1 Nov 2018

Sinopsis Drama Isteri Dalam Sangkar




Drama Isteri Dalam Sangkar, Novel Isteri Dalam Sangkar, Karya Wardina Aisyah, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri 30 Episod, Sinopsis Isteri Dalam Sangkar, Poster Drama Isteri Dalam Sangkar, Unifi TV, 2018, Saluran Hypp Sensasi 116, Pelakon Drama Isteri Dalam Sangkar, Azrel Ismail, Nina Iskandar, Sherie Merlis, Aishah Azman, Aidil Aziz, Ungku Hariz, Dayang Areeda, Amreen Shukry, Azwan Kombos, Shima Anuar, Nazia Mustafar, Edika Yusof, Elmy Moin, Watak Dalam Drama Isteri Dalam Sangkar,
Sinopsis Drama Isteri Dalam Sangkar (Unifi TV)

Drama Isteri Dalam Sangkar ini adalah drama terbaru di Unifi TV (HyppSensasi 116) yang disiarkan bagi menggantikan drama Yes Sir Nak Pergi Mana yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Isteri Dalam Sangkar ini adalah Azrel Ismail, Nina Iskandar, Sherie Merlis, Aishah Azman, Aidil Aziz, Ungku Hariz, Dayang Areeda, Amreen Shukry, Azwan Kombos, Shima Anuar, Nazia Mustafar, Edika Yusof, Elmy Moin dan ramai lagi. Drama 30 episod ini adalah adaptasi daripada Novel Isteri Dalam Sangkar karya Wardina Aisyah. Selain itu drama Isteri Dalam Sangkar ini sudah disiarkan di Unifi tv sejak 17 Oktober 2018 yang lalu, setiap Rabu dan Khamis, jam 9.30 malam. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Isteri Dalam Sangkar 

AISYAH (lakonan Nina Iskandar) -  hidupnya tidak seindah yang disangka. Dalam usia yang muda, dia kehilangan kedua ibu bapa. Pada Mak Su Ainin (Sherie Merlis) dan dua orang anaknya dia menumpang teduh. Tetapi dia dilayan tak ubah seperti seorang hamba.
TENGKU ISKANDAR (lakonan Azrel Ismail) - dia punya segala-galanya namun gaya hidupnya tidak digemari Tengku Maria (Nazia Mustafa), membuatkan ibunya itu bercadang untuk menjodohkannya. Rimas dengan desakan hidup, Tengku Iskandar mengajak Tengku Haziq (Aidil Aziz) bercuti. Di situlah dia berjumpa dengan Aisyah dan dia terpaksa mengahwini Aisyah demi menjaga maruah keluarga. Pasrah dengan nasib diri, Aisyah melangkah ke kota bersama lelaki yang membencinya. Hidup dalam sangkar serba mewah, tetapi miskin kasih sayang. Dia bagaikan perempuan simpanan. Namun dia tiada pilihan.
Drama Isteri Dalam Sangkar, Novel Isteri Dalam Sangkar, Karya Wardina Aisyah, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri 30 Episod, Sinopsis Isteri Dalam Sangkar, Poster Drama Isteri Dalam Sangkar, Unifi TV, 2018, Saluran Hypp Sensasi 116, Pelakon Drama Isteri Dalam Sangkar, Azrel Ismail, Nina Iskandar, Sherie Merlis, Aishah Azman, Aidil Aziz, Ungku Hariz, Dayang Areeda, Amreen Shukry, Azwan Kombos, Shima Anuar, Nazia Mustafar, Edika Yusof, Elmy Moin, Watak Dalam Drama Isteri Dalam Sangkar,
Hari demi hari, hati Tengku Iskandar kian terpaut. Aisyah yang manis, Aisyah yang lembut, dan Aisyah yang tidak pernah membantah. Dia jatuh cinta. Sungguh, hatinya tidak berbohong! Saat cinta terluah, saat bahagia dikecapi, Tengku Maria datang menuntut janji. Tengku Iskandar perlu berkahwin dengan Puteri Waiduri (Shima Anuar). Tengku Maria mengamuk apabila mengetahui hubungan rahsia mereka. Tanpa belas kasihan, dia menghalau Aisyah dari kondominium anaknya. Dia tidak mahu mendengar sebarang penjelasan. Kehilangan Aisyah menjadikan Tengku Iskandar murung. Sasau dia jadinya. Mengapa dugaan harus terjadi saat hati melakar cinta? Ke mana agaknya Aisyah menghilang? Mampukah dua hati bersatu kembali mengecapi bahagia?

2 ulasan:



My Random Post