Sinopsis Telemovie Terlakur Cinta Suci - Cerekarama TV3
Telefilem Terlakur Cinta Suci telah pun disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 28 Julai yang lalu. Antara pelakon telemovie Terlakur Cinta Suci ini adalah Beto Kusyairy, Rita Rudaini, Mimi Lana, Ika Nabella, Shakilla Khoriri, Zalfa Zin dan ramai lagi. Selain itu telemovie ini diarahkan oleh Dato Ahmad Tamimi Siregar dan diterbitkan oleh Spektra Selasih Sdn Bhd. Telemovie Terlakur Cinta Suci ini mempunyai jalan cerita yang islamik dan memberi pengajaran pada penonton gitu. Lebih menarik bila telemovie ini dibarisi oleh pelakon - pelakon favorite seperti Beto Khusyairy dan Rita Rudaini. Tak sangka juga yang ending telemovie Terlakur Cinta Suci ini sedih, apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye..
Sinopsis Telemovie Terlakur Cinta Suci - Cerekarama TV3
Pertemuan tidak diduga antara Aleyna (Mimi Lana) dan ustazah Safiya (Rita Rudaini) di masjid telah merubah hidup Aleyna yang ketika itu ingin berubah. Aleyna berterus terang dan menceritakan masalahnya serta niatnya yang ingin berubah kepada ustazah Safiya. Manakala ustazah Safiya terus cuba menolong Aleyna dengan memperkenalkan Aleyna pada ustaz Aqrudin (Beto Kushairy) dan meminta supaya ustaz Aqrudin menjadi guru agama pada Aleyna. Ustaz Aqrudin awalnya agak keberatan, kerana dia lebih selesa mengajar pelajar yang ramai berbanding mengajar Aleyna seorang kerana tidak manis dilihat. Namun ustazah Safiya bertegas untuk ustaz yang mengajar Aleyna bukan dirinya. Rupa - rupanya ustazah Safiya sudah ada rancangan lain iaitu ingin menjodohkan ustaz Aqrudin dengan Aleyna, walaupun ustaz Aqrudin itu sebenarnya adalah suami ustazah Safiya. Ustaz Aqrudin terkejut dengan cadangan isterinya itu dan tidak bersetuju untuk berkahwin lain.
Namun ustazah Safiya tetap menginginkan suaminya itu berkahwin dengan Aleyna. Awalnya ustazah Safiya cuba merahsiakan tentang status dirinya yang merupakan isteri pada Ustaz Aqrudin kerana tidak ingin Aleyna menolak cadangannya itu. Manakala kawan baik ustazah Safiya iaitu Izzati (Ika Nabella) berasa pelik dan tidak puas hati dengan rancangan Safiya yang ingin menjodohkan suaminya dengan Aleyna. Izzati juga tidak puas hati kenapa Safiya tidak memilih dirinya untuk dijadikan isteri pada ustaz Aqrudin, sebaliknya memilih Aleyna yang masih kurang ilmu agamanya. Izzati juga cuba menyiasat latar belakang Aleyna dan terkejut apabila mengetahui kehidupan Aleyna sebelum Aleyna berubah dan berhijrah ke jalan Allah. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Semalam ada tengok jap cerita ni. Ooo rupanya ustaz Aqrudin tu suami ustazah Safiya. Ingatkan ustaz yang sorang lagi tu :D
BalasPadamAbam Betoo la hehe..
BalasPadam