18 Jun 2017

Kisah Psiko Dalam Filem Get Out (English Movie)

Get Out, Filem, Movie, English Movie, Sinopsis, Review, Psychiatrist, Hypnotherapist, Hypnotizes, Misteri, Thriller, Seram, Psikologi, Psiko, Watak, Rose Armitage, Chris, Dean, Missy, Rod, Logan King, Andre, Pelakon, Daniel Kaluuya, Allison Wiliams, Lil Rel Howery, Bradley Whitford, Caleb Landry, Jones, Stephen Root, Catherine Keener, Lakeith Stanfield, Pengarah, Jordon Peele, Movie 2017,
Review dan Sinopsis Filem Get Out (English Movie)

Hari ini aku nak buat review English Movie yang bertajuk Get Out yang release pada 24 Februari 2017 yang lalu. Filem Get Out ini diarahkan oleh Jordon Peele dan dilakonkan oleh Daniel Kaluuya, Allison Wiliams, Lil Rel Howery, Bradley Whitford, Caleb Landry, Jones, Stephen Root, Catherine Keener, Lakeith Stanfield dan ramai lagi. Aku tertarik nak tengok filem ini selepas membaca review filem ini yang positif dalam surat khabar dan sememangnya filem ini memang best, penuh suspen, unik, menarik dan best. Filem ini tidak memerlukan hantu untuk menimbulkan rasa seram, misteri dan takut pada penonton, sebaliknya hanya bergantung pada jalan ceritanya yang unik dan menarik saja. Selain itu filem ini turut memfokuskan tentang isu - isu psikologi dan juga isu perkauman antara orang kulit putih dan juga orang kulit hitam. Dalam filem ini juga banyak elemen - elemen kejutan dan plot twist terutamanya tentang identiti Rose dan keluarganya yang sebenarnya. Pelakon - pelakon filem ini juga memberikan lakonan yang hebat dan menyakinkan. Babak - babak suspen dalam filem Get Out ini memang best sampai aku sendiri pun rasa takut jika aku berada di tempat Chris yang telah di hypnotizes dan kemudian dirinya menjadi kaku, lumpuh.

Akhirnya badannya dan fikirannya akan diambil alih oleh orang lain dan dirinya pula berada di suatu tempat yang digelar "The Sunken Place". Dari apa yang aku baca, sepatutnya ending movie Get Out ini berakhir dengan tragis dan sedih, walaubagaimanapun nasiblah original endingnya ditukar menjadi lebih happy ending untuk watak Chris itu, sekaligus membuat penonton lebih berpuas hati. Sesuai dengan tajuk filem ini, aku sememangnya berharap agar Chris cepat - cepat keluar dari rumah keluarga Rose itu, kerana sejak awal lagi Chris dapat merasai ada sesuatu yang tidak kena dengan perangai pelik orang gaji di rumah tersebut. Apa pun filem Get Out ini memang seronok ditonton dan mempunyai jalan cerita yang sukar nak dijangka apa yang akan jadi seterusnya. Aku sertakan sekali sinopsis filem ini dibawah, selamat membaca ye.

Sinopsis Filem Get Out ( English Movie)

Jalan cerita bermula dengan kehilangan Andre Hayworth yang diculik, kemudian jalan cerita mula berkisarkan tentang Chris Washington yang merupakan seorang Photographer yang berbakat besar dan juga kekasihnya Rose Armitage. Rose mengajak Chris untuk ke rumah keluarganya untuk bertemu dengan ibu bapanya, awalnya Chris agak keberatan kerana bimbang dengan penerimaan keluarga Rose terhadap dirinya yang merupakan orang kulit hitam. Rose menyakinkan Chris yang keluarganya berfikiran terbuka dan akhirnya Chris bersetuju untuk mengikut Rose pulang ke rumah keluarganya. Ibu Bapa Rose melayan Chris dengan baik sekali, cuma abang Rose iaitu Jeremy yang berkelakuan sedikit pelik. Begitu juga dengan 2 orang gaji di rumah tersebut iaitu Walter dan Georgina yang juga berkelakuan amat pelik sekali. Di waktu malam, Chris tidak dapat tidur lalu memutuskan untuk berjalan - jalan di luar rumah, kemudian Ibu Rose iaitu Missy Armitage mengajak Chris untuk berbual - bual. Missy merupakan seorang psychiatrist dan hypnotherapist yang cuba berborak dengan Chris tentang kisah silamnya sewaktu kecil kemudian Chris dihypnotizes olehnya sehingga menjadi kaku dan lumpuh. Keesokannya Chris terbangun dari tidurnya dan menyangka itu semua hanya mimpi.

Kemudian rumah Rose dipenuhi oleh ramai tetamu yang datang kerana ibu bapa Rose mengadakan jamuan makan. Tetamu - tetamu di rumah tersebut juga sering memandang dan memerhatikan gelagat Chris. Dalam banyak - banyak tetamu yang datang Chris memilih Logan King untuk berborak kerana Logan juga merupakan orang berkulit hitam sepertinya. Chris kemudian perasan yang wajah Logan King ini seiras dengan Andre Hayworth yang hilang sebelum ini. Chris kemudiannya cuba mengambil gambar Logan King menerusi Handphonenya secara senyap - senyap. Namun Chris lupa nak off flash kamera handphonenya itu dan menyebabkan Logan King terkaku seketika dan mula mengamuk dan memarahi Chris dan menyuruh Chris untuk Get Out (keluar) dari situ. Chris benar - benar rasa bersalah dan tidak menyangka Logan King akan mengamuk seperti itu, Misy kemudiannya berjaya menenangkan Logan King. Chris mula menelefon dan menceritakan semua kejadian pelik yang berlaku di rumah itu pada sahabat baiknya iaitu Rod Williams. Rod kemudiannya menasihati Chris untuk cepat keluar dari rumah itu, selepas itu Chris dan Rose keluar dari rumah itu untuk seketika bagi menenangkan fikiran dan Chris mula berhasrat untuk pulang, namun Rose cuba memujuk Chris untuk tinggal lebih lama di rumahnya.

Ketika ketiadaan Chris dan Rose di rumah itu, bapa Rose iaitu Dean Armitage yang merupakan seorang doktor Neurosurgeon mengadakan satu lelongan misteri. Terdapat gambar Chris disitu dan seolah - olah lelongan itu dibuat bagi menjual Chris pada mereka yang berminat. Jim Hudson berjaya membeli Chris dengan harga yang tertinggi sekali. Pada malam tersebut, Chris menggesa Rose untuk berkemas kerana dirinya ingin pulang pada malam itu juga, tidak lama selepas itu Chris menjumpai satu kotak kecil yang mengandungi gambar - gambar mesra Rose bersama orang gaji di rumah tersebut iaitu Walter dan Georgina. Menerusi gambar itu, Chris dah dapat mengagak yang Rose bukan seperti yang disangkakannya selama ini. Chris tahu mungkin dirinya yang akan menjadi mangsa selepas ini. Seperti yang dijangkanya, keluarga Rose menghalang Chris dari keluar dari rumah itu dan akhirnya Chris pengsan. Apabila dia sedar, tangan dan kakinya telah diikat dan terdapat sebuah TV di depannya, Ibu bapa Rose menggunakan TV tersebut untuk berkomunikasi dengan Chris dan menerangkan segalanya pada Chris dan kemudiannya menghypnotizes Chris. Ketika Chris sedar dia mendapat satu idea untuk menghalang dirinya dari di hypnotizes oleh Missy dengan memasukkan kapas di telinganya dan selepas itu dia berpura - pura pengsan dan menanti peluang untuk keluar dari situ.

Manakala kawan Chris iaitu Rod Williams mula bimbang dengan keadaan Chris kerana tidak dapat menghubungi Chris langsung. Rod turut menghubungi Rose namun Rose cuba menipu Rod dengan mengatakan Chris dah pulang, namun Rod langsung tidak mempercayai Rose dan akhirnya Rod cuba melaporkan kehilangan Chris pada polis, namun polis tidak mempercayai ceritanya itu dan memaksa Rod untuk pergi sendiri ke rumah keluarga Rose itu. Apa yang berlaku seterusnya? kalau anda semua nak tahu, kenalah tonton filem ini nanti ye. Memang berbaloi menontonnya, ending filem ini memang happy ending dan aku bagi 9 bintang dari 10 bintang untuk filem Get Out ini.

Gambar diatas credit to BagoGames at Flickr



1 ulasan:

  1. cite ni memang terbaik, dia game sume nigga dijadikan hamba..nampak sedikit racist jugak la pada cite ni.tapi storyline power

    BalasPadam



My Random Post