26 Sep 2022

Drama Aku Tanpa Cintamu Episod 1 Hingga 15 Di Slot Samarinda TV3



Drama Aku Tanpa Cintamu, Drama Aku Tanpa Cintamu Slot Samarinda TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Info dan Sinopsis Drama Aku Tanpa Cintamu, Drama Aku Tanpa Cintamu Full Episode, Drama Aku Tanpa Cintamu Episod 1 Hingga 15, Drama Aku Tanpa Cintamu Cast, Pelakon - Pelakon Drama Aku Tanpa Cintamu, Zamarul Hisham, Bella Astillah, Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan, Dato' Sri Eizlan Yusof, Zarynn Min, Khaty Azian, Julia Farhana,

Drama Aku Tanpa Cintamu adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang mula bersiaran sejak 15 September 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Biarkan Ia Pergi lakonan Amar Baharin dan Isyariana yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Aku Tanpa Cintamu ini adalah Zamarul Hisham, Bella Astillah, Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan, Dato' Sri Eizlan Yusof, Zarynn Min, Khaty Azian, Julia Farhana Marin, Shah Iskandar dan ramai lagi. Selain itu drama Aku Tanpa Cintamu ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Emi Suffian serta diterbitkan oleh Wiranusa Corporation Sdn Bhd. Korang juga boleh layan drama ini dengan strim secara online di Disney+ HotstarNampak menarik kan drama ini, gandingan pelakon baru dan pelakon berpengalaman gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Aku Tanpa Cintamu ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Aku Tanpa Cintamu

Zamarul Hisham sebagai Adam
Bella Astillah sebagai Nuha
Malek Mccrone sebagai Hadi
Eizlan Yusof sebagai Idris
Jihaa Sham sebagai Lydia
Mas Anizan sebagai Murni
Shah Iskandar sebagai Syed
Julia Farhana Marin sebagai Fatin 
Zarynn Min sebagai Linda
Khaty Azian sebagai Sarah
Bella Rahman sebagai Syura




Sinopsis Drama Aku Tanpa Cintamu Lakonan Zamarul Hisham dan Bella Astillah Di Slot Samarinda TV3

Nuha, seorang pelakon yang bercita-cita tinggi, jatuh cinta dengan seorang pengarah terkemuka, Adam, yang kemudian mengawal hidupnya. Setiap gerak geri Nuha, diadur dan diawasi oleh Adam. Berjayakah dia melepaskan dirinya? Adam, seorang pengarah drama mengenali Nuha di set penggambaran. Adam melihat ciri ciri dalam diri Nuha yang menepati citarasanya. Seorang yang mudah dibentuk, dikawal dan mendengar kata. Adam mula memikat Nuha. Adam berjaya memujuk dan meyakinan Nuha untuk melupakan cita-citanya untuk jadi pelakon. Dia menonjolkan segala kebaikan dirinya pada Nuha sehingga akhirnya berjaya mengheret Nuha untuk segera berkahwin dengannya walaupun usia perkenalan mereka masih terlalu singkat. Setelah berkahwin Nuha mula mengetahui perwatakan sebenar Adam. Nuha mula sedar yang dia terperangkap seperti dalam penjara dalam rumahtangganya sendiri. Nuha mengembalikan semua wang dan hantaran pemberian Adam sebagai menebus talak seperti yang diminta oleh Sarah, ibu Adam. Pada ketika itu, Nuha sedang hamil, namun tidak lagi sanggup untuk meneruskan perkahwinan mereka.
Drama Aku Tanpa Cintamu, Drama Aku Tanpa Cintamu Slot Samarinda TV3, Drama Slot Samarinda TV3, Info dan Sinopsis Drama Aku Tanpa Cintamu, Drama Aku Tanpa Cintamu Full Episode, Drama Aku Tanpa Cintamu Episod 1 Hingga 15, Drama Aku Tanpa Cintamu Cast, Pelakon - Pelakon Drama Aku Tanpa Cintamu, Zamarul Hisham, Bella Astillah, Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan, Dato' Sri Eizlan Yusof, Zarynn Min, Khaty Azian, Julia Farhana, Poster Drama Aku Tanpa Cintamu,
Lagu Tema / OST Drama Aku Tanpa Cintamu

👄👄 Menahan Luka nyanyian Azzam Sham & Sheryl Shazwanie

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Rezeki Tanpa Alamat (TV3)

1 ulasan:



My Random Post