24 Nov 2018

Drama Seribu Rindu (Akasia TV3)




Seribu Rindu, Drama Seribu Rindu, Slot Akasia, TV3, Cast, Poster, Pelakon Drama Seribu Rindu, Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Fadlan Hazim, Mona Allen, Fazlina Ahmad Daud, 2018, Drama Melayu, Drama Lakonan Zul Ariffin, Sinopsis Seribu Rindu,

Drama terbaru lakonan Zul Ariffin iaitu Drama Seribu Rindu kini bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 12 November 2018 yang lalu. Biasanya drama - drama lakonan Zul Ariffin ini memang sentiasa popular gitu, tambah - tambah di slot Akasia. Kalau tak silap aku last drama Zul Ariffin untuk slot Akasia ini adalah drama Titian Cinta yang memang meletup gitu dan kini dia kembali dengan drama Seribu Rindu bergandingan pula dengan pelakon cantik manis yang juga ahli kumpulan De Fam iaitu Azira Shafinaz. Rasanya ini kali pertama mereka berlakon sekali dan dalam drama Seribu Rindu ini, Zul Ariffin akan memegang watak sebagai Irfan manakala Azira Shafinaz pula sebagai Maisarah. Irfan dan Maisarah adalah kawan sejak kecil tapi Maisarah bercinta dengan orang lain tapi akhirnya berkahwin dengan Irfan juga, jodoh gitu kan. 




Antara pelakon yang turut membintangi drama Seribu Rindu ini selain Zul Ariffin dan Azira Shafinaz ini terdiri daripada Fadlan Hazim, Mona Allen, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, Ainul Aishah, Aman Graseka, Doria Rachel dan ramai lagi. Selain itu drama Seribu Rindu ini mempunyai 28 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Villa Ghazara yang telah tamat episodnya serta bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Apa pun jom tengok sinopsis drama Seribu Rindu ini di bawah ye. Selamat membaca okey. 

Sinopsis Drama Seribu Rindu Slot Akasia TV3

Mengisahkan mengenai konflik cinta Maisarah (Azira De Fam) dan Airel (Fadlan Hazim) yang terhenti atas desakan bapa Airel iaitu Datuk Muiz. Datuk Muiz mahu menyatukan Airel dengan Damia (Mona Allen), anak kepada rakan perniagaannya Datuk Sri Johari. Walaupun mencintai Maisarah, Airel tunduk dengan kehendak bapanya. Maisarah kecewa lalu pulang ke kampung dan meluahkan rasa sedihnya kepada Irfan (Zul Ariffin), rakan baiknya yang juga seorang cef. Mereka memang rapat sejak kecil, kerana Maisarah dibesarkan oleh neneknya yang mesra dipanggil Tokma tanpa kehadiran seorang ayah dan Irfanlah menjadi tempat luahan perasaannya selama ini. Tidak mahu kehilangan Maisarah yang terus bersedih, Irfan membuat keputusan untuk melamar Maisarah di saat hubungan Maisarah dan Airel berantakan. Maisarah terkejut kerana dia tidak pernah menyangka Irfan yang sudah dianggap abang telah lama menaruh perasaannya. Akhirnya, Maisarah menerima lamaran Irfan setelah membuat solat istikharah. Airel kecewa dengan keputusan Maisarah. 
Dia sakit hati kerana sebelum ini Maisarah sering menafikan dia juga sukakan Irfan dan mengatakan mereka sekadar kawan baik sahaja. Sepanjang perkahwinan mereka, Irfan menjaga Maisarah bagai seorang permaisuri. Semua permintaan Maisarah akan dituruti. Suatu hari ketika ingin membeli makanan yang diidamkan oleh Maisarah yang sedang hamil, Irfan ditimpa kemalangan dan disahkan lumpuh. Walaubagaimanapun, Irfan masih boleh dirawat dengan penjagaan rapi oleh doktor pakar di hospital. Konflik tercetus, apabila Airel adalah doktor yang bertanggungjawab bagi membantu proses penyembuhan Irfan. Irfan merasakan masih ada sisa cinta di hati Maisarah buat Airel. Irfan mula menjauhkan diri kerana beranggapan Maisarah hanya bersimpati dengan keadaanya yang lumpuh. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Maisarah akan kembali dibuai perasaan cintanya terhadap Airel atau tetap memilih Irfan yang setia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post