28 Jan 2020

Drama Camelia Lakonan Diana Danielle dan Saharul Ridzwan (TV3)




Camelia, Drama Camelia, Slot Samarinda, TV3, OST Drama Camelia, Poster Drama Camelia TV3, Watak Pelakon, Drama Bersiri TV3 2020, Drama Baru Diana Danielle, Drama Baru Saharul Ridzwan, Drama Baru Ain Edruce, Drama Hafidz Roshdi, Senarai Pelakon Drama Camelia, Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad B, Aidil Aziz,

Drama Camelia adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan sejak 16 januari yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Camelia ini disiarkan bagi menggantikan drama Cindai lakonan Ayda Jebat yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Camelia ini adalah Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati, Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad B, Aidil Aziz dan ramai lagi. Selain itu drama Camelia ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Eoon Shuhaini serta diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd. Memang menarik drama ni, geram betul dengan perangai si Marina tu, no wonderlah kakak dia boleh stress sampai ada split personality gitu. Lagu tema / OST drama Camelia ini dinyanyikan oleh Datin Alyah bertajuk Cintai Aku. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam Drama Camelia ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.
Camelia, Drama Camelia, Slot Samarinda, TV3, OST Drama Camelia, Poster Drama Camelia TV3, Watak Pelakon, Drama Bersiri TV3 2020, Drama Baru Diana Danielle, Drama Baru Saharul Ridzwan, Drama Baru Ain Edruce, Drama Hafidz Roshdi, Senarai Pelakon Drama Camelia, Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad B, Aidil Aziz,
Watak Pelakon
Saharul Ridzwan sebagai Malik
Diana Danielle sebagai Camelia / Mariam
Ain Edruce sebagai Marina
Hafidz Roshdi sebagai Dr Azman
Lisdawati sebagai Zakiah / Mak Su




Sinopsis Drama Camelia - Slot Samarinda TV3

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang tidak dengar kata dan tak terkawal. Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak. Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya. Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan Mariam memiliki 'split identiti'. Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama 'Camelia'. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina. Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan 'Camelia'.

Update 16/3/2021 - Drama Camelia akan diulang siar di TV3 menggantikan Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri yang telah tamat episodnya pada 15/3

1 ulasan:

  1. Ini betul2 luar jangkauan ni. Wajib tengok seterusnya. sebab ingat si Marina tukar nama jadi camelia.

    BalasPadam



My Random Post