4 Mei 2020

Sinopsis Penuh Drama Korban Kasih (TV1)




Drama Korban Kasih, Poster Drama Korban Kasih, OST Korban Kasih, Sinopsis Penuh Drama Korban Kasih, Drama Best, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu 2020 TV1, Drama Adaptasi Novel, Novel Korban Kasih, RTM TV1, Senarai Pelakon Drama Korban Kasih, Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Ummi Nazeera, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd,

Drama Korban Kasih sudah mula disiarkan di TV1 bermula 24 April 2020 setiap hari iaitu Isnin hingga Ahad, jam 7 malam, sepanjang bulan Ramadan ini. Drama ini mempunyai 30 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Korban Kasih 1 dan 2 karya Fatimah Saidin. Antara pelakon drama Korban Kasih ini adalah Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Ezzaty Abdullah, Dato Ahmad Tamimi Siregar, Sheila Mambo, Nadiyah Shahab, Meor Mohd dan ramai lagi. Selain itu drama Korban Kasih ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dan diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Aku suka drama ni, jalan ceritanya best, walaupun sebelum ni ada kontroversi sikit bila ada yang kritik pelakon - pelakon utama drama ni tak patut bawak watak masa remaja atau budak sekolah sebab tak sesuai dengan umur diorang. Tapi bagi aku, okey ja, lagi bagus sebab para pelakon akan lebih menghayati watak mereka dan penonton lagi senang nak paham jalan cerita gitu.

Of course ramai yang kesian dengan Jalil kan sebab mak dia punya benci kat dia memang tak boleh bawa bincang punya benci huhuhu. Benci pun sebab macam cemburu or tak puas hati sebab suaminya lebihkan Jalil dari anak lain. Sedangkan anak lain tak kisah pun, diorang rasa ayah diorang sayang diorang sama rata je. Cuma mak diorang je yang pilih kasih, layan Jalil macam anak tiri, sedangkan anak kandung tu. Apa pun drama ni memang best, para pelakon pun best - best belaka. Lagu tema / OST drama Korban Kasih ni juga sesuai dan sangat sedap gitu. OST drama Korban Kasih ini bertajuk Sampai Syurga dan dinyanyikan oleh Ezad Lazim dan Idayu. Apa pun jom tengok sinopis drama ini di bawah ye.



Sinopsis Drama Korban Kasih (Drama Bulan Ramadan)

Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah / Imah (Zara Zya) yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil (Saharul Ridzwan) sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.
Fatimah anak bongsu dari empat beradik, menyelami isi hati abang Jalil yang disisihkan oleh ibunya sendiri. Seluruh ahli keluarga menyayanginya, kecuali ibu Norizah (Dynas Mokhtar) yang mencurah kasih sayang pada anaknya yang lain. Walaupun dilayan seperti orang asing oleh ibu sendiri, Jalil banyak berkorban untuk kebahagiaan ibu, kembarnya Jamil (Azrel Ismail), adiknya Fatimah dan Kak Longnya (Ezzaty Abdullah). Kasihankan Jalil, ayah telah membawa Jalil keluar dari rumah dan tinggal bersama Nek Limah. Suatu hari ditakdirkan ayah telah meninggal dunia dan Jalil tetap dipersalahkan, tetapi Jalil tetap bersabar dan reda dengan dugaannya. Adik beradik turut bersempati dengan nasib Jalil namun tidak mampu berbuat apa-apa.
Drama Korban Kasih, Poster Drama Korban Kasih, OST Korban Kasih, Sinopsis Penuh Drama Korban Kasih, Drama Best, Drama Bulan Ramadan, Drama Melayu 2020 TV1, Drama Adaptasi Novel, Novel Korban Kasih, RTM TV1, Senarai Pelakon Drama Korban Kasih, Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Ummi Nazeera, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd,
Langit tidak selalu cerah, Nek Limah pula meninggal dunia. Jalil tiada pilihan selain terpaksa tinggal semula di rumah ibunya. Sekali lagi, Jalil terpaksa berhadapan dengan sikap marah ibu terhadap dirinya. Jalil tetap sabar dan tidak pernah membalas perbuatan ibunya. Jalil tetap meneruskan tanggungjawabnya menguruskan keluarga. Walaupun mendapat keputusan peperiksaan yang bagus, Jalil sanggup tidak meneruskan pelajaran demi memberi peluang kepada Kak Long dan Jamil meneruskan cita-cita mereka.
Tekanan demi tekanan, jiwa Jalil rapuh akhirnya. Dia mengambil keputusan meninggalkan rumah tanpa pengetahuan Fatimah (Imah) dan ibunya. Fatimah sebagai adik yang rapat dengan Jalil terpaksa mengambil alih tugas Jalil menguruskan keluarga. Jamil pula dilihat tidak biasa memikul tanggungjawab mengurus keluarga. Ternyata, keadaan tidak sama sewaktu Jalil ada. Kehidupan Sang ibu mula rasa pincang tanpa Jalil dan timbul rasa insaf dan sesal kerana membenci Jalil hingga Jalil pergi tanpa berita. Setelah beberapa tahun menghilangkan diri, Jalil kembali ke kampung bersama datuknya. Kepulangan Jalil sangat dirai oleh ibu dan adik-beradiknya. Mereka hidup bahagia bersama.

Keadaan keluarga tegang semula apabila Jamil yang dikahwinkan dengan Aisya (Ummi Nazeera) oleh ibu telah menghilangkan diri di hari perkahwinannya. Jamil hilang tanpa pesan. Ibu merasa sangat menyesal mengaturkan jodoh Jamil dengan Aisya. Namun Aisya sebagai isteri yang baik sanggup menunggu walau Jamil sudah bertahun meninggalkannya. Fatimah yang kasihan Aisya telah memujuk Jalil agar mengahwini Aisya. Demi kebahagiaan ibu, Fatimah dan Aisya, Jalil akhirnya bersetuju mengahwini Aisya. Mereka hidup bahagia sebagai suami isteri. Kebahagiaan mereka diuji apabila Jamil secara tiba-tiba muncul untuk mendapatkan Aisya kembali tanpa dia ketahui yang Aisya sudah menjadi isteri kepada Jalil. Apa yang berlaku seterusnya?. Bagaimana harus Jalil dan Aisya berhadapan dengan Jamil?

6 ulasan:

  1. macam sedih, macam kelakar tengok cite ni. nenek dia yang lucu tu

    BalasPadam
  2. Benci sangat ibunya kat jalil..mcm xlogik plak..dhla.anak sendrii.. Mulanya ingat anak tiri ke.apa

    BalasPadam
  3. Realiti yang ada dalam segelintir masyarakat. Bila cemburu dan ego beraja di hati memakan diri. Tak kisahlah siapa jua pelakonnya, asalkan wataknya sampai ke hati.

    BalasPadam
  4. Bagus la bagi sinopsis cite ni

    BalasPadam
  5. Apakah kesudahannya? Kenapa Jamil melarikan diri?

    BalasPadam



My Random Post