Sinopsis Filem Misteri Dilaila
Filem Misteri Dilaila sudah mula ditayangkan di pawagam bermula 21 Februari 2019 yang lalu. Antara pelakon filem Misteri Dilaila ini adalah Zul Ariffin, Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan, Rosyam Noor, Namron, Mas Khan, Iz Sulaini, Kenji Sawahii, Nafiez Zaidi dan ramai lagi. Selain itu filem Misteri Dilaila ini diarahkan oleh Syafiq Yusof dan diterbitkan oleh Skop Productions Sdn Bhd & Astro Shaw Sdn Bhd. Ramai yang memberi komen positif terhadap filem ini serta dikatakan ada plot twist dalam filem ini, memang nampak menarik movie Misteri Dilaila ini kan. Lebih menarik bila dikatakan dalam filem ini ada 2 ending gitu, setengah pawagam tayang ending lain, setengah lagi tayang ending lain. Strategi bijak ni sebab buatkan penonton nak tengok dua -dua ending dan tengok lagi sekali di pawagam hehe. Apa pun jom tengok sinopsis Misteri Dilaila di bawah ini okey.
Sinopsis Filem Misteri Dilaila Lakonan Zul Ariffin, Elizabeth Tan dan Sasqia Dahuri
Pasangan suami isteri, Jefri dan Dilaila bercuti di sebuah rumah banglo di Fraser Hill, Pahang milik arwah bapa Dilaila. Malam pertama di rumah tersebut, Jefri telah diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Keesokan harinya, Jefri mendapati isterinya sudah hilang. Jefri yang risau dengan keselamatan isterinya terus menghubungi pihak polis untuk mengesan Dilaila. Imam Aziz muncul dengan berita gembira memaklumkan Dilaila sudah dijumpai dan berada dalam keadaan selamat. Jefri yang pada mulanya berasa lega kini terkejut dengan kepulangan isterinya kerana wanita yang muncul bersama Imam Aziz adalah orang lain yang mengaku dirinya adalah Dilaila, isteri Jefri. Persoalannya siapakah yang betul dan siapakah yang salah dalam situasi ini?
jalan cerita sgt baik..
BalasPadamcume ade beberapa kekurangan n mgkn boleh di tambah baik di masa hadapan..
1. adegan Jefri di ganggu.. tp xde pun mengucap ke baca ayat2 suci Alquran.. kalau di selitkan mgkn lebih impak part takut sbb baca tp masih di ganggu..
maaf sekadar teguran n pandangan..