuh Aziz (Ridzuan Hashim) dan turut mendedahkan yang dirinya adalah isteri ketiga Aziz dan berasa marah pada Aziz kerana tidak adil padanya. Malah Aziz juga telah memaksa Murni untuk menggugurkan kandungannya ketika mengandung anak pertama mereka. Aziz mengugut Murni akan menceraikan Murni jika dia tidak menggugurkan kandungannya itu. Ramona bagai tak percaya apa yang didengarnya dari mulut Murni, Murni juga berdendam dengan Ramona dan keluarganya kerana telah melayan dirinya dengan teruk selama ini. 




Tak lama kemudian Mahani (Watie Sadali) dan Harris (Saharul Ridzwan) datang ke rumah Ramona dan terkejut melihat Qalif pengsan. Tak lama kemudian Keisha pula sampai dan menyuruh Harris dan Ramona untuk pergi naik ke atas dan melihat keadaan ibunya. Setelah sedar ada orang datang ke rumah Ramona, Murni cepat - cepat melarikan diri dari situ dan dia kemudian pergi melawat kubur Aziz dan meminta ampun. Kemudian Murni pergi berjumpa dengan anak tunggalnya itu, Murni sedar pihak polis akan datang pada bila - bila masa saja, jadi dia meluangkan masa yang ada dengan memeluk anaknya itu. Pihak polis kemudian menangkap Murni, manakala Mawar dan bapa mereka sempat berjumpa dengan Murni sebelum dia di dibawa ke balai polis. Murni juga sempat meminta maaf pada bapanya itu. Kemudian Mawar berjumpa dengan Ramona, Qalif dan Keisha dan ingin memulangkan semula wang yang diberikan Aziz padanya, malah dia juga turut bercerita tentang Aziz pada mereka. Mawar kemudiannya berkahwin dengan Harris, manakala Qalif dan Keisha menjadi pengapit mereka. Hubungan Qalif dan Harris juga semakin baik, manakala anak Murni dijaga oleh bapanya dan ending drama ini berakhir dengan keadaan Murni di penjara.  
Read More

14 Nov 2018

Baca Online Novel Split




Split, Novel Split, Karya Novelis Nurul Ain Syuhada, Novel Online, Split TV Series, Drama Split TV Series, Drama Adaptasi Novel, Sinopsis Novel Split, Baca Online Novel Split Bab 1 Hingga Bab 30, Astro Citra, Drama Melayu, Drama Best, Drama Bersiri, Ala - Ala Drama Korea Kill Me Heal Me, Split Personality, Dissociative Identity Disorder, Split Cast, Pelakon Drama Split TV Series, Shukri Yahaya, Sara Ali, Shah Iskandar, Juliana Evans, 2018, Cover Depan Novel Split,

Novel Split karya novelis Nurul Ain Syuhada telah pun diadaptasikan menjadi drama Split TV Series yang disiarkan di Astro Citra, setiap Selasa hingga Khamis, jam 11 malam. Shukri Yahaya dan Sara Ali akan menjadi pelakon utama drama adaptasi novel Split ini, Shukri Yahaya akan melakonkan beberapa watak iaitu Mikael, Hafez, Adam, Encik Sufian, Dhia, Jeff dan Kid. Manakala Sara Ali akan melakonkan watak Maryam. Tak dinafikan ramai yang cakap jalan ceritanya ada persamaan dengan drama Korea Kill Me Heal Me, macam ada 7 personaliti tu, walaubagaimanapun tak adalah sama banyak pun, sikit - sikit je. Best juga dapat tengok drama yang berkaitan D.I.D (Dissociative identity disorder) / split personality versi melayu gitu. Apa pun jom tengok sinopsis novel Split d bawah ini ye, selamat membaca.




Sinopsis Novel Split

MARYAM, gadis yang umurnya kian lanjut usia dan belum terbuka pintu hatinya buat sang arjuna setelah pernah dikecewakan…Sehinggalah dirinya mula didatangi seseorang yang baik bicaranya, murah dengan senyumannya. Tanpa diduga, mereka berdua menetap di bawah satu kondo yang sama!
“Kenapa saya tak pernah nampak awak?” – MIKAEL
“Resident kat sini mungkin beribu. Probability awak nak terserempak dengan saya macam satu nisbah tujuh ribu. So, memanglah kita tak pernah terserempak.” – MARYAM
Hari demi hari pun berganti sehinggalah karakter yang berbeza dalam tubuh yang sama buat pertama kali muncul di hadapan Maryam! Jejaka penuh misteri itu kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumahlah senang cakap!
“Hoi? Kau hoikan aku? Aku ada nama okey. Nama aku bukan hoi. Hafez. H-A-F-E-Z. Hafez.” – HAFEZ
“Mikael, tak payah nak main-mainlah! Siang tadi awak tak buat perangai macam ni pun.” – MARYAM
Persoalan mula bermain di minda Maryam. Siapa MIKAEL? Dan siapa pula HAFEZ? Belum lagi reda hal Mikael dan Hafez, muncul pula karakter kanak-kanak bernama Adam yang mencari ibunya! Bertambah kalut Maryam jadinya! Siapa pula ADAM? Perhubungan Mikael dan Maryam semakin rapat dan hampir beralih ke gerbang perkahwinan setelah desakan daripada ayah Maryam yang tak habis-habis meminta supaya Maryam segera berkahwin. Pada waktu itu, Maryam merasakan Mikael calon yang paling layak. Setelah berkahwin, ada lagi kejutan yang dialami Maryam. Kejutan apakah itu? Ada tiga sahajakah personaliti Mikael? Akan tersingkapkah lagi personaliti Mikael yang belum diketahui Maryam? Mampukah Maryam terus hidup dengan karakter-karakter lain Mikael? Semuanya akan terjawab dalam Split.
 

Jadi sambil - sambil tengok drama Split TV Series di televisyen tu, korang juga boleh baca Novel Split ini secara online juga, caranya dengan klik link di bawah ini ye, selamat membaca okey..
Read More

12 Nov 2018

Telemovie Aku Posmen (Astro Citra)

Aku Posmen, Telemovie, Telefilem, Telemovie Aku Posmen, Telefilem Aku Posmen, Astro Citra, 2018, Spin Off Telemovie Kampung Kuala Lambat, Aku Posmen Cast, Pelakon Telemovie Aku Posmen, Lisa Surihani, Khir Rahman, D'Boy Hamdan, Azman Hassan, Nadia Aqilah, Watak Dalam Telefilem Aku Posmen, Usop, Pak Don, Latifah, Senah, Yeob, Abang Posmen, Ending Telemovie Aku Posmen, Sinopsis Telefilem Aku Posmen, Review Telemovie Aku Posmen,
Sinopsis Telemovie Aku Posmen - Astro Citra

Telefilem Aku Posmen telah pun disiarkan di Astro Citra pada 10 November 2018 yang lalu, telemovie Aku Posmen ini adalah spin off dari telemovie Kampung Kuala Lambat yang pernah disiarkan di Astro Citra sebelum ini. Antara pelakon telemovie Aku Posmen ini adalah Lisa Surihani, Khir Rahman, D'Boy Hamdan, Azman Hassan, Nadia Aqilah dan ramai lagi. Kali ini dalam telefilem Aku Posmen ini ianya akan memfokuskan tentang watak Saadon yang makin teruk penyakit pelupanya itu serta watak Usop dan ayahnya yang merupakan seorang posmen serta beberapa watak baru seperti Latifah, Senah (lakonan Nadia Aqilah) dan lain - lain lagi. Banyak betul dialog "Aku Posmen", "Abang Posmen" dalam telemovie ini hahaha entah berapa ratus kali diorang sebut dialog tu je haahaha. Selain itu cerita Aku Posmen ini berjaya buat aku tergelak dengan perangai si Saadon / Pak Don (lakonan Khir Rahman) yang makin teruk penyakit lupanya itu, sampai dia pun nak mengaku yang dia pun posmen juga. Malah karakter watak Latifah lakonan Lisa Surihani tu pun lawak juga hahaha. Seorang pelupa dan seorang lagi mental / gila hehe. 




Tapi comel tengok watak Lisa Surihani tu yang tak putus asa tunggu abang posmen untuk hantar surat pada dia tu, bila dapat surat je bukan main happy lagi tu, rupanya ada sebab dia jadi macam tu. Scene watak Lisa Surihani melukis setem di dahi bapanya dan juga bapa Usop tu lawak haha. Tapi sayang sikit ending telemovie aku posmen ni tergantung macam tu je, ada sambungan lagi ke? tapi tak dinafikan memang lawak juga cerita ni, apa pun jom tengok sinopsis telefilem Aku Posmen di bawah ini ye. 

Sinopsis Telemovie Aku Posmen - Astro Citra

Mengisahkan Usop yang ingin menjadi askar walaupun keturunannya semuanya bekerja sebagai seorang Posmen. Akhirnya cita - cita Usop hampir tercapai bila dia diterima untuk masuk askar dan kemudian menyuruh ayahnya untuk pergi meminang kekasihnya Rokiah untuk dirinya. Bapanya kemudian pergi berjumpa dengan ayah Rokiah. Ayah Rokiah adalah bekas tentera dan memang menginginkan bakal menantunya nanti bekerja sebagai seorang askar seperti dirinya. Bapa Rokiah memandang rendah dengan pekerjaan posmen, dia menerima pinangan Usop itu tapi dalam masa yang sama turut menghina ayah Usop kerana memakai baju seragam Posmen ketika datang meminang anaknya itu. Ayah Usop (Yeob) terasa hati dengan sikap bapa Rokiah itu, ketika perjalanan pulang, dia telah jatuh basikal dan kakinya patah. Usop yang datang mencari ayahnya dapat tahu tentang penghinaan ayah Rokiah pada ayahnya. Akhirnya Usop membuat keputusan untuk mengikut jejak langkah ayahnya untuk menjadi posmen dan memutuskan hubungannya dengan Rokiah.




Dalam hal yang lain Latifah sering ternanti - nanti surat untuk dirinya dari tunangnya yang bernama Yusof. Latifah sering menunggu posmen untuk datang ke rumahnya dan menghantar surat untuknya. Setiap kali Usop lalu di depan rumahnya, Latifah akan bertanyakan surat untuknya. Manakala penyakit pelupa Saadon / pak don makin teruk jadinya, dia sering merayau - rayau dan lupa rumahnya di mana, dia juga sering menukar nama orang lain sesuka hatinya. Ketika Saadon lalu di depan rumah Latifah, Latifah memanggilnya abang Posmen dan bertanyakan suratnya. Sejak dari itu Saadon menganggap dirinya adalah posmen dan tanpa sengaja turut mencuri basikal Usop dan baju posmen bapa Usop kerana menyangka itu kepunyaannya. Malah dia juga sering ke rumah bapa Usop kerana menyangka itu adalah rumahnya. Usop yang menyangka Latifah telah suka padanya telah menulis surat pada Latifah dan menghantarnya sendiri pada Latifah dan kemudian Latifah akan membalas surat tersebut. 


Akhirnya bapa Latifah telah berjumpa Usop dan menerangkan keadaan sebenarnya mengenai kesihatan Latifah dan kenapa Latifah bersikap sedemikian. Usop patah hati dan cuba menjauhkan diri dari Latifah. Kemudian Latifah berjumpa dengan Saadon yang mengaku dirinya posmen dan keadaan mula menjadi huru - hara. Apa yang berlaku seterusnya.
Read More

10 Nov 2018

Sinopsis Drama Korea Mr. Sunshine

Mr Sunshine, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Mr Sunshine, Drama Korea Mr Sunshine, Sinopsis Drama Korea Mr. Sunshine, Sinopsis Penuh Mr Sunshine, Watak dan Pelakon Drama Korea Mr. Sunshine, Lee Byun Hun, Kim Tae Ri, Byun Yo Han, Yoo Yeon Seok, Kim Min Jung, 2018, Poster Mr Sunshine,
Sinopsis Drama Korea Mr. Sunshine

Pengarah dan screenwriter drama Mr. Sunshine ini adalah orang sama yang jadi pengarah dan screenwriter untuk drama popular seperti Goblin dan Descendants Of The Sun. Jadi memang harus tontonlah drama Mr Sunshine ni, sebab memang best gitu, walaupun berlatarbelakangkan sejarah Joseon (Korea) awal tahun 1900 dan juga ketika pendudukan Jepun di Korea serta perjuangan aktivis yang ingin membebaskan Joseon dari sebarang penjajahan kuasa asing khususnya Jepun. Selain disulami dengan kisah cinta di zaman tersebut. Pendek kata memang berbaloi menonton drama Korea Mr. Sunshine ini, sinematografinya memang cantik giler dah macam tonton filem gitu, plus para pelakonnya juga memang terbaik. Apa pun jom tengok senarai pelakon drama Korea ini serta sinopsisnya di bawah ini ye, selamat membaca.

Watak & Senarai pelakon drama Korea Mr Sunshine

1) Lee Byung Hun sebagai (Choi Yoo Jin / Eugene Choi)
2) Kim Tae Ri sebagai (Go Ae Shin)
3) Yoo Yeon Seok sebagai (Goo Dong Mae)
4) Kim Min Jung sebagai (Kudo Hee Na)
5) Byun Yo Han sebagai (Kim Hee Sung)
6) Kim Eui Sung sebagai Lee Wan Ik
7) Kim Nam Hee sebagai Takashi Mori
8) Kim Kap Soo sebagai Hwang Eun San
9) Choi Moo Sung sebagai Jang Seung Goo
10) Kim Byung Chul sebagai Il Sik
11) Jo Woo Jin sebagai Im Gwan Soo
12) David McInnis sebagai Kyle Moore
Selain itu ada ramai pelakon popular yang membuat kemunculan khas (special appearance) dalam Korean Drama Mr Sunshine ini seperti Jin Goo, Kim Ji Won, Lee Shi A, Im Se Mi, Jang Dong Yoon, Park Jung Min, Kim Min Jae dan ramai lagi.




Sinopsis Mr. Sunshine - Korean Drama


Mengisahkan tentang Eugene Choi / Choi Yoo Jin yang berasal dari golongan bawahan iaitu hamba dan ketika dirinya masih kecil, dia dan ibu bapanya berkerja dan berkhidmat untuk keluarga bangsawan yang kaya raya. Namun tak lama kemudian suatu tragedi telah berlaku, bapanya dibunuh dan ibunya membunuh diri dan Eugene yang baru berusia 9 tahun terpaksa melarikan diri apabila dirinya diburu oleh slave hunter yang diupah oleh keluarga bangsawan tersebut. Nasib Eugene baik apabila ada beberapa orang yang membantunya dan dia berjaya melarikan diri dari Joseon ke Amerika. Disitu Eugene akhirnya berjaya menjadi tentera dan seterusnya menjadi warganegara Amerika. Tak lama kemudian Eugene ditugaskan untuk bekerja di tempat kelahirannya iaitu Joseon dan Eugene kembali ke Joseon sebagai Captain of the U.S Marine Corps dan juga sebagai Acting Consul for the United States (Amerika). Di Joseon Eugene bertemu dengan seorang wanita cantik yang berasal dari keluarga bangsawan bernama Go Ae Shin. Eugene juga tahu rahsia Go Ae Shin yang dilatih untuk menjadi seorang sniper dari Righteous Army. Datuk Go Ae Shin iaitu Go Sa Hong banyak memberi bantuan kewangan pada Righteous Army itu serta membenarkan cucunya yang degil itu belajar tentang ilmu mempertahankan diri serta menembak.




Lama - kelamaan Eugene dan Go Ae Shin saling jatuh cinta, namun ketika itu Go Ae Shin telah pun mempunyai tunang bernama Kim Hee Sung yang sudah lama tidak pulang ke Joseon dan kini berada di Jepun. Namun tak lama kemudian Kim Hee Sung pulang ke Joseon dan pergi ke rumah tunangannya itu. Sebelum ini Kim Hee Sung tidak pernah mempedulikan tentang perihal tunangnya itu mahu pun berjumpa dengan Go Ae Shin. Tapi setelah terpandang wajah Go Ae Shin yan jelita itu, Kim Hee Sung telah jatuh cinta padanya dan berasa sangat menyesal kerana tidak mempedulikan pasal Go Ae Shin sebelum ini. Go Ae Shin mula berasa risau apabila Kim Hee Sung telah kembali ke Joseon, dia risau jika dirinya dipaksa untuk berkahwin, tambahan lagi hatinya kini sudah dimiliki dan dia juga tidak mahu menjadi seorang isteri sebaliknya mahu berjuang menentang penjajah. Selain Eugene Choi dan Kim Hee Sung, ada seorang lagi lelaki bernama Goo Dong Mae yang turut mencintai Go Ae Shin. Namun Go Ae Shin langsung tidak menyukai Goo Dong Mae kerana baginya Goo Dong Mae adalah pengkhianat kerana telah bekerja dengan pertubuhan Jepun walaupun Goo Dong Mae sebenarnya berasal dari Joseon. Walaupun sedar yang Go Ae Shin tidak akan menyukainya, namun Goo Dong Mae tetap akan terus menyintai serta obses dengan Go Ae Shin.


Kim Hee Sung dan Eugene tinggal di Glory Hotel dan bilik mereka bersebelahan antara satu sama lain. Eugene dan Goo Dong Mae dapat tahu yang Kim Hee Sung adalah tunang pada Go Ae Shin dan mereka mula tidak senang dengan kehadiran Kim Hee Sung dan cuba untuk membencinya. Tapi Kim Hee Sung sebenarnya seorang yang berhati baik tidak seperti datuknya yang kejam itu, malah dia juga seorang yang ceria, friendly dan ingin berkawan baik dengan G.Dong Mae dan Eugene tapi dia sedikit hairan bila mereka agak dingin dengannya. Lebih menarik bila keluarga Kim Hee Sung ini juga ada sejarah hitam dengan Eugene Choi namun lama - kelamaan Eugene dapat menerima kehadiran Kim Hee Sung dan Goo Dong Mae dalam hidupnya, walaupun mereka bertiga menyintai perempuan yang sama. Mereka bertiga cuba membenci antara satu sama lain tapi tak berjaya kerana akhirnya mereka bekerjasama dan saling tolong - menolong antara satu sama lain untuk melindungi Go Ae Shin dari sebarang bahaya. Kudo Hee Na pula adalah owner pada Glory Hotel yang mahir bermain pedang, dia berkawan baik dengan Goo Dong Mae dan awalnya ada hati pada Eugene tapi akhirnya mengalah kerana sedar Eugene dan Go Ae Shin saling menyintai. Kudo Hee Na asalnya dari Joseon tapi ayahnya yang pro Japanese telah mengahwinkannya dengan orang Jepun dan akhirnya Kudo Hee Na menjadi janda dan mewarisi hotel tersebut serta duit yang banyak dari suaminya.

Kudo Hee Na sebenarnya berkhidmat dengan raja Joseon dan sentiasa alert dan tahu apa yang berlaku di sekelilingnya serta mengetahui banyak rahsia. Walaubagaimanapun Kudo Hee Na malu dengan perangai ayahnya Lee Wan Ik yang kejam dan jahat itu. Lee Wan Ik juga adalah pembunuh ibu bapa Go Ae Shin dan dia juga sanggup menggadaikan tanah airnya itu asalkan dapat banyak faedah darinya. Lee Wan Ik juga adalah punca yang menyebabkan seluruh keluarga Go Ae Shin musnah, rumahnya dirobohkan dan keluarganya berpecah - belah dan ramai yang mati serta terpaksa melarikan diri. Kim Hee Sung pula membuka syarikat penerbitan akhbarnya sendiri dan syarikatnya itu tidak bernama kerana tidak mahu diburu oleh Jepun. Kim Hee Sung cuba melawan tentera Jepun dengan caranya sendiri iaitu melalui penulisannya. Raja Joseon semakin hilang kuasa dan terpaksa tunduk dengan kehendak Jepun, seluruh angkatan tentera Joseon dihapuskan, ramai tentera Joseon yang mati, manakala tentera yang selamat pula akan menganggotai Righteous Army selepas itu dan terpaksa bersembunyi di gunung. Tentera Jepun pula sedang giat memburu seluruh anggota righteous army itu, manakala Eugene pula diarahkan untuk pulang ke Amerika semula dan dia mula risau dengan keselamatan Go Ae Shin. Apa yang berlaku seterusnya?.

Read More

9 Nov 2018

55 Hari Segmen Bloglist #2 2019 Nurul Najihah

55 Hari Segmen Bloglist #2 2019 Nurul Najihah, Blogger Segmen, Bloglist 2019, Blog,

Hari ini aku nak join 55 Hari Segmen Bloglist #2 2019 Nurul Najihah, tarikh tamat segmen ini lambat lagi iaitu 30 Disember 2018, jadi ada banyak masa untuk korang join segmen ini. Semua yang join segmen ini akan dapat masuk bloglist gitu, syarat - syarat penyertaan juga sangat simple dan mudah. Bagi yang nak join segmen ini, boleh klik Banner ye..



Read More

Drama Adaptasi Novel Isteri Untuk Disewa




Isteri Untuk Disewa, Novel Isteri Untuk Disewa, Drama Isteri Untuk Disewa, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Slot MegaDrama, Astro Ria, 2018, Sinopsis Novel Isteri Untuk Disewa, Karya Novelis Syamnuriezmil, Watak Pelakon, Noah Ryzal, Nur Adreiana, Cast, Pelakon Drama Isteri Untuk Disewa, Fattah Amin, Tiz Zaqyah, Cover Depan Novel Isteri Untuk Disewa,

Novel Isteri Untuk Disewa karya novelis terkenal Syamnuriezmil telah diadaptasikan menjadi drama bersiri Isteri Untuk Disewa dan akan disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, bagi menggantikan drama Cik Reen Encik Ngok Ngek. Watak Nur Adreiana akan dilakonkan oleh Tiz Zaqyah manakala watak Noah Ryzal akan dilakonkan oleh Fattah Amin. Rasanya ini kali pertama Tiz Zaqyah dan Fattah Amin bergandingan sebagai hero dan heroin dalam drama gitu. Kalau korang nak tahu macam mana jalan cerita drama nanti, bolehlah tengok sinopsis versi novel Isteri Untuk Disewa di bawah ye, selamat membaca..

Sinopsis Novel Isteri Untuk Disewa




Anda mempunyai masalah dalam perhubungan?

Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda?
Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia?
Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? 
Saya ada penyelesaiannya...
Orang untuk disewa!
Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876.
Anytime, Anywhere... I’ll be there.

Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.
Isteri Untuk Disewa, Novel Isteri Untuk Disewa, Drama Isteri Untuk Disewa, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Slot MegaDrama, Astro Ria, 2018, Sinopsis Novel Isteri Untuk Disewa, Karya Novelis Syamnuriezmil, Watak Pelakon, Noah Ryzal, Nur Adreiana, Cast, Pelakon Drama Isteri Untuk Disewa, Fattah Amin, Tiz Zaqyah,
“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.
“Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO. “Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.
“Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.
Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?
Read More

8 Nov 2018

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz, Hadiah Planner 2019, Blogger Giveaway, Blog,

Hari ini aku nak join Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz, tarikh tamat giveaway ini adalah pada 30 November 2018 ini. Hadiahnya best, planner 2019 tu, untunglah pada yang menang tu nanti kan, hope aku bertuahlah kan bolehlah menang planner tu nanti hehe. Syarat - syarat giveaway ini juga pun simple saja, jadi jangan lupa join nanti. 


Read More

7 Nov 2018

Biodata Terkini Nadia Brian




Nadia Brian, Pelakon Malaysia Nadia Brian, Biodata Nadia Brian, Profil Nadia Brian, Biodata Penuh Nadia Brian, Senarai Drama Lakonan Nadia Brian, Filem Lakonan Nadia Brian, Foto Nadia Brian,
Profil / Biodata Nadia Brian (Pelakon Malaysia)

Rasanya ramai yang kenal dengan Nadia Brian ni kan, dah banyak drama yang dia berlakon, filem pun ada, telemovie dan teater juga. First time aku tengok Nadia Brian ni berlakon adalah menerusi drama slot Akasia TV3 yang bertajuk Akulah Balqis, dia jadi isteri Nazim Othman dalam drama tersebut. Kemudian ada nampak dia berlakon dalam drama Rumi dan Jawi, Sape Dari Itali, Dendam Aurora, Teratai Kemboja, filem Blok 404 dan banyak lagi. Terbaru drama lakonan Nadia Brian bertajuk Titian Takdir tengah hangat bersiaran di slot Lestary TV3. Jadi dalam entry ini aku nak share serba sedikit tentang profil dan biodata Nadia Brian ini, jadi jom tengok profil Nadia Brian di bawah ini ye..




Biodata Penuh Nadia Brian 

Nama Penuh: Nadia Najwa binti Mohamed Rashidi
Nama Komersil: Nadia Brian 
Tarikh Lahir: 30 Mei 1991
Umur: 27 Tahun
Asal: Kangar, Perlis, Nadia Brian mempunyai darah kacukan Melayu - Australia dan datuk beliau merupakan warga Australia bernama Brian Goldring Abdullah
Kerjaya: Pelakon dan Model
Pendidikan: Diploma Seni Teater dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (UiTM Shah Alam)
Nadia Brian, Pelakon Malaysia Nadia Brian, Biodata Nadia Brian, Profil Nadia Brian, Biodata Penuh Nadia Brian, Senarai Drama Lakonan Nadia Brian, Filem Lakonan Nadia Brian, Foto Nadia Brian,
Senarai Drama Lakonan Nadia Brian: Titian Takdir, Lelakimu Yang Dulu, Akulah Balqis, Rumi & Jawi, Kifarah Mistik : Nifaq, Sweetie Nanie, Sape Dari Itali, Cik Serba Tahu, Mak Cun Musim 3, My Sweet Lavender, Dendam Aurora, Dia, Dekatkan Jarak Kita, Teratai Kemboja, Nafas, Shah & Zam, Mocha Kau Bahagia 2, Rahasia Kasih, Aku Cinta Dia.
Senarai Filem Lakonan Nadia Brian: Badang, Blok 404, Ratu Kala Jengking
Telemovie: Lamar, Sayang Achu Ketat - Ketat, Super Menantu
Teater:  Bawang Putih, Bawang Merah, Bikers Kental, Mok Cun Dilwale
Status: Berkahwin dengan Muizz Nasruddin pada tahun 2019
Media Sosial: Instagram Nadia Brian
Read More


My Random Post