22 Nov 2018

Sinopsis Drama Korea - Lawless Lawyer

Lawless Lawyer, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama Lawless Lawyer, Drama Korea Lawless Lawyer, Sinopsis Lawless Lawyer, Watak Pelakon Dalam Drama Korea Lawless Lawyer, Drama Best, 2018, Suspen, Peguam, Hakim, Lawless Lawyer Cast, Pelakon Drama Korea Lawless Lawyer, Lee Joon Gi, Seo Ye Ji, Lee Hye Young, Choi Min Soo, Yum Hye Ran, Cha Jung Won, Poster,
Sinopsis Drama Korea - Lawless Lawyer

Korean Drama Lawless Lawyer ini sudah pun disiarkan di channel TVN pada 12 Mei 2018 dan tamat pada 1 Julai 2018 yang lalu. Drama ini juga merupakan drama terbaru Lee Joon Gi selepas drama Criminal Minds dan juga Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo. Dalam drama Korea Lawless Lawyer ini, Lee Joon Gi memegang watak sebagai seorang peguam gitu, banyak juga scene - scene suspen dalam drama ini. Aku suka tengok gandingan Lee Joon Gi dan Choi Min Soo dalam drama ini, 2 gandingan pelakon hebat gitu. Apa pun hari ini aku nak share sinopsis drama Korea Lawless Lawyer ini, jadi selamat membaca okey. Sebelum itu jom tengok senarai watak dan pelakon drama Korea Lawless Lawyer di bawah ini ye.




Watak Pelakon Dalam Drama Korea Lawless Lawyer

1) Lee Joon Gi sebagai Bong Sang Pil (Peguambela)
2) Seo Ye Ji sebagai Ha Jae Yi (Pendakwaraya / Peguambela)
3) Lee Hye Young sebagai Cha Moon Sook (Hakim)
4) Choi Min Soo sebagai An Oh Ju (Datuk Bandar Gisung + Orang suruhan Cha Moon Sook)
5) Yum Hye Ran sebagai Nam Soon Ja (setiausaha + orang suruhan Cha Moon Sook)
6) Cha Jung Won sebagai Kang Yeon Hee (Pendakwaraya + anak Nam Soon Ja)
7) Ahn Nae Sang sebagai Choi Dae Woong (pakcik Bong Sang Pil + ketua gengster)
8) Park Ho San sebagai Chun Seung Bum (pendakwaraya senior yang berani & fight untuk kebenaran)
9) Baek Joo Hee sebagai No Hyun Joo (mak Ha Jae Yi yang menghilangkan diri)




Sinopsis Lawless Lawyer - Korean Drama

Mengisahkan Bong Sang Pil yang merupakan seorang peguam hebat namun dia mempunyai masa silam yang pahit, dimana dia menjadi saksi pembunuhan ibunya sendiri dan hampir dibunuh. Ibu Bong Sang Pil juga seorang peguam dan dia telah mengambil satu kes yang melibatkan hakim Cha Moon Sook. Cha Moon Sook adalah seorang hakim yang terkenal dan sangat berpengaruh, dia juga mempunyai sisi gelapnya yang tersendiri dan banyak melakukan jenayah. Cha Moon Sook telah mengarahkan orang suruhannya An Oh Ju untuk membunuh ibu Bong Sang Pil dan juga Bong Sang Pil, malah ibu Ha Jae Yi juga terlibat sama dan secara tak langsung telah menyelamatkan Bong Sang Pil dan selepas itu ibu Ha Jae Yi telah hilang dan dipercayai telah mati. Bong Sang Pil kemudian dibesarkan oleh pakciknya Choi Dae Woong yang merupakan ketua gangster. Walaubagaimanapun Choi Dae Woong tak mahu anak saudaranya itu mengikut jejak langkahnya menjadi seorang gangster sebaliknya menggalakkan Bong Sang Pil untuk menjadi seorang peguam dan membalas dendam untuk ibunya melalui undang - undang dan bukannya melalui keganasan. 18 tahun kemudian Bong Sang Pil berjaya menjadi seorang peguam hebat.

Tak lama kemudian Bong Sang Pil mendapat tahu yang ada seorang detektif telah ditangkap atas pembunuhan datuk bandar Gisung dan detektif tersebut antara orang yang terlibat dengan pembunuhan ibunya dulu. Lalu Bong Sang Pil memutuskan untuk pulang ke tempat kelahirannya iaitu di Gisung dan membuka firma guamannya sendiri di tempat yang sama terletaknya firma guaman ibunya dulu. Manakala Ha Jae Yi pula seorang pendakwaraya yang berintegriti, selepas ibunya menghilangkan diri, dia tinggal berdua dengan ayahnya saja. Ha Jae Yi dan ayahnya sangat menghormati pada hakim Cha Moon Sook kerana telah banyak membantu keluarga mereka tanpa menyedari yang Cha Moon Sook adalah penyebab kehilangan ibu Ha Jae Yi. Malah Ha Jae Yi juga menganggap Cha Moon Sook seperti ibu angkatnya. Pada suatu hari Ha Jae Yi gagal mengawal kemarahannya lalu menumbuk seorang hakim lain di mahkamah dan akhirnya menyebabkan lesen guaman Ha Jae Yi digantung. Kemudian Bong Sang Pil cuba mendapatkan Ha Jae Yi untuk bekerja sebagai pembantunya di firma guamannya, awalnya Ha Jae Yi menolak namun terpaksa bersetuju disebabkan hutang ayahnya. 

Ha Jae Yi kemudiannya mula bekerja di firma guaman Bong Sang Pil, dia berasa pelik apabila Bong Sang Pil mahu menjadi peguambela pada orang jahat. Bong Sang Pil sudah merancang sesuatu dia harus menjadi peguambela pada detektif tersebut sebagai langkah pertamanya untuk membalas dendam pada kematian ibunya. Semakin lama Ha Jae Yi bekerja dengan Bong Sang Pil dia makin selesa dengan sikap dan personaliti Bong Sang Pil itu. Tak lama kemudian An Oh Ju dilantik menjadi datuk bandar Gisung yang baru dan Bong Sang Pil kini sudah tidak berselindung lagi, malah dia juga tidak menyembunyikan identiti sebenarnya dan mula berdepan dengan An Oh Ju dan Cha Moon Sook tanpa rasa takut. Bong Sang Pil juga cuba memberitahu kebenaran sebenar mengenai Cha Moon Sook yang jahat itu pada Ha Jae Yi, namun kelihatan Ha Jae Yi sukar untuk mempercayainya. Cha Moon Sook pula cuba menjauhkan Ha Jae Yi dari Bong Sang Pil dengan memfitnah Bong Sang Pil dan segala hal yang berlaku membuatkan Ha Jae Yi semakin keliru dan dia menginginkan Bong Sang Pil menunjukkan bukti terhadap tuduhannya pada hakim Cha Moon Sook itu. Apa yang berlaku seterusnya?. Dapatkah Cha Moon Sook yang banyak muslihat itu dikalahkan?

2 ulasan:

  1. Suka naa tengok Lee Jun Ki dalam ni.. Makin hensem gitu.. :)

    BalasPadam
  2. Selesai dah tengok drama ni bulan lepas...best!

    BalasPadam



My Random Post