29 Mei 2019

The Last Empress - Korean Drama Review




The Last Empress, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Last Empress, Drama Korea The Last Empress, Review Drama Korea The Last Empress, Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Sinopsis Drama Korea The Last Empress, Ending Drama Korea The Last Empress, Korean Drama 2018 / 2019, Poster Drama Korea The Last Empress, Cast, Pelakon Drama Korea The Last Empress, Jang Na Ra, Choi Jin Hyuk, Shin Sung Rok, Lee Elijah, Shin Eun Kyung, Oh Seung Yoon, Yoon So Yi, Oh Ah Rin, Lee Hee Jin, Stephanie Lee, Channel SBS, Jang Na Ra New Drama,

Drama Korea The Last Empress ini sememangnya sangat popular, ramai yang ketagih dok ikut cerita ni hahaha. Disebabkan populariti drama ini, episodnya dipanjangkan lagi, dari 48 episod ke 52 episod. Antara pelakon drama The Last Empress ini adalah Jang Na Ra, Choi Jin Hyuk, Shin Sung Rok, Lee Elijah, Shin Eun Kyung, Oh Seung Yoon, Yoon So Yi, Oh Ah Rin, Lee Hee Jin, Stephanie Lee dan ramai lagi. Korean Drama The Last Empress ini disiarkan di channel SBS dan release pada 21 November 2018 dan tamat episodnya pada 21 Februari 2019 yang lalu. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Heart Surgeons dan kemudian akan digantikan dengan drama Big Issue. Drama ini banyak plot twist dan penonton susah nak agak apa yang akan berlaku seterusnya, bila tengok siapa yang jadi screenwriter drama ni barulah faham kenapa drama ni best sebab ianya ditulis oleh Kim Sun Ok yang pernah jadi screenwriter drama - drama best seperti Unni Is Alive, My Daughter Geum Sa Wol, Come! Jang Bo Ri, Temptation Of Wife dan banyak lagi. Manakala Pengarah drama ini adalah Joo Dong Min yang pernah mengarah drama - drama popular seperti Return, The Family Is Coming, Take Care Of Us, Captain. 




Curious juga nak tahu bagaimana agaknya kalau institusi beraja masih wujud di Korea di zaman moden ini. Memang macam - macamlah yang akan berlaku, dengan politik istana lagi, memang sukar nak hidup dalam istana moden tu seperti yang dialami oleh Oh Sunny (lakonan Jang Na Ra). Selain tu bukan main ramai orang jahat yang ada dalam istana tu hahaha, semua tunggu masa dan peluang je untuk jatuhkan sesama sendiri. Namun uniknya walaupun mereka bermusuh tapi ada masanya diorang boleh pula bekerjasama dan tolong - menolong antara satu sama lain di penghujung episod. Drama Korea The Last Empress ini juga berjaya menjadikan penonton seperti lalang hahaha sekejap benci betul dengan watak Raja Lee Hyuk tu yang dilakonkan oleh Shin Sung Rok tapi kadang - kadang jadi suka pula bila dia jadi sweet dan kelakar, terutamanya ketika dia cuba mengambil hati isterinya semula. Tapi bila dia jadi jahat tu memang jahat giler gitu. Walaubagaimanapun rasa annoying juga bila watak jahat dalam drama ni tak reti nak insaf dan tak serik nak buat jahat tu. Pelakon - pelakon drama ini juga turut menang beberapa anugerah dalam SBS Drama Awards 2018.

The Last Empress, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Last Empress, Drama Korea The Last Empress, Review Drama Korea The Last Empress, Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Sinopsis Drama Korea The Last Empress, Ending Drama Korea The Last Empress, Korean Drama 2018 / 2019, Poster Drama Korea The Last Empress, Cast, Pelakon Drama Korea The Last Empress, Jang Na Ra, Choi Jin Hyuk, Shin Sung Rok, Lee Elijah, Shin Eun Kyung, Oh Seung Yoon, Yoon So Yi, Oh Ah Rin, Lee Hee Jin, Stephanie Lee, Channel SBS, Jang Na Ra New Drama,
Drama Korea The Last Empress ini mengisahkan tentang Oh Sunny yang merupakan seorang pelakon teater yang kurang berjaya dalam kerjayanya. Namun tiba - tiba hidupnya berubah bila dia dapat berkahwin dengan Raja Lee Hyuk. Oh Sunny awalnya menyangka yang dirinya akan bahagia bila dapat berkahwin dengan lelaki idamannya itu. Namun semakin lama Oh Sunny berada di istana, dia akhirnya dapat tahu siapa Raja Lee Hyuk yang sebenarnya. Oh Sunny sedar yang dirinya dipergunakan selama ini, Lee Hyuk pula langsung tidak menyintai dirinya malah curang pula. Kematian nenek raja Lee Hyuk menjadikan Oh Sunny sedih, malah dia pula dituduh sebagai suspek utama. Oh Sunny kemudian bangkit untuk mendedahkan wajah sebenar institusi diraja yang teruk itu kepada rakyat. Dengan bantuan Na Wang Sik mereka sama - sama ingin menghancurkan kerajaan beraja itu dari terus kekal memerintah. Apa yang berlaku seterusnya?. Aku tak nafikan yang jalan cerita drama ini agak menarik tapi masih ada scene - scene yang tak logik sikit, especially scene Na Wang Sik yang boleh berubah wajahnya secara drastik dengan cara menguruskan badan sahaja. Kalau diorang buat Na Wang Sik tu turut buat pembedahan plastik, baru lebih menyakinkan, berbanding hanya menguruskan badan saja. 
The Last Empress, Korean Drama, Drama Korea, Korean Drama The Last Empress, Drama Korea The Last Empress, Review Drama Korea The Last Empress, Review By Miss Banu, Korean Drama Review, Sinopsis Drama Korea The Last Empress, Ending Drama Korea The Last Empress, Korean Drama 2018 / 2019, Poster Drama Korea The Last Empress, Cast, Pelakon Drama Korea The Last Empress, Jang Na Ra, Choi Jin Hyuk, Shin Sung Rok, Lee Elijah, Shin Eun Kyung, Oh Seung Yoon, Yoon So Yi, Oh Ah Rin, Lee Hee Jin, Stephanie Lee, Channel SBS, Jang Na Ra New Drama,
Di penghujung episod drama ni, korang memang tak akan nampak kelibat Choi Jin Hyuk yang memegang watak sebagai Na Wang Sik / Chun Woo Bin ni sebab jadualnya clash bila drama ini ditambah episodnya dan dia dah ada komitmen dalam drama lain. Walaubagaimanapun aku suka tengok semua scene - scene kelakar dalam drama ni sebab semuanya best. Plus bromance antara watak Choi Jin Hyuk dan Shin Sung Rok tu memang terbaik dan comel giler hehe. Manakala ending drama Korea The Last Empress ini bagi aku agak sad ending juga sebab masa tu nampak Lee Hyuk dah berubah jadi baik sepenuhnya. Mungkin disebabkan ramai penonton yang sedih dengan ending terbabit, pihak produksi drama ini telah release satu video di Youtube mengenai epilog drama ni yang membabitkan Jang Na Ra dan Shin Sung Rok. Aku tak pasti sama ada diorang tu dilahirkan semula dalam video tu, atau pun ada orang lain yang mempunyai muka seiras dengan Lee Hyuk hahaha. Apa pun aku bagi 7.9/10 bintang untuk drama ini.

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

27 Mei 2019

Sinopsis Drama Empat Penjuru ( Astro Citra)




4 Penjuru, Empat Penjuru, Drama 4 Penjuru, Drama Empat Penjuru, Astro Citra, Kisah Kekeluargaan, Drama Bulan Ramadan, Sinopsis Drama 4 Penjuru, Ending Drama Empat Penjuru, Cast, Pelakon Drama Empat Penjuru, Sabri Yunus, Fauziah (Ogy) Ahmad Daud, Dato Fizz Fairuz, Fezrul Khan, Ezzaty Abdullah, Syafie Naswip, Rita Rudaini, Mustaqim Bahadon, Watak Pelakon Drama 4 Penjuru, Along, Angah, Uda, Ucu, Drama Melayu Astro 2019,
Sinopsis Drama Empat Penjuru Siaran Astro Citra

Drama 4 Penjuru sudah mula disiarkan di Astro Citra bermula 4 Mei 2019, setiap Sabtu, jam 9 malam dan hanya mempunyai 4 episod saja. Namun durasi masa setiap episod agak panjang juga iaitu hampir 2 jam. Antara pelakon drama Empat Penjuru ini adalah Sabri Yunus, Fauziah (Ogy) Ahmad Daud, Dato Fizz Fairuz, Fezrul Khan, Ezzaty Abdullah, Syafie Naswip, Rita Rudaini, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi. Selain itu drama 4 Penjuru ini diarahkan oleh Pitt Hanif dan diterbitkan oleh Arie Zahari Production. Fizz Fairuz dan Syafie Naswip sebelum ini pernah bawa watak bapa dan anak dalam drama Kamar Kamariah tapi dalam drama ini diorang jadi adik - beradik gitu. Drama Empat Penjuru yang bertemakan kekeluargaan ini memang menarik untuk ditonton, penuh pengajaran gitu. Plus para pelakonnya juga hebat - hebat belaka, nasib ending drama empat penjuru ni happy ending okey, sebab awalnya nampak macam sad ending hehe. Apa pun jom tengok sinopsis 
drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Empat Penjuru

Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang bahagia, 4 adik - beradik yang terdiri daripada Along (Fizz Fairuz), Angah (Fezrul Khan), Uda (Ezzaty Abdullah) dan Ucu (Syafie Naswip) yang masing - masing tinggal di luar Kuala Lumpur akan pulang beraya di rumah ibu bapa mereka di Kuala Lumpur setiap kali tibanya Syawal. Mereka adik - beradik sangat rapat, namun sesuatu terjadi dan hubungan mereka adik - beradik mula renggang secara tiba - tiba. Hal ini jelas terlihat apabila mereka semua berkumpul di KL kerana membantu ibu bapa mereka yang hendak buat kenduri sempena Nisfu Syaaban. Along dan Uda tiba - tiba bertelagah dan bertikam lidah membuatkan semua yang lain pelik dan buntu memikirkan sebab mereka bergaduh. Along dan Uda juga tidak mahu memberitahu sebab mereka bergaduh. Lama - kelamaan Angah pula terasa hati dengan Along kerana memarahinya atas sebab mahu pinjam duit Alongnya itu. Angah dan Uda kemudiannya memberikan layanan dingin pada Along ketika mereka berjumpa dan berkumpul di rumah ibu bapa mereka itu. Along merasakan adik - beradiknya itu tidak menghormati dirinya lagi dan membuat keputusan mahu sambut raya di luar negara iaitu di China bersama - sama isterinya (Rita Rudaini) serta anak - anak mereka. Manakala Uda juga berasa malas mahu pulang ke rumah ibu bapanya kerana tidak mahu berjumpa dengan Along. Pelbagai alasan diciptanya agar dapat mengelak untuk tinggal lama di rumah ibu bapanya itu.

Ibu mereka (Fauziah Ahmad Daud) sedar yang anak - anaknya itu ada masalah sesama mereka dan berasa sedih apabila masing - masing mengelak untuk berjumpa. Kemudian ibu mereka membuat keputusan untuk sambut raya lebih awal iaitu pada 21 Ramadan dan mahukan semua anak - anaknya pulang nanti. Namun Uda berasa tidak puas hati kerana Along datang lambat dan mula merungut serta marah - marah. Malah Uda juga turut bergaduh dengan Angah kerana merasakan Angah sengaja mengelak untuk membuat kerja - kerja rumah. Hubungan adik - beradik itu makin dingin dan akhirnya masing - masing ingin pulang lebih cepat. Ucu kemudiannya berbincang dengan ibunya dan menyarankan ibunya untuk membuat sesuatu agar dapat merapatkan lagi hubungan mereka sekeluarga. Ibu mereka kemudiannya pergi melawat rumah Along, Angah dan Uda untuk mengetahui masalah mereka yang sebenar dan menasihati mereka. Ketika hari raya menjelang tiba, masing - masing sudah tiba di KL, kemudian Angah dan Uda bergaduh besar dan adik beradik lain cuba campur tangan untuk meleraikan pergaduhan mereka. Apa yang berlaku seterusnya?.. 

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

24 Mei 2019

Resepi Daging Blackpepper




  Daging Blackpepper, Resepi Daging Blackpepper, Recipe, Masakan, Menu, Makanan, Menu Berbuka Puasa, Menu Bersahur, Masakan Di Hari Raya,
Resepi Daging Blackpepper

Okey hari ini aku nak share Resepi Daging Blackpepper pula, korang boleh besarkan gambar di atas ni, kalau nak tengok tulisan dengan lebih jelas. Menu Daging Blackpepper ni memang sedap dan antara menu favorite aku gitu. Daging Blackpepper ni juga sesuai dimasak untuk berbuka puasa nanti, untuk sahur pun okey juga, makin berselera nak bersahur kalau ada menu macam ni hahaha. Apa pun selamat mencuba ye..



Read More

21 Mei 2019

Drama Pia (Lestary TV3)




Drama Pia, Pia, Slot Lestary, TV3, Sinopsis Drama Pia, Drama Melayu, Drama Bersiri TV3 2019, Watak Pelakon Dalam Drama Pia, Cast, Pelakon Drama Pia, Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fathil Dani, Poster Drama Pia,

Drama Pia yang mempunyai 15 episod ini sudah mula disiarkan di slot Lestary TV3 bermula 3 Mei 2019 yang lalu. Drama Pia ini dibintangi oleh Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fathil Dani dan ramai lagi. Drama arahan Azman Yahya, terbitan JS Pictures ini sememangnya menarik untuk ditonton. Aku suka dengan drama ni, best, plus OST Drama Pia ini juga best bile diorang guna lagu popular masa kini iaitu sumpah nyanyian Naim Daniel. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Pia ini serta sinopsisnya di bawah ini okey..
Zara Zya sebagai Pia
Alif Satar sebagai Zafran
Naim Daniel sebagai Budi
Azira Shafinaz sebagai Qis
Sheila Rusly sebagai Mak Ngah Ila
Badrul Muhayat sebagai Yusuf
Idzham Ismail sebagai Jibon
Izzat Mushtaq sebagai Dr Karl
Liza Rafar sebagai Kak Rose
Annie Mosha sebagai Zetie
Zalfa Zin sebagai Ninie
Fathil Dani sebagai Pak Long




Sinopsis Drama Korea Pia - Slot Lestary TV3

Mengisahkan Pia yang terpaksa menggalas tanggungjawab untuk menjaga adiknya Budi yang mempunyai masalah celebral palsy setelah ibu bapa mereka dibunuh. Selepas itu mereka berdua menumpang teduh di rumah Pak Long mereka, namun anak - anak kandung pak long mereka itu tidak begitu menyukai mereka dan menganggap mereka sebagai beban. Walaubagaimanapun Pak long mereka ikhlas menjaga Pia dan Budi seperti anak sendiri. Manakala Zafran pula sudah menyukai Pia sejak kecil lagi walaupun Pia lebih tua darinya. Setelah besar Zafran menyuarakan hasratnya untuk berkahwin dengan Pia setelah dia habis belajar nanti, serta menyuruh Pia untuk menunggunya. Pia juga dapat tahu dari pak longnya bahawa mak ngah Zafran yang bisu itu tidak suka dengan hubungan baik Pia dan Zafran. Setelah kematian Pak Long, Pia dan Budi terpaksa keluar dari rumah pak longnya itu kerana anak - anak pak long ingin menyewakan rumah tersebut pada orang lain. Pia dan Budi kemudian tinggal di stor tempat Pia bekerja, dalam masa yang sama Zafran juga telah tamat belajar dan kini sudah mempunyai kekasih bernama Qis. Setelah Zafran terserempak dengan Pia dan Budi, Zafran mula rasa bersalah pada Pia kerana tidak menepati janjinya, sebaliknya dia sudah ada kekasih. 
Drama Pia, Pia, Slot Lestary, TV3, Sinopsis Drama Pia, Drama Melayu, Drama Bersiri TV3 2019, Watak Pelakon Dalam Drama Pia, Cast, Pelakon Drama Pia, Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fathil Dani,
Pia kecewa tapi redha dengan takdir hidupnya serta tidak menyalahkan Zafran. Malah Zafran juga berasa kesian dengan Pia dan Budi kerana mereka tidak ada tempat tinggal. Namun setelah Qis kemalangan dan ibu bapa Qis membenci Zafran, Zafran mula berpaling dan menagih kasih Pia kembali. Dia juga turut mengajak Pia untuk berkahwin serta sanggup menerima Budi sebagai keluarganya. Zafran akhirnya berkahwin dengan Pia namun ayah dan mak ngahnya terkejut bila Zafran bernikah dengan Pia dan bukannya Qis. Zafran tinggal di rumah lain bersama Pia dan Budi, tak lama kemudian Zafran menghantar Budi ke pusat penjagaan atas alasan mahu Budi berdikari. Namun sebenarnya Zafran berasa terbeban dengan Budi serta mahukan Pia memberikan sepenuh perhatian padanya sahaja. Perangai Zafran juga mula berubah dengan drastiknya setelah bertemu kembali dengan Qis. Pia mula makan hati dengan sikap Zafran, lebih parah bila Zafran juga cuba menghalang Pia dari melawat Budi dengan kerap di pusat penjagaan itu. Sikap cemburu buta Zafran bertukar menjadi agresif gara-gara Pia mendapat mesej dari doktor Budi. Apa yang bakal berlaku seterusnya? 
Read More

19 Mei 2019

Drama 30 Pesanan Suara (Akasia TV3)




30 Pesanan Suara, Drama 30 Pesanan Suara, Sinopsis Drama 30 Pesanan Suara, Slot Akasia, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bulan Ramadan, Blog Dari Hati Miss Mulan, Pelakon Drama 30 Pesanan Suara, Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Ain Edruce, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Zarina Zainuddin, Farisha Irwayu, Badrul Muhayat, Riz Amin, Hanna Aqeela, Erwin Dawson, Shah Jaszle, Poster Drama 30 Pesanan Suara,
Drama 30 Pesanan Suara Lakonan Shukri Yahaya dan Hannah Delisha

Drama 30 Pesanan Suara adalah drama yang akan menghiasi slot Akasia TV3 sepanjang bulan Ramadan ini. Drama ini dibintangi oleh Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Ain Edruce, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Zarina Zainuddin, Farisha Irwayu, Badrul Muhayat, Riz Amin, Hanna Aqeela, Erwin Dawson, Shah Jaszle dan ramai lagi. Ramai pelakon best dalam drama ni okey, jalan ceritanya okey juga sesuailah untuk ditonton masa bulan Ramadan ni, ada pengajarannya juga. Apa pun jom tengok watak -watak pelakon drama 30 Pesanan Suara ini serta sinopsisnya di bawah ini okey..
Shukri Yahaya sebagai Izman
Saharul Ridzwan sebagai Iman
Hannah Delisha sebagai Syafira
Izzue Islam sebagai Alif
Ain Edruce sebagai Fatin
Ruzana Ibrahim sebagai Syazana
Azhar Amir sebagai Azim
Jasmine Ashraff sebagai Mazni
Zarina Zainuddin sebagai Pn Intan
Farisha Irwayu sebagai Pn Zalima
Riz Amin sebagai Daris
Hanna Aqeela sebagai Zarina




Sinopsis Drama 30 Pesanan Suara - Slot Akasia TV3

Mengisahkan tentang Izman (Shukri Yahaya) dan Iman (Saharul Ridzwan) yang merupakan kawan baik dan turut bekerja bersama - sama. Kedua - dua mereka telah jatuh cinta pada wanita yang sama iaitu Syafira (Hannah Delisha). Namun setelah mengetahui yang Iman juga ada hati pada Syafira, Izman terpaksa melupakan Syafira dan sebaliknya menolong Iman yang pemalu tu untuk mendekati Syafira. Izman yang turut berkawan baik dengan Syafira turut meminta Syafira agar memberi peluang pada Iman untuk mengenalinya. Dalam masa yang sama Izman yang sudah ada kekasih iaitu Fatin (Ain Edruce) rimas dengan sikap ibunya dan juga Fatin yang tak habis - habis mendesaknya untuk berkahwin. Izman masih belum bersedia untuk berkahwin dengan Fatin. Alif (Izzue Islam) yang juga merupakan kawan Iman tapi musuh pada Izman sentiasa cari jalan untuk membuatkan persahabatan antara Iman dan Izman musnah serta cuba melaga - lagakan mereka. 
30 Pesanan Suara, Drama 30 Pesanan Suara, Sinopsis Drama 30 Pesanan Suara, Slot Akasia, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bulan Ramadan, Blog Dari Hati Miss Mulan, Pelakon Drama 30 Pesanan Suara, Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Ain Edruce, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Zarina Zainuddin, Farisha Irwayu, Badrul Muhayat, Riz Amin, Hanna Aqeela, Erwin Dawson, Shah Jaszle, Poster Drama 30 Pesanan Suara,
Tak lama kemudian segala usaha Izman membuahkan hasil apabila Syafira akhirnya membuka hatinya pada Iman dan mereka juga bakal berkahwin tak lama lagi. Syafira juga makin sayang pada Iman, namun jodoh mereka tidak panjang apabila Iman kemudiannya meninggal dunia akibat lemas. Dalam masa yang sama Fatin mula rapat dengan abang sepupunya (Shah Jaszle) yang membuka peluang padanya untuk menjadi model. Lama - kelamaan Fatin juga sudah tawar hati dengan hubungannya bersama Izman. Manakala Izman pula membuat keputusan untuk berkahwin dengan Syafira. Kakak Syafira iaitu Syazana (Ruzana Ibrahim) pula benci pada lelaki setelah terluka dalam percintaannya yang terdahulu. Namun ketika melihat adiknya bahagia dengan Iman dan akan berkahwin membuatkan dirinya berasa sunyi. Syazana mula membuka hatinya untuk berkawan dengan lelaki, dia kemudian berkawan dengan Alif tanpa mengetahui niat jahat Alif. Syafira akhirnya berkahwin dengan Izman namun mengalami masalah untuk mengambil hati ibu mertuanya yang sangat benci padanya. Apa yang berlaku seterusnya?..

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

16 Mei 2019

Biodata Terkini Nina Iskandar




Nina Iskandar, Biodata, Biodata Artis, Biodata Pelakon, Biodata Nina Iskandar, Profil Nina Iskandar, Biodata Penuh Nina Iskandar, Biodata Lengkap Nina Iskandar, Biodata Terkini Nina Iskandar, Biodata Artis 2019,
Biodata Terkini Nina Iskandar

Hari ini aku nak share biodata pelakon cantik manis yang bernama Nina Iskandar. Nina Iskandar ni berasal dari Brunei dan first time aku tengok lakonannya adalah menerusi filem Pengantin Malam. Drama Andainya Takdir lakonannya bersama Shukri Yahaya benar - benar melonjakkan namanya dan drama tu turut disambung ke musim kedua gitu. Apa pun aku suka tengok filem, telefilem dan drama - drama lakonan Nina Iskandar ni sebab semuanya best - best. Paling baru drama lakonan Nina Iskandar ni baru saja habis bersiaran di TV3 bertajuk Rumah Siti Khadijah yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda. Jadi tanpa membuang masa jom tengok biodata penuh Nina Iskandar di bawah ini okey.




Biodata Lengkap Nina Iskandar

Nama Penuh: Nur Akmalina binti Iskandar
Nama Komersil: Nina Iskandar
Tarikh Lahir: 4 Ogos 1991
Umur: 28 Tahun (2019)
Asal: Brunei Darussalam
Pekerjaan: Pelakon & Model
Tahun Aktif: 2011 hingga kini
Status : Sudah Berkahwin dengan Azlan Adzanan
Nina Iskandar, Biodata, Biodata Artis, Biodata Pelakon, Biodata Nina Iskandar, Profil Nina Iskandar, Biodata Penuh Nina Iskandar, Biodata Lengkap Nina Iskandar, Biodata Terkini Nina Iskandar, Biodata Artis 2019,
Senarai drama - drama lakonan Nina Iskandar : Rumah Siti Khadijah, Tolong Aku Doktor Cinta, Diari Tular, Kereta Sewa, Setelah Cinta Itu Pergi, Isteri Dalam Sangkar, Cinta Bukan Kristal, Andainya Takdir 2, Bicara Cinta Tertangguh, Andainya Takdir, Papa Ricky, Terlarang Sudah Rinduku, Mr. Tanda Soal, Sha & Shah, Lari Mira, Raya Ni Dah Kahwin, Padamu Aku Bersujud, Dendam Semalam, Raya Ni Mesti Kahwin, Jika Itu Takdirku, Erna Suraya, Balkish, Rintihanku.
Filem - Filem Lakonan Nina Iskandar: Hospital, Pengantin Malam, Lu, Gua Bro!, Sniper, Muka Surat Cinta, Ada Apa Dengan Rina?.
Senarai Telefilem Lakonan Nina Iskandar: Sinar Ramadan Untuk Amanda, Yang Terindah, Senarai Raya Papa, Gerabak Cinta, Lakaran Cinta, Syahadah Terakhir, Ratu Kebaya Masuk U, Bini Muda, Jasmine, Siapa Dia Sebenarnya, 13 Tiang Cinta, Kalau Aku Kaya, Sha, Shah & Syawal, Pondok Itu Rumahku, Serambi Mama.
Twitter & Instagram Nina Iskandar : @OfficialNinaIsk IG NinaIskandar 

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

15 Mei 2019

Drama Cari Aku Di Syurga (TV3)




Cari Aku Di Syurga, Drama Cari Aku Di Syurga, Sinopsis Cari Aku Di Syurga, Slot Samarinda, TV3, Poster Drama Cari Aku Di Syurga, Kisah Sedih, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu TV3 2019, OST Drama Cari Aku Di Syurga, Cast, Pelakon Drama Cari Aku Di Syurga, Aeril Zafrel, Janna Nick, Mimi Lana, Duerra Mitilda, Dalimawati, Maria Farida, Aishah Atan, Muaz Fitri, Hun Haqeem,
Drama Cari Aku Di Syurga Slot Samarinda TV3

Drama Cari Aku Di Syurga ini mempunyai 15 episod dan sudah disiarkan di slot Samarinda TV3 sejak 6 Mei yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Cari Aku Di Syurga ini dibintangi oleh Aeril Zafrel, Janna Nick, Mimi Lana, Duerra Mitilda, Dalimawati, Maria Farida, Aishah Atan, Muaz Fitri, Hun Haqeem dan ramai lagi. Drama ini dibarisi dengan ramai pelakon popular plus pengarah drama ini adalah Shahrulezad Mohameddin yang sebelum ini sukses dengan drama arahannya yang popular iaitu Nur dan Nur 2 gitu. Selain itu lagu tema / OST Drama Cari Aku Di Syurga ini memang terbaik, sedap - sedap lagunya. Antara lagu tema drama ini adalah lagu Bukan Cinta nyanyian Amylea serta lagu Tiada Dirimu nyanyian Shila Amzah. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cari Aku Di Syurga serta sinopsis drama ini di bawah ye.
Aeril Zafrel sebagai Anas
Janna Nick sebagai Lisa

Mimi Lana sebagai Mira

Duerra Mitilda sebagai Suri

Dalimawati sebagai Mak Temah

Maria Farida sebagai Rosmah

Aishah Atan sebagai Kak Kiah Janda

Muaz Fitri sebagai Haikal

Hun Haqeem sebagai Ariff




Sinopsis Drama Cari Aku Di Syurga Lakonan Aeril Zafrel dan Janna Nick

Mengisahkan percintaan dua darjat antara Anas (Aeril Zafrel) dan Lisa (Janna Nick). Anas seorang pemuda kampung yang kacak yang menjadi kegilaan ramai perempuan di kampung itu. Mira (Mimi Lana) yang merupakan jiran Anas, selalu membantu dan menjaga ibu Anas yang sakit, namun dalam diam Mira juga sangat mencintai Anas. Mak Mira iaitu Kak Kiah (Aishah Atan) juga turut ada hati pada Anas dan cuba menghalang anaknya dari rapat dan terus menjaga mak Anas itu. Manakala Lisa pula merupakan anak orang kaya dan hidup mewah namun Lisa kesunyian kerana hidupnya dikongkong oleh ibunya (Maria Farida). Perkenalan Anas dan Lisa membuatkan mereka saling jatuh cinta, namun Ibu Lisa menentang hubungan mereka kerana merasakan Anas tidak setaraf dengan mereka dan mahu menjodohkan Lisa dengan Ariff (Hun Haqeem). Ariff yang dah lama ada hati pada Lisa cuba memikatnya namun Lisa yang berasa tertipu nekad melarikan diri dari rumah dan terus bernikah dengan Anas. 
Cari Aku Di Syurga, Drama Cari Aku Di Syurga, Sinopsis Cari Aku Di Syurga, Slot Samarinda, TV3, Poster Drama Cari Aku Di Syurga, Kisah Sedih, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu TV3 2019, OST Drama Cari Aku Di Syurga, Cast, Pelakon Drama Cari Aku Di Syurga, Aeril Zafrel, Janna Nick, Mimi Lana, Duerra Mitilda, Dalimawati, Maria Farida, Aishah Atan, Muaz Fitri, Hun Haqeem,
Perkahwinan mereka mula diuji apabila Lisa yang tidak biasa hidup susah terpaksa melalui kedaifan hidup. Setelah melahirkan anak mereka yang pertama, Suri (Duerra Mitilda), Lisa terus meminta cerai dari Anas kerana ingin kembali kepada kehidupan lamanya yang mewah. Anas terus membesarkan Suri bersama isteri barunya, Mira. 6 tahun kemudian, Lisa yang sudah berkahwin dengan Ariff kembali menuntut hak penjagaan ke atas Suri. Pada masa yang sama, Anas telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan ganguan kepada daya ingatannya. Kemuncak bermula apabila Suri terpaksa mengikut Lisa kerana Anas yang tidak mampu mengingati bahawa Suri merupakan anaknya. Manakala Suri pula berusaha untuk mengembalikan ingatan ayahnya itu, mampukah mereka mengharungi kehidupan bersama Anas yang menghidap Alzheimer itu?. Bagaimana pula penerimaan Suri terhadap ibu kandungnya Lisa yang cuba kembali dalam hidupnya setelah meninggalkan dirinya bersama ayahnya dulu.

Ending Drama Cari Aku Di Syurga

Ending drama Cari Aku Di Syurga ni happy ending gitu bila Anas sebenarnya dengan rela hati nak menyerahkan Suri pada Lisa. Tapi disebabkan nak jaga hati Mira, Anas berpura - pura hilang ingatan dan Lisa dapat hak penjagaan Suri. Suri kemudian tinggal di rumah Lisa tapi tak begitu gembira kerana rindukan ayahnya Anas dan maknya Mira. Setelah Suri dapat tahu yang ayahnya Anas tak hilang ingatan, dia menangis dan merayu untuk pulang ke kampung berjumpa dengan ayahnya. Lisa dan Arif membawa Suri pulang ke pangkuan Anas dan Mira dan akhirnya mereka berempat sama - sama menjaga Suri dan happy ending.

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~ 
Read More

12 Mei 2019

Resipi Ayam Masak Halia - Menu Berbuka Puasa Atau Bersahur




Ayam Masak Halia, Masakan, Resepi, Makanan, Menu Berbuka Puasa, Menu Bersahur, Resepi Ayam Masak Halia, Recipe,
Menu Berbuka Puasa Atau Bersahur - Resipi Ayam Masak Halia

Hari ini aku nak share resipi Ayam Masak Halia pula, menu ayam masak halia ni boleh dimasak untuk berbuka puasa atau pun bersahur. Semestinya menyelerakan gitu, ikutkan aku jarang masa resepi ni sebab lebih biasa makan Ayam Masak Kunyit hehehe. Apa pun ayam masak halia ni juga sangat sedap okey, korang boleh rujuk resepinya di gambar di atas ini okey, korang juga boleh besarkan gambar diatas ni kalau tulisannya kecil and tak jelas. Selamat mencuba okey..


Read More

11 Mei 2019

Sinopsis Drama Imaan Lakonan Nora Danish & Remy Ishak




Imaan, Drama Imaan, Sinopsis Drama Imaan, Astro Ria, Drama Bersiri, Drama Melayu, Drama Melayu Astro Ria 2019, Drama Bulan Ramadan, Drama Islamik, Pengajaran, Adaptasi Drama Pakistan Khuda Aur Mohabbat, OST Drama Imaan, Cast, Pelakon Drama Imaan, Nora Danish, Remy Ishak, Fendy Bakry, Datuk Rahim Razali, Dian P Ramlee, Fikhree Bakar, Wan Sharmila, Sharifah Husna, Shafira Edora, Rahim Omar, Eizlan Yusof, Adam Corrie, Syamim Farid, Nora Danish Bertudung Labuh Dalam Drama Imaan, Ending Drama Imaan,

Drama Imaan ini sudah bersiaran di Astro Ria sejak 1 Mei 2019 yang lalu, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Antara pelakon drama Imaan ini adalah Nora Danish, Remy Ishak, Fendy Bakry, Datuk Rahim Razali, Dian P Ramlee, Fikhree Bakar, Wan Sharmila, Sharifah Husna, Shafira Edora, Rahim Omar, Eizlan Yusof, Adam Corrie, Syamim Farid dan ramai lagi. Drama Imaan ini adalah adaptasi daripada drama Pakistan yang bertajuk Khuda Aur Mohabbat (2011). Selain itu drama Imaan ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Yusry Abdul Halim serta diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Manakala lagu tema / OST Imaan ini dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah bertajuk Nanti. Drama Imaan ini memang bergenre islamik gitu tapi kalau diorang ikut ending drama Pakistan tu memang sedihlah ending drama Imaan ni kecualilah kalau diorang tukar endingnya untuk versi drama Melayu ni. Comel giler Nora Danish pakai tudung labuh tu kan, sweet je. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Imaan (Astro Ria)

Drama Imaan mengisahkan tentang perbezaan ideologi agama. Hezrey (Remy Ishak) dilahirkan dari keluarga elite dan kaya telah bertemu dengan Imaan (Nora Danish) dimana Imaan adalah anak kepada seorang guru Agama yang mengajar kanak-kanak mengaji di kampung. 
Pertemuan itu telah menyebabkan kehidupan Hezrey berubah dan sanggup meninggalkan segala kekayaannya dan sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan demi Imaan. Tujuan utama perubahan yang dilakukan oleh Hezrey adalah untuk meletakkan dirinya sebagai menantu dan di terima oleh keluarga Imaan. Dalam masa yang sama Abdullah (Fendy Bakry) seorang lelaki yang baik dan alim di kampung itu turut jatuh hati pada Imaan.
Imaan, Drama Imaan, Sinopsis Drama Imaan, Astro Ria, Drama Bersiri, Drama Melayu, Drama Melayu Astro Ria 2019, Drama Bulan Ramadan, Drama Islamik, Pengajaran, Adaptasi Drama Pakistan Khuda Aur Mohabbat, OST Drama Imaan, Cast, Pelakon Drama Imaan, Nora Danish, Remy Ishak, Fendy Bakry, Datuk Rahim Razali, Dian P Ramlee, Fikhree Bakar, Wan Sharmila, Sharifah Husna, Shafira Edora, Rahim Omar, Eizlan Yusof, Adam Corrie, Syamim Farid, Nora Danish Bertudung Labuh Dalam Drama Imaan, Ending Drama Imaan,
Akibat penghinaan keluarga Hezrey terhadap ayah Imaan menyebabkan usaha yang dilakukan selama ini sia-sia sahaja. Demi permintaan ayah Imaan telah menyuruh Hezrey pulang ke keluarganya tetapi dia enggan. Keadaan menjadi rumit menyebabkan Imaan stress dan jatuh sakit. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Hezrey dapat memiliki Imaan? Dan adakah Ayah Imaan dapat menerima Hezrey sebagai menantu? Bagaimana pula dengan Abdullah, adakah Abdullah berjaya menjadikan Imaan isterinya?.

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

10 Mei 2019

Baca Online Novel Aku Yang Kau Tinggalkan




Aku Yang Kau Tinggalkan, Novel Aku Yang Kau Tinggalkan, Karya Novelis Alina Haizar, Novel Online, Baca Online Novel Aku Yang Kau Tinggalkan, Bab 1 Hingga Bab 13, Cinta, Kisah Kahwin Paksa, Cast, Drama Melayu TV1 2019, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri 30 Episod, Drama Bulan Ramadan, Pelakon Drama Aku Yang Kau Tinggalkan, Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Natasya Mahyan, Adam Shadan, Aedy Ashraf, Husna Mustaffa, Roy Azman, Laila Nasir, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Dian P Ramlee, Datin Fadilah Mansor, Ku Zara Eryna, Liza Zain, Sharifah Husna, Azhar Amir, Amirul Faqeem, Izzat Mushtaq, Sinopsis Novel Aku Yang Kau Tinggalkan, Cover Depan Novel Aku Yang Kau Tinggalkan,

Novel Aku Yang Kau Tinggalkan karya Alina Haizar telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 30 episod yang kini tengah hangat bersiaran di slot Widuri TV1, jam 7 malam. Drama Aku Yang Kau Tinggalkan akan disiarkan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini. Pelakon Ungku Ismail Aziz akan melakonkan watak utama dalam drama ini iaitu sebagai Zaril Ikhwan manakala Siti Elizad Sharifuddin akan melakonkan watak Nia Athirah. Berbalik pada Novel Aku Yang Kau Tinggalkan ni, novel ini diterbitkan pada tahun 2011 dan pada tahun 2019 ni ianya dah diadaptasikan menjadi drama bersiri gitu. Jadi sambil - sambil tengok drama ni di TV1, korang juga boleh baca Novel Aku Yang Kau Tinggalkan ni secara online saja, caranya hanya klik je link - link di bawah sekali tu okey. Sebelum tu jom tengok sinopsis novel ni di bawah ye, selamat membaca semua..




Sinopsis Novel Aku Yang Kau Tinggalkan

Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.
Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.
Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin, Italy lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan. Apakah rahsia yang dipendamkan itu?
Aku Yang Kau Tinggalkan, Novel Aku Yang Kau Tinggalkan, Karya Novelis Alina Haizar, Novel Online, Baca Online Novel Aku Yang Kau Tinggalkan, Bab 1 Hingga Bab 13, Cinta, Kisah Kahwin Paksa, Cast, Drama Melayu TV1 2019, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri 30 Episod, Drama Bulan Ramadan, Pelakon Drama Aku Yang Kau Tinggalkan, Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Natasya Mahyan, Adam Shadan, Aedy Ashraf, Husna Mustaffa, Roy Azman, Laila Nasir, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Dian P Ramlee, Datin Fadilah Mansor, Ku Zara Eryna, Liza Zain, Sharifah Husna, Azhar Amir, Amirul Faqeem, Izzat Mushtaq, Sinopsis Drama Aku Yang Kau Tinggalkan,
Baca Online Novel Aku Yang Kau Tinggalkan Bab 1 Hingga Bab 13


Ending Drama Aku Yang Kau Tinggalkan

Ending drama Aku Yang Kau Tinggalkan ni mestilah happy ending kan. Setelah kebenaran terbongkar, mak Zaril iaitu Hanida dan juga adik Zaril iaitu Zainal akhirnya insaf. Mereka berdua kemudiannya pergi berjumpa dengan Nia untuk meminta maaf. Nia berasa gembira kerana ibu mertuanya Hanida akhirnya telah menerima dirinya sebagai menantu. Manakala Zainal juga turut meminta maaf pada abangnya Zaril kerana dia cuba mengganggu Nia sebelum ini dan Zaril memaafkannya. Akhirnya segala masalah yang membelenggu hidup Nia dan Zaril telah selesai. Hanida juga turut meminta maaf pada suaminya serta ibu mertuanya kerana selalu menimbulkan masalah. Nia kemudiannya berasa tidak sihat dan akhirnya didapati Nia mengandung anak kedua. Zaril berasa sangat gembira manakala Zainal pula membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di Australia. 


(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

9 Mei 2019

Sinopsis Drama Tolong Aku Doktor Cinta (TV2)




Tolong Aku Doktor Cinta, Drama Tolong Aku Doktor Cinta, TV2, RTM, Drama Melayu TV2 2019, Drama Bulan Ramadan 2019, Sinopsis Tolong Aku Doktor Cinta, Cast, Pelakon Drama Tolong Aku Doktor Cinta, Hafreez Adam, Nina Iskandar, Puteri Aishah, Adam Yusuf, Sissy Iman, Aiman Rahman, Haris Ismail, Shah Khan, Zalfa Zin, Liza Abdullah, Drama Bersiri Tolong Aku Doktor Cinta,
Sinopsis Drama Tolong Aku Doktor Cinta (TV2)

Drama Tolong Aku Doktor Cinta sudah pun bersiaran di TV2 sejak 6 Mei 2019 yang lalu, setiap Isnin hingga Sabtu jam 6 petang. Antara pelakon drama Tolong Aku Doktor Cinta ini adalah Hafreez Adam, Nina Iskandar, Puteri Aishah, Adam Yusuf, Sissy Iman, Aiman Rahman, Rizz Ismail, Shah Khan, Zalfa Zin, Liza Abdullah dan ramai lagi. Selain itu drama Tolong Aku Doktor Cinta ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Amor Rizan serta diterbitkan oleh Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Manakala lagu tema drama ini / OST Tolong Aku Doktor Cinta dinyanyikan oleh Sissy Iman bertajuk Pesanan Ayahanda. Aku memang tengok drama ni, memang menarik jalan ceritanya, bolehlah layan sebelum buka puasa kan. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Tolong Aku Doktor Cinta Lakonan Hafreez Adam, Nina Iskandar & Puteri Aishah

Mengisahkan Hana (Nina Iskandar) dan Anita / Nita (Puteri Aishah) yang tinggal serumah, mereka buntu dengan masalah percintaan masing - masing. Hana keliru dengan sikap Bossnya Irfan (Rizz Ismail) yang tidak menentu itu. Hana awalnya gembira apabila bossnya melayannya dengan baik sekali serta bossnya turut mengajaknya untuk keluar makan bersama. Hana agak yakin yang bossnya itu ada hati padanya namun tak lama kemudian bossnya mula berubah sikap dan melayannya dengan dingin sekali serta selalu marah - marah padanya. Manakala Nita pula mengalami masalah dengan teman lelakinya Faiz (Adam Yusuf) yang digelarnya sebagai drama king. Anita mula rasa kecewa dengan sikap Faiz yang sambil lewa dan masih tiada pekerjaan tetap. 
Tolong Aku Doktor Cinta, Drama Tolong Aku Doktor Cinta, TV2, RTM, Drama Melayu TV2 2019, Drama Bulan Ramadan 2019, Sinopsis Tolong Aku Doktor Cinta, Cast, Pelakon Drama Tolong Aku Doktor Cinta, Hafreez Adam, Nina Iskandar, Puteri Aishah, Adam Yusuf, Sissy Iman, Aiman Rahman, Haris Ismail, Shah Khan, Zalfa Zin, Liza Abdullah, Drama Bersiri Tolong Aku Doktor Cinta,
Nita juga mahu memutuskan perhubungan mereka tapi Faiz merayu supaya mereka tidak berpisah dan akhirnya Nita memberikannya peluang kedua dan Faiz turut berjanji dengan Nita untuk mencari kerja. Dalam hal yang lain Tajul (Hafreez Adam) turut menghadapi masalah dengan kekasihnya itu yang banyak ragam. Sementara itu kawan pejabat Hana sering mempromote blog Dr. Love Online pada Hana dan akhirnya Hana dan Nita mengadu masalah percintaan mereka itu pada blog percintaan popular itu Dr Love Online. Dr. Love atau Doktor Cinta akan memberikan pendapatnya serta cara penyelesaian pada masalah pembaca blognya itu. Walaubagaimanapun nasihat yang diberikan oleh Dr Love pada masalah Anita dan Hana itu hanya memburukkan lagi keadaan. Hana dan Anita berasa tertipu serta bertindak mencari siapa Doktor Cinta yang sebenar untuk membalas dendam. Hana dan Nita kemudian mendapat info yang Tajul adalah Doktor Cinta yang sebenar, namun Tajul menafikan yang dirinya adalah Doktor Cinta Apa yang berlaku seterusnya?.

Ending Drama Tolong Aku Doktor Cinta

Ending drama Tolong Aku Doktor Cinta ni stil happy ending walaupun ada sedih juga, apabila Tania yang merupakan doktor cinta sebenar yang juga adik pada Tajul, meninggal dunia disebabkan penyakitnya. Setelah seminggu kematian Tania, Hana, Anita dan Tajul mendapat email dari Tania yang telah dihantar oleh Khai. Dalam email itu, Tania memberikan pendapat serta nasihatnya yang terakhir sebagai Doktor Cinta pada masalah cinta yang dihadapi oleh Hana, Anita dan abangnya Tajul. Setelah mendapat email dari Tania itu, Tajul mula sedar dan terus pergi berjumpa dengan Hana untuk meluahkan rasa cintanya yang terpendam selama ini. Hana akhirnya turut mengakui yang dirinya turut mencintai Tajul, manakala Anita pula dah berbaik semula dengan kekasih barunya Asprul. Selain itu Hana dan Anita juga akan meneruskan usaha Tania sebelum ini untuk menjadi doktor cinta dan menyelesaikan masalah pembaca blog doktor cinta itu. Akhir sekali Hana dan Anita berkahwin dengan pilihan hati masing - masing. 

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Nina Iskandar

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

7 Mei 2019

Menu Bersahur Atau Berbuka Puasa - Resepi Sup Telur




Sup Telur, Resepi Sup Telur, Resepi Masakan, Masakan Ringkas, Menu Bersahur, Menu Berbuka Puasa,
Menu Bersahur Atau Berbuka Puasa - Resepi Sup Telur 

Salam Ramadan buat semua, masuk bulan Ramadan ni memang ramailah yang pening dok pikir nak masak apa untuk bersahur mahu pun berbuka puasa nanti. Okey aku share satu resepi yang mudah dan cepat untuk disediakan iaitu resepi Sup Telur. Kalau aku maybe aku suka makan menu ni masa bersahur gitu. Resepi di atas ini credit pada ownernya dan gambar resepi diatas tu korang boleh besarkan lagi okey kalau tak begitu jelas. Apa pun selamat bersahur dan juga selamat berbuka puasa buat semua pengunjung blog ini.

(Blog Dari Hati Miss Mulan)


Read More

6 Mei 2019

Sinopsis Telefilem Anak Syurga (Cereka Ahad TV3)




Anak Syurga, Telefilem, Telemovie, Telefilem Anak Syurga, Telemovie Anak Syurga, Sinopsis Telefilem Anak Syurga, Slot Cereka Ahad, TV3, Cast, Pelakon Telemovie Anak Syurga, Ashraff Muslim, Intan Ladyana, Nik Adam, Mika, Sheila Mambo,

Telefilem Anak Syurga akan disiarkan di slot Cereka Ahad pada 5 Mei 2019 ini di TV3, jam 10 malam. Antara pelakon telemovie Anak Syurga ini adalah Ashraff Muslim, Intan Ladyana, Nik Adam, Mika, Sheila Mambo dan ramai lagi. Selain itu telefilem Anak Syurga ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh Wiranusa Corporation Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan dan pastinya banyak pengajaran gitu. Jom tengok sinopsis telefilem ini dibawah ye..




Sinopsis Telemovie Anak Syurga Lakonan Ashraff Muslim dan Intan Ladyana

Perkahwinan Ikmal dan Azah, ditentang oleh Nani (emak Ikmal) dan selepas enam tahun berumah tangga, Azah keguguran kali keempat. Ibu Ikmal, kaitkan keguguran itu disebabkan Ikmal tidak dengar katanya. Kelahiran Adam tidaklah seperti diharapkan oleh Ikmal dan Azah. Ibunya juga tidak menerima cucunya yang cacat. Ikmal pula mahu menghantar Adam ke tempat lain tapi dihalang oleh Azah. Azah mahu anaknya itu berada di sampingnya sampai bila - bila. Disebabkan hal ini Ikmal dan Azah sering bergaduh. Apa yang berlaku seterusnya?.
Anak Syurga, Telefilem, Telemovie, Telefilem Anak Syurga, Telemovie Anak Syurga, Sinopsis Telefilem Anak Syurga, Slot Cereka Ahad, TV3, Cast, Pelakon Telemovie Anak Syurga, Ashraff Muslim, Intan Ladyana, Nik Adam, Mika, Sheila Mambo,
(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More


My Random Post