21 Mei 2019

Drama Pia (Lestary TV3)




Drama Pia, Pia, Slot Lestary, TV3, Sinopsis Drama Pia, Drama Melayu, Drama Bersiri TV3 2019, Watak Pelakon Dalam Drama Pia, Cast, Pelakon Drama Pia, Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fathil Dani, Poster Drama Pia,

Drama Pia yang mempunyai 15 episod ini sudah mula disiarkan di slot Lestary TV3 bermula 3 Mei 2019 yang lalu. Drama Pia ini dibintangi oleh Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fathil Dani dan ramai lagi. Drama arahan Azman Yahya, terbitan JS Pictures ini sememangnya menarik untuk ditonton. Aku suka dengan drama ni, best, plus OST Drama Pia ini juga best bile diorang guna lagu popular masa kini iaitu sumpah nyanyian Naim Daniel. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Pia ini serta sinopsisnya di bawah ini okey..
Zara Zya sebagai Pia
Alif Satar sebagai Zafran
Naim Daniel sebagai Budi
Azira Shafinaz sebagai Qis
Sheila Rusly sebagai Mak Ngah Ila
Badrul Muhayat sebagai Yusuf
Idzham Ismail sebagai Jibon
Izzat Mushtaq sebagai Dr Karl
Liza Rafar sebagai Kak Rose
Annie Mosha sebagai Zetie
Zalfa Zin sebagai Ninie
Fathil Dani sebagai Pak Long




Sinopsis Drama Korea Pia - Slot Lestary TV3

Mengisahkan Pia yang terpaksa menggalas tanggungjawab untuk menjaga adiknya Budi yang mempunyai masalah celebral palsy setelah ibu bapa mereka dibunuh. Selepas itu mereka berdua menumpang teduh di rumah Pak Long mereka, namun anak - anak kandung pak long mereka itu tidak begitu menyukai mereka dan menganggap mereka sebagai beban. Walaubagaimanapun Pak long mereka ikhlas menjaga Pia dan Budi seperti anak sendiri. Manakala Zafran pula sudah menyukai Pia sejak kecil lagi walaupun Pia lebih tua darinya. Setelah besar Zafran menyuarakan hasratnya untuk berkahwin dengan Pia setelah dia habis belajar nanti, serta menyuruh Pia untuk menunggunya. Pia juga dapat tahu dari pak longnya bahawa mak ngah Zafran yang bisu itu tidak suka dengan hubungan baik Pia dan Zafran. Setelah kematian Pak Long, Pia dan Budi terpaksa keluar dari rumah pak longnya itu kerana anak - anak pak long ingin menyewakan rumah tersebut pada orang lain. Pia dan Budi kemudian tinggal di stor tempat Pia bekerja, dalam masa yang sama Zafran juga telah tamat belajar dan kini sudah mempunyai kekasih bernama Qis. Setelah Zafran terserempak dengan Pia dan Budi, Zafran mula rasa bersalah pada Pia kerana tidak menepati janjinya, sebaliknya dia sudah ada kekasih. 
Drama Pia, Pia, Slot Lestary, TV3, Sinopsis Drama Pia, Drama Melayu, Drama Bersiri TV3 2019, Watak Pelakon Dalam Drama Pia, Cast, Pelakon Drama Pia, Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fathil Dani,
Pia kecewa tapi redha dengan takdir hidupnya serta tidak menyalahkan Zafran. Malah Zafran juga berasa kesian dengan Pia dan Budi kerana mereka tidak ada tempat tinggal. Namun setelah Qis kemalangan dan ibu bapa Qis membenci Zafran, Zafran mula berpaling dan menagih kasih Pia kembali. Dia juga turut mengajak Pia untuk berkahwin serta sanggup menerima Budi sebagai keluarganya. Zafran akhirnya berkahwin dengan Pia namun ayah dan mak ngahnya terkejut bila Zafran bernikah dengan Pia dan bukannya Qis. Zafran tinggal di rumah lain bersama Pia dan Budi, tak lama kemudian Zafran menghantar Budi ke pusat penjagaan atas alasan mahu Budi berdikari. Namun sebenarnya Zafran berasa terbeban dengan Budi serta mahukan Pia memberikan sepenuh perhatian padanya sahaja. Perangai Zafran juga mula berubah dengan drastiknya setelah bertemu kembali dengan Qis. Pia mula makan hati dengan sikap Zafran, lebih parah bila Zafran juga cuba menghalang Pia dari melawat Budi dengan kerap di pusat penjagaan itu. Sikap cemburu buta Zafran bertukar menjadi agresif gara-gara Pia mendapat mesej dari doktor Budi. Apa yang bakal berlaku seterusnya? 

4 ulasan:

  1. tak pernah lagi tengok cerita nih... tapi banyak yang review kata cerita nih best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best dan ada juga part kelakar. Budi tu kelakar juga watak dia :)

      Padam
  2. Pernah tertengok sekali...tp tak sampai hati pulak tengok budi tu...macam real..hahah

    BalasPadam



My Random Post