Memaparkan catatan dengan label Awie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Awie. Papar semua catatan

17 Sep 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Kids Nowadays



Ending Drama Kids Nowadays, Episod Akhir Drama Kids Nowadays, Episod 20 Drama Kids Nowadays, Sinopsis Episod Akhir Drama Kids Nowadays, Kids Nowadays Finale, Kids Nowadays Main Cast, Pelakon Utama Drama Kids Nowadays, Dato Awie, Wanna Ali, Alvin Chong, Wan Sharmila,

Drama Kids Nowadays telah pun melabuhkan tirainya, drama 20 episod ini dilakonkan oleh Dato Awie, Wanna Ali, Alvin Chong, Wan Sharmila, Nafiez Zaidi, Marisa Yasmin, Hasnul Rahmat, Ezzrin Loy, Zarina Zainuddin, Farez Ridzwan, Harith Daniel, Azhar Amir, Abby Nadzri, Meor Mohd dan ramai lagi. Selain daripada kisah Jaafar lakonan Awie yang sudah berusia yang ingin melanjutkan pelajaran di universiti serta cabaran yang perlu dihadapinya bergelar pelajar. Aku juga suka dengan kisah rumahtangga anak perempuan Jaafar iaitu Najiha yang terpaksa berdepan dengan suaminya yang mama boy dan mak mertuanya yang gila habis. Geram je aku tengok sikap suami Najiha iaitu Ashraf dan maknya, siapa yang boleh tahan dapat suami dan mak mertua gitu kan. Suka gak tengok Wanna Ali dalam drama ni,lawa dan comel gitu. Dalam episod akhir drama Kids Nowadays ini nampak Miss Hana dah dapat move on dari Jaafar, akhirnya menerima cinta Edy. 




Suka betul aku bila Najiha akhirnya bercerai dan Ashraf berkahwin dengan Seri seperti yang maknya mahu. Tapi Seri tu akhirnya tunjuk belang dia yang membuatkan Ashraf dan maknya menyesal hehehe. Ashraf juga cuba memujuk Najiha untuk kembali bersama dan semestinya Najiha tak mahu kan, terus dia blah dari situ hehe. Part sedih dalam drama ini mestilah bila Farhan akhirnya mati selepas pembedahan. Nampakla Jaafar tu sayang kat Farhan macam anaknya sendiri. Apa pun geram gak dengan watak Syafiq tu lakonan Harith Daniel, bukan main jahat lagi dia ni siap nak bunuh miss Hana lagi tu. Di peringkat awal aku geram gak dengan sikap Najiha dan cara layanannya pada ayahnya Jaafar, nasiblah dia akhirnya sedar akan kesilapannya. Apa pun selepas ini drama Bukan Pi Mai Pi Mai akan menggantikan drama Kids Nowadays ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. 
Ending Drama Kids Nowadays, Episod Akhir Drama Kids Nowadays, Episod 20 Drama Kids Nowadays, Sinopsis Episod Akhir Drama Kids Nowadays, Kids Nowadays Finale, Kids Nowadays Main Cast, Pelakon Utama Drama Kids Nowadays, Dato Awie, Wanna Ali, Alvin Chong, Wan Sharmila,

 Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Di Slot Akasia TV3

⏩⏩ Telefilem Satu Tong Lakonan Elizabeth Tan (Astro Prima)

Read More

22 Ogo 2022

Drama Kids Nowadays Di Astro Ria



Drama Kids Nowadays, Drama Kids Nowadays Astro Ria, Sinopsis Drama Kids Nowadays, Poster Drama Kids Nowadays, Drama Kids Nowadays Full Episode, Drama Kids Nowadays Episod 1 Hingga 20, Drama Kids Nowadays Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kids Nowadays, Dato Awie, Wanna Ali, Alvin Chong, Wan Sharmila, Nafiez Zaidi, Marisa Yasmin, Hasnul Rahmat, Ezzrin Loy, Zarina Zainuddin, Drama Baru Alvin Chong, Drama Baru Awie, Drama Baru Wanna Ali,

Drama Kids Nowadays adalah drama terbaru di Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Ratu Ten Pin 2 Shalin yang telah tamat episodnya. Drama Kids Nowadays ini sudah mula bersiaran di Astro Ria sejak 15 Ogos yang lalu, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Antara pelakon drama Kids Nowadays ini adalah Dato Awie, Wanna Ali, Alvin Chong, Wan Sharmila, Nafiez Zaidi, Marisa Yasmin, Hasnul Rahmat, Ezzrin Loy, Zarina Zainuddin, Meor Mohd dan ramai lagi. Selain itu drama Kids Nowadays ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Ejump Mohd serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus jarang - jarang nampak dato Awie berlakon dalam drama kan. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Kids Nowadays ini beserta sinopsisnya sekali dibawah ini ye..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Kids Nowadays

Dato Awie sebagai Jaafar
Wanna Ali sebagai Hanna
Alvin Chong sebagai Eddy
Wan Sharmila sebagai Najiha
Marisa Yasmin sebagai Rafidah
Nafiez Zaidi sebagai Nadzwan
Ezzrin Loy sebagai Farhan
Farez Ridzwan sebagai Khalis
Harith Daniel sebagai Shafiq




Sinopsis Drama Kids Nowadays Lakonan Dato Awie, Wanna Ali dan Alvin Chong - Astro Ria

Mengisahkan tentang Jaafar yang menyatakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti namun di tentang keras oleh anaknya iaitu Najiha. Namun kerana janjinya kepada bekas isteri, Jaafar tetap mendaftar sebagai mahasiswa tanpa pengetahuan anaknya. Pada satu hari, Najiha terkejut apabila terserampak dengan ayahnya yang kini belajar di kampus tempat di mengajar. Disebabkan itu, Najiha cuba melakukan sabotaj kepada ayahnya yang kini menjadi pelajar di dalam kelas Najiha. Jaafar semakin tertekan dengan kerenah Najiha yang sengaja merumitkan perjalanan pembelajarannya, namun mujurlah lecturer, Cik Hanna sentiasa membantu dan memberikan Jaafar semangat untuk meneruskan pembelajaran. Disebabkan itulah, Eddy terasa semakin tercabar dengan hubungan rapat Jaafar dengan Hanna dan sentiasa memerhatikan mereka yang sepertinya semakin mesra. Adakah itu perangai kids nowdays? Apakah yang terjadi seterusnya?

Lagu Tema / Runut Bunyi / OST Drama Kids Nowadays

👄 Payung Pelangi nyanyian Noki FT MK K-CLIQUE
👄 Dua nyanyian Najwa Latif FT Akwa Arifin
👄 L.O.V.E nyanyian Syabil
👄 Tetap Aku Cinta nyanyian Ara Johari 



Read More

20 Ogo 2022

Telefilem Rumah Tok Wie (Awesome TV)



Telefilem Rumah Tok Wie, Telemovie Rumah Tok Wie, Telemovie Awesome TV, Sinopsis Telefilem Rumah Tok Wie, Rumah Tok Wie Cast, Poster Telefilem Rumah Tok Wie, Pelakon - Pelakon Telefilem Rumah Tok Wie, Awie, Roy Azman, Hazama, Sharwani,

Telefilem Rumah Tok Wie akan diulang siar di Awesome TV saluran 123 Astro atau saluran 112 MyTV pada hari Ahad ini, 21 Ogos 2022, jam 9.30 malam. Antara pelakon telefilem Rumah Tok Wie ini adalah Awie, Roy Azman, Hazama, Sharwani NS, Vivienna Alfred, Pak Abu, Saiful Ghaz dan ramai lagi. Selain itu telemovie Rumah Tok Wie ini diarahkan oleh Razif Ajiboy Rashid dan diterbitkan oleh Rumah Produksi Merah Sdn Bhd. Nampak menarik dan macam best je kan telefilem ni, jadi jom tengok sinopsis ringkas telemovie Rumah Tok Wie di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Rumah Tok Wie Lakonan Hazama dan Dato Awie (Awesome TV)

Tok Wie memiliki sebuah rumah agam. Rumah tersebut dibina sebagai tempat untuk Tok Wie menyimpan segala barang-barang berharga miliknya. Kodi, Fuad dan Amir merancang untuk merompak rumah Tok Wie. Apa yang berlaku seterusnya? adakah Kodi, Fuad dan Amir berjaya merompak rumah Tok Wie?..





Read More


My Random Post