11 Nov 2020

Drama Angkara Cinta Lakonan Hun Haqeem, Wanna Ali dan Meerqeen (Astro Prima)



Drama Angkara Cinta, Drama Bersiri 70 Episod Angkara Cinta, Sinopsis Drama Angkara Cinta, Slot Tiara, Astro Prima, Poster Drama Angkara Cinta, Drama Baru Hun Haqeem, Drama Baru Wanna Ali,

Drama Angkara Cinta adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima / Prima HD yang disiarkan bagi menggantikan drama Dendam Cinta Arissa yang tamat episodnya. Antara pelakon drama Angkara Cinta ini adalah Hun Haqeem, Meerqeen, Wanna Ali, Yuna Rahim, Nina Juren, Normah Damanhuri, Sharifah Shahora, Syazwan Zulkifly, Azhar Amir, Roy Azman, Ku Fridah, Hamidah Wahab, Lydiawati, Alif Muhaimin dan ramai lagi. Drama Angkara Cinta ini adalah adaptasi daripada drama Filipina Tayong Dalawa (2009) dan mempunyai 70 episod. Drama ini juga sudah mula bersiaran sejak 2 November yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Selain itu drama ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Aku dah pernah tengok versi drama Filipina tu yang bertajuk Tayong Dalawa lakonan Gerald Anderson, Kim Chiu dan Jake Cuenca. Manakala lagu tema / OST drama Angkara Cinta ini dinyanyikan oleh Siti Nordiana bertajuk Angkara. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Angkara Cinta Lakonan Hun Haqeem, Wanna Ali dan Meerqeen - Slot Tiara Astro Prima

Menceritakan tentang dua susuk yang kebetulan berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem bin Razlan. Luqman (Hun Haqeem) dan Haqeem (Meerqeen) membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi kemewahan manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan. Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan masuk ke Akademi Polis bersama-sama. Mereka berkongsi segalanya bersama, melakukan aktiviti dan rutin susah-senang berdua, tanpa mengetahui hakikat sebenar mereka rupanya adalah adik-beradik berkongsi bapa yang sama. Mariani ibu Haqeem (Nina Juren) dan Razlan (Azhar Amir) bernikah di sempadan dan Razlan melarikan diri ketika Mariani mengandungkan Haqeem. Razlan rupanya berkahwin dengan Indah (Sharifah Shahora) dan mendapat anak, Luqman. Razlan dilarang oleh ibunya untuk kembali kepada Mariani dan membuat cerita yang Mariani sudah keguguran.
Drama Angkara Cinta, Drama Bersiri 70 Episod Angkara Cinta, Sinopsis Drama Angkara Cinta, Slot Tiara, Astro Prima, Poster Drama Angkara Cinta, Drama Baru Hun Haqeem, Drama Baru Wanna Ali,
Akhirnya, setelah beberapa insiden berlaku, kisah benar akhirnya terbongkar bahawa Luqman dan Haqeem rupa-rupanya adik-beradik satu bapa. Sejak itu, hubungan mereka mulai dingin dan pelbagai konflik mula tercetus. Apatah lagi, Indah tidak selesa dengan kehadiran Mariani dalam hidup mereka. Ditambah dengan dilema cinta yang dihadapi antara Luqman dan Haqeem yang kebetulan mencintai gadis yang sama iaitu, Adira (Wanna Ali). Bagaimana nasib Mariani dan Haqeem seterusnya? Adakah Razlan akan menebus kesilapan dan kekesalannya melepaskan tanggungjawab terhadap mereka dahulu? Apakah Indah akan berdiam diri? Tidak mungkin dia akan membenarkan Razlan membawa Mariani ke dalam hidup mereka. Apatah lagi, ia melibatkan harta kekayaan mereka yang mungkin akan turut dinikmati Mariani dan Haqeem kelak. Bagaimana Adira mahu memilih cinta hatinya? Antara Luqman dan Hakeem, siapa yang berjaya memiliki Adira?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post