Hari ini aku nak buat review tentang Drama Korea yang bertajuk Chicago Typewriter, drama 16 episod ini release pada 7 April 2017 dan tamat pada 3 Jun 2017 yang lalu. Korean Drama Chicago Typewriter ini dilakonkan oleh Yoo Ah In, Lim Soo Jung, Ko Gyung Pyo, Kwak Si Yang, Jo Woo Jin, Yang Jin Sung, Jo Kyung Sook dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan di channel TVN bagi menggantikan Drama Tomorrow With You yang telah tamat episodnya. Kemudian drama ini akan digantikan dengan Drama yang bertajuk Secret Forest. Pengarah drama ini juga pernah mengarah drama - drama popular yang menjadi kesukaan penonton seperti Emergency Couple lakonan Song Ji Hyo dan Choi Ji Hyuk, drama My Beautiful Bride lakonan Kim Moo Yul dan Lee Si Young dan juga drama On The Way To The Airport lakonan Kim Ha Neul dan Lee Sang Yoon. Manakala penulis skrip drama ini juga pernah menulis skrip drama - drama best seperti The Moon Embracing The Sun, Kill Me Heal Me dan lain - lain lagi. Heroin drama ini iaitu Lim Soo Jung membuat kemunculan semula dalam drama menerusi drama Chicago Typewriter ini. Lim Soo Jung dah lama tak berlakon drama sebab dia banyak berlakon filem saja. Drama terakhir lakonannya adalah pada tahun 2004 yang bertajuk Sorry, I Love You bersama So Ji Sub.
Aku rasa Lim Soo Jung mesti tertarik dengan jalan cerita drama ini yang menarik dan unik sebab itulah dia terima tawaran untuk berlakon dalam drama ini setelah lama tak berlakon drama. Antara filem lakonan Lim Soo Jung yang aku suka adalah filem Perfect Proposal bersama Yoo Yeon Seok. Aku pula jarang menonton filem mahu pun drama - drama lakonan Yoo Ah In ini. Walaubagaimanapun Yoo Ah In ada membuat kemunculan khas dalam drama Descendent Of The Sun, manakala filemnya yang terkini adalah Like For Likes. Ko Gyung Pyo pula ada muncul dalam drama Jealousy Incarnate pada tahun 2016 yang lalu, manakala Kwak Si Yang pula ada berlakon dalam drama Second To Last Love dan juga Mirror Of The Witch. Berbalik pada drama Chicago Typewriter ini, aku sukakan idea drama ini yang menggabungkan 2 zaman iaitu zaman moden dan juga zaman pemerintahan Jepun di Korea sekitar tahun 1930 serta kisah tentang kelahiran semula dan juga kisah misteri tentang hantu yang menghantui mesin taip tersebut yang juga turut hidup pada tahun 1930 itu.
Sejujurnya drama ini bukan drama kegemaran aku, aku rasa jalan cerita drama ini bergerak agak slow dan meleret - leret. Jadi hal ini membuatkan aku berasa sedikit bosan ketika menonton drama ini. Nasib baiklah drama ini hanya mempunyai 16 episod saja, jadi aku masih boleh bertahan dan menontonnya. Antara yang menarik dalam drama ini apabila watak - watak utamanya mempunyai memori masa silam iaitu memori 80 tahun yang lalu, dan boleh mengingati apa yang berlaku pada mereka di masa lampau, walaupun mereka dilahirkan semula di zaman moden ini. Selain itu aku juga sukakan misteri dan personaliti hantu Yoo Jin Oh yang adorable dalam drama ini. Pelakon Yang Jin Sung melakonkan watak pembantu dalam drama ini iaitu menjadi kawan baik kepada watak Lim Soo Jung, tak sangka juga dia berlakon watak pembantu, sebab dia juga pernah menjadi heroin dalam drama - drama lain seperti Bride Of Century, My Unfortunate Boyfriend dan lain - lain lagi. Selain itu aku juga tertanya - tanya tentang siapakah yang membunuh Yoo Jin Oh sehingga dia akhirnya menjadi hantu kepada Chicago Typewriter itu dan kemudiannya meminta bantuan penulis popular iaitu Han Se Joo untuk menulis sebuah novel tentang kisah hidupnya di zaman pemerintahan Jepun itu.
Siapa sangka yang hantu Yoo Jin Oh, Han Se Joo, Jeon Seol pernah berkawan baik dalam kelahiran lepas iaitu di tahun 1930. Kwak Si Yang memegang watak jahat dalam drama ini iaitu sebagai Baek Tae Min, awalnya aku nampak Baek Tae Min ini nampak sangat sopan, peramah dan baik, tapi sebenarnya dia cuma berpura - pura baik saja. Satu lagi watak yang annoying bagi aku adalah watak Hong So Hee yang merupakan ibu kepada Baek Tae Min. Memang geram tengok watak ibu Baek Tae Min yang jahat itu dan selalu nak menjatuhkan Han Se Joo itu. Selain itu aku juga kurang suka dengan sikap Han Se Joo di permulaan cerita yang kelihatan sombong, berlagak dan ego itu. Semua persoalan akan terjawab di episod akhir drama ini, apa pun drama ini masih seronok ditonton dan aku bagi 6 Bintang dari 10 Bintang untuk drama Korea Chicago Typewriter ini.
Gambar diatas credit to Wikimedia Commons
Gambar diatas credit to Wikimedia Commons
Tiada ulasan:
Catat Ulasan