15 Nov 2018

Episod Akhir Drama Mawar Murni

Mawar Murni, Drama Mawar Murni, Drama Melayu, Slot Samarinda, TV3, Ending Drama Mawar Murni, Sinopsis Episod Akhir Drama Mawar Murni, 2018, Drama 15 Episod, Pelakon Drama Mawar Murni, Mimi Lana, Fasha Sandha, Saharul Ridzwan, Amar Asyraf, Wan Nor Azlin, Watie Sadali, Ridzuan Hashim, Wanna Ali, Kazar,
Episod Akhir Drama Mawar Murni - Slot Samarinda TV3

Drama 15 episod yang bertajuk Mawar Murni telah tamat episodnya dan akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk Terbaik Dariku yang dilakonkan oleh Zara Zya. Episod akhir drama Mawar Murni telah pun disiarkan pada 13 November 2018 yang lalu. Antara pelakon drama Mawar Murni ini adalah Mimi Lana, Fasha Sandha, Saharul Ridzwan, Amar Asyraf, Wan Nor Azlin, Watie Sadali, Ridzuan Hashim, Wanna Ali, Kazar dan ramai lagi. Bila tengok episod akhir drama ini memang agak sedih dengan nasib Murni di penghujung cerita, disebabkan dendam Murni hilang segala - galanya. Ending Drama Mawar Murni juga berakhir dengan Murni ditangkap polis dan akhirnya dipenjarakan. Apa pun aku nak share sinopsis episod akhir drama Mawar Murni di bawah ini ye, selamat membaca okey.




Sinopsis Episod Akhir Drama Mawar Murni (Samarinda TV3)

Pihak polis berjumpa dengan Qalif (lakonan Amar Asyraf) dan Keisha (Wanna Ali) dan mendedahkan yang Murni (lakonan Fasha Sandha) adalah suspek utama mereka. Manakala Mawar (lakonan Mimi Lana) pula terkejut mengetahui yang Murni adalah kakak kandungnya dan hal ini didedahkan sendiri oleh bapa mereka (Kazar). Halim berasa menyesal dan ingin meminta maaf pada Murni kerana telah berlaku kejam padanya. Murni pula berasa sangat sedih dan menuju ke rumah Ramona (Wan Nor Azlin), di sana dia telah memukul kepala Qalif dan Qalif pengsan. Murni kemudian pergi berjumpa dengan Ramona dan mengaku yang dirinya telah membunuh Aziz (Ridzuan Hashim) dan turut mendedahkan yang dirinya adalah isteri ketiga Aziz dan berasa marah pada Aziz kerana tidak adil padanya. Malah Aziz juga telah memaksa Murni untuk menggugurkan kandungannya ketika mengandung anak pertama mereka. Aziz mengugut Murni akan menceraikan Murni jika dia tidak menggugurkan kandungannya itu. Ramona bagai tak percaya apa yang didengarnya dari mulut Murni, Murni juga berdendam dengan Ramona dan keluarganya kerana telah melayan dirinya dengan teruk selama ini. 




Tak lama kemudian Mahani (Watie Sadali) dan Harris (Saharul Ridzwan) datang ke rumah Ramona dan terkejut melihat Qalif pengsan. Tak lama kemudian Keisha pula sampai dan menyuruh Harris dan Ramona untuk pergi naik ke atas dan melihat keadaan ibunya. Setelah sedar ada orang datang ke rumah Ramona, Murni cepat - cepat melarikan diri dari situ dan dia kemudian pergi melawat kubur Aziz dan meminta ampun. Kemudian Murni pergi berjumpa dengan anak tunggalnya itu, Murni sedar pihak polis akan datang pada bila - bila masa saja, jadi dia meluangkan masa yang ada dengan memeluk anaknya itu. Pihak polis kemudian menangkap Murni, manakala Mawar dan bapa mereka sempat berjumpa dengan Murni sebelum dia di dibawa ke balai polis. Murni juga sempat meminta maaf pada bapanya itu. Kemudian Mawar berjumpa dengan Ramona, Qalif dan Keisha dan ingin memulangkan semula wang yang diberikan Aziz padanya, malah dia juga turut bercerita tentang Aziz pada mereka. Mawar kemudiannya berkahwin dengan Harris, manakala Qalif dan Keisha menjadi pengapit mereka. Hubungan Qalif dan Harris juga semakin baik, manakala anak Murni dijaga oleh bapanya dan ending drama ini berakhir dengan keadaan Murni di penjara.  

Tiada ulasan:

Catat Komen



My Random Post