20 Jan 2020

Sinopsis Drama Korea VIP Lakonan Jang Na Ra




VIP, Korean Drama VIP, Drama Korea VIP, Poster Drama Korea VIP, Sinopsis Drama Korea VIP lakonan Jang Na Ra dan Lee Sang Yoon, Jang Na Ra New Drama, Lee Sang Yoon New Drama,

Actually semalam baru habis menonton Korean Drama VIP ni so aku nak share sinopsis drama Korea VIP ni kat sini. Apa pun sebelum tu jom tengok info mengenai drama VIP ni kat bawah ye..
Genre: Mystery, Melodrama
Episodes: 32
Broadcast network: SBS
Broadcast period: 2019-Oct-28 to 2019-Dec-24
Air time: Monday & Tuesday at 22:00 (2 episodes back-to-back)
Senarai Pelakon Drama Korea VIP
Jang Na Ra as Na Jung Sun
Lee Sang Yoon as Park Sung Joon
Lee Chung Ah as Lee Hyun Ah
Kwak Sun Young as Song Mi Na
Pyo Ye Jin as Ohn Yoo Ri
Shin Jae Ha as Ma Sang Woo
Lee Jae Won as Lee Byung Hoon
Jung Joon Won as Cha Jin Ho
VIP" takes over the SBS Monday & Tuesday 22:00 time slot previously occupied by "The Secret Life of My Secretary" and followed by "Dr. Romantic 2" on 6 January 2020.




Sinopsis Drama Korea VIP

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Na Jung Sun dan Park Sung Joon yang sama - sama bekerja di bahagian yang menguruskan pelanggan VIP di Sung Un Department Store. Ketika bekerja Jung Sun dan Sung Joon sangat profesional walaupun mereka suami isteri. Mereka berdua juga sangat bahagia walaupun masih belum mempunyai anak. Namun kebahagiaan mereka tidak kekal lama bila Na Jung Sun menerima satu sms misteri yang memberitahunya bahawa suaminya curang dan ada affair dengan salah satu pekerja wanita di tempat kerja mereka. Awalnya Na Jung Sun tidak begitu mempedulikan mesej tersebut, namun ketika dia berada di tempat kerja dia asyik teringat akan mesej tersebut dan tertanya - tanya adakah benar suaminya curang. Dia juga mula mengesyaki semua pekerja wanita yang bekerja di bahagiannya. Na Jung Sun juga mula memerhatikan gerak - geri suaminya dan akhirnya berjaya mengekori suaminya ke sebuah hotel. Namun perempuan tersebut tidak muncul dan suaminya mengaku yang dia curang tapi hubungan tersebut dah berakhir. Selepas itu hubungan Na Jung Sun dan suaminya mula renggang dan dingin. Namun Na Jung Sun cuba untuk memaafkan suaminya itu dan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.
VIP, Korean Drama VIP, Drama Korea VIP, Poster Drama Korea VIP, Sinopsis Drama Korea VIP lakonan Jang Na Ra dan Lee Sang Yoon, Jang Na Ra New Drama, Lee Sang Yoon New Drama,
Walaubagaimanapun Na Jung Sun tetap tak dapat fokus dalam kerjanya kerana ingin tahu siapa perempuan yang ada skandal dengan suaminya itu. Dia cuba menyiasat sendiri siapa perempuan itu dan dalam teamnya ada 3 pekerja wanita iaitu Lee Hyun Ah yang merupakan sahabat baiknya, seterusnya Song Mi Na yang sudah pun berkahwin dan ada dua anak dan last sekali adalah pekerja baru bernama Ohn Yoo Ri. Hidup Na Jung Sun mula tidak tentu arah kerana asyik terfikir mengenai orang ketiga dalam hidupnya dan suaminya tu. Akhirnya dia bersemuka dengan suaminya dan mahu tahu siapa perempuan tersebut. Namun suaminya hanya berdiam diri dan tak nak beritahu siapa perempuan tersebut. Akhirnya Na Jung Sun dapat tahu siapa wanita tersebut setelah melihat dashcam dalam kereta suaminya itu. Walaubagaimanapun Na Jung Sun terpaksa berpura - pura tidak tahu apa - apa dan bersabar bila melihat perempuan tersebut di tempat kerjanya. Na Jung Sun makin kecewa dan sakit hati bila dapat tahu suaminya mula berjumpa semula dengan perempuan tersebut. Hatinya remuk dengan sikap suaminya itu dan dia makin geram bila dapat tahu yang perempuan simpanan suaminya itu sendiri yang menghantar sms misteri itu padanya. Na Jung Sun nekad untuk membalas dendam pada suaminya dan juga perempuan itu. Apa yang berlaku seterusnya?..


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

3 ulasan:

  1. tak suka la lee sangyun jadi jahat..huhu

    BalasPadam
  2. ingatkan mystery thriller drama ni rupanya pasal konflik suami isteri. Nanti ada mood baru tengok haha

    BalasPadam
  3. mcm xleh imagine Sangyoon oppa jahat.

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    BalasPadam



My Random Post