18 Mac 2017

My Annoying Brother - Korean Movie Review

Review Drama Korea My Annoying Brother, Korean Movie Review By Miss Banu, Jo Jung Seok, Doo Kyung Soo, Park Shin Hye,
Review Drama Korea My Annoying Brother

Aku dah lama tengok movie ini, tapi baru sekarang sempat nak buat reviewnya, Filem My Annoying Brother ini release pada 24 November 2016 dan dilakonkan oleh ramai pelakon best dan popular. Pelakon - pelakonnya terdiri daripada Jo Jung Seok, Do Kyung Soo (EXO), Park Shin Hye, Kim Gang Hyun dan ramai lagi. Penulis Skrip filem My Annoying Brother ini pernah menulis skrip untuk drama dan filem - filem lain seperti Miracle In Cell No 7, No Breathing, The Royal Tailor, Bel Ami, Entertainer dan banyak lagi. Jalan cerita filem ini sweet je yang mengisahkan hubungan antara adik dan abang, walaubagaimanapun di penghujung cerita filem ini mula jadi sedih sikit. Lakonan Jo Jung Seok sebagai seorang abang yang awalnya tidak begitu pedulikan adiknya tapi kemudian bertukar menjadi abang yang terbaik dan sayang pada adiknya. Jadi pada sesiapa yang nak tengok Filem Korea yang best, sweet dan ada pengajaran bolehlah cuba tengok filem Annoying Brother ini, aku pun tengok online jer cerita ni. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini dibawah ye..


Sinopsis My Annoying Brother (Korean Movie)

Mengisahkan tentang Ko Doo Young yang merupakan atlet Judo yang berbakat besar namun tercedera ketika dalam pertandingan yang mengakibatkan dirinya Buta. Manakala Ko Doo Sik pula berada dalam penjara atas tuduhan menipu dan dia menggunakan alasan untuk menjaga adiknya yang buta untuk keluar dari penjara dengan lebih cepat. Akhirnya Ko Doo Sik dilepaskan dengan syarat dirinya harus menjaga adiknya yang buta untuk tempoh satu tahun. Selepas menjadi buta, Ko Doo Young hanya mengurung dirinya di rumah dan ingin bersendirian, sekali - sekala bekas jurulatih Judonya iaitu Soo Hyun akan datang melawat sambil membawa makanan dan tolong membersihkan rumah K. Doo Young. Doo Shik yang tiba - tiba muncul selepas 15 tahun menghilangkan diri membuatkan situasi antara adik dan abang itu menjadi sukar. Mereka berdua tinggal serumah dan pada awalnya kedua - dua mereka saling membenci. Walaubagaimanapun, tanpa disangka Doo Sik mula rapat dengan adiknya itu dan mereka hidup dengan gembira sehinggalah suatu hari apabila Ko Doo Sik mendapat tahu yang dirinya mengidap Kanser Usus / Perut dan tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup.

Akhirnya Ko Doo Sik cuba melatih Ko Doo Young untuk berdikari dan meminta bantuan Soo Hyun untuk melatih Ko Doo Sik semula untuk bertanding dalam Sukan Paralimpik Brazil. Ko Doo Sik juga merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan adiknya itu dan menyuruh Do Young untuk fokus pada pertandingan saja. Ketika Doo Young berada di Brazil untuk sukan Paralimpik itu, penyakit Ko Doo Sik mula menjadi semakin teruk, ketika sakit, dirinya dibantu oleh kawan barunya iaitu Dae Chang. Ketika di pusingan Final pertandingan Judo di Sukan Paralimpik itu, Do Young akhirnya mengetahui kebenaran tentang penyakit abangnya itu. Dirinya mula sedih dan terganggu, apa yang berlaku seterusnya?.


Ending Filem My Annoying Brother ini memang sedihlah juga terutamanya scene ketika Ko Doo Young dapat tahu hal yang sebenar tu. Manakala Ko Doo Sik pula nampak betul sayang pada adiknya itu. Scene masa Ko Doo Sik masuk hospital tu pun sedih nasiblah ada kawan dia yang tolong dia, kalau tak lagi kesian sebab Ko Doo Sik sorang - sorang saja. Paling best bila Doo Sik pesan pada kawannya itu untuk tolong dan bantu adik dia pula lepas ini. Nasiblah kawan Doo Sik iaitu Dae Chang ini boleh diharap dan berpegang pada janjinya. Dalam filem ini juga tidak ada scene cinta sebab memfokuskan tentang hubungan adik beradik je. Awalnya aku ingatkan Jurulatih Do Young iaitu Soo Hyun itu akan jatuh cinta pada abang Doo Young tu tapi lain pula yang jadi bila Doo Sik tu sakit pula. Apapun filem My Annoying Brother ini memang seronok ditonton dan aku bagi 8 Bintang dari 10 Bintang untuk Movie ini.

Gambar diatas ini credit to https://commons.wikimedia.org

3 ulasan:



My Random Post