14 Jul 2018

Movie Review - Rustom (Bollywood Movie)




Rustom, Rustom Movie, Movie, Filem, Movie Review, Filem Rustom, Poster Rustom, Bollywood, India, Cerita Hindustan, Bollywood Movie, Hindi Movie, 2016, Rustom Review, Rustom Cast, Pelakon Filem Rustom, Akshay Kumar, Ileana D'cruz, Arjan Bajwa, Esha Gupta, Pawan Malhotra, Anang Desai, Usha Nadkarni, Ending, OST Rustom, Best Actor,
Review Filem Rustom - Bollywood Movie

Dah lama nak buat review movie Rustom ini tapi asyik tertangguh je, kali ini baru dapat buat review filem ini. Filem Rustom ini adalah filem Bollywood / hindustan yang release pada 12 Ogos 2016 dan diarahkan oleh Tinu Suresh Desai. Menariknya filem Rustom ini apabila ianya berdasarkan kisah benar iaitu based on the real life incident of Naval Officer K.M. Nanavati and businessman Prem Ahuja. Antara Pelakon Filem Rustom ini adalah Akshay Kumar, Ileana D'cruz, Arjan Bajwa, Esha Gupta, Pawan Malhotra, Anang Desai, Usha Nadkarni dan ramai lagi. Lebih menarik bila Akshay Kumar turut menang Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Rustom ini di 64th National Film Awards. Latar masa filem Rustom ini adalah pada tahun 1950an, jadi set movie ini kena berlatarbelakangkan zaman 50an gitu yang ketika itu pakaian orang - orang kaya dah moden ala - ala orang putih dah hahaha. Akshay Kumar yang melakonkan watak Commander Rustom Pavri juga kerap memakai uniform tentera laut dalam movie Rustom ini termasuklah ketika sesi pembicaraan di mahkamah gitu.



Ileana D'cruz memang nampak cantik dalam movie ini, dia yang membawakan watak Cynthia Pavri dalam movie ini memang sentiasa tertekan, selalu menangis sebab dia berasa berdosa dan bersalah kerana telah melakukan satu kesalahan besar pada suaminya iaitu curang dengan lelaki lain. Antara scene suspen dalam movie ini adalah ketika Rustom dapat tahu yang isterinya telah curang, baru permulaan cerita dah suspen dah. Ketika Rustom dapat tahu isterinya ada affair dengan lelaki lain, isterinya itu telah pun insaf dan telah mengakhiri segala skandalnya itu, namun semuanya telah terlembat kerana suaminya telah dapat tahu terlebih dahulu. Selain itu ada banyak juga scene - scene di mahkamah kerana Rustom telah dituduh membunuh Vikram Makhija lakonan Arjan Bajwa yang ada affair dengan isterinya itu, namun Rustom mengaku tidak bersalah dan mendakwa dirinya hanya mempertahankan dirinya sahaja. Lebih menarik bila ada plot twist di penghujung cerita dan membuatkan jalan cerita jadi menarik. 

Selain itu turut diselitkan kes rasuah yang berlaku dalam angkatan tentera laut yang membuatkan Rustom terselit di tengah - tengah dan turut menjadi punca rumah tangga Rustom jadi kucar - kacir angkara dendam. Apa pun agak annoying dengan watak Preeti Makhija lakonan Esha Gupta tu, sebab berlagak sangat, maklumlah orang kaya kan. Scene perbicaraan di mahkamah tu kadang - kadang nampak sangat tak logik tau hahaha tapi stil boleh terima lagilah. Ending movie Rustom ini memang happy ending, manakala lagu tema / OST Rustom ini boleh tahan juga, cuma ada satu lagu yang paling aku suka sekali iaitu lagu di permulaan cerita yang bertajuk Tere Sang Yaara nyanyian Atif Aslam. Selepas perbicaraan kes Rustom ini selesai, sistem juri di India telah dimansuhkan. Secara keseluruhannya movie Rustom ini memang boleh layan dan aku bagi 6.8/10 Bintang untuk movie ini.

3 ulasan:

  1. best kan soundtrack album dia, sweet sangat akki dengan ileana berlakon. Masa dekat mahkamah tu, sebab kes Rustom ni lah India stop guna perbicaraan juri

    BalasPadam



My Random Post