17 Jul 2018

Drama Pengantin 100 Hari Episod 7 Hingga 9 (TV3)




Pengantin 100 Hari, Drama Pengantin 100 Hari, Slot Lestary, TV3, Drama Melayu, Drama Bersiri, Sinopsis Drama Pengantin 100 Hari, Pengantin 100 Hari Cast, 2018, Poster, Pelakon Drama Pengantin 100 Hari, Amelia Henderson, Aiman Hakim, Aishah Azman, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali, Jasmine Suraya, Fazreen Rafi, Ieka Zulkifli, Azhar Amir , Shahriza Mahmud, Hafiyah Hafiz, Fanna Azizan, Sinopsis Episod 7 Hingga Episod 9, Watak Pelakon, Ending Pengantin 100 Hari, Penceraian, OST Pengantin 100 Hari, Lagu Sulit Nyanyian Aman Aziz, Kisah Sedih,
Sinopsis Episod 7 Hingga Episod 9 Drama Pengantin 100 Hari (TV3)

Drama Pengantin 100 Hari lakonan Amelia Henderson, Aiman Hakim, Aishah Azman, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali, Jasmine Suraya, Fazreen Rafi, Ieka Zulkifli, Azhar Amir , Shahriza Mahmud, Hafiyah Hafiz, Fanna Azizan dan ramai lagi sudah sampai ke kemuncaknya apabila Amar lakonan Aiman Hakim sudah menceraikan kedua - duanya isterinya iaitu Sofea (Aishah Azman) dan juga Erina (Amelia Henderson). Tak sabar nak tahu apa yang akan berlaku seterusnya?, adakah Sofea akan rujuk semula dengan Amar setelah mengetahui apa sebenarnya yang berlaku? atau pun Amar akan hidup sendiri?. Kalau korang terlepas nak baca sinopsis drama pengantin 100 hari episod - episod yang terdahulu, bolehlah klik link di bawah ini, atau pun klik saja label yang ada tajuk drama ini untuk membaca semua sinopsis. Selamat membaca okey.

Sinopsis Episod 7 Hingga Episod 9 Drama Pengantin 100 Hari (TV3)

Ketika Amar berada di hospital, doktor telah memberitahu Amar mengenai masalah kesihatannya selepas kemalangan tersebut. Amar sangat terkejut dan tidak dapat menerima apa yang terjadi pada dirinya, Amar tidak mampu untuk mempunyai zuriat selepas ini. Tidak mahu Sofea terus terseksa, Amar membuat keputusan drastik dengan menceraikan Sofia menerusi SMS. Sofea terkejut menerima SMS dari Amar lalu menangis, Sofea makin yakin yang Amar sudah berubah dan tidak mempedulikannya lagi. Farah cuba memujuk Sofea namun tidak berjaya, tak lama kemudian Sofea pengsan dan doktor mengesahkan yang Sofea kini hamil. Sofea menyuruh semua orang untuk merahsiakan hal Sofea mengandung dari Amar dan keluarganya. Selepas diceraikan oleh Amar, Sofea murung dan kecewa namun akhirnya mula bangkit dan membuat keputusan untuk membuka butik yang diberikan oleh ibu Amar padanya untuk mulakan hidup baru. Sofea juga turut bertemu Amar di mahkamah dan sempat bercakap dengan Amar buat seketika, namun Amar sangat dingin dan kelihatan sudah membenci Sofea, Amar sengaja melayan Sofea dengan kasar supaya Sofea dapat move on dengan cepat.



Manakala Erina pula berasa pelik dan keliru dengan keputusan Amar yang menceraikan Sofea sedangkan Erina tahu yang Amar sangat mencintai Sofea dan dirinya dan Amar juga akan bercerai selepas 100 hari nanti. Erina ada bertanyakan sebab Amar menceraikan Sofea namun Amar tidak menjawab pertanyaan Erina itu. Amar hanya berkongsi masalah dan rahsianya dengan bapanya saja, Amar juga ingin memberikan pampasan / wang ganti rugi pada Sofea sebanyak RM500,000. Sofea sengaja menelefon Amar untuk bertanyakan tentang wang pampasan itu, Sofea dan Amar kemudiannya sengaja bercakap kasar antara satu sama lain dan akhirnya membuatkan mereka berdua bergaduh. Tak lama kemudian Sofea, Iqbal dan Wardah pulang ke kampung untuk bertemu dengan mak dan ayah mereka. Walaubagaimanapun mereka semua masih merahsiakan hal sebenar tentang Sofea dan Amar dari pengetahuan mak dan ayah mereka. Walaubagaimanapun kelihatan ayah Sofea sudah mengetahui sedikit mengenai masalah Sofea itu dan cuba berdepan dengan Sofea ketika ibu Sofea sudah tidur. Akhirnya Sofea menceritakan segala - galanya pada ayahnya, namun tanpa mereka sedari, ibu Sofea turut mendengar segala yang diceritakan oleh Sofea itu.

Kemudian ibu Sofea mula terkejut dan menjadi sangat marah pada semua kerana telah merahsiakan perkara itu dan akhirnya ibu Sofea pengsan lalu meninggal dunia. Hal tersebut memberi tamparan hebat pada Sofea, namun Sofea sedar dia perlu bangkit dan meneruskan hidupnya demi anaknya yang bakal lahir. Manakala hubungan Amar dan Erina makin baik apabila Amar mula berlembut dengan Erina dan tidak berkasar lagi dengan Erina. Malah Amar juga turut mengajak Erina untuk keluar kerana tempoh masa 100 hari yang diminta oleh Erina makin tamat. Erina juga turut membuat permintaan pada Amar ingin memasak bersama - sama serta ingin solat berjemaah dengan Amar dan Amar menunaikan semua permintaan Erina. Bila cukup tempoh 100 hari Amar dan Erina ke mahkamah untuk bercerai dan selepas bercerai Amar menghantar Erina ke rumah datuk Erina semula. Sebelum pergi, Amar berterus - terang dengan Erina mengenai masalah kesihatannya yang tidak boleh mempunyai zuriat dan merupakan sebab terbesar Amar menceraikan Sofea. Erina tidak bersetuju dengan tindakan Amar pada Sofea itu. Tak lama kemudian datuk Erina mengamuk pada Amar kerana tak menyangka Amar akan menceraikan cucunya itu. Datuk Erina juga hampir menembak Amar namun Erina sempat menghalang dan Amar pergi dari situ. Apa yang berlaku seterusnya?

2 ulasan:



My Random Post