30 Nov 2020

Sinopsis Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian (Astro Citra)



Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian, Telemovie Tersimpang Ke Alam Bunian, Astro Citra, Pelakon - Pelakon Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian, Poster Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian, Farid Kamil, Amerul Affendi,

Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian telah pun disiarkan di Astro Citra pada 28 November 2020 iaitu pada hari Sabtu yang lalu. Antara pelakon telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian ini adalah Farid Kamil, Amirul Affendi, Shahidan Izwan, Zack Zabhas, Hana Ameera, Sri Idrina, Naza Manas dan ramai lagi. Telemovie Tersimpang Ke Alam Bunian ini diarahkan oleh Osman Ali dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Lebih menarik bila telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian ini dinspirasikan daripada kisah benar. Jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah yer..




Sinopsis Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian Lakonan Farid Kamil dan Amirul Affendi

Duan (Farid Kamil) dan Isa (Amirul Affendi) bekerja sebagai badut dan magician telah memenuhi jemputan persembahan yang jauh dari Kuala Lumpur, dimana mereka perlu ke Perak dan mereka berdua turut ditemani oleh salah seorang rakan mereka iaitu Lan. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, mereka bertiga telah tersesat dan kereta mereka juga rosak. Akhirnya mereka terserempak dengan seorang perempuan bernama Seroja dan ayahnya, lalu mereka dipelawa untuk bermalam di rumah ayah Seroja. Dalam masa yang sama mereka bertiga juga dihantui oleh satu roh yang tidak tenang. Isa dan Lan sama - sama sukakan Seroja namun Lan mempunyai niat tidak baik pada Seroja. Disebabkan hal itu, Lan telah cedera teruk manakala Duan dan Isa terpaksa melarikan diri. Dalam masa yang sama ada seorang pemuda misteri yang turut menolong Duan dan Isa. Seroja kemudian memberitahu jalan keluar dari tempat tersebut pada Duan dan Isa. Akhirnya mereka berdua dapat kembali ke pangkuan keluarga masing - masing dan berasa gembira kerana hidup mereka kini bertambah baik. Namun tak lama kemudian Duan didatangi oleh pemuda misteri itu sekali lagi dan memberitahunya yang mereka masih belum keluar dari tempat tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More

26 Nov 2020

Tonton Drama Beri Sedikit Waktu Episod 1 Hingga 15 (Full Episode) Di Slot Samarinda TV3



Drama Beri Sedikit Waktu, Tonton Drama Beri Sedikit Waktu Full Episode, Info dan Sinopsis Drama Beri Sedikit Waktu, Senarai Lagu OST Drama Beri Sedikit Waktu, Slot Samarinda, TV3, Poster Drama Beri Sedikit Waktu, Drama Baru Zara Zya, Drama Baru Aqasha, Drama Baru Atikah Suhaime, Drama Baru Shahz Jaszle, Pelakon - Pelakon Drama Beri Sedikit Waktu,

Tamat sudah drama Hati Yang Tersakiti yang berjaya membuatkan ramai penonton emosi, kini muncul drama baru yang bertajuk Beri Sedikit Waktu yang mengandingkan Aqasha dan Zara Zya sebagai pelakon utama drama Beri Sedikit Waktu ini. Drama 15 episod ini turut dilakonkan oleh Shahz Jaszle, Farisha Irwayu, Atikah Suhaime, Ain Sufia, Shyrim, Man Raja Lawak, Rayyan Iman, Ummar Dzariff, Aryana Amani, Laila Nasir dan lain - lain lagi. Jom tengok sinopsis dan watak - watak pelakon dalam drama Beri Sedikit Waktu ini di bawah ye..
  • Aqasha sebagai Imran
  • Zara Zya sebagai Hananiah
  • Shahz Jaszle sebagai Farhan
  • Farisha Irwayu sebagai Sofia
  • Man Raja Lawak sebagai Nasir
  • Rayyan Iman sebagai Lukman
  • Ain Sufia sebagai Elly
  • Ummar Dzariff sebagai Imran
  • Aryana Amani sebagai Sofea





Tonton Drama Beri Sedikit Waktu Full Episode (Episode 1 - Episode 15 (Akhir)
Best juga tengok gandingan Zara Zya dan Aqasha ni. Apa pun pada sesiapa yang terlepas tonton drama Beri Sedikit Waktu di TV3, korang boleh tonton di Youtube rasmi TV3 Malaysia Official okey, korang juga boleh rujuk di entry ini, aku akan kemaskinikan dari masa ke semasa.

Drama Beri Sedikit Waktu Episode 1 - https://youtu.be/l6P4J_hzqEw


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 2 - https://youtu.be/sNRt52lLKL0


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 3 - https://youtu.be/dBdJjQSVynY


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 4 - https://youtu.be/Zno2qifXCVw


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 5 - https://youtu.be/7WVts696fB4


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 6 - https://youtu.be/VV5jmlEZJAQ


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 7 - https://youtu.be/g0k6ZESUm_8


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 8 - https://youtu.be/htriLTPkih0


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 9 - https://youtu.be/7tHLr-HMDD4


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 10 - https://youtu.be/C_tjU4OEBgI


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 11 - https://youtu.be/hXEs2MnIyzs


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 12 - https://youtu.be/wSeLyMgNOO8


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 13 - https://youtu.be/jlpAh94sGSU


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 14 - https://youtu.be/SvnGbHLJzbM


Drama Beri Sedikit Waktu Episode 15 - https://www.youtube.com/watch?v=Vspfdx9Hp_0&feature=emb_logo


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Tonton Drama Angkara Cinta Episod 1 Hingga 70 (Full Episode) Di Astro Prima

Read More

21 Nov 2020

Telefilem Please Subscribe Cintaku Lakonan Jasmine Suraya dan Sufian Suhaimi (Astro Citra)



Telefilem Please Subscribe Cintaku, Telemovie Please Subscribe Cintaku, Astro Citra, Poster Telefilem Please Subscribe Cintaku, Sinopsis Telefilem Please Subscribe Cintaku, Pelakon - Pelakon Telefilem Please Subscribe Cintaku, Jasmine Suraya, Sufian Suhaimi, Alvin Wong, Fiza Thomas, Fazreen Fazeera, Erry Putra,

Telefilem Please Subscribe Cintaku ini akan disiarkan di Astro Citra pada 21 November 2020 (Sabtu) jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Please Subscribe Cintaku ini adalah Jasmine Suraya, Sufian Suhaimi, Alvin Wong, Fazreen Fazeera, Erry Putra, Fiza Thomas, Sherry Aljeffri. Selain itu telemovie  Please Subscribe Cintaku ini diarahkan oleh Mark Lee See Teck dan diterbitkan oleh Jazzy Pictures. Sebelum ini Jasmine Suraya dan Sufian Suhaimi dah pernah bergandingan dalam music video (MV) lagu Janji nyanyian Sufian Suhaimi. Kali ni diorang bergandingan dalam drama pula. So apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Please Subscribe Cintaku Lakonan Jasmine Suraya dan Sufian Suhaimi (Astro Citra)

Hannah seorang personaliti media sosial yang popular telah menjadi saksi kes pembunuhan apabila terakam satu peristiwa pembunuhan ketika melakukan ig live disebuah kawasan berhantu. Diburu oleh kumpulan penjenayah itu Hannah disembunyikan di kampung Fendi atas permintaan sepupunya seorang pegawai polis.
Percanggahan perwatakan mereka menimbulkan pelbagai masalah sehingga suatu hari lokasi Hannah disembunyikan telah dimuat naik secara tidak sengaja di sosial media Fendi dan mereka kini dijejaki.

Read More

19 Nov 2020

Tonton Drama Angkara Cinta Episod 1 Hingga 90 (Full Episode) Di Astro Prima



Drama Angkara Cinta, Tonton Drama Angkara Cinta Full Episode, Drama Bersiri 70 Episod Angkara Cinta, Sinopsis Drama Angkara Cinta, Slot Tiara, Astro Prima, Poster Drama Angkara Cinta, Drama Baru Hun Haqeem, Drama Baru Wanna Ali,

Drama 70 Episod bertajuk Angkara Cinta sudah mula menemui penonton di Slot Tiara Astro Prima sejak 2 November yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Merupakan adaptasi daripada drama Filipina bertajuk Tayong Dalawa. Drama Angkara Cinta ini memfokuskan tentang kisah kekeluargaan dan konflik cinta. Jom tengok senarai pelakon dan sinopsis drama ini di bawah ye..

Senarai pelakon Drama Angkara Cinta

Hun Haqeem sebagai Luqman
Meerqeen sebagai Haqeem
Wanna Ali sebagai Adira
Yuna Rahim sebagai Jijie 
Nina Juren sebagai Mariani
Normah Damanhuri sebagai Nek Milah
Sharifah Shahora sebagai Indah
Alif Muhaimin sebagai Dino
Nur Auni Zahra sebagai Adira
Syed Irfan sebagai Luqman
Gen Darwish sebagai Haqeem


Versi drama Filipina Tayong Dalawa tu memang dah best, so versi drama Melayu Angkara Cinta ni konformlah best kan. Jadi jangan lupa menonton di Astro Prima dan Astro Prima HD. 




Tonton Drama Angkara Cinta Episod 1 Hingga Episod 70 (Akhir)

Drama Angkara Cinta Episod 1 - https://t.me/Tiara_PLP/189
Drama Angkara Cinta Episod 2 - https://t.me/Tiara_PLP/191
Drama Angkara Cinta Episod 3 - https://t.me/Tiara_PLP/192
Drama Angkara Cinta Episod 4 - https://t.me/Tiara_PLP/194
Drama Angkara Cinta Episod 5 - https://t.me/Tiara_PLP/195
Drama Angkara Cinta Episod 6 - https://t.me/Tiara_PLP/199
Drama Angkara Cinta Episod 7 - https://t.me/Tiara_PLP/200
Drama Angkara Cinta Episod 8 - https://t.me/Tiara_PLP/203
Drama Angkara Cinta Episod 9 - https://t.me/Tiara_PLP/204
Drama Angkara Cinta Episod 10 - https://t.me/Tiara_PLP/206
Drama Angkara Cinta Episod 11 - https://t.me/Tiara_PLP/211
Drama Angkara Cinta Episod 12 - https://t.me/dramaastrox/4131
Drama Angkara Cinta Episod 13 - https://t.me/Tiara_PLP/216
Drama Angkara Cinta Episod 14 - https://t.me/Tiara_PLP/220
Drama Angkara Cinta Episod 15 - https://t.me/dramaastrox/4147
Drama Angkara Cinta Episod 16 - https://t.me/dramaastrox/4152
Drama Angkara Cinta Episod 17 - https://t.me/dramaastrox/4159
Drama Angkara Cinta Episod 18 - https://t.me/dramaastrox/4166
Drama Angkara Cinta Episod 19 - https://t.me/dramaastrox/4183
Angkara Cinta Episod 20 - https://t.me/c/1362671066/357137
Angkara Cinta Episod 21 - https://t.me/Tiara_PLP/240
Angkara Cinta Episod 22 - https://t.me/Tiara_PLP/242
Drama Angkara Cinta Episod 23 - https://t.me/Tiara_PLP/244
Drama Angkara Cinta Episod 24 - https://t.me/c/1393367717/4270
Drama Angkara Cinta Episod 25 - https://t.me/c/1269207334/581
Angkara Cinta Episod 26 - https://t.me/c/1393367717/4312
Angkara Cinta Episod 27 - https://t.me/c/1393367717/4312
Angkara Cinta Episod 28 - https://t.me/c/1393367717/4326
Angkara Cinta Episod 29 - https://t.me/c/1269207334/701
Drama Angkara Cinta Episod 30 - https://t.me/c/1269207334/715
Drama Angkara Cinta Episod 31 - https://t.me/Tiara_PLP/270
Drama Angkara Cinta Episod 32 - https://t.me/Tiara_PLP/272
Drama Angkara Cinta Episod 33 - https://t.me/Tiara_PLP/273
Angkara Cinta Episod 34 - https://t.me/Tiara_PLP/287
Angkara Cinta Episod 35 - https://t.me/Tiara_PLP/287
Angkara Cinta Episod 36 - https://t.me/Tiara_PLP/288
Angkara Cinta Episod 37 - https://t.me/c/1393367717/4431
Angkara Cinta Episod 38 - https://t.me/c/1393367717/4436
Drama Angkara Cinta Episod 39 - https://t.me/Tiara_PLP/292
Drama Angkara Cinta Episod 40 - https://t.me/Tiara_PLP/296
Drama Angkara Cinta Episod 41 - https://t.me/Tiara_PLP/297
Drama Angkara Cinta Episod 42 - https://t.me/c/1393367717/4464
Drama Angkara Cinta Episod 43 - https://t.me/c/1269207334/841
Drama Angkara Cinta Episod 44 - https://t.me/DramatelemovieChannel/66
Drama Angkara Cinta Episod 45 - https://t.me/DramatelemovieChannel/68
Angkara Cinta Episod 46 - https://t.me/DramatelemovieChannel/91
Angkara Cinta Episod 47 - https://t.me/DramatelemovieChannel/117
Angkara Cinta Episod 48 - https://t.me/DramatelemovieChannel/121
Angkara Cinta Episod 49 - https://t.me/DramatelemovieChannel/128
Angkara Cinta Episod 50 - https://t.me/DramatelemovieChannel/166
Angkara Cinta Episod 51 -
Angkara Cinta Episod 52 -
Drama Angkara Cinta Episod 53 -
Drama Angkara Cinta Episod 54 -
Drama Angkara Cinta Episod 55 -

Coming Soon

Read More

18 Nov 2020

Drama Beri Sedikit Waktu Lakonan Zara Zya dan Aqasha (Samarinda TV3)



Drama Beri Sedikit Waktu, Info dan Sinopsis Drama Beri Sedikit Waktu, Senarai Lagu OST Drama Beri Sedikit Waktu, Slot Samarinda, TV3, Poster Drama Beri Sedikit Waktu, Drama Baru Zara Zya, Drama Baru Aqasha, Drama Baru Atikah Suhaime, Drama Baru Shahz Jaszle, Pelakon - Pelakon Drama Beri Sedikit Waktu,
Info dan Sinopsis Drama Beri Sedikit Waktu Lakonan Zara Zya dan Aqasha (Samarinda TV3)

Drama Beri Sedikit Waktu adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Hati Yang Tersakiti Lakonan Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana yang telah tamat episodnya. Drama Beri Sedikit Waktu ini sudah mula bersiaran di Tv3 sejak 16 November yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dan mempunyai 15 episod. Antara pelakon drama Beri Sedikit Waktu ini adalah Aqasha, Zara Zya, Shahz Jaszle, Atikah Suhaime, Farisha Irwayu, Ain Sufia, Shyrim, Man Raja Lawak, Rayyan Iman, Ummar Dzariff, Aryana Amani, Laila Nasir dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Nampak menarik drama ini kan, plus ada Zara Zya dan Aqasha gitu, so jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Beri Sedikit Waktu Lakonan Zara Zya,Aqasha, Shahz Jaszle dan Atikah Suhaime - Slot Samarinda TV3

Mengisahkan Farhan (Shahz Jaszle) telah menceraikan Hananiyah iaitu Niya (Zara Zya) dengan talak satu dan bertindak keluar dari rumah pada suatu hari yang tidak dijangka. Farhan hanya memberi alasan bahawa dia sudah tidak boleh hidup bersama dengan Niya. Mereka berdua berkahwin pada usia yang muda. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini sudah berumur 5 tahun, Luqman. Farhan pulang ke rumah ibunya, Puan Faridah dan memberitahu kisah yang tidak benar. Pelbagai rekaan cerita diberikan oleh Farhan terhadap ibunya tentang Niya. Seperti biasa, Puan Faridah percayakan kata-kata anak kesayangannya itu. Hakikatnya, Farhan sudah bernikah dengan Haryani (Atikah Suhaime). Niya tidak mampu menerima kenyataan tersebut dan rasa tertekan selepas diceraikan. Kehidupannya menjadi kacau bilau. Niya dan Luqman telah hilang tempat berteduh apabila dia menerima notis rumah itu bakal dilelong. Niya juga dikejar oleh pemiutang kerana Farhan suka berhutang, berfoya-foya dan berlagak seperti orang kaya. 
Setelah puas mencari kerja, Niya berkenalan dengan Sofia (Farisha Irwayu), kakak kepada Imran (Aqasha). Sofia menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah Imran dengan gaji lumayan dan kontrak selama tiga bulan. Niya terpaksa melayan kerenah Imran yang cerewet dan cepat marah. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Niya dan anaknya tinggal di bilik stor belakang rumah Imran tanpa disedari majikannya. 
Imran merupakan pesakit OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder) yang cenderung kepada ‘perfectionist’ dalam mengatur kehidupan. 
Zara Zya dan Aqasha Dalam Drama Beri Sedikit Waktu
Sekiranya sesuatu yang dirancang olehnya tidak menjadi, Imran akan cepat marah, sensitif dan panik. Ditambah pula dengan pengalaman pahit yang melihat ibunya selalu dipukul oleh bapanya waktu kecil, ia menambahkan lagi kelainan sifat yang ada pada Imran. Selain panik, Imran juga selalu berasa takut dan terlalu bergantung kepada kakaknya, Sofia untuk menghilangkan perasaan ketakutan itu. Kini, Niya berubah menjadi lebih cekal, berjiwa kental, tabah dan tidak mudah mengalah. Sifatnya juga mula menyentuh perasaan Imran. Imran menolak cinta daripada Myra kerana dia sudah mula menyayangi Niya dan Luqman. Imran juga sedar penyakitnya adalah penghalang cintanya kepada Niya. Jadi, dia mengambil inisiatif untuk menjalani rawatan rapi. 
Tiba-tiba, Farhan kembali dan merayu Niya untuk rujuk semula demi kebaikan Luqman. Niya serba salah untuk memilih Farhan atau Imran. Farhan menunjuk kesungguhannya demi menyakinkan Niya bahawa dia telah insaf. Farhan meminta duit modal perniagaan hampir sejuta ringgit daripada Niya. Sebenarnya, Farhan berhutang keliling pinggang dan pemiutang tanpa henti mencarinya. Farhan juga memaksa ibunya, Puan Faridah menjual harta untuk membayar hutang-hutangnya. Namun, Farhan tidak pernah serik dan dia tidak membayar hutang dengan duit tersebut. Apakah yang bakal berlaku selepas ini? Bagaimana pula dengan kesudahan cinta Niya dan Imran? Adakah Niya akan menerima Imran dengan hati yang terbuka?

Lagu Tema / OST Drama Beri Sedikit Waktu
🙆 Tulus nyanyian Azmi Saat
🙆 Hanya Mimpi nyanyian Neeta
🙆 Tiada Dendam nyanyian Zara Zya
🙆 Rasaku nyanyian Danish Aiman
🙆 Lara Lagi nyanyian Adira Suhaimi

Read More

15 Nov 2020

Telefilem Line Puaka Lakonan Johan As'ari dan Diana Danielle (Astro Citra)



Telefilem Line Puaka, Telemovie Line Puaka, Sinopsis Telefilem Line Puaka, Poster Telefilem Line Puaka, Pelakon - Pelakon Telefilem Line Puaka, Johan As'ari, Diana Danielle, Kodi Rasheed,

Telefilem Line Puaka telah pun disiarkan di Astro Citra dan Citra HD pada 14 November 2020 yang lalu. Antara pelakon telefilem Line Puaka ini adalah Johan As'ari, Kodi Rasheed, Diana Danielle, Laila Nasir, Zaidi Omar, Hasmir Azmi. Selain itu telemovie Line Puaka ini diarahkan oleh Rahim Zali dan diterbitkan oleh Suar Channel Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem seram ini, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini dibawah ye.




Sinopsis Telefilem Line Puaka Lakonan Johan As'ari, Diana Danielle dan Kodi Rasheed (Astro Citra)

Ikatan pertunangan Idham dan Watie terganggu apabila Idham mula berlaku curang dengan seorang gadis yang di kenalinya di laman sosial. Obses terhadap Maya membuatkan Idham benar-benar berusaha untuk mencarinya namun setelah diberikan lokasi Idham tiba di sebuah tanah perkuburan. Selepas itu hidup Idham mula berubah dan tertekan. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More

13 Nov 2020

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 Hingga Episod 28 (Full Episode)



Drama Cinta Sekali Lagi, Slot Akasia, TV3, Drama Slot Akasia TV3 2020, Drama Bersiri, Drama Baru Saharul Ridzwan, Drama Baru Nelydia Senrose, Drama Baru Hannah Delisha, Drama Baru Raja Afiq, Sinopsis Drama Cinta Sekali Lagi, Poster Drama Cinta Sekali Lagi, OST,

Memang menarik drama Cinta Sekali Lagi lakonan Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha yang disiarkan di slot Akasia TV3. Dibarisi pelakon - pelakon yang best dan semuanya aku minat. Drama 28 episod arahan Pali Yahya ni memang syok untuk ditonton disebabkan jalan ceritanya serta keserasian para pelakonnya. Aku suka tengok watak Nelydia Senrose dan Hannah Delisha jadi adik - beradik dalam drama ini. Ini juga adalah kali pertama Hannah Delisha memegang watak antoganis (watak jahat) dalam drama. Apa pun jom tengok senarai pelakon drama ini serta sinopsisnya di bawah ini okey..

Pelakon Drama Cinta Sekali Lagi Dan Watak 

  • Saharul Ridzwan sebagai Fahad
  • Nelydia Senrose sebagai Amanda
  • Hannah Delisha sebagai Amani
  • Raja Afiq sebagai Mukhlis
  • Luqman Hafidz sebagai Dr Izamel
  • Ezzaty Abdullah sebagai Farhana
  • Dilla Ahmad sebagai Ungku Nadrah
  • Iman Zulkarnain sebagai Muiz
  • Zara Shelby sebagai Danisha
  • Alessandra Alyssa sebagai Daniya




Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 Hingga Episod 28 ( Akhir ) 


Bagi yang terlepas untuk menonton di TV, kalian boleh tonton terus di iq.com. Selepas disiarkan di TV3, drama ini dapat ditonton di aplikasi IQIYI. Apa pun aku akan kemaskini linknya di bawah okey.

Untuk menonton Full Episod Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 - Episod 28 (Akhir) boleh tonton di aplikasi iQYI --> https://www.iq.com/play/1xe2qpf4mlp?frmrp=search&frmb=list&frmrs=image

Coming Soon

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Tonton Drama Perempuan Tanpa Dosa Episod 1 Hingga Episod 28 ( Full Episod ) Lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose

Read More

11 Nov 2020

Drama Angkara Cinta Lakonan Hun Haqeem, Wanna Ali dan Meerqeen (Astro Prima)



Drama Angkara Cinta, Drama Bersiri 70 Episod Angkara Cinta, Sinopsis Drama Angkara Cinta, Slot Tiara, Astro Prima, Poster Drama Angkara Cinta, Drama Baru Hun Haqeem, Drama Baru Wanna Ali,

Drama Angkara Cinta adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima / Prima HD yang disiarkan bagi menggantikan drama Dendam Cinta Arissa yang tamat episodnya. Antara pelakon drama Angkara Cinta ini adalah Hun Haqeem, Meerqeen, Wanna Ali, Yuna Rahim, Nina Juren, Normah Damanhuri, Sharifah Shahora, Syazwan Zulkifly, Azhar Amir, Roy Azman, Ku Fridah, Hamidah Wahab, Lydiawati, Alif Muhaimin dan ramai lagi. Drama Angkara Cinta ini adalah adaptasi daripada drama Filipina Tayong Dalawa (2009) dan mempunyai 70 episod. Drama ini juga sudah mula bersiaran sejak 2 November yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Selain itu drama ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Aku dah pernah tengok versi drama Filipina tu yang bertajuk Tayong Dalawa lakonan Gerald Anderson, Kim Chiu dan Jake Cuenca. Manakala lagu tema / OST drama Angkara Cinta ini dinyanyikan oleh Siti Nordiana bertajuk Angkara. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Angkara Cinta Lakonan Hun Haqeem, Wanna Ali dan Meerqeen - Slot Tiara Astro Prima

Menceritakan tentang dua susuk yang kebetulan berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem bin Razlan. Luqman (Hun Haqeem) dan Haqeem (Meerqeen) membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi kemewahan manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan. Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan masuk ke Akademi Polis bersama-sama. Mereka berkongsi segalanya bersama, melakukan aktiviti dan rutin susah-senang berdua, tanpa mengetahui hakikat sebenar mereka rupanya adalah adik-beradik berkongsi bapa yang sama. Mariani ibu Haqeem (Nina Juren) dan Razlan (Azhar Amir) bernikah di sempadan dan Razlan melarikan diri ketika Mariani mengandungkan Haqeem. Razlan rupanya berkahwin dengan Indah (Sharifah Shahora) dan mendapat anak, Luqman. Razlan dilarang oleh ibunya untuk kembali kepada Mariani dan membuat cerita yang Mariani sudah keguguran.
Drama Angkara Cinta, Drama Bersiri 70 Episod Angkara Cinta, Sinopsis Drama Angkara Cinta, Slot Tiara, Astro Prima, Poster Drama Angkara Cinta, Drama Baru Hun Haqeem, Drama Baru Wanna Ali,
Akhirnya, setelah beberapa insiden berlaku, kisah benar akhirnya terbongkar bahawa Luqman dan Haqeem rupa-rupanya adik-beradik satu bapa. Sejak itu, hubungan mereka mulai dingin dan pelbagai konflik mula tercetus. Apatah lagi, Indah tidak selesa dengan kehadiran Mariani dalam hidup mereka. Ditambah dengan dilema cinta yang dihadapi antara Luqman dan Haqeem yang kebetulan mencintai gadis yang sama iaitu, Adira (Wanna Ali). Bagaimana nasib Mariani dan Haqeem seterusnya? Adakah Razlan akan menebus kesilapan dan kekesalannya melepaskan tanggungjawab terhadap mereka dahulu? Apakah Indah akan berdiam diri? Tidak mungkin dia akan membenarkan Razlan membawa Mariani ke dalam hidup mereka. Apatah lagi, ia melibatkan harta kekayaan mereka yang mungkin akan turut dinikmati Mariani dan Haqeem kelak. Bagaimana Adira mahu memilih cinta hatinya? Antara Luqman dan Hakeem, siapa yang berjaya memiliki Adira?

Read More


My Random Post