Memaparkan catatan dengan label AJL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AJL. Papar semua catatan

15 Mac 2021

Lagu Gila Menang AJL35



Lagu Gila Menang AJL35, Keputusan Pemenang AJL35, Senarai Pemenang AJL35, Lagu Gila, Anugerah Juara Lagu ke 35, TV3, Penyanyi,

Tahniah buat lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B kerana menjadi juara dan menang AJL 35. Tak dinafikan lagu Gila ni memang best, bila dengar kita pun terikut sekali menyanyi hehehe. Cuma aku tak jangkalah yang lagu Eh nyanyian Zizi Kirana berjaya dapat persembahan terbaik, rezeki dia kan. Tempat kedua atau Naib Juara menjadi milik lagu Semalam nyanyian Aina Abdul, cuma Aina tak tewas pada Ernie Zakri untuk kategori Vokal Terbaik. Tempat ketiga menjadi milik lagu Belenggu Rindu nyanyian Dato Jamal Abdillah dan Wany Hasrita. Tahniah juga pada Ernie Zakri kerana berjaya mengenggam trofi Vokal Terbaik selepas tewas pada Hafiz Suip pada AJL34 yang lalu. Aku ingat lagu Hutang ke lagu Hati tu mungkin akan sangkut tapi tak ada rezeki. Apa pun AJL35 kali ini mencipta sejarah juga bila diadakan tanpa ada penonton. 
Lagu Gila Menang AJL35, Keputusan Pemenang AJL35, Senarai Pemenang AJL35, Lagu Gila, Anugerah Juara Lagu ke 35, TV3, Penyanyi,
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir Drama AKu Yang Kau Gelar Isteri
Read More

16 Dis 2020

Senarai 12 Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu 35



Semi Final Muzik - Muzik 35, #SFMM35, #AJL35, Anugerah Juara Lagu 35, Finalis AJL35, Senarai 12 Lagu AJL35,

Tamat sudah Semi Final Muzik - Muzik 35 #SFMM35 yang ketiga setelah ditunda hari itu. Kini terjawab sudah 12 lagu yang berjaya ke AJL35. Korang boleh tengok senarai lagu tersebut dalam gambar diatas okey. Ikutkan aku mengharap sangat agar Hafiz dan Adira berjaya masuk ke Anugerah Juara Lagu Ke - 35 tu. Lagu nyanyian Shila Amzah pun tak terpilih, sayangnya. Aku suka betul tengok Hafiz dan Adira berduet, sayangnya lagu diorang tak terpilih pula. Rasanya semi final hari tu diorang dah nyanyi okey dah, tapi nak buat camna kan. Rezeki Hael Husaini memang mencurah - curah, 3 lagu ciptaannya terpilih ke AJL35 tu sampai ada yang kata kat twitter, diorang boleh buat Anugerah Juara Lagu - Lagu Hael Husaini pula lepas ni hahaha. Apa pun good luck untuk semua finalis AJL35.


Read More

30 Nov 2019

12 Finalis Anugerah Juara Lagu Ke - 34 (AJL34)




Semi Final Muzik - Muzik 34, sfmm34, AJL34, Anugerah Juara Lagu Ke - 34, Finalis AJL34, Senarai 12 Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu Ke - 34,
12 Finalis Anugerah Juara Lagu Ke - 34 ( #AJL34 )

Akhirnya terjawab sudah tentang lagu mana yang terpilih ke Anugerah Juara Lagu ke - 34. Dari tweet - tweet yang aku baca di Twitter, ramai yang tak puas hati sebab banyak lagu best yang popular tak layak pula ke AJL34. Misalnya lagu Alyah, Adira, Indah Ruhaila, Amylea, Siti Nordiana, Khai Bahar semua tak dapat masuk ke AJL34 tu. Dari 12 lagu yang layak ke AJL34 tu aku suka lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel, lagu dari Drama Band, Ernie Zakri, lagu Anta Permana dan lagu Hafiz. Hope lagu Sumpah dapat menang besar kat AJL34 nanti. Ramalan aku untuk Vokal Terbaik AJL34 pastilah Ernie Zakri dan saingan terdekat Ernie Zakri pastilah Aina Abdul kan. Kalau nak tambah penyanyi lelaki maybe Hafiz dan Bob boleh beri sedikit saingan. Banyak Band layak ke AJL34 kali ini dan ada banyak variasi lagu, sayangnya banyak lagu balada best-best tak dapat masuk pula. Apa pun rezeki masing - masing kan. Good Luck untuk semua finalis AJL34.



Read More

5 Feb 2019

Keputusan Pemenang AJL33




AJL33, #AJL33, Anugerah Juara Lagu Ke - 33, AJL 2018, Pertandingan, Nyanyian, Penyanyi Malaysia, Artis Malaysia, Lagu Best, Keputusan Pemenang AJL33, Senarai Pemenang AJL33, Juara AJL33, Lagu Haram, Finalis, Final, TV3, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Lagu Bunga, Ara Johari, Lagu Sampai Bila, Misha Omar, Lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi, Lagu Kau Pun Sama, Syamel,
Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke - 33 ( #AJL33 )

3 Februari 2019 berlangsungnya Anugerah Juara Lagu Ke - 33 yang menyaksikan 12 finalis berentap di pentas akhir. Semua finalis AJL33 memberikan persembahan terbaik dan nyanyian yang memukau. Namun rezeki memihak pada Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini apabila lagu nyanyian mereka iaitu lagu Haram dipilih sebagai pemenang utama AJL33. Lebih manis bila Dayang Nurfaizah adalah Juara AJL31 menerusi lagu Lelaki Teragung manakala Hael Husaini adalah Juara AJL32 menerusi lagu Jampi dan bila mereka berdua bergabung dan berduet dalam lagu Haram, sekali lagi mereka menjadi juara dan dua - dua pun menang hehe. Paling best dan tak sangka lagi boleh ada hujan gitu atas pentas masa lagu Haram tu. Wow first time kot aku tengok diorang boleh bagi hujan atas pentas tu hehe. Ikutkan aku tak jangka pun yang lagu Haram boleh menang sebab ramai yang jangka Misha Omar atau Siti Sarah boleh menang tempat pertama. Rasanya ramai juga yang terkejut lagu Bunga nyanyian Ara Johari boleh jadi naib juara dan lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar dapat tempat ketiga, tapi api Ara dah nyanyi sehabis baik untuk lagu Bunga tu.




Apa pun rezeki masing - masing kan, apa pun aku suka juga dengan persembahan Syamel menerusi lagu Kau Pun Sama, siap menari lagi, comel betul tengok Syamel menari hehehe susah kot nak menari sambil menyanyi kan, pastu suara Syamel maintain je. Selain itu vokal para finalis AJL33 ni semuanya best - best belaka. Nyanyian Misha Omar memang terbaik, persembahan simple tapi mengagumkan dengan suaranya yang powerful, memang patut menang vokal terbaik untuk Anugerah Juara Lagu ke 33 ini. Sebelum ini aku tak begitu suka sangat dengan lagu Di Matamu tu, sampailah Zamani nyanyi lagu Di Matamu kat GV5 barulah aku makin suka dengan lagu tersebut. Nampaknya Sufian Suhaimi all out nyanyi lagu ni dan aku suka pula dengan susunan muzik lagu tersebut kat AJL33 ni. Pastu siap ada pelamin lagi dan bersanding sorang - sorang tu memang epik hahaha. Patutlah boleh menang persembahan terbaik gitu dan persembahannya itu agak kontroversi jugalah sebab ada pihak lain yang terasa. Tapi Sufian Suhaimi dah jawab pun semua soalan - soalan berkaitan persembahannya kat AJL33 itu kat wartawan. Apa pun tahniah buat semua pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 33 ini. #AJL33


Anugerah Juara Lagu menjadi milik lagu Haram nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah
Naib Juara - Lagu Bunga nyanyian Ara Johari
Tempat Ketiga - Lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar
Vokal Terbaik - Misha Omar (lagu Sampai Bila)
Persembahan Terbaik - Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu
Read More

20 Jan 2019

Sinopsis Telemovie Lelaki Kelas Sebelah - Cerekarama TV3




Lelaki Kelas Sebelah, Telemovie Lelaki Kelas Sebelah, Telefilem Lelaki Kelas Sebelah, Cerekarama, TV3, Cerekarama 2019, AJL33, Telefilem Khas Sempena Anugerah Juara Lagu Ke - 33, Cast, Pelakon Telemovie Lelaki Kelas Sebelah, Nabila Razali, Ismail Izzani, Adam Shadan, Alya Iman, Najua P. Ramlee, Luqman Hafidz, Sinopsis Telemovie Lelaki Kelas Sebelah,
Sinopsis Telefilem Lelaki Kelas Sebelah Slot Cerekarama TV3

Satu telefilem khas yang bertajuk Lelaki Kelas Sebelah akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 19 Januari 2019 ini sempena AJL33 (Anugerah Juara Lagu Ke - 33) yang akan berlangsung pada bulan Februari nanti. Antara pelakon telemovie Lelaki Kelas Sebelah ini adalah Nabila Razali, Ismail Izzani, Adam Shadan, Alya Iman, Najua P. Ramlee, Luqman Hafidz dan ramai lagi. Kalau tak silap aku, ni kali kedua aku tengok Ismail Izzani berlakon dalam telemovie gitu. Manakala pengarah telemovie Lelaki Kelas Sebelah ini adalah Hadith Omar dan diterbitkan oleh Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Kalau tengok dari iklan kat TV tu memang nampak best telefilem ini, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie Lelaki Kelas Sebelah Lakonan Nabila Razali dan Ismail Izzani

Selepas kematian ibu dan ayahnya, Nona (lakonan Nabila Razali) tinggal bersama mak cik dan abangnya, Bawan. Nona meminati Anas (Ismail Izzani), seorang penyanyi instafamous yang juga belajar di kolej yang sama dengannya. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Nona rapat dengan Anas?...
Read More

13 Jan 2019

Sinopsis Telemovie Dari Jauh (Cerekarama TV3)




Dari Jauh, Telemovie, Telefilem, Telemovie Dari Jauh, Telefilem Dari Jauh, AJL33, Cerekarama Dari Jauh, Slot Cerekarama, TV3, Dari Jauh Cast, Pelakon Telemovie Dari Jauh, Shiha Zikir, Ariff Bahran, Sandra, Liza Abdullah, Azhan Rani, Syazwan Zulkifly, Zazly Baginda, Shazzy Edora, Muhd Ameer Imran, Cerekarama 2019,
Sinopsis Telefilem Dari Jauh - Cerekarama TV3

Telefilem Dari Jauh akan disiarkan pada 12 Januari ini di slot Cerekarama TV3. Telemovie Dari Jauh ini disiarkan istimewa sempena #AJL33 (Anugerah Juara Lagu Ke - 33) yang akan berlangsung pada bulan Februari nanti. Telemovie Dari Jauh ini dibintangi oleh Shiha Zikir, Ariff Bahran, Sandra, Liza Abdullah, Azhan Rani, Syazwan Zulkifly, Zazly Baginda, Shazzy Edora, Muhd Ameer Imran dan ramai lagi. Manakala pengarah telemovie ini adalah Kyoll Hamzah dan merupakan terbitan Country Universal Sdn Bhd. Nampak menarik juga jalan cerita telemovie ini, apa pun jom tengok sinopsis telemovie Dari Jauh di bawah ini ye. 




Sinopsis Telemovie Dari Jauh - Cerekarama TV3


Ketika zaman kecilnya, Erul suka melihat persembahan ibunya, penyanyi kumpulan band kahwin, The Kugirans yang diketuai bapanya. Bagi Erul dan Emi, ibu bapa mereka individu paling 'cool' di dunia. Dalam perjalanan untuk menjayakan persembahan majlis kahwin, anggota band itu terbabit dalam kemalangan dan semuanya terkorban. Bermulah episod baru dalam hidup Erul dan Emi apabila mereka terpaksa tinggal bersama Pakcu. Pakcu terlalu garang, pantang silap sikit pasti dipukul. Dua beradik itu tertekan dan akhirnya Erul mengajak Emi melarikan diri. Mereka tiba di Kuala Lumpur dan hidup sebagai peminta sedekah dan penyanyi jalanan. Apa yang berlaku seterusnya?, dapatkah mereka bahagia akhirnya?.

Dari Jauh, Telemovie, Telefilem, Telemovie Dari Jauh, Telefilem Dari Jauh, AJL33, Cerekarama Dari Jauh, Slot Cerekarama, TV3, Dari Jauh Cast, Pelakon Telemovie Dari Jauh, Shiha Zikir, Ariff Bahran, Sandra, Liza Abdullah, Azhan Rani, Syazwan Zulkifly, Zazly Baginda, Shazzy Edora, Muhd Ameer Imran, Cerekarama 2019,
Read More

24 Nov 2018

Finalis Anugerah Juara Lagu 33 (#AJL33)




Finalis, AJL33, Anugerah Juara Lagu Ke - 33, Lagu Best, Penyanyi, TV3, Finalis AJL33, Senarai 12 Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu Ke 33, Siti Sarah, Ara Johari, Misha Omar, Altimet, Syamel, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Khai Bahar, Haqiem Rusli, Amylea, Kaer, Sufian Suhaimi, Jaclyn Victor, Siti Nordiana,

Selama 3 minggu berlangsungnya Separuh Akhir Muzik - Muzik 33 dan menyaksikan 12 lagu telah terpilih untuk ke Anugerah Juara Lagu Ke - 33 / AJL33 yang akan berlangsung pada tahun depan. 12 lagu yang terpilih ini akan berentap sekali lagi di pentas akhir AJL33 nanti dan semua finalis untuk musim ini memang hebat - hebat belaka. Malah juara AJL edisi ke -32 yang lalu iaitu Hael Husaini turut layak sekali lagi dengan 2 lagu nyanyiannya, satu lagu duet dan satu lagu solo. Malah satu lagu ciptaanya juga layak ke AJL33 nanti. Apa pun tahniah buat semua finalis, jom kita tengok senarai 12 lagu yang layak ke AJL 33 di bawah ini ye..




Senarai 12 Lagu Yang Layak Ke Anugerah Juara Lagu Ke 33 / AJL33

1. Siti Sarah - Semakin
2. Ara Johari - Bunga
3. Misha Omar - Sampai Bila
4. Altimet - Bunga
5. Syamel - Kau Pun Sama
6. Hael Husaini & Dayang Nurfaizah - Haram
7. Khai Bahar - Luluh
8. Haqiem Rusli & Aman Ra - Jatuh Bangun
9. Amylea & Kaer - Tak Pernah Hilang
10. Hael Husaini - Hajat
11. Sufian Suhaimi - Di Matamu
12. Jac & Siti Nordiana - Nisan Cinta
Read More


My Random Post