15 Feb 2019

Sinopsis Drama Leftenan Zana (TV3)




Leftenan Zana, Drama Leftenan Zana, Slot Lestary, TV3, Drama Melayu, Drama Best, Tentera, Askar, Drama Melayu 2019, Drama TV3 2019, Sinopsis Drama Leftenan Zana, Cast, Pelakon Drama Leftenan Zana, Janna Nick, Tunku Hanis, Sheila Rusly, Redza Rosli, Izzat Mushtaq, Aprena Manrose, Zarul Husin, Ameerul Asyraf, Hairie Othman, Nazrief Nazri, Idzham Ismail, Watak Pelakon, Poster Drama Leftenan Zana,
Sinopsis Drama Leftenan Zana Slot Lestary TV3

Drama Leftenan Zana sudah mula disiarkan di slot Lestary TV3 bermula 8 Februari 2019 yang lalu. Drama Leftenan Zana ini terbitan JS Pictures Sdn Bhd dan disiarkan bagi menggantikan drama Aku Cinta Dia lakonan Aiman Hakim dan Hannah Delisha yang telah tamat episodnya. Selain itu drama Leftenan Zana ini dibintangi oleh Janna Nick, Tunku Hanis, Sheila Rusly, Redza Rosli, Izzat Mushtaq, Aprena Manrose, Zarul Husin, Ameerul Asyraf, Hairie Othman, Nazrief Nazri, Idzham Ismail dan ramai lagi. Drama ini memang nampak menarik dan unik gitu sebab berkonsepkan ketenteraan gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini serta watak - watak pelakon di bawah ini ye..
Janna Nick sebagai Zana
Tunku Hanis sebagai Raz
Sheila Rusly sebagai Sarjan Qamar
Redza Rosli sebagai Kapten Haniff
Zarul Husin sebagai Arul
Hairie Othman sebagai Kapten Rahmat
Ameerul Asyraf sebagai Kapten Mustakim
Nazrief Nazri sebagai Zaidi
Aprena Manrose sebagai Tisya
Izzat Mushtaq sebagai Faiz
Idzham Ismail sebagai Kapten Dr Putra




Sinopsis Drama Leftenan Zana Lakonan Janna Nick

Mengisahkan mengenai impian Zana  yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat. Sejak kecil, Zana sangat rapat dan manja dengan bapanya sehinggakan dia ingin menjadi seorang askar seperti Rahmat. Malangnya, Rahmat tidak suka dan tidak akan membenarkan Zana untuk menyertai bidang ketenteraan. Rahmat lebih mengharapkan Zaidi, anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat. Walaupun dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan dan akhirnya berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di Melaka.

Pada mulanya, Zana berbohong mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah. Walaupun marah, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem untuk latihan. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana. Ujian Zana bermula dan ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar. Selain Sarjan Qamar yang menggerunkan, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mental. Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz yang membencinya. Sehinggalah suatu hari, Zana tekad membuat keputusan untuk melarikan diri daripada kem. Adakah Zana akan terus berputus asa dan akhirnya mengaku kalah pada bapanya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post