5 Jul 2018

Drama Andainya Takdir 2 Episod 3 Hingga 8




Andainya Takdir 2, Drama Best, TV3, Drama Andainya Takdir 2, Drama Melayu, Drama Bersiri, Sinopsis Episod 3 Hingga Episod 8, Sinopsis Drama Andainya Takdir 2, Andainya Takdir 2 Cast, Pelakon Drama Andainya Takdir 2, Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee, Anne Abdullah, 2018,
Sinopsis Drama Andainya Takdir 2 Episod 3 Hingga 8 (TV3)

Drama Andainya Takdir 2 tengah rancak bersiaran di TV3 setiap Rabu hingga Jumaat , jam 9 malam dan di musim kedua ini memfokuskan tentang hubungan Airil dan Fatihah selepas bercerai. Banyak juga scene - scene flashback tentang masa diorang bercinta dulu, serta kenangan manis mereka berdua. Apa pun kelihatan Nizam masih berusaha nak memikat Fatihah dan ada watak baru dah muncul iaitu Hafiz yang akan turut merebut cinta Fatihah itu. Apa pun jom tengok sinopsis Episod 3 hingga episod 8 Drama Andainya Takdir 2 di bawah ini okey.

Sinopsis Drama Andainya Takdir 2 Episod 3 Hingga 8 (TV3)

Fatihah (Nina Iskandar) akhirnya membuat keputusan untuk berpindah dan bekerja di Terengganu, Fatihah juga akan membawa anaknya Aleeya (Puteri Balqis) ke Terengganu juga. Airil (ShukriYahaya) yang tak sanggup berpisah dengan Fatihah dan Aleeya cuba memujuk Fatihah untuk menukar keputusannya supaya tidak berpindah ke Terengganu. Airil tak sanggup berpisah dengan mereka walaupun sesaat, pelbagai cara yang dilakukan oleh Airil untuk membuat Fatihah bertukar fikiran, Airil turut berjumpa dengan mak, ayah Fatihah serta kawan baik Fatihah supaya memujuk Fatihah supaya tidak berpindah dan bekerja di Terengganu. Namun semua usaha Airil sia - sia kerana Fatihah telah nekad untuk pergi ke Terengganu dan jauh dari Airil. Aleeya juga berat hati. Setelah Fatihah dan Aleeya berpindah, Airil mula rasa terseksa jauh dari mereka berdua, ayah Airil banyak menasihatinya untuk sentiasa solat supaya hatinya tenang dan turut menyuruhnya untuk berubat, mencari kerja dan stabilkan kehidupannya kembali supaya Fatihah terbuka hati untuk menerimanya semula. Airil hanya dapat berhubung dengan anaknya dan Fatihah menerusi telefon saja, kadang - kala Airil akan pergi melawat mereka di Terengganu. Fatihah kemudiannya mula bekerja di bawah Nizam (Mas Khan) namun kelihatan Nizam cuba mencari ruang dan peluang untuk mendekati Fatihah.



Manakala Aleeya pula berasa sukar untuk menyesuaikan diri di Terengganu kerana jauh dari ayahnya dan Aleeya juga sukar nak faham loghat Terengganu yang dituturkan oleh rakan - rakan sekolahnya. Aleeya juga sering merindui ayahnya dan sering berasa tidak puas hati kerana ibunya jarang memasak di rumah dan asyik makan makanan luar saja. Ketiadaan Airil di sisinya turut memberi sedikit masalah pada Fatihah kerana sebelum ini Airil sentiasa menjadi penyelamatnya ketika berlaku sesuatu masalah yang tidak dijangka. Jadi setelah Airil jauh dengannya, Fatihah perlu menyelesaikan segala masalah seorang diri tanpa bantuan Airil lagi, hal ini sedikit sebanyak membuatkan Fatihah terkenangkan Airil dan turut merindukannya. Walaupun Fatihah dah jauh darinya, Airil masih tidak berputus asa untuk memujuk Fatihah untuk rujuk semula, dia sentiasa cuba mengingatkan Fatihah tentang kenangan manis sewaktu mereka bersama. Namun Fatihah masih tetap dengan prinsipnya untuk tidak bersama dengan Airil lagi. Aleeya sering menceritakan segala yang berlaku di Terengganu pada ayahnya. Airil juga cuba untuk mencari kerja baru di Terengganu supaya dapat dekat dengan Fatihah. Ibu Airil iaitu Normah (Sheila Mambo) kini digelar Normah Rimau oleh penduduk kampung disebabkan sikapnya yang garang, suka mengumpat dan cemburu buta itu. 

Normah masih dengan perangai lamanya yang sering syak wasangka pada suaminya Jalal (Idris Md Diah) yang dikatakannya ada skandal dengan perempuan lain. Normah paling tak suka melihat Limah dan Kiah dekat dengan Jalal walaupun mereka hanya datang untuk belajar mengaji. Jalal masih bersabar dengan perangai Normah yang masih tidak berubah. Manakala anak bongsu mereka Norlin (Annie Ariffin) sudah bercerai dan Norlin menyalahkan ibunya sebagai punca penceraiannya dengan Rahmat. Tak lama kemudian Norlin telah menemui cinta baru dan ingin bernikah dengannya, namun segalanya terhalang apabila bakal keluarga mentuanya dan juga bakal suaminya mengetahui sikap sebenar Normah dan keberatan untuk menjalinkan hubungan kekeluargaan dengan Norlin dan keluarganya. Airil yang merindui Fatihah dan Aleeya akhirnya ke Terengganu untuk melawat Fatihah dan Aleeya sambil - sambil cuba mencari kerja di situ. Airil juga meminta Fatihah mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama dengan anak mereka dan akhirnya Fatihah mengalah dan mengikut permintaan Airil. Bos Fatihah iaitu Nizam pula tahu yang Airil sudah berada di Terengganu dan Fatihah sengaja meminta cuti untuk keluar bersama Airil. Nizam kemudiannya membuat rancangan untuk merosakkan rancangan Fatihah untuk bercuti dan sengaja memanggil Fatihah untuk masuk kerja juga. 

Airil dan Aleeya sedikit kecewa yang Fatihah terpaksa pergi, namun selepas itu Airil meluangkan masanya bersama Aleeya. Ketika berada di masjid, Airil dan Aleeya berkenalan dengan Hafiz (Syazuwan Hassan) yang cuba membantu Airil yang kehilangan kasut ketika itu. Tak lama kemudian Airil mengetahui yang Nizam sengaja merosakkan rancangannya dengan Fatihah untuk keluar bersama, Airil marah dan cuba memberi amaran pada Nizam namun Fatihah tiba - tiba ada disitu dan mula menjadi marah dengan sikap Airil pada Nizam dan menyuruh Airil pergi dari situ. Tak lama kemudian Airil pergi berjumpa dengan Nizam lagi untuk memberi amaran namun Airil tidak memukul Nizam. Walaubagaimanapun Nizam menggunakan peluang itu dan mereka - reka cerita mengenai Airil yang memukul dirinya, Nizam juga mengugut Fatihah ingin membuat laporan polis mengenai Airil yang memukulnya. Namun Fatihah dan Aleeya merayu pada Nizam supaya tidak membuat laporan polis dan Nizam menggunakan peluang tersebut untuk keluar bersama dengan Fatihah. Disebabkan Fatihah tidak ingin melihat Airil masuk penjara lagi, Fatihah terpaksa bersetuju untuk keluar bersama Nizam. Airil yang mengetahui berita tersebut mula marah dan cuba menyakinkan Fatihah yang Nizam seorang yang jahat dan sengaja mereka - reka cerita namun Fatihah tidak mempercayainya. Apa yang berlaku seterusnya?.

2 ulasan:

  1. I cannot brain anymore dramas hahaha

    BalasPadam
  2. sedih bila tgk rumah tangga berpecah belah mcm ni..

    BalasPadam



My Random Post