28 Jun 2017

Sinopsis Dan Review Filem Pink (Bollywood Movie)

Pink, Filem, Movie, Sinopsis, Review, My Review, Bollywood, Hindi, Hindustan, India, Mahkamah, Watak, Minal Arora, Falak Ali, Andrea Tariang, Deepak Sehgal, Kisah Wanita, Hak Wanita, Dilema Wanita, Streotype Masyarakat Terhadap Wanita, Pengajaran, Inspirasi, Pelakon, Amitabh Bachchan, Taapsee Pannu, Kirti Kulhari, Andrea Tariang, Angad Bedi, Raashul Tandon, Vijay Verma, Tushar Pandey, Suspen, Emosi,
Sinopsis Dan Review Filem Pink (Bollywood Movie)

Aku ada tengok trailer filem Bollywood yang bertajuk Pink dan aku tertarik untuk menonton filem ini, kerana aku rasa filem ini best, malah rating serta komen - komen untuk filem ini juga positif. Filem Pink ini release pada 16 September 2016 dan diarahkan oleh Aniruddha Roy Chowdhury, filem ini berkisarkan tentang 3 wanita muda yang di fitnah dan dilabelkan sebagai perempuan yang tidak bermaruah yang cuba berjuang menuntut keadilan di mahkamah. Filem ini dilakonkan oleh pelakon hebat Amitabh Bachchan yang melakonkan watak sebagai Deepak Sehgal yang merupakan seorang bekas peguam hebat yang bersara dan mempunyai penyakit emosi yang tidak stabil. Deepak menghabiskan masanya dengan bersenam di taman serta menjaga isterinya yang sakit. Selain Amitabh Bachchan, filem Pink ini turut dilakonkan oleh Taapsee Pannu, Kirti Kulhari, Andrea Tariang, Angad Bedi, Raashul Tandon, Vijay Verma, Tushar Pandey dan ramai lagi. Filem ini banyak mengangkat isu - isu tentang wanita, hak - hak wanita, dilema wanita dalam masyarakat dan sebagainya. Aku rasa filem ini memang banyak pengajaran untuk wanita, lelaki dan juga masyarakat. Tak silap aku, filem Pink ini juga dah pernah disiarkan di TV iaitu di channel Tara HD.

Wajah Amitabh Bachchan dalam filem ini sedikit menakutkan kerana disolek untuk nampak lebih tua dan tidak terurus, Malah wataknya yang suka memerhatikan orang - orang di sekelilingnya dengan pandangannya yang tajam memang nampak menakutkan sikit. Malah jiran - jirannya juga salah sangka pada dirinya kerana personaliti dirinya yang tidak peramah dan sentiasa bersendirian itu. Scene - scene dalam mahkamah sememangnya suspen dan penuh emosi terutamanya di pihak perempuan yang tertindas dan difitnah itu. Apa pun aku suka betul dengan dialog - dialog Amitabh Bachchan dalam filem ini yang sememangnya sangat memberi inspirasi dan berguna serta memberi pengajaran pada penonton. Rasa geram dengan polis wanita dalam filem yang bersubahat dengan orang jahat dengan membuat laporan yang tidak lengkap, memberikan keterangan palsu di mahkamah dan sebagainya. Nasiblah ending filem Pink ini adalah happy ending, jadi penonton tidaklah rasa sedih di penghujung cerita ini. Lagu tema / OST Pink ini pula biasa - biasa saja bagi aku kerana aku lebih fokuskan jalan cerita filem ini berbanding lagu

Sinopsis Filem Bollywood - Pink

Minal Arora, Falak Ali dan Andrea Tariang merupakan wanita muda yang bekerjaya dan tinggal serumah. Suatu hari mereka bertemu Rajvir Singh dan rakan - rakannya di sebuah Konsert Rock. Selepas itu Rajvir mengajak Minal, Falak dan Andrea untuk makan malam di sebuah Hotel Resort. Tidak lama kemudian Rajvir dan kawan - kawannya mula berkelakuan tidak elok pada Minal dan Andrea. Rajvir cuba untuk merogol Minal dan Minal kemudiannya memukul kepala Rajvir dengan botol kaca dan menyebabkan Rajvir cedera manakala Minal, Falak dan Andrea melarikan diri dari situ dan kembali ke rumah mereka dan memutuskan untuk tidak mengingati lagi insiden itu dan move on. Rajvir mahu pun Minal tidak membuat laporan polis, tapi Rajvir dan kawan - kawannya tidak berpuas hati dan mula menyusahkan hidup mereka bertiga. Andrea diekori oleh kawan - kawan Rajvir manakala Falak pula hilang pekerjaan, Minal pula diugut, malah kawan Rajvir juga cuba menbuat mereka bertiga diusir dari rumah mereka sendiri serta memfitnah mereka bertiga pada jiran - jiran mereka. Akibat tidak tahan diganggu, Minal akhirnya membuat keputusan untuk melaporkan semua kejadian itu pada polis.

Walaubagaimanapun Rajvir turut bertindak balas dengan membuat laporan polis juga, disebabkan Rajvir berasal dari keluarga kaya yang mempunyai kuasa dan duit, mereka dapat membuat Minal ditangkap polis tanpa alasan yang kukuh. Deepak Sehgal yang merupakan bekas peguam yang dah bersara sentiasa memerhati apa yang berlaku pada Minal, Falak dan Andrea. Deepak kemudiannya menyarankan Falak dan Andrea untuk mencari peguam bagi membebaskan Minal, namun begitu, tiada peguam yang sanggup mengambil kes berkenaan dan membuatkan Falak dan Andrea buntu dan terdesak. Deepak berasa kesian pada nasib 3 gadis tersebut dan bertindak untuk menjadi peguambela mereka bertiga, walaupun dirinya tidak begitu sihat. Di mahkamah, Andrea, Minal dan Falak dimalukan, difitnah dan dikritik oleh pendakwaraya dan menyebabkan Falak menjadi emosi dan bertindak melulu. Deepak Sehgal berjaya menyoal dan membuat Rajvir marah dan berjaya mendedahkan personaliti sebenar Rajvir di mahkamah. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..

Bagi aku, filem ini memang seronok ditonton dan mempunyai banyak pengajaran, jadi memang berbaloi menonton filem Pink ini. Apa pun aku bagi 8 Bintang dari 10 bintang untuk filem Bollywood ini.

Gambar diatas credit to Gary Singh at Flickr

2 ulasan:

  1. rasanya CT asyik ulang2 citer bollywood yg dulu2.. yang baru2 mmg tatau update apa hehe..

    BalasPadam
  2. Menarik sinopsis dia.. Cerita yang bermain dengan emosi..

    BalasPadam

My Random Post