29 Sep 2022

Drama Takdir Cinta Dhia Episod 1 Hingga 40 Di Astro Prima



Drama Takdir Cinta Dhia, Drama Takdir Cinta Dhia Astro Prima, Drama Slot Tiara Astro Prima, Poster Drama Takdir Cinta Dhia, Sinopsis Drama Takdir Cinta Dhia, Drama Takdir Cinta Dhia Episod 1 Hingga 40, Takdir Cinta Dhia Cast, Drama Takdir Cinta Dhia Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Takdir Cinta Dhia, Elvina Mohamad, Aaron Aziz, Shah Jaszle,

Drama Takdir Cinta Dhia adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima yang disiarkan bagi menggantikan Drama Cinta Hilang Kata yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Takdir Cinta Dhia ini adalah Dato' Aaron Aziz, Datin Elvina Mohamad, Shah Jaszle, Nada Nur Syuhada, Nazrief Nazri, Khalida Balqis, Faez Nick, Hanis Husna dan ramai lagi. Selain itu drama Takdir Cinta Dhia ini mempunyai 40 episod dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun best - best belaka, plus laku betul Shah Jaszle sekarang ni, drama dia back to back kat Astro Prima ni bermula dengan drama Cinta Hilang Kata diikuti drama ini pula. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Takdir Cinta Dhia ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Takdir Cinta Dhia

  • Dato Aaron Aziz Sebagai Fayyad
  • Datin Elvina Mohamad Sebagai Dhia Zahra
  • Shah Jaszle Sebagai Huzair
  • Nada Nur Syuhada Sebagai Natasha
  • Nazrief Nazri Sebagai Fikri
  • Khalida Balqis Sebagai Nadia
  • Faez Nick Sebagai Nick
  • Hanis Husna Sebagai Dr Intan
  • Daniel Dashuki Sebagai Darwin
  • Eddy Effrimz Sebagai Zack
  • Azri Iskandar Sebagai Ammar
  • Azhar Amir Sebagai Ruzman
  • Anuar Hamid Sebagai Imran
  • Azlina Ismail Sebagai Mak Ara




Sinopsis Drama Takdir Cinta Dhia Lakonan Aaron Aziz, Elvina dan Shah Jaszle (
Astro Prima)

Mengisahkan tentang Dhia yang ditunangkan dengan anak Encik Amran, Huzair yang tidak sabar untuk berjumpa buat pertama kali. Namun dalam perjalanan untuk bertemunya, mereka ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kematian bapanya dan Encik Amran. Dhia tidak sempat untuk berjumpa dengan Huzair dan dibawa pulang ke rumah abang iparnya, Fayyad yang ingin mengambil hak penjagaan Dhia. Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Fayyad merupakan seorang ketua kumpulan samseng yang sudah lama membenci keluarga Dhia walaupun adiknya sendiri, Tasha telah berkahwin dengan Fikri, abang sulung kepada Dhia. Tasha juga mempunyai perasaan dengki terhadap Dhia dan sering membuat kehidupannya yang kini sudah menjadi sebatang kara lebih sukar. Huzair pula pulang dari Eropah hanya untuk berdepan dengan berita tragik tentang bapanya. Dia mengambil keputusan untuk terus menetap di Malaysia dan mencari gadis yang ditunangkan dengannya. Pencariannya dikesan oleh Tasha yang terus berkomplot untuk mengahwinkan adiknya, Nadia kepada Huzair. Keadaan bertambah rumit apabila Fayyad sendiri telah jatuh cinta pada Dhia. Takdir menemukan Dhia, Fayyad dan Huzair namun hanya dua antara mereka yang bakal bahagia dan layak menemukan cinta.

Lagu Tema / Lagu Sisispan/ OST Drama Takdir Cinta Dhia

👄 Cinta Pasti Bersatu nyanyian Margosa feat Aepul Roza
👄 Angkara nyanyian Siti Nordiana
👄 Bagaimana nyanyian Muna Shahirah ft Zack Zakwan
👄 Cinta Tak Bertepi nyanyian Sufian Suhaimi
👄 Cinta Khayalan nyanyian Wany Hasrita
👄 Sepi nyanyian Aina Abdul
👄 Nadi nyanyian Rahmat Damansari
👄 Nafas Cinta nyanyian Khai Bahar ft Aina Abdul
👄 Perit nyanyian Aliff Iskandar
👄 Sekali Lagi nyanyian Siti Nordiana dan Nubhan

Tonton Drama Takdir Cinta Dhia Full Episode 

Selain disiarkan secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima, drama ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.


👉👉 Ending Drama Takdir Cinta Dhia
Read More

28 Sep 2022

Info dan Sinopsis Drama IMperfect (Astro Ria)



Drama IMperfect Astro Ria, Poster Drama IMperfect Astro Ria, Sinopsis Drama IMperfect Astro Ria, Drama IMperfect Cast, Pelakon - Pelakon Drama IMperfect Astro Ria, Drama IMperfect Astro Ria Full Episode, Bella Dowanna, Nia Atasha, Dini Schatzmann, Daniel Fong, Natrah Khalid, Daniel Cheang, Linda Hashim,

Gempak Original Series membawakan drama IMperfect yang akan mula bersiaran di Astro Ria pada 28 September 2022 ini, setiap Rabu, jam 9.30 malam. Antara pelakon drama IMperfect ini adalah Bella Dowanna, Nia Atasha, Dini Schatzmann, Daniel Fong, Natrah Khalid, Daniel Cheang, Linda Hashim dan ramai lagi. Selain itu drama IMperfect ini diarahkan oleh Helmi Yusof dan diterbitkan oleh Juita Viden & Filmscape. Nampak menarik kan drama ini, poster drama pun cantik dan unik gitu. Apa pun jom watak - watak pelakon dalam drama IMperfect ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama IMperfect

Bella Dowanna sebagai Liza
Nia Atasha sebagai Elena
Natrah Khalid sebagai Alicia
Linda Hashim sebagai Kak Ju




Sinopsis Drama IMperfect (Astro Ria)

Mengisahkan Liza yang berusaha pelbagai cara untuk menjadi pembantu peribadi Elena, influencer terkenal yang dikaguminya. Mereka jadi sahabat baik dan dia menyedari dirinya semakin terjebak dengan gaya hidup glamor Elena. Apa yang berlaku seterusnya?..


Read More

Episod Akhir dan Ending Drama Ash dan Aish



Episod 28 Drama Ash dan Aish, Episod Akhir Drama Ash dan Aish, Ending Drama Ash dan Aish, Sinopsis Episod Akhir Drama Ash dan Aish, Drama Meerqeen, Drama Siti Khadijah, Drama Anna Jobling Jadi Jahat,

Berakhir sudah drama 28 episod yang bertajuk Ash dan Aish ini, episod terakhir iaitu episod 28 drama Ash dan Aish sudah pun disiarkan pada 27 September 2022 yang lalu. Antara pelakon - pelakon yang membintangi drama Ash dan Aish ini terdiri daripada Meerqeen, Siti Khadijah, Anna Jobling, Idzham Ismail, Nada Syuhada, Andy Teh, Kuza, Arash Mohd, Harissa Adlynn, Nadhir Nasar, Asha Merican dan ramai lagi. Selepas ini drama ini akan digantikan dengan drama Tiada Maaf Buatmu lakonan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson. 




Berbalik pada drama Ash dan Aish ini banyak dugaan yang perlu ditempuh oleh Aisha / Aish ni antaranya maksu Jiha meninggal dunia, rumah pusaka dibakar serta dirinya diburu oleh Anuar yang bekerjasama dengan Delila untuk membalas dendam padanya. Namun begitu konflik antara Aish dan mak mertuanya dah selesai, diorang dah berbaik, mak mertuanya dah menyesal dan melayan Aish dengan baik sekali. Aish bahagia dengan keluarga mentuanya itu. Namun boleh pula dia diculik oleh Anuar tu namun nasib baiklah semuanya okey dan ending drama Ash dan Aish ni mestilah happy ending gitu kan. Aish pun pregnant gitu, comel je kan. 

Jom Baca Ini Juga ⏩⏩ Telefilem Cinta Yang Ternoktah (TV2)


⏩⏩ Drama Aku Tanpa Cintamu Lakonan Zamarul Hisham dan Bella Astillah Episod 1 Hingga 15 Di Slot Samarinda TV3

Read More

Telefilem Cinta Yang Ternoktah (TV2)



Telefilem Cinta Yang Ternoktah TV2, Telemovie Cinta Yang Ternoktah tv2, Sinopsis Telefilem Cinta Yang Ternoktah TV2, Telemovie Cinta Yang Ternoktah Cast, Telefilem Cinta Yang Ternoktah Full Movie, Pelakon - Pelakon Telefilem Cinta Yang Ternoktah TV2, Poster Telefilem Cinta Yang Ternoktah, Fimie Don, Anissa Jailani, Azhan Rani dan Aman Graseka, Telemovie TV2 2022, Slot Drama On 2,

Telefilem Cinta Yang Ternoktah telah pun disiarkan di slot Drama On 2 TV2 pada 27 September 2022 yang lalu. Antara pelakon telefilem Cinta Yang Ternoktah ini adalah Fimie Don, Anissa Jailani, Aman Graseka, Azhan Rani, Myra Ezandra, Nur Ibrahim Sabri, Azlym Spark, Hazlinda Mohd Hashim, Mohammad Abdul Rahman dan ramai lagi. Selain itu telemovie Cinta Yang Ternoktah ini diarahkan oleh Asri Alias Fdam dan diterbitkan oleh Nadirasa Budaya Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Cinta Yang Ternoktah di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Cinta Yang Ternoktah (TV2)

Mengisahkan Adam pemuda bisu tetapi boleh mendengar yang berusaha untuk melangsaikan hutang bapanya dengan Tokan. Dalam pada itu, Adam jatuh cinta dengan seorang Hawa, gadis pekak dan bisu. Akhirnya Adam mengetahui bahawa sebenarnya Hawa adalah adik kembarnya yang terpisah semasa mereka masih kecil. Dua pasangan kelainan upaya (OKU) iaitu Hawa (OKU pekak dan bisu) dan Adam (OKU bisu) yang saling jatuh cinta. Adam dari keluarga miskin bandar, bapa Adam (Ibrahim) sering diugut Tokan (penjenayah terancang) akibat hutang lama bapanya. Demi bapanya, adam terpaksa bekerja dengan Tokan dengan melakukan kerja-kerja yang menyalahi undang-undang untuk membayar semua hutang-hutang bapanya dengan Tokan. Ditakdirkan suatu hari Adam telah meragut beg tangan Hawa, Aadam meneliti kad pengenalan Hawa, sedarlah Adam, Hawa adalah gadis yang pernah menyelamatkannya ketika dia mengalami kemalangan. Adam tersedar dan insaf. Adam memberanikan diri berjumpa Hawa yang tinggal bersama keluarga yang penuh dengan kemewahan namun masih berpegang kepada iman dan takwa. Atas kejujuran Adam, Hawa mula jatuh hati kepada Adam. Adam mahu berubah dan tidak mahu lagi berkerja di bawah Tokan. Tokan berang dengan keputusan Adam, lalu Tokan menjadikan Hawa sebagai tebusan. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Hawa selamat? 

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Di Slot Akasia TV3

Read More

26 Sep 2022

Drama Aku Tanpa Cintamu Episod 1 Hingga 15 Di Slot Samarinda TV3



Drama Aku Tanpa Cintamu, Drama Aku Tanpa Cintamu Slot Samarinda TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Info dan Sinopsis Drama Aku Tanpa Cintamu, Drama Aku Tanpa Cintamu Full Episode, Drama Aku Tanpa Cintamu Episod 1 Hingga 15, Drama Aku Tanpa Cintamu Cast, Pelakon - Pelakon Drama Aku Tanpa Cintamu, Zamarul Hisham, Bella Astillah, Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan, Dato' Sri Eizlan Yusof, Zarynn Min, Khaty Azian, Julia Farhana,

Drama Aku Tanpa Cintamu adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang mula bersiaran sejak 15 September 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Biarkan Ia Pergi lakonan Amar Baharin dan Isyariana yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Aku Tanpa Cintamu ini adalah Zamarul Hisham, Bella Astillah, Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan, Dato' Sri Eizlan Yusof, Zarynn Min, Khaty Azian, Julia Farhana Marin, Shah Iskandar dan ramai lagi. Selain itu drama Aku Tanpa Cintamu ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Emi Suffian serta diterbitkan oleh Wiranusa Corporation Sdn Bhd. Korang juga boleh layan drama ini dengan strim secara online di Disney+ HotstarNampak menarik kan drama ini, gandingan pelakon baru dan pelakon berpengalaman gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Aku Tanpa Cintamu ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Aku Tanpa Cintamu

Zamarul Hisham sebagai Adam
Bella Astillah sebagai Nuha
Malek Mccrone sebagai Hadi
Eizlan Yusof sebagai Idris
Jihaa Sham sebagai Lydia
Mas Anizan sebagai Murni
Shah Iskandar sebagai Syed
Julia Farhana Marin sebagai Fatin 
Zarynn Min sebagai Linda
Khaty Azian sebagai Sarah
Bella Rahman sebagai Syura




Sinopsis Drama Aku Tanpa Cintamu Lakonan Zamarul Hisham dan Bella Astillah Di Slot Samarinda TV3

Nuha, seorang pelakon yang bercita-cita tinggi, jatuh cinta dengan seorang pengarah terkemuka, Adam, yang kemudian mengawal hidupnya. Setiap gerak geri Nuha, diadur dan diawasi oleh Adam. Berjayakah dia melepaskan dirinya? Adam, seorang pengarah drama mengenali Nuha di set penggambaran. Adam melihat ciri ciri dalam diri Nuha yang menepati citarasanya. Seorang yang mudah dibentuk, dikawal dan mendengar kata. Adam mula memikat Nuha. Adam berjaya memujuk dan meyakinan Nuha untuk melupakan cita-citanya untuk jadi pelakon. Dia menonjolkan segala kebaikan dirinya pada Nuha sehingga akhirnya berjaya mengheret Nuha untuk segera berkahwin dengannya walaupun usia perkenalan mereka masih terlalu singkat. Setelah berkahwin Nuha mula mengetahui perwatakan sebenar Adam. Nuha mula sedar yang dia terperangkap seperti dalam penjara dalam rumahtangganya sendiri. Nuha mengembalikan semua wang dan hantaran pemberian Adam sebagai menebus talak seperti yang diminta oleh Sarah, ibu Adam. Pada ketika itu, Nuha sedang hamil, namun tidak lagi sanggup untuk meneruskan perkahwinan mereka.
Drama Aku Tanpa Cintamu, Drama Aku Tanpa Cintamu Slot Samarinda TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Info dan Sinopsis Drama Aku Tanpa Cintamu, Drama Aku Tanpa Cintamu Full Episode, Drama Aku Tanpa Cintamu Episod 1 Hingga 15, Drama Aku Tanpa Cintamu Cast, Pelakon - Pelakon Drama Aku Tanpa Cintamu, Zamarul Hisham, Bella Astillah, Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan, Dato' Sri Eizlan Yusof, Zarynn Min, Khaty Azian, Julia Farhana, Poster Drama Aku Tanpa Cintamu,
Lagu Tema / OST Drama Aku Tanpa Cintamu

👄👄 Menahan Luka nyanyian Azzam Sham & Sheryl Shazwanie

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Rezeki Tanpa Alamat (TV3)

Read More

25 Sep 2022

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat (TV3)



Telefilem Rezeki Tanpa Alamat TV3, Telemovie Rezeki Tanpa Alamat TV3, Sinopsis Telefilem Rezeki Tanpa Alamat, Telemovie Rezeki Tanpa Alamat Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Rezeki Tanpa Alamat, Azrel Ismail, Jasmin Hamid, Ahmad Iswazir Ismail, Aman Graseka, Eizlan Yusof,
Info dan Sinopsis Telefilem Rezeki Tanpa Alamat (TV3)

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat dah pernah disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada tahun 2018 yang lalu dan kini akan diulang siar semula pada Ahad ini, 25 September 2022, jam 10.30 malam. Antara pelakon telefilem Rezeki Tanpa Alamat ini adalah Azrel Ismail, Jasmin Hamid, Ahmad Iswazir Ismail, Aman Graseka, Eizlan Yusof dan ramai lagi. Selain itu telemovie Rezeki Tanpa Alamat ini diarahkan oleh Ahmad Idham dan diterbitkan oleh Enuja Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, siapa kat sini dah pernah tonton telefilem ini dulu?. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Rezeki Tanpa Alamat di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Rezeki Tanpa Alamat (TV3)

Selepas kematian ayah, Sharul hanya inginkan sebuah songkok peninggalan ayahnya daripada ibu tirinya. Sharul tidak lepas dari memakai songkok tersebut ke mana sahaja dia pergi walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cercaan. Demi sebuah masa depan Sharul nekad berhijrah dengan ditemani songkok tersebut. Takdir telah ketemukan Sharul dengan seorang lelaki yang bersedekah dengan meletakan makanan dan minuman untuk sesiapa sahaja yang memerlukan (Rezeki Tanpa Alamat). Tanpa disangka celahan dalam songkok telah merungkai siapa lelaki tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?..


👉👉 Review Drama Korea The Red Sleeve

Read More

Telefilem Sahabat Pendosa (Awesome TV)



Telefilem Sahabat Pendosa Awesome TV, Telemovie Sahabat Pendosa Awesome TV, Telemovie Awesome TV, Sinopsis Telefilem Sahabat Pendosa, Telemovie Sahabat Pendosa Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Sahabat Pendosa, Telefilem Sahabat Pendosa Full Movie, Farahdhiya, Fizz Fairuz, Muaz Fitri,

 Telefilem Sahabat Pendosa akan disiarkan di Awesome TV pada hari Ahad, 25 September 2022, jam 9.30 malam. Antara pelakon telefilem Sahabat Pendosa ini adalah Farahdhiya, Fizz Fairuz, Muaz Fitri dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sahabt Pendosa ini diterbitkan oleh AllOut Pictures TV. Nampak menarik kan telefilem ini, Jadi jom tengok sinopsis ringkas telemovie sahabat Pendosa di bawah ini okey..

 


Sinopsis Telefilem Sahabat Pendosa (Awesome TV)

Shakir terpaksa mewarisi saka pusaka ayahnya walaupun dia enggan. Sepanjang hidupnya Shakir tidak mahu mempercayai nasibnya yang dikongkong saka. Keadaan berubah selepas Shakir bercinta dengan Fatin. Apa yang berlaku seterusnya?


Read More

18 Sep 2022

Telefilem Rumah Usang Di Hujung Tanjung (TV1)



 

Telefilem Rumah Usang Di Hujung Tanjung TV1, Telemovie Rumah Usang Di Hujung Tanjung TV1, Sinopsis Telefilem Rumah Usang Di Hujung Tanjung, Poster Telefilem Rumah Usang Di Hujung Tanjung, Telemovie Rumah Usang Di Hujung Tanjung Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Rumah Usang Di Hujung Tanjung, Wan Hanafi Su, Kartina Aziz, Zainun Ismail, Taher Sain, Zarina Zaini, Sulaiman Yasin, Yaakob Aziz, Haleeja, Fazira Shafinaz, Telemovie TV1 2022,

Sebuah telefilem khas hari Malaysia, Rumah Usang Di Hujung Tanjung akan disiarkan pada Ahad ini, 18 September 2022, jam 2 petang di TV1. Antara pelakon Telefilem Rumah Usang Di Hujung Tanjung ini adalah Wan Hanafi Su, Kartina Aziz, Zainun Ismail, Taher Sain, Zarina Zaini, Sulaiman Yasin, Yaakob Aziz, Haleeja, Fazira Shafinaz dan ramai lagi. Selain itu telemovie Rumah Usang Di Hujung Tanjung ini diarahkan oleh Bronko Bronzz dan diterbitkan oleh Wandet Film Production Sdn Bhd. Manakala Mazelan Manan menjadi penulis skrip telefilem ini. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Rumah Usang Di Hujung Tanjung ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Rumah Usang Di Hujung Tanjung (TV1)

Mengisahkan konflik bermula apabila Pak Samad enggan menjualkan rumahnya kepada pemaju hartanah. Pak Samad mahu mewasiatkan rumah itu kepada cucu angkatnya bernama Firdaus. Apa yang berlaku seterusnya? Berjayakah Pak Samad mempertahankan rumahnya itu?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Telefilem Penumpang (Astro Citra)

Read More

17 Sep 2022

Info dan Sinopsis Telefilem Penumpang (Astro Citra)



Telefilem Penumpang, Telefilem Penumpang Astro Citra, Telemovie Penumpang Astro Citra, Sinopsis Telefilem Penumpang, Penumpang Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Penumpang, Rashidi Ishak, Puteri Balqis, Telemovie Astro Citra 2022,

Telefilem Penumpang akan disiarkan pada Sabtu ini, 17 September 2022, jam 10 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra 108 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go. Antara pelakon telefilem Penumpang ini adalah Rashidi Ishak, Puteri Balqis, Zizi Zulkifli dan ramai lagi. Selain itu telemovie Penumpang ini diarahkan oleh Harith Al-Bakri dan diterbitkan oleh KL Motion Picture Sdn. Bhd. Wah nampak menarik kan telefilem ini kan, jadi jom tengok sinopsis telemovie Penumpang di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Penumpang (Astro Citra)

Azmi (Rashidi Ishak) seorang doktor menyangkakan dia tinggal di rumah itu berseorangan dan tidak sedar yang seorang perempuan yang tidak dikenali bernama Maz (Puteri Balqis) sedang menumpang hidup di dalam almari rumahnya. Pelbagai kejadian pelik berlaku di rumahnya sehingga die menyangka yang dirinya mengalami amnesia. Bagaimanapun, setelah isterinya Melissa (Zizi Zulkifli) turut mengalami pelbagai kejadian pelik dan menjumpai rambut di dalam tandas. Dari itu, Azmi mula mengesyaki ada orang yang tidak diundang tinggal dirumahnya. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah ada 'sesuatu' yang tinggal dan menjadi 'penumpang' dalam rumah Dr. Azmi.. Tapi apa? Siapa?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama Kids Nowadays

⏩⏩ Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Lakonan Aniq Suhair dan Siti Khadijah Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3
Read More

Episod Akhir dan Ending Drama Kids Nowadays



Ending Drama Kids Nowadays, Episod Akhir Drama Kids Nowadays, Episod 20 Drama Kids Nowadays, Sinopsis Episod Akhir Drama Kids Nowadays, Kids Nowadays Finale, Kids Nowadays Main Cast, Pelakon Utama Drama Kids Nowadays, Dato Awie, Wanna Ali, Alvin Chong, Wan Sharmila,

Drama Kids Nowadays telah pun melabuhkan tirainya, drama 20 episod ini dilakonkan oleh Dato Awie, Wanna Ali, Alvin Chong, Wan Sharmila, Nafiez Zaidi, Marisa Yasmin, Hasnul Rahmat, Ezzrin Loy, Zarina Zainuddin, Farez Ridzwan, Harith Daniel, Azhar Amir, Abby Nadzri, Meor Mohd dan ramai lagi. Selain daripada kisah Jaafar lakonan Awie yang sudah berusia yang ingin melanjutkan pelajaran di universiti serta cabaran yang perlu dihadapinya bergelar pelajar. Aku juga suka dengan kisah rumahtangga anak perempuan Jaafar iaitu Najiha yang terpaksa berdepan dengan suaminya yang mama boy dan mak mertuanya yang gila habis. Geram je aku tengok sikap suami Najiha iaitu Ashraf dan maknya, siapa yang boleh tahan dapat suami dan mak mertua gitu kan. Suka gak tengok Wanna Ali dalam drama ni,lawa dan comel gitu. Dalam episod akhir drama Kids Nowadays ini nampak Miss Hana dah dapat move on dari Jaafar, akhirnya menerima cinta Edy. 




Suka betul aku bila Najiha akhirnya bercerai dan Ashraf berkahwin dengan Seri seperti yang maknya mahu. Tapi Seri tu akhirnya tunjuk belang dia yang membuatkan Ashraf dan maknya menyesal hehehe. Ashraf juga cuba memujuk Najiha untuk kembali bersama dan semestinya Najiha tak mahu kan, terus dia blah dari situ hehe. Part sedih dalam drama ini mestilah bila Farhan akhirnya mati selepas pembedahan. Nampakla Jaafar tu sayang kat Farhan macam anaknya sendiri. Apa pun geram gak dengan watak Syafiq tu lakonan Harith Daniel, bukan main jahat lagi dia ni siap nak bunuh miss Hana lagi tu. Di peringkat awal aku geram gak dengan sikap Najiha dan cara layanannya pada ayahnya Jaafar, nasiblah dia akhirnya sedar akan kesilapannya. Apa pun selepas ini drama Bukan Pi Mai Pi Mai akan menggantikan drama Kids Nowadays ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. 
Ending Drama Kids Nowadays, Episod Akhir Drama Kids Nowadays, Episod 20 Drama Kids Nowadays, Sinopsis Episod Akhir Drama Kids Nowadays, Kids Nowadays Finale, Kids Nowadays Main Cast, Pelakon Utama Drama Kids Nowadays, Dato Awie, Wanna Ali, Alvin Chong, Wan Sharmila,

 Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Di Slot Akasia TV3

⏩⏩ Telefilem Satu Tong Lakonan Elizabeth Tan (Astro Prima)

Read More

Telefilem Satu Tong Lakonan Elizabeth Tan (Astro Prima)



Telefilem Satu Tong Astro Prima, Telemovie Satu Tong, Info dan Sinopsis Telefilem Satu Tong, Satu Tong Cast, Poster Telefilem Satu Tong, Pelakon - Pelakon Telefilem Satu Tong, Telemovie Satu Tong Full Movie,

Telefilem Satu Tong akan disiarkan pada hari Malaysia iaitu Jumaat ini ,16 September 2022, jam 12:00 tengah hari di Astro Prima dan kemudian akan diulang siar di Astro Gemilang channel 100 jam 10.30 malam. Antara pelakon telefilem Satu Tong ini adalah Elizabeth Tan, Andy Teh, Shah Iskandar, Nadia Aqilah dan ramai lagi. Selain itu telemovie Satu Tong ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Playwright Pictures Sdn Bhd. Wah nampak macam best dan menarik je telefilem Satu Tong ni kan, jadi jom tengok sinopsis telemovie Satu Tong di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Satu Tong Lakonan Elizabeth Tan (Astro Prima)

Mengisahkan masalah yang sering dialami rakyat Malaysia termasuk gangguan bekalan air. Keluarga Tan dan keluarga Karim sudah lama berjiran dan mengambil berat antara satu sama lain. Pada suatu hari, mereka mendapat berita akan berlaku gangguan air sementara akibat pencemaran sungai. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama Biarkan Ia Pergi

Read More

15 Sep 2022

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Di Slot Akasia TV3



Drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Drama Slot Akasia TV3, Sinopsis Drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Poster Drama Sekali Lagi Cinta Kembali TV3, Sekali Lagi Cinta Kembali Cast, Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Full Episode, Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Episod 1 Hingga 28, Pelakon - Pelakon Drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Aniq Suhair, Siti Khadijah, Zaki Azeman, Syamim Farid, Ellyas Abdullah,

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali adalah drama terbaru di slot Akasia yang mula disiarkan pada 13 September 2022, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Ku Punya Hati lakonan Nabil Aqil dan Sharifah Rose yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali ini adalah Aniq Suhair, Siti Khadijah, Zaki Azeman, Syamim Farid, Izzendra, Fazlina Ahmad Daud, Kismah Johar, Nina KSC, Shatirah Amanda, Ellyas Abdullah, Siti Hariesa, Kuza, Raja Azmi dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 28 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Sekali Lagi Cinta Kembali karya Anna Milia. Selain itu drama ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh A. Aida Production Sdn Bhd. Tak silap aku drama ni kontroversi juga sebab pelakon asal drama ini menarik diri iaitu Amelia Henderson dan Idris Khan, sekarang ni digantikan dengan Aniq Suhair dan Siti Khadijah. Apa pun nampak macam best dan menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Siti Khadijah Halim sebagai Aira
Aniq Suhair sebagai Hayyat
Zaki Azeman sebagai Zafran
Fazlina Ahmad Daud sebagai Aida
Kismah Johar sebagai Neksom
Syamim Farid sebagai Heliza
Nina KSC sebagai Tasha
Shatirah Amanda sebagai Hana
Ellyas Abdullah sebagai Imran
Siti Hariesa sebagai Amirah
Kuza sebagai Rozita
Raja Azmi sebagai Badariah
Izzendra sebagai Amberlyn




Sinopsis Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Lakonan Aniq Suhair dan Siti Khadijah - Slot Akasia TV3

Mengisahkan tentang kehidupan Aira yang membawa diri setelah Imran berkahwin dengan adiknya, Hana dan bekerja di sebuah pusat terapi. Kerana kesilapan yang dilakukan ketika bekerja tersebut, Aira terpaksa berhenti dan menjadi pengasuh Syafi dan membetulkan kembali keadaan dengan menyatukan semula keluarga Zafran. Dari situ juga, Aira bertemu dengan Hayyat, abang kepada Zafran yang sering kali cuba untuk mencari gaduh dengannya. Dari benci bertukar cinta, dalam diam Hayyat jatuh cinta kepada Aira. Kisah silam Hayyat terbongkar. Jika Imran digelar spesies virus, Hayyat pula ibarat bom atom. Boleh membunuh Aira bila-bila masa sahaja. Namun, Aira hanya mempunyai dua pilihan. Pilih si virus yang kini bergelar duda atau menerima bom atom. Aira perlu cari jalan keluar daripada permainan yang dia sendiri cipta.

Lagu Tema / OST Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

💚💚 Ku Cuba nyanyian Hariz Fayahet

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama Biarkan Ia Pergi

Read More

14 Sep 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Biarkan Ia Pergi



Episod Akhir Drama Biarkan Ia Pergi TV3, Ending Drama Biarkan Ia Pergi, Final Episode Drama Biarkan Ia Pergi, Finale Drama Biarkan Ia Pergi, Sinopsis Episod Akhir Drama Biarkan Ia Pergi, Pelakon Drama Biarkan Ia Pergi, Isyariana, Amar Baharin, Mior Darwish, Asha Merican, Zaki Azeman, Hariz Hamdan, Idzham Ismail, Lia Natalia, Sabhi Saddi, Diyya Eqa, Ana Dahlia,

Dah nak habis dah drama Biarkan Ia Pergi ni, diam tak diam dah nak masuk episod 20 drama Biarkan Ia Pergi ni yang merupakan last episode. Siapa - siapa yang dah tengok episod ke 19 drama ini mesti geram kan bila Lisa lebih percayakan Fara berbanding orang lain, sedangkan Fara tu dah pernah khianati dia sebelum ini. Tapi dalam episod ni, dah nampak dah si Fara ni memang mental dan suka marah - marah. Tapi aku sure mesti tak lama lagi dia kantoi punya sebab nampak Fara mcam takut - takut bila nampak seorang lelaki yang tengah dok perhatikannya. Sorang lagi yang si Ela tu pun tak habis - habis syok sendiri, apa pun aku yakin ending drama Biarkan Ia Pergi ni mesti happy ending punya laaa, Alisa mesti akan maafkan Zaq nanti. Tak sabar nak tengok si Fara tu kantoi hehehe. Apa pun nanti aku update lagi tentang sinopsis episod akhir drama ini okey..

Update 14/9/2022!
Akhirnya happy ending juga, Fara dan masuk tempat mental, manakala Lisa pula ingat Zack nak kahwin dengan Ela tapi rupanya Haris. Walaupun pada awalnya Lisa susah betul nak maafkan Zack, akhirnya semuanya selesai dan diorang pun berbaik semula, happy ending. Lepas ni drama ini akan digantikan dengan Drama Aku Tanpa Cintamu lakonan Zamarul Hisham dan Bella Astillah.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Filem Abang Long Fadil 3




Read More

12 Sep 2022

Telefilem Aku Tauhu Engkau Begedil (TV2)



Telefilem Aku Tauhu Engkau Begedil TV2, Telemovie Aku Tauhu Engkau Begedil, Slot Drama On 2, Sinopsis Telefilem Aku Tauhu Engkau Begedil, Aku Tauhu Engkau Begedil Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Aku Tauhu Engkau Begedil, Qi Razali, Annie Mosha, Khatijah Tan, Wafariena Roslan, Fikree Bey, Telefilem Aku Tauhu Engkau Begedil Full Movie,

Telefilem Aku Tauhu Engkau Begedil akan disiarkan pada Selasa ini 13 September 2022, jam 9 malam di slot Drama On 2 TV2. Antara pelakon telefilem Aku Tauhu Engkau Begedil ini adalah Qi Razali, Annie Mosha, Khatijah Tan, Wafariena Roslan, Fikree Bey dan ramai lagi. Selain itu telemovie Aku Tauhu Engkau Begedil ini diarahkan oleh Ejump Mohd dan diterbitkan oleh Framepersecond Sdn Bhd. Nampak macam best dan menarik je drama ini kan, jadi jom tengok sinopsis telemovie Aku Tauhu Engkau Begedil di bawah ini ye..




Sinopsis Telefilem Aku Tauhu Engkau Begedil (TV2)

Yaser berpindah dari kota ke Desa Lambaian Sukma kerana mahu menjalani hidup baharu setelah melalui pelbagai masalah di kota. Di kota, Yaser seorang Chef yang masyhur mahu mencari cabaran baharu, bertemu dengan Tia di desa, anak Tok Sidang yang berdedikasi dan mengusahakan pertanian. Masing-masing mempunyai kepakaran dan kekuatan dan lama-kelamaan mereka pun sama-sama jatuh hati. Deris bercita-cita tinggi untuk mmenjadi Tok Sidang selain mempunyai komplot dengan Towkey dalam penjualan tanah orang kampung. Apa yang berlaku seterusnya?..


Read More


My Random Post