9 Mei 2019

Sinopsis Drama Tolong Aku Doktor Cinta (TV2)




Tolong Aku Doktor Cinta, Drama Tolong Aku Doktor Cinta, TV2, RTM, Drama Melayu TV2 2019, Drama Bulan Ramadan 2019, Sinopsis Tolong Aku Doktor Cinta, Cast, Pelakon Drama Tolong Aku Doktor Cinta, Hafreez Adam, Nina Iskandar, Puteri Aishah, Adam Yusuf, Sissy Iman, Aiman Rahman, Haris Ismail, Shah Khan, Zalfa Zin, Liza Abdullah, Drama Bersiri Tolong Aku Doktor Cinta,
Sinopsis Drama Tolong Aku Doktor Cinta (TV2)

Drama Tolong Aku Doktor Cinta sudah pun bersiaran di TV2 sejak 6 Mei 2019 yang lalu, setiap Isnin hingga Sabtu jam 6 petang. Antara pelakon drama Tolong Aku Doktor Cinta ini adalah Hafreez Adam, Nina Iskandar, Puteri Aishah, Adam Yusuf, Sissy Iman, Aiman Rahman, Rizz Ismail, Shah Khan, Zalfa Zin, Liza Abdullah dan ramai lagi. Selain itu drama Tolong Aku Doktor Cinta ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Amor Rizan serta diterbitkan oleh Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Manakala lagu tema drama ini / OST Tolong Aku Doktor Cinta dinyanyikan oleh Sissy Iman bertajuk Pesanan Ayahanda. Aku memang tengok drama ni, memang menarik jalan ceritanya, bolehlah layan sebelum buka puasa kan. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Tolong Aku Doktor Cinta Lakonan Hafreez Adam, Nina Iskandar & Puteri Aishah

Mengisahkan Hana (Nina Iskandar) dan Anita / Nita (Puteri Aishah) yang tinggal serumah, mereka buntu dengan masalah percintaan masing - masing. Hana keliru dengan sikap Bossnya Irfan (Rizz Ismail) yang tidak menentu itu. Hana awalnya gembira apabila bossnya melayannya dengan baik sekali serta bossnya turut mengajaknya untuk keluar makan bersama. Hana agak yakin yang bossnya itu ada hati padanya namun tak lama kemudian bossnya mula berubah sikap dan melayannya dengan dingin sekali serta selalu marah - marah padanya. Manakala Nita pula mengalami masalah dengan teman lelakinya Faiz (Adam Yusuf) yang digelarnya sebagai drama king. Anita mula rasa kecewa dengan sikap Faiz yang sambil lewa dan masih tiada pekerjaan tetap. 
Tolong Aku Doktor Cinta, Drama Tolong Aku Doktor Cinta, TV2, RTM, Drama Melayu TV2 2019, Drama Bulan Ramadan 2019, Sinopsis Tolong Aku Doktor Cinta, Cast, Pelakon Drama Tolong Aku Doktor Cinta, Hafreez Adam, Nina Iskandar, Puteri Aishah, Adam Yusuf, Sissy Iman, Aiman Rahman, Haris Ismail, Shah Khan, Zalfa Zin, Liza Abdullah, Drama Bersiri Tolong Aku Doktor Cinta,
Nita juga mahu memutuskan perhubungan mereka tapi Faiz merayu supaya mereka tidak berpisah dan akhirnya Nita memberikannya peluang kedua dan Faiz turut berjanji dengan Nita untuk mencari kerja. Dalam hal yang lain Tajul (Hafreez Adam) turut menghadapi masalah dengan kekasihnya itu yang banyak ragam. Sementara itu kawan pejabat Hana sering mempromote blog Dr. Love Online pada Hana dan akhirnya Hana dan Nita mengadu masalah percintaan mereka itu pada blog percintaan popular itu Dr Love Online. Dr. Love atau Doktor Cinta akan memberikan pendapatnya serta cara penyelesaian pada masalah pembaca blognya itu. Walaubagaimanapun nasihat yang diberikan oleh Dr Love pada masalah Anita dan Hana itu hanya memburukkan lagi keadaan. Hana dan Anita berasa tertipu serta bertindak mencari siapa Doktor Cinta yang sebenar untuk membalas dendam. Hana dan Nita kemudian mendapat info yang Tajul adalah Doktor Cinta yang sebenar, namun Tajul menafikan yang dirinya adalah Doktor Cinta Apa yang berlaku seterusnya?.

Ending Drama Tolong Aku Doktor Cinta

Ending drama Tolong Aku Doktor Cinta ni stil happy ending walaupun ada sedih juga, apabila Tania yang merupakan doktor cinta sebenar yang juga adik pada Tajul, meninggal dunia disebabkan penyakitnya. Setelah seminggu kematian Tania, Hana, Anita dan Tajul mendapat email dari Tania yang telah dihantar oleh Khai. Dalam email itu, Tania memberikan pendapat serta nasihatnya yang terakhir sebagai Doktor Cinta pada masalah cinta yang dihadapi oleh Hana, Anita dan abangnya Tajul. Setelah mendapat email dari Tania itu, Tajul mula sedar dan terus pergi berjumpa dengan Hana untuk meluahkan rasa cintanya yang terpendam selama ini. Hana akhirnya turut mengakui yang dirinya turut mencintai Tajul, manakala Anita pula dah berbaik semula dengan kekasih barunya Asprul. Selain itu Hana dan Anita juga akan meneruskan usaha Tania sebelum ini untuk menjadi doktor cinta dan menyelesaikan masalah pembaca blog doktor cinta itu. Akhir sekali Hana dan Anita berkahwin dengan pilihan hati masing - masing. 

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Nina Iskandar

(Blog Dari Hati Miss Mulan)

7 ulasan:

  1. Lama dah tak tengok tv dah keluar cerita baru rupanya hehe macam best pulak

    [Jemput blogwalking blog saya] :)

    BalasPadam
  2. Layan gak citer ni time sahur.. Boleh tahan citer dia.. Agak menarik...

    BalasPadam
  3. mana video ya.

    BalasPadam
  4. apa laga dia yer..penyanyi tu Finn Jamal kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagu OST drama ini bertajuk Pesanan Ayahanda nyanyian Sissy Iman

      Padam
  5. Macam mana nak tengok episod akhir?

    BalasPadam



My Random Post