2 Mac 2017

My Best Actress In Korean Drama

My Best Actress - Shin Min Ah, Jun Ji Hyun, Lee Sung Kyung, Song Hye Kyo, Yoo In Young, 5 pelakon wanita korea kegemaranku,
My Best Actress In Korean Drama

Dah lama tak buat pasal Korean Drama Challenge ini, dah masuk part 20, jadi sekarang ini hanya tinggal 10 part yang perlu dihabiskan. Hari ini aku nak bercerita tentang Pelakon Wanita yang menjadi favorite aku, dalam ramai - ramai pelakon wanita di Korea itu, aku memilih 5 dan mereka semua adalah pelakon berbakat besar yang cantik serta boleh melakonkan apa saja watak. So lets check it out :-

1) Shin Min Ah
Aku mula kenal dan suka dengan Shin Min Ah ini bermula dengan Drama My Girlfriend Is A Gumiho. Selepas drama tersebut, aku memang sentiasa akan follow dengan filem / drama - drama lakonannya contohnya seperti Arang & The Magistrate, Oh My Venus, Tomorrow With You dan banyak lagi. Shin Min Ah ini juga memang sesuai melakonkan watak mahupun aksi - aksi cute, muka dia memang comel sangat bila dia cuba jadi cute. Selain itu, Shin Min Ah ini juga sesuai bergandingan dengan mana - mana hero untuk berlakon dalam drama mahupun filem, maksudnya dia cepat serasi dengan pelakon lain dan bila berlakon tu memang nampak menyakinkan.

2) Jun Ji Hyun

Aku mula suka dengan Jun Ji Hyun ni lepas Drama My Love From The Star, watak komedi dan gila - gila memang sesuai dengan Jun Ji Hyun ini. Terbaru dia jadi duyung dalam drama Legend Of Blue Sea. Memang akan tertunggu - tunggu drama terbaru Jun Ji Hyun ini.

3) Lee Sung Kyung

Berbanding pelakon lain, Lee Sung Kyung ini boleh dikategorikan pelakon baru yang meningkat naik. Drama terbarunya adalah Weightlifting Fairy Kim Bok Joo. Walaubagaimanapun aku sangat suka kalau Lee Sung Kyung ni bawa watak jahat, memang sesuai dengan personaliti gila - gila dia seperti dalam Drama Cheese In The Trap. Kalau dia bawa watak baik nampak biasa - biasa saja, tapi kalau watak jahat memang lakonan dia sangat superb.

4) Song Hye Kyo

Rasanya ramai yang minat dengan pelakon cantik manis Song Hye Kyo ini. Aku suka dengan Song Hye Kyo ini dari Drama Full House lagi sampailah ke Drama Descendents Of The Sun. Wajahnya tetap comel dari dulu sampai sekarang. Tak lama lagi, Song Hye Kyo ini akan berkahwin dengan hero pujaan ramai iaitu Song Joong Ki.

5) Yoo In Young

Yoo In Young ni juga adalah antara pelakon yang aku suka bermula dari Drama Wonderful Mama, tapi dia jarang berlakon watak utama (heroin), selalunya dia akan jadi heroin kedua iaitu pelakon pembantu wanita. Aku hope nanti - nanti dia akan dapat watak utama juga. Lakonan dia yang paling best masa dia berlakon watak jahat dalam Drama The Three Musketeers.

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post