25 Jul 2018

Drama Jangan Benci Cintaku Episod 7 Hingga 16 - Akasia TV3

Jangan Benci Cintaku, Drama Jangan Benci Cintaku, Slot Akasia, TV3, Novel Jangan Benci Cintaku, Novelis Emy Roberto, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Poster, Jangan Benci Cintaku Cast, Senarai Pelakon, Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Ross, Episod 7 Hingga Episod 16 Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Poster Drama, Sinopsis Episod 7 Hingga 16 Drama Jangan Benci Cintaku,
Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku Episod 7 Hingga Episod 16 - Akasia TV3

Nampaknya ramai yang geram dengan Shah dan Husna ni terutamanya untuk episod 12 hingga episod 16. Happy sekejap bila Shah dan Husna tu dah putus tapi lepas tu boleh pula si Shah ni cari Husna balik dan akhirnya mereka berbaik semula. Kesian Fika, terpaksa pendam perasaan je, hehe apa pun tula penangan drama Jangan Benci Cintaku yang tengah hangat bersiaran di slot Akasia TV3 sekarang. Antara pelakon - pelakon drama Jangan Benci Cintaku ini adalah Zahirah Macwilson, Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Daler Yusuf, Amelia Henderson, Azizah Mahzan, Dilla Ahmad, Catriona Ross dan ramai lagi. Adakah Shah dan Husna akan kahwin? atau Shah dan Fika bercerai? atau kedua - duanya sekali?. Sama - samalah kita tunggu nanti okey. Dalam entry ini aku nak share sinopsis drama Jangan Benci Cintaku untuk episod 7 hingga episod 16, selamat membaca okey..




Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku Episod 7 Hingga Episod 16 - Akasia TV3

Fiqa dapat merasakan yang cinta Shah sudah berubah dan kemungkinan besar Shah juga sudah ada perempuan lain. Namun Fika cuba berfikiran positif, namun hatinya kecewa bila Shah sendiri berterus – terang mengenai Husna pada dirinya. Tidak ada apa yang boleh dilakukan Fika kerana semuanya berpunca daripadanya, dia tak dapat nak marah pada Shah mahu pun Husna, sebaliknya dirinya hanya boleh bersabar dan redha. Tak lama kemudian Fika memutuskan untuk merebut kembali cinta Shah, pelbagai cara yang dilakukannya, dirinya bernasib baik kerana Shah melayan dirinya sama seperti dulu, bezanya sekarang Fika dah ada pesaing. Husna pula tertekan dengan sikap Shah yang seolah – olah sengaja tidak mahu mempercepatkan penceraian Shah dan Fika. Fika meminta Shah masa untuk dirinya menebus segala kesalahannya pada Shah dan Shah mengikut kehendak Fika dan dalam masa yang sama, Shah masih keluar dan melayan Husna dengan mesra. Manakala Husna pula sengaja merapatkan diri dengan Nek Pah supaya senang Nek Pah menyokongnya untuk menjadi isteri Shah dan menceraikan Fika. Hal ini diburukkan lagi dengan Irwan yang cuba bekerjasama dengan Husna untuk membuat Fika dan Shah bercerai secepat mungkin. Irwan juga mencadangkan Fika untuk bekerja di syarikat ayahnya dan Fika tertarik dengan jawatan yang ditawarkan oleh syarikat ayah Irwan tu. 




Malangnya Shah tak benarkan Fika bekerja disitu, dia tak mahu Irwan rapat dengan Fika. 
Shah juga hairan kenapa Fika tak nak bekerja dengannya saja berbanding bekerja di syarikat ayah Irwan, namun setelah Fika berterus – terang mengenai dirinya yang tak sanggup melihat Shah dan Husna bersama – sama jika dia bekerja di syarikat Shah. Setelah berfikir panjang, akhirnya Shah mengizinkan Fika untuk bekerja dengan ayah Irwan itu. Tak lama kemudian Shah dan Husna bergaduh besar dan Husna akhirnya memutuskan hubungan mereka dan kemudian Husna pulang ke kampung untuk menjaga ibunya yang sakit. Faris dan Damia gembira dengan berita Shah dan Husna dah putus lalu memberitahu Fika. Manakala Shah pula jadi tak tentu arah bila Husna tiada, Shah jadi sendih bila Husna tiada dalam hidupnya dan mula mencari  - cari Husna kembali. Tak lama kemudian Fika terlepas cakap mengenai Shah yang putus cinta itu dan membuatkan Shah memarahi Faris dan Damia yang telah memberitahu Fika pasal berita tersebut. Shah juga turut memberi amaran pada Faris dan Damia supaya tidak mencampuri urusannya lagi. Shah kemudiannya pergi ke kampung Husna untuk memujuk Husna, malah Shah juga berjanji akan berkahwin dengan Husna. Fika berasa sedih dan kecewa bila mendapat tahu yang Shah dah berbaik semula dengan Husna itu. 

Selain itu Husna juga sengaja ingin membuat Fika cemburu dengan sengaja menghadiahkan neck tie pada Shah. Fika juga mula merajuk dengan Shah dan ingin tinggal di rumah ibu bapanya, tak lama kemudian Fika mengalami kemalangan kecil dengan Shafwi. Fika cuba menghubungi Shah tapi tak dapat kerana Shah ketika itu sedang keluar bersama Husna. Tak lama kemudian Fika dapat tahu Shah sedang bergembira dengan Husna sedangkan dirinya tengah berada dalam masalah. Kecewa dengan hal itu Fika menyelesaikan isu keretanya dengan caranya sendiri. Namun selepas itu Shah memarahinya dan membuatkan Fika makin benggang dan ingin pulang ke rumah ibu bapanya. Manakala Damia pula pergi berjumpa Shah dan menerangkan sebab kenapa Fika berkelakuan sedemikian. Shah kemudian mula berasa bersalah pada Fika. Apa yang berlaku seterusnya?. Bagi yang terlepas nak baca sinopsis drama ini di episod - episod awal, bolehlah klik link di bawah ini ye..

3 ulasan:

  1. watak yg dibenci husna nenek irwan shah

    BalasPadam
  2. hahaha geram smpi x nak tgk dah

    BalasPadam
  3. ni laaa eh drama yang menggeramkan ramai isteri2 hehe.. tengok gak ni few episode tapi tak follow. menyampah !! hahaha..

    BalasPadam



My Random Post