Sinopsis Telefilem Saat Hilang Cintamu Lakonan Zamarul Hisham dan Rita Nadira (TV3)
6 Apr 2023
Telefilem Saat Hilang Cintamu (TV3)
Sinopsis Telefilem Saat Hilang Cintamu Lakonan Zamarul Hisham dan Rita Nadira (TV3)
16 Okt 2022
Telefilem Matahari Tak Bercahaya Lakonan Nad Zainal dan Fattah Amin (TV3)
Sinopsis Telefilem Matahari Tak Bercahaya Lakonan Nad Zainal dan Fattah Amin - Cerekarama TV3
23 Ogo 2022
Drama Demi Lakonan Puteri Aishah (TV Okey)
- Puteri Aishah sebagai Suraya
- Puteri Rayyana Rayqa sebagai Nadia
- Keith Foo sebagai Dr. Fairul
- Ashraf Muslim sebagai Arman
- Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Rahman
- Safura Ya'cob sebagai Ramlah
- Hasnul Rahmat sebagai Hisham
- Riz Amin sebagai Sufi
- Shafiq Sahli sebagai Tengku Zahari
- Ika Nabella sebagai Ima
- Safwan Nazri sebagai Rashid
Sinopsis Drama Demi Lakonan Puteri Aishah, Keith Foo dan Ashraf Muslim (TV Okey)
Mengisahkan tentang kehidupan wanita bernama Suraya yang penuh pahit getir, ketulusan, kecekalan, pengorbanan, perjuangan dan cinta demi kebahagiaan dirinya. Tanpa sengaja Suraya bertemu Dr. Fairul di bumi Scotland dan mereka lalu berkahwin atas dasar cinta. Mereka menjalani kehidupan yang bahagia dan dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Nadia. Seluruh kasih sayang pasangan suami isteri ini dicurahkan kepada Nadia tanpa berbelah bahagi. Namun kebahagiaan mereka tidak lama apabila Dr. Fairul mula berubah hati dan sikap. Perwatakannya bertukar menjadi seorang yang panas baran dan sukar dijangka. Lebih memilukan hati Suraya sebagai isteri bila mana suaminya itu juga mula menyimpang jauh dari ajaran agaman Islam.
Situasi itu membuatkan Suraya dan Nadia terseksa dan mula memikirkan yang terbaik untuk diri dan anaknya.Apatahlagi akidah anak mereka yang masih kecil mudah berubah bila melihatkan contoh yang tidak baik setiap hari terhidang di depan mata.Suraya nekad melarikan diri dari bumi Scotland ke Malaysia. Meskipun perasaan sayang kepada suaminya masih menebal namun dia perlu bertindak sewajarnya. Dia menyerahkan jodohnya dengan Dr. Fairul kepada Allah semata-mata. Di Malaysia, Suraya bertemu dengan Arman, yang sudah mencintai Suraya sejak sekian lama. Namun segalanya tidak disedari oleh Suraya. Mampukah Suraya menemui kebahagiaan untuk dia dan anaknya?
Lagu Tema / Runut Bunyi / OST Drama Demi
👄👄 Aku Tak Sempurna nyanyian Farawahida
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Drama Biarkan Ia Pergi Di Slot Samarinda TV3
⏩⏩ Drama Ash dan Aish Lakonan Meerqeen dan Siti Khadijah Di Astro Ria
👉👉 Sinopsis Drama Anak Beranak Abe Yie Di Slot Sakura TV3
9 Apr 2022
Telefilem 3 Hari (TV1)
Sinopsis Telefilem 3 Hari Lakonan Rusdi Ramli, Safura Yacob dan Chacha Maembong (TV1)
13 Okt 2019
Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik (Astro Citra)
Sinopsis Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik
14 Jul 2018
Movie Review - Rustom (Bollywood Movie)
Ileana D'cruz memang nampak cantik dalam movie ini, dia yang membawakan watak Cynthia Pavri dalam movie ini memang sentiasa tertekan, selalu menangis sebab dia berasa berdosa dan bersalah kerana telah melakukan satu kesalahan besar pada suaminya iaitu curang dengan lelaki lain. Antara scene suspen dalam movie ini adalah ketika Rustom dapat tahu yang isterinya telah curang, baru permulaan cerita dah suspen dah. Ketika Rustom dapat tahu isterinya ada affair dengan lelaki lain, isterinya itu telah pun insaf dan telah mengakhiri segala skandalnya itu, namun semuanya telah terlembat kerana suaminya telah dapat tahu terlebih dahulu. Selain itu ada banyak juga scene - scene di mahkamah kerana Rustom telah dituduh membunuh Vikram Makhija lakonan Arjan Bajwa yang ada affair dengan isterinya itu, namun Rustom mengaku tidak bersalah dan mendakwa dirinya hanya mempertahankan dirinya sahaja. Lebih menarik bila ada plot twist di penghujung cerita dan membuatkan jalan cerita jadi menarik.