27 Mei 2019

Sinopsis Drama Empat Penjuru ( Astro Citra)




4 Penjuru, Empat Penjuru, Drama 4 Penjuru, Drama Empat Penjuru, Astro Citra, Kisah Kekeluargaan, Drama Bulan Ramadan, Sinopsis Drama 4 Penjuru, Ending Drama Empat Penjuru, Cast, Pelakon Drama Empat Penjuru, Sabri Yunus, Fauziah (Ogy) Ahmad Daud, Dato Fizz Fairuz, Fezrul Khan, Ezzaty Abdullah, Syafie Naswip, Rita Rudaini, Mustaqim Bahadon, Watak Pelakon Drama 4 Penjuru, Along, Angah, Uda, Ucu, Drama Melayu Astro 2019,
Sinopsis Drama Empat Penjuru Siaran Astro Citra

Drama 4 Penjuru sudah mula disiarkan di Astro Citra bermula 4 Mei 2019, setiap Sabtu, jam 9 malam dan hanya mempunyai 4 episod saja. Namun durasi masa setiap episod agak panjang juga iaitu hampir 2 jam. Antara pelakon drama Empat Penjuru ini adalah Sabri Yunus, Fauziah (Ogy) Ahmad Daud, Dato Fizz Fairuz, Fezrul Khan, Ezzaty Abdullah, Syafie Naswip, Rita Rudaini, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi. Selain itu drama 4 Penjuru ini diarahkan oleh Pitt Hanif dan diterbitkan oleh Arie Zahari Production. Fizz Fairuz dan Syafie Naswip sebelum ini pernah bawa watak bapa dan anak dalam drama Kamar Kamariah tapi dalam drama ini diorang jadi adik - beradik gitu. Drama Empat Penjuru yang bertemakan kekeluargaan ini memang menarik untuk ditonton, penuh pengajaran gitu. Plus para pelakonnya juga hebat - hebat belaka, nasib ending drama empat penjuru ni happy ending okey, sebab awalnya nampak macam sad ending hehe. Apa pun jom tengok sinopsis 
drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Empat Penjuru

Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang bahagia, 4 adik - beradik yang terdiri daripada Along (Fizz Fairuz), Angah (Fezrul Khan), Uda (Ezzaty Abdullah) dan Ucu (Syafie Naswip) yang masing - masing tinggal di luar Kuala Lumpur akan pulang beraya di rumah ibu bapa mereka di Kuala Lumpur setiap kali tibanya Syawal. Mereka adik - beradik sangat rapat, namun sesuatu terjadi dan hubungan mereka adik - beradik mula renggang secara tiba - tiba. Hal ini jelas terlihat apabila mereka semua berkumpul di KL kerana membantu ibu bapa mereka yang hendak buat kenduri sempena Nisfu Syaaban. Along dan Uda tiba - tiba bertelagah dan bertikam lidah membuatkan semua yang lain pelik dan buntu memikirkan sebab mereka bergaduh. Along dan Uda juga tidak mahu memberitahu sebab mereka bergaduh. Lama - kelamaan Angah pula terasa hati dengan Along kerana memarahinya atas sebab mahu pinjam duit Alongnya itu. Angah dan Uda kemudiannya memberikan layanan dingin pada Along ketika mereka berjumpa dan berkumpul di rumah ibu bapa mereka itu. Along merasakan adik - beradiknya itu tidak menghormati dirinya lagi dan membuat keputusan mahu sambut raya di luar negara iaitu di China bersama - sama isterinya (Rita Rudaini) serta anak - anak mereka. Manakala Uda juga berasa malas mahu pulang ke rumah ibu bapanya kerana tidak mahu berjumpa dengan Along. Pelbagai alasan diciptanya agar dapat mengelak untuk tinggal lama di rumah ibu bapanya itu.

Ibu mereka (Fauziah Ahmad Daud) sedar yang anak - anaknya itu ada masalah sesama mereka dan berasa sedih apabila masing - masing mengelak untuk berjumpa. Kemudian ibu mereka membuat keputusan untuk sambut raya lebih awal iaitu pada 21 Ramadan dan mahukan semua anak - anaknya pulang nanti. Namun Uda berasa tidak puas hati kerana Along datang lambat dan mula merungut serta marah - marah. Malah Uda juga turut bergaduh dengan Angah kerana merasakan Angah sengaja mengelak untuk membuat kerja - kerja rumah. Hubungan adik - beradik itu makin dingin dan akhirnya masing - masing ingin pulang lebih cepat. Ucu kemudiannya berbincang dengan ibunya dan menyarankan ibunya untuk membuat sesuatu agar dapat merapatkan lagi hubungan mereka sekeluarga. Ibu mereka kemudiannya pergi melawat rumah Along, Angah dan Uda untuk mengetahui masalah mereka yang sebenar dan menasihati mereka. Ketika hari raya menjelang tiba, masing - masing sudah tiba di KL, kemudian Angah dan Uda bergaduh besar dan adik beradik lain cuba campur tangan untuk meleraikan pergaduhan mereka. Apa yang berlaku seterusnya?.. 

(Blog Dari Hati Miss Mulan)

2 ulasan:

  1. Curious pulak nak tahu apa yang Along dengan Uda gaduhkan sangat tu sampai tak nak beraya sekali

    BalasPadam
  2. might be the kind of drama i would watch

    BalasPadam



My Random Post