5 Feb 2019

Keputusan Pemenang AJL33




AJL33, #AJL33, Anugerah Juara Lagu Ke - 33, AJL 2018, Pertandingan, Nyanyian, Penyanyi Malaysia, Artis Malaysia, Lagu Best, Keputusan Pemenang AJL33, Senarai Pemenang AJL33, Juara AJL33, Lagu Haram, Finalis, Final, TV3, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Lagu Bunga, Ara Johari, Lagu Sampai Bila, Misha Omar, Lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi, Lagu Kau Pun Sama, Syamel,
Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke - 33 ( #AJL33 )

3 Februari 2019 berlangsungnya Anugerah Juara Lagu Ke - 33 yang menyaksikan 12 finalis berentap di pentas akhir. Semua finalis AJL33 memberikan persembahan terbaik dan nyanyian yang memukau. Namun rezeki memihak pada Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini apabila lagu nyanyian mereka iaitu lagu Haram dipilih sebagai pemenang utama AJL33. Lebih manis bila Dayang Nurfaizah adalah Juara AJL31 menerusi lagu Lelaki Teragung manakala Hael Husaini adalah Juara AJL32 menerusi lagu Jampi dan bila mereka berdua bergabung dan berduet dalam lagu Haram, sekali lagi mereka menjadi juara dan dua - dua pun menang hehe. Paling best dan tak sangka lagi boleh ada hujan gitu atas pentas masa lagu Haram tu. Wow first time kot aku tengok diorang boleh bagi hujan atas pentas tu hehe. Ikutkan aku tak jangka pun yang lagu Haram boleh menang sebab ramai yang jangka Misha Omar atau Siti Sarah boleh menang tempat pertama. Rasanya ramai juga yang terkejut lagu Bunga nyanyian Ara Johari boleh jadi naib juara dan lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar dapat tempat ketiga, tapi api Ara dah nyanyi sehabis baik untuk lagu Bunga tu.




Apa pun rezeki masing - masing kan, apa pun aku suka juga dengan persembahan Syamel menerusi lagu Kau Pun Sama, siap menari lagi, comel betul tengok Syamel menari hehehe susah kot nak menari sambil menyanyi kan, pastu suara Syamel maintain je. Selain itu vokal para finalis AJL33 ni semuanya best - best belaka. Nyanyian Misha Omar memang terbaik, persembahan simple tapi mengagumkan dengan suaranya yang powerful, memang patut menang vokal terbaik untuk Anugerah Juara Lagu ke 33 ini. Sebelum ini aku tak begitu suka sangat dengan lagu Di Matamu tu, sampailah Zamani nyanyi lagu Di Matamu kat GV5 barulah aku makin suka dengan lagu tersebut. Nampaknya Sufian Suhaimi all out nyanyi lagu ni dan aku suka pula dengan susunan muzik lagu tersebut kat AJL33 ni. Pastu siap ada pelamin lagi dan bersanding sorang - sorang tu memang epik hahaha. Patutlah boleh menang persembahan terbaik gitu dan persembahannya itu agak kontroversi jugalah sebab ada pihak lain yang terasa. Tapi Sufian Suhaimi dah jawab pun semua soalan - soalan berkaitan persembahannya kat AJL33 itu kat wartawan. Apa pun tahniah buat semua pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 33 ini. #AJL33


Anugerah Juara Lagu menjadi milik lagu Haram nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah
Naib Juara - Lagu Bunga nyanyian Ara Johari
Tempat Ketiga - Lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar
Vokal Terbaik - Misha Omar (lagu Sampai Bila)
Persembahan Terbaik - Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post