19 Jul 2018

Episod 9 Hingga 14 Drama Andainya Takdir 2




Andainya Takdir 2, Drama Best, TV3, Drama Andainya Takdir 2, Drama Melayu, Drama Bersiri, Sinopsis Episod 9 Hingga Episod 14, Sinopsis Drama Andainya Takdir 2, Andainya Takdir 2 Cast, Pelakon Drama Andainya Takdir 2, Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee, Anne Abdullah, Ezzaty Abdullah, 2018, Poster, Watak,
Sinopsis Episod 9 Hingga 14 Drama Andainya Takdir 2

Drama Andainya Takdir 2 yang disiarkan di TV3 dah nak masuk episod ke 15 dah, sekejap saja dah nak habis drama ini yang mempunyai 20 episod. Antara pelakon drama Andainya Takdir 2 ini adalah Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi. Nampaknya Fatihah perlu buat keputusan sama ada memilih Airil, Nizam mahu pun Hafiz untuk menjadi suaminya. Korang rasa - rasa macam manalah ending Drama Andainya Takdir 2 ini nanti kan? apa pun jom tengok sinopsis Drama Andainya Takdir 2 ini untuk episod 9 hingga episod 14.

Sinopsis Episod 9 Hingga 14 Drama Andainya Takdir 2

Normah yang melihat Airil tidak keruan apabila jauh dari Fatihah menuduh Fatihah telah membomohkan anaknya itu dan cuba membawa Airil pergi berjumpa bomoh untuk berubat. Airil yang terkejut dengan tindakan ibunya menolak untuk berjumpa bomoh tersebut. Tak lama kemudian Airil terserempak dengan senior sekolahnya yang bernama Sofea. Sofea yang sudah lama ada hati pada Airil berasa gembira dapat berjumpa Airil semula, tambahan lagi Sofea tahu yang Airil sudah bercerai, maka Sofea menggunakan peluang ini untuk merapatkan hubungan mereka. Walaubagaimanapun kelihatan Airil agak rimas dengan sikap Sofea yang selalu menghubunginya dan ingin berjumpa dengannya. Bagi Airil hanya Fatihah yang ada di hatinya, maka dengan itu Airil selalu menolak untuk berjumpa dengan Sofea. Namun setelah Airil mengetahui yang Sofea sedang mencari arkitek untuk bekerja di Terengganu, Airil mula berubah dan cuba berbaik - baik dengan Sofea. Manakala Sofea pula gembira dengan perubahan Airil yang makin baik dengannya. Sofea juga tidak teragak - agak untuk merekomenkan kerja di Terangganu itu pada Airil. Sofea langsung tidak menyangka yang Airil hanya mempergunakan dirinya saja untuk mendapatkan kerja di Terengganu itu supaya dapat dekat dengan Fatihah dan Aleya. 




Fatihah pula mula berkenalan dengan Hafiz yang merupakan duda anak satu ketika dirinya menghantar dan mengambil Aleya di sekolah. Aleya juga berkawan baik dengan anak perempuan Hafiz itu. Fatihah makin tertarik dengan sikap dan personaliti Hafiz itu, namun bagi Aleya, dia tidak mahu ibunya berkahwin lain. Selain itu Fatihah dan Aleya juga sering bergaduh disebabkan sikap Aleya yang makin kerap memberontak dan Fatihah pula makin hilang sabar dan hampir memukul Aleya. Selepas itu Aleya mula mengadu pada bapanya dan ingin tinggal bersama bapanya pula, manakala Nizam pula cemburu melihat hubungan Fatihah dan Hafiz yang makin rapat. Disebabkan risau kehilangan Fatihah, Nizam cepat - cepat melamar Fatihah, namun Fatihah tidak memberi jawapan pada lamaran Nizam itu kerana dia tidak begitu mempedulikan tentang Nizam. Sebaliknya Fatihah menunggu lamaran Hafiz namun begitu Hafiz ingin memastikan terlebih dahulu tentang siapa yang berada di hati Fatihah. Hubungan Fatihah dan Aleya makin renggang apabila Fatihah tidak mempercayai kata - kata Aleya yang dituduh mencuri di kedai runcit. Selain itu Jalal sudah tidak dapat bersabar dengan perangai Normah yang terlalu cemburu buta, malah turut mencabar Jalal supaya menceraikannya dan akhirnya Jalal menceraikan Normah di depan Kiah.

Walaupun telah diceraikan, Normah masih ego dan enggan berubah mahu pun meminta maaf pada Jalal. Airil dan Norlin cuba memujuk kedua - dua ibu bapa mereka untuk rujuk semula namun gagal. Manakala Normah pula cuba mereka cerita dan memfitnah Jalal dan Kiah pada penduduk kampung. Hal tersebut telah membuatkan Jalal mengambil keputusan drastik yang mengejutkan Airil dan Norlin. Manakala Fatihah pula telah mengambil cuti dan membawa Aleya pulang ke kampung, Fatihah pulang ke kampung untuk berfikir semasak - masaknya. Airil juga tahu yang ada lelaki lain yang cuba mendekati Fatihah namun cuba bersabar dan membiarkan Fatihah membuat keputusan. Airil juga telah berjumpa dengan doktor bagi merawat penyakitnya cemburunya dan panas barannya itu. Manakala Sofea akhirnya menyedari yang Airil hanya mempergunakan dirinya untuk bekerja di Terengganu. Sofea sedih namun tidak mahu berputus asa, Sofea cuba berfikiran positif dan cuba membuatkan Airil terhutang budi padanya sebanyak mungkin. Apa yang berlaku seterusnya?.

Bagi yang terlepas nak baca sinopsis drama ini untuk episod - episod awal, bolehlah klik link di bawah ini okey..selamat membaca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post