21 Jan 2020

Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami (Astro Ria)




Tolong Sempurnakan Cerita Mami, Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami, Novel Tolong Sempurnakan Cerita Mami Karya Syamnuriezmil, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri, Poster Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Baru Fizz Fairuz, Drama Baru Alvin Chong, Drama Baru Isyariana, Sinopsis Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami, Senarai Pelakon Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami, Fatimah Noryyah, Isyariana, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Ummi Umairah, Ken Ridzuan, Nasz Sally, Eleena Sui, Azizah Mahzan, Kartina Aziz, Zaidi Omar, Drama Astro 2020,

Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama TQ Captain lakonan Hisyam Hamid dan Mawar Rashid yang telah tamat episodnya. Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami ini mempunyai 16 episod dan sudah bersiaran sejak 13 Januari 2020 yang lalu. Antara pelakon drama Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami ini adalah Fatimah Noryyah, Isyariana, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Ummi Umairah, Ken Ridzuan, Nasz Sally, Eleena Sui, Azizah Mahzan, Kartina Aziz, Zaidi Omar dan ramai lagi. Drama ini juga merupakan adaptasi daripada Novel Tolong Sempurnakan Cerita Mami karya Syamnuriezmil. Selain itu Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Dear Creative Media Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok watak- watak pelakon dalam drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey. 
Tolong Sempurnakan Cerita Mami, Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami, Novel Tolong Sempurnakan Cerita Mami Karya Syamnuriezmil, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri, Poster Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Baru Fizz Fairuz, Drama Baru Alvin Chong, Drama Baru Isyariana, Sinopsis Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami, Senarai Pelakon Drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami, Fatimah Noryyah, Isyariana, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Ummi Umairah, Ken Ridzuan, Nasz Sally, Eleena Sui, Azizah Mahzan, Kartina Aziz, Zaidi Omar, Drama Astro 2020,
Watak Pelakon
  • Fatimah Noryyah sebagai Adeena Aurell (Addie/Deena)
  • Isyariana sebagai Razean Safiya
  • Dato' Fizz Fairuz sebagai Aun Adwa
  • Alvin Chong sebagai Ku Harez Harith
  • Ummi Umairah sebagai Mikaela
  • Ken Ridzuan sebagai Mirza
  • Nasz Sally sebagai Hani
  • Azizah Mahzan sebagai Auni/Mama Adwa /Tok Ma
  • Eleena Sui sebagai Bella
  • Kartina Aziz sebagai Mak Tok/Umi Razean
  • Zaidi Omar sebagai Tok Abah/Abah Razean




Sinopsis Drama 
Tolong Sempurnakan Cerita Mami

Adeena Aurell (Addie) berusia sepuluh tahun, merupakan anak tunggal pasangan Razean Safiya dan Aun Adwa. Penceraian kedua ibu bapanya mengganggu kehidupan Addie yang sentiasa berpindah seperti orang nomad. Addie membuat rancangan untuk satukan mami dan papanya semula. Tetapi rancangan Addie semuanya gagal. Muncul Ku Harez Harith yang dipanggil Cikgu Ku yang mengetahui lebih banyak tentang dirinya sewaktu kecil. Rupa-rupanya Cikgu Ku, kawan baik mama papa dan menghabiskan empat tahun menjaga Addie di London tetapi terputus hubungan sewaktu Addie pulang ke Malaysia. Pelik kenapa hubungan yang begitu erat itu terputus telah membawa Addie terjerumus dalam rancangan papanya untuk menyatukan mami dengan Cikgu Ku. Masalahnya, pelbagai rancangan yang Addie, papa dan Cikgu Ku buat untuk cuba menyatukan mami dengan Cikgu Ku... Mami tak layan sehinggalah papa terpaksa menggunakan cara terakhir yang membongkar satu rahsia. Teori Mikaela, kawan baik Addie mengatakan yang papanya itu sakit dan sanggup membuat rancangan yang pelik-pelik, ternyata betul. Masalahnya... Mampukah Addie sempurnakan cerita maminya dengan orang lain selain papanya sendiri? Mahukah mami sempurnakan ceritanya seperti kehendak Addie? Atau mami lebih mementingkan hatinya sendiri?

2 ulasan:

  1. pernah tgk iklan cite ni, budak2 dalam cite ni cute.. cuma takde masa nak start tengok cite ni lagi.. lepas ni boleh try

    BalasPadam
  2. Baru mula tengok cerita ni. Best! Suka tengok sebab Umai dengan Timah.

    BalasPadam



My Random Post