11 Mei 2019

Sinopsis Drama Imaan Lakonan Nora Danish & Remy Ishak




Imaan, Drama Imaan, Sinopsis Drama Imaan, Astro Ria, Drama Bersiri, Drama Melayu, Drama Melayu Astro Ria 2019, Drama Bulan Ramadan, Drama Islamik, Pengajaran, Adaptasi Drama Pakistan Khuda Aur Mohabbat, OST Drama Imaan, Cast, Pelakon Drama Imaan, Nora Danish, Remy Ishak, Fendy Bakry, Datuk Rahim Razali, Dian P Ramlee, Fikhree Bakar, Wan Sharmila, Sharifah Husna, Shafira Edora, Rahim Omar, Eizlan Yusof, Adam Corrie, Syamim Farid, Nora Danish Bertudung Labuh Dalam Drama Imaan, Ending Drama Imaan,

Drama Imaan ini sudah bersiaran di Astro Ria sejak 1 Mei 2019 yang lalu, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Antara pelakon drama Imaan ini adalah Nora Danish, Remy Ishak, Fendy Bakry, Datuk Rahim Razali, Dian P Ramlee, Fikhree Bakar, Wan Sharmila, Sharifah Husna, Shafira Edora, Rahim Omar, Eizlan Yusof, Adam Corrie, Syamim Farid dan ramai lagi. Drama Imaan ini adalah adaptasi daripada drama Pakistan yang bertajuk Khuda Aur Mohabbat (2011). Selain itu drama Imaan ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Yusry Abdul Halim serta diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Manakala lagu tema / OST Imaan ini dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah bertajuk Nanti. Drama Imaan ini memang bergenre islamik gitu tapi kalau diorang ikut ending drama Pakistan tu memang sedihlah ending drama Imaan ni kecualilah kalau diorang tukar endingnya untuk versi drama Melayu ni. Comel giler Nora Danish pakai tudung labuh tu kan, sweet je. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Imaan (Astro Ria)

Drama Imaan mengisahkan tentang perbezaan ideologi agama. Hezrey (Remy Ishak) dilahirkan dari keluarga elite dan kaya telah bertemu dengan Imaan (Nora Danish) dimana Imaan adalah anak kepada seorang guru Agama yang mengajar kanak-kanak mengaji di kampung. 
Pertemuan itu telah menyebabkan kehidupan Hezrey berubah dan sanggup meninggalkan segala kekayaannya dan sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan demi Imaan. Tujuan utama perubahan yang dilakukan oleh Hezrey adalah untuk meletakkan dirinya sebagai menantu dan di terima oleh keluarga Imaan. Dalam masa yang sama Abdullah (Fendy Bakry) seorang lelaki yang baik dan alim di kampung itu turut jatuh hati pada Imaan.
Imaan, Drama Imaan, Sinopsis Drama Imaan, Astro Ria, Drama Bersiri, Drama Melayu, Drama Melayu Astro Ria 2019, Drama Bulan Ramadan, Drama Islamik, Pengajaran, Adaptasi Drama Pakistan Khuda Aur Mohabbat, OST Drama Imaan, Cast, Pelakon Drama Imaan, Nora Danish, Remy Ishak, Fendy Bakry, Datuk Rahim Razali, Dian P Ramlee, Fikhree Bakar, Wan Sharmila, Sharifah Husna, Shafira Edora, Rahim Omar, Eizlan Yusof, Adam Corrie, Syamim Farid, Nora Danish Bertudung Labuh Dalam Drama Imaan, Ending Drama Imaan,
Akibat penghinaan keluarga Hezrey terhadap ayah Imaan menyebabkan usaha yang dilakukan selama ini sia-sia sahaja. Demi permintaan ayah Imaan telah menyuruh Hezrey pulang ke keluarganya tetapi dia enggan. Keadaan menjadi rumit menyebabkan Imaan stress dan jatuh sakit. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Hezrey dapat memiliki Imaan? Dan adakah Ayah Imaan dapat menerima Hezrey sebagai menantu? Bagaimana pula dengan Abdullah, adakah Abdullah berjaya menjadikan Imaan isterinya?.

(Blog Dari Hati Miss Mulan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post