19 Mei 2019

Drama 30 Pesanan Suara (Akasia TV3)




30 Pesanan Suara, Drama 30 Pesanan Suara, Sinopsis Drama 30 Pesanan Suara, Slot Akasia, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bulan Ramadan, Blog Dari Hati Miss Mulan, Pelakon Drama 30 Pesanan Suara, Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Ain Edruce, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Zarina Zainuddin, Farisha Irwayu, Badrul Muhayat, Riz Amin, Hanna Aqeela, Erwin Dawson, Shah Jaszle, Poster Drama 30 Pesanan Suara,
Drama 30 Pesanan Suara Lakonan Shukri Yahaya dan Hannah Delisha

Drama 30 Pesanan Suara adalah drama yang akan menghiasi slot Akasia TV3 sepanjang bulan Ramadan ini. Drama ini dibintangi oleh Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Ain Edruce, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Zarina Zainuddin, Farisha Irwayu, Badrul Muhayat, Riz Amin, Hanna Aqeela, Erwin Dawson, Shah Jaszle dan ramai lagi. Ramai pelakon best dalam drama ni okey, jalan ceritanya okey juga sesuailah untuk ditonton masa bulan Ramadan ni, ada pengajarannya juga. Apa pun jom tengok watak -watak pelakon drama 30 Pesanan Suara ini serta sinopsisnya di bawah ini okey..
Shukri Yahaya sebagai Izman
Saharul Ridzwan sebagai Iman
Hannah Delisha sebagai Syafira
Izzue Islam sebagai Alif
Ain Edruce sebagai Fatin
Ruzana Ibrahim sebagai Syazana
Azhar Amir sebagai Azim
Jasmine Ashraff sebagai Mazni
Zarina Zainuddin sebagai Pn Intan
Farisha Irwayu sebagai Pn Zalima
Riz Amin sebagai Daris
Hanna Aqeela sebagai Zarina




Sinopsis Drama 30 Pesanan Suara - Slot Akasia TV3

Mengisahkan tentang Izman (Shukri Yahaya) dan Iman (Saharul Ridzwan) yang merupakan kawan baik dan turut bekerja bersama - sama. Kedua - dua mereka telah jatuh cinta pada wanita yang sama iaitu Syafira (Hannah Delisha). Namun setelah mengetahui yang Iman juga ada hati pada Syafira, Izman terpaksa melupakan Syafira dan sebaliknya menolong Iman yang pemalu tu untuk mendekati Syafira. Izman yang turut berkawan baik dengan Syafira turut meminta Syafira agar memberi peluang pada Iman untuk mengenalinya. Dalam masa yang sama Izman yang sudah ada kekasih iaitu Fatin (Ain Edruce) rimas dengan sikap ibunya dan juga Fatin yang tak habis - habis mendesaknya untuk berkahwin. Izman masih belum bersedia untuk berkahwin dengan Fatin. Alif (Izzue Islam) yang juga merupakan kawan Iman tapi musuh pada Izman sentiasa cari jalan untuk membuatkan persahabatan antara Iman dan Izman musnah serta cuba melaga - lagakan mereka. 
30 Pesanan Suara, Drama 30 Pesanan Suara, Sinopsis Drama 30 Pesanan Suara, Slot Akasia, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bulan Ramadan, Blog Dari Hati Miss Mulan, Pelakon Drama 30 Pesanan Suara, Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Ain Edruce, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Zarina Zainuddin, Farisha Irwayu, Badrul Muhayat, Riz Amin, Hanna Aqeela, Erwin Dawson, Shah Jaszle, Poster Drama 30 Pesanan Suara,
Tak lama kemudian segala usaha Izman membuahkan hasil apabila Syafira akhirnya membuka hatinya pada Iman dan mereka juga bakal berkahwin tak lama lagi. Syafira juga makin sayang pada Iman, namun jodoh mereka tidak panjang apabila Iman kemudiannya meninggal dunia akibat lemas. Dalam masa yang sama Fatin mula rapat dengan abang sepupunya (Shah Jaszle) yang membuka peluang padanya untuk menjadi model. Lama - kelamaan Fatin juga sudah tawar hati dengan hubungannya bersama Izman. Manakala Izman pula membuat keputusan untuk berkahwin dengan Syafira. Kakak Syafira iaitu Syazana (Ruzana Ibrahim) pula benci pada lelaki setelah terluka dalam percintaannya yang terdahulu. Namun ketika melihat adiknya bahagia dengan Iman dan akan berkahwin membuatkan dirinya berasa sunyi. Syazana mula membuka hatinya untuk berkawan dengan lelaki, dia kemudian berkawan dengan Alif tanpa mengetahui niat jahat Alif. Syafira akhirnya berkahwin dengan Izman namun mengalami masalah untuk mengambil hati ibu mertuanya yang sangat benci padanya. Apa yang berlaku seterusnya?..

(Blog Dari Hati Miss Mulan)

1 ulasan:



My Random Post