6 Mei 2020

Sinopsis Drama Di Hujung Ranting (TV2)




Drama Di Hujung Ranting, Novel Di Hujung Ranting Karya Indah Hairani, Drama Adaptasi Novel, Drama Bulan Ramadan, Poster Drama Di Hujung Ranting, OST Drama Di Hujung Ranting Nyanyian Sufian Suhaimi, Sinopsis Penuh Drama Di Hujung Ranting, Senarai Pelakon Drama Di Hujung Ranting, Nad Zainal, Shukri Yahaya, Amar Asyraf, Dayang Areeda, Fazlina Ahmad Daud, Arash Mohd, Zoey Rahman, Aida Khalida, Afzan, Drama TV2 2020, Siaran RTM TV2,

Drama Di Hujung Ranting akan disiarkan sepanjang bulan Ramadan ini iaitu pada setiap hari, jam 5.30 petang di TV2 dan ulangannya pada jam 5 pagi. Drama ini mempunyai 30 episod dan sudah mula bersiaran di TV2 sejak 24 April 2020 yang lalu. Antara pelakon drama Di Hujung Ranting ini adalah Shukri Yahaya, Nad Zainal, Amar Asyraf, Dayang Areeda, Fauziah Ahmad Daud, Arash Mohd, Aida Khalida, Zoey Rahman, Afzan, Silfeny Osman dan ramai lagi. Selain itu drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Di Hujung Ranting dan Novel Di Hujung Ranting 2 karya novelis Indah Hairani. Drama ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh A. Aida Production Sdn Bhd. Manakala lagu tema / OST drama Di Hujung Ranting ini bertajuk Inikah Dikatakan Cinta nyanyian Sufian Suhaimi. Suka tengok scene - scene kat tepi pantai tu cantik betul tempat tu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.




Sinopsis Penuh Drama Di Hujung Ranting (TV2)

Mawardah atau Mawar (Nad Zainal), anak yatim piatu yang dibesarkan oleh ibu saudaranya yang dipanggil Ummi (Aida Khalida). Dia mengusahakan perusahaan batik milik keluarganya di Terengganu. Semenjak kecil, Mawar bersahabat baik dengan Adi (Zoey Rahman), pemilik sebuah cafe dan menganggap Adi seperti abangnya sendiri. Namun Mawar tidak tahu yang Adi sebenarnya mencintainya. Amar (Shukri Yahaya) seorang pemuda dari Kuala Lumpur juga berada di Terengganu sedang menguruskan satu projek pembinaan milik syarikat bapanya, Dato Hashim (Arash Mohd). Dalam satu insiden, Amar telah terlanggar kereta Mawar dan sejak kejadian itu mereka mula berkawan. Pertemuan itu menumbuhkan bibit cinta Amar terhadap Mawardah begitu juga sebaliknya. Namun belum sempat cinta diluahkan, Mawardah / Mawar dikahwinkan dengan Hakim (Amar Asyraf) anak rakan karib arwah ibu Mawardah tanpa disedari bahawa lelaki itu adalah abang kandung Amar. Manakala Adi pula terpaksa redha dan pasrah melepaskan Mawar pada Hakim.
Drama Di Hujung Ranting, Novel Di Hujung Ranting Karya Indah Hairani, Drama Adaptasi Novel, Drama Bulan Ramadan, Poster Drama Di Hujung Ranting, OST Drama Di Hujung Ranting Nyanyian Sufian Suhaimi, Sinopsis Penuh Drama Di Hujung Ranting, Senarai Pelakon Drama Di Hujung Ranting, Nad Zainal, Shukri Yahaya, Amar Asyraf, Dayang Areeda, Fazlina Ahmad Daud, Arash Mohd, Zoey Rahman, Aida Khalida, Afzan, Drama TV2 2020, Siaran RTM TV2,
Perkahwinan itu mengecewakan Amar lalu membawa diri ke negara jiran. Sesungguhnya Mawardah tidak pernah diberitahu bahawa Hakim telah pun memiliki isteri sebelumnya iaitu Fatin (Dayang Areeda). Perkahwinan Fatin dan Hakim di luar negara ditentang keluarga Hakim. Kecurangan Fatin dan desakan ibu Hakim iaitu Datin Fatimah (Fazlina Ahmad Daud) memaksa Hakim menceraikan Fatin dengan talak satu kepada Fatin dan layanan dingin Hakim terhadap Mawar serta sikap Hakim yang melebihkan Fatin membuatkan Amar benci terhadap Hakim. Pelbagai perkara yang dilakukan Fatin untuk memisahkan Hakim dan Mawar serta merancang untuk membuat Mawar dibenci oleh Hakim dan juga keluarga Hakim. Adakah usaha Fatin itu berjaya? Apakah Amar akan kembali kepada Mawardah semula atau Mawardah pasrah dan tetap setia memegang tanggungjawabnya sebagai isteri.
➡️ Drama Adaptasi Novel Bukan Gadis Biasa (TV3) Lakonan Remy Ishak dan Ayda Jebat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post