Memaparkan catatan dengan label Drama Jangan Benci Cintaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Drama Jangan Benci Cintaku. Papar semua catatan

9 Ogo 2018

Episod Akhir Drama Jangan Benci Cintaku




Jangan Benci Cintaku, Drama Jangan Benci Cintaku, Slot Akasia, TV3, Novel Jangan Benci Cintaku, Novelis Emy Roberto, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Poster, Jangan Benci Cintaku Cast, Senarai Pelakon, Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Ross, Episod Akhir Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Poster Drama, Sinopsis Episod 28 Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Fika, Shah, Husna, Nek Pah, Irwan, Syazwi, Damia, Faris, Ending Drama Jangan Benci Cintaku, Happy Ending, 2018,
Episod Akhir Drama Jangan Benci Cintaku

Akhirnya drama Jangan Benci Cintaku melabuhkan tirainya dan episod terakhir drama ini iaitu episod 28 telah pun disiarkan pada 7 Ogos yang lalu. Selepas ini drama Cinta Bukan Kristal lakonan Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat dan Nina Iskandar akan bersiaran bagi menggantikan drama Jangan Benci Cintaku ini. Berbalik pada episod akhir drama ini memang dramatik sikit di permulaan cerita namun tetap happy ending gitu, siap ada plot twist gitu. Jalan cerita episod akhir drama Jangan Benci Cintaku ini bermula dengan Husna (lakonan Niena Baharun) yang dikatakan cuba membunuh diri, namun doktor mengesahkan yang Husna tidak membunuh diri tapi dia cenderung untuk mencederakan diri sendiri dan merupakan masalah mental juga. Shah (lakonan Saharul Ridzwan) serba salah dan tidak mahu meninggalkan Husna sendirian, namun Faris (lakonan Luqman Hafidz) berjaya menyakinkan Shah untuk ke Perth dan berjumpa dengan Fika (lakonan Zahirah Macwilson). Husna juga marah bila Shah tiada disisinya manakala Syazwi mengalah dan cuba membuat Shah dan Fika untuk berdamai dan berbaik semula. Shah berterus - terang dan menelefon Husna di depan Fika dan memberitahu Husna yang hubungan mereka putus.




Namun tindakan Shah itu tidak disenangi Fika kerana Shah senang - senang saja campak Husna ke tepi bila dah tak diperlukan. Manakala Damia (lakonan Amelia Henderson) pula respek dan jatuh hati dengan Syazwi (lakonan Izzue Islam) yang gentleman meninggalkan Fika untuk kebahagiaan Fika dan Shah, walaupun hati Syazwi terluka. Akhirnya Fika memaafkan Shah dan kembali bersama, manakala Husna pula pergi berjumpa Nek Pah (lakonan Azizah Mahzan) dan Nek Pah pula berhati - hati dan cuba menjaga hati dan perasaan Husna kerana Nek Pah tahu yang Husna sakit. Namun Husna mula marah bila terdengar perbualan Nek Pah dan ibu Shah dan akhirnya Husna bertindak untuk mencari Fika. Setelah berjumpa Fika, Husna gagal mengawal emosinya dan cuba mencederakan Fika dan kelihatan Fika hampir - hampir keguguran, namun nasib baik kandungannya selamat. Shah makin membenci Husna, manakala Husna sedar akan kesilapannya dan meminta maaf pada Fika dan Fika memaafkannya. Selain itu kelihatan Syazwi dan Damia makin rapat dan 9 bulan kemudian Fika pun bersalin dan bahagia dengan hidupnya. Tak lama kemudian ketika keluar bersama Shah, Fika terserempak dengan Husna dan kelihatan Husna makin ceria gitu.
Jangan Benci Cintaku, Drama Jangan Benci Cintaku, Slot Akasia, TV3, Novel Jangan Benci Cintaku, Novelis Emy Roberto, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Poster, Jangan Benci Cintaku Cast, Senarai Pelakon, Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Ross, Episod Akhir Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Poster Drama, Sinopsis Episod 28 Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Fika, Shah, Husna, Nek Pah, Irwan, Syazwi, Damia, Faris, Ending Drama Jangan Benci Cintaku, Happy Ending, 2018,
Manakala Shah terserempak dengan Faris di tandas, jadi ramai juga penonton yang terkejut dan tak menyangka yang Faris akan bercinta dengan Husna sebab sebelum ini diorang boleh dikatakan bermusuh. Ingatkan Faris dengan Damia kan, tapi boleh pula ada twist sikit di ending drama Jangan Benci Cintaku ini. Jadi last sekali happy ending sebab Fika dan Shah hidup bahagia hehe. Walaubagaimanapun pelik juga bila watak Irwan tidak diceritakan langsung di episod akhir drama ini. Bila baca di tweet di Twitter ramai juga yang menyampah dengan watak Shah ini sebab lemah dan tak dapat buat keputusan dan akhirnya 2 perempuan terseksa disebabkan tindakannya itu. Apa pun memang syok layan drama ini, tertanya - tanya juga adakah drama Cinta Bukan Kristal mampu mengulang kejayaan drama ini sebab fokus utama drama tersebut adalah tentang orang ketiga juga.

Read More

8 Ogo 2018

Drama Jangan Benci Cintaku Episod 17 Hingga 27 (Akasia TV3)




Jangan Benci Cintaku, Drama Jangan Benci Cintaku, Slot Akasia, TV3, Novel Jangan Benci Cintaku, Novelis Emy Roberto, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Poster, Jangan Benci Cintaku Cast, Senarai Pelakon, Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Ross, Episod 7 Hingga Episod 16 Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Poster Drama, Sinopsis Episod 17 Hingga 27 Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Fika, Shah, Husna, Nek Pah, Irwan, Syazwi, Damia, Faris,
Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku Episod 17 Hingga Episod 27

Drama Jangan Benci Cintaku dah sampai ke penghujungnya dan rasanya ramai penonton yang geram betul dengan Husna, Irwan dan Nek Pah tu kan, ramai juga yang geram dengan Shah sebab tak dapat nak buat pilihan sama ada dia nak Husna atau pun Fika, sebab nampak Shah macam nak dua - dua sekaligus hehe. Tak dapat dinafikan lagi drama Jangan Benci Cintaku ini memang popular dan fenomena gitu serta berjaya membuat penonton beremosi menonton drama ini. Antara pelakon - pelakon drama Jangan Benci Cintaku ini adalah Zahirah Macwilson, Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Daler Yusuf, Amelia Henderson, Azizah Mahzan, Dilla Ahmad, Catriona Ross dan ramai lagi. Dalam entry ini aku nak share Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku Episod 17 Hingga Episod 27 atau lebih tepat lagi, aku akan senaraikan semua perkara penting yang berlaku dalam episod 17 hingga episod 27 drama jangan benci cintaku ini, tapi aku akan senaraikan mana yang aku ingat jela ye hehe. Jadi selamat membaca okey..




Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku Episod 17 Hingga Episod 27

Shah (Saharul Ridzwan) masih melengahkan masa dan tak mahu membuat pilihan sama ada Fika (Zahirah Macwilson) atau Husna (Niena Baharun), manakala Nek Pah (Azizah Mahzan) pula menyokong Husna dan merancang ingin menyatukan Shah dengan Husna. Irwan pula masih mencari jalan untuk membuatkan Fika dan Shah bercerai. Selain itu Linda telah meninggal dunia dan Syazwi (Izzue Islam) kini keseorangan dan merancang ingin pergi bercuti untuk menenangkan fikirannya. Ketika Shah keluar pergi berjumpa Husna, ada lelaki telah menceroboh masuk rumah Shah dan Fika dan cuba untuk merogol Fika, nasib baik Irwan (Daler Yusuf) datang tepat pada masanya. Fika tidak marah tapi kecewa dengan Shah dan akhirnya meminta cerai pada Shah. Shah berasa sangat bersalah dan meminta maaf serta memujuk Fika. Fika kemudiannya ingin pulang ke rumah ibu bapanya. Hal ini diburukkan lagi dengan Husna yang berpakat dengan Nek Pah dan Husna mendakwa dirinya mengandung anak Shah. Nek Pah pula mendesak Shah untuk bertanggungjawab begitu juga dengan ibu Husna. Fika makin sakit hati dan kecewa dengan Shah manakala Shah pula keliru dan yakin yang dia tidak menyentuh Husna pun dan mengagak ini semua hanya helah Husna untuk mempercepatkan perkahwinan mereka.

Setelah berdepan dan bertanya hal sebenar pada Husna, barulah Husna mengaku yang dia sebenarnya tidak mengandung. Mak Shah pula memujuk Fika untuk menerima poligami dan hidup bermadu. Tak lama kemudian Shah dan Husna akhirnya bertunang juga, namun Shah masih tidak menetapkan lagi tarikh perkahwinan mereka. Shah juga cuba memujuk Fika namun kelihatan Fika dah nekad untuk bercerai dia juga meminta Shah untuk memfailkan penceraian mereka. Namun Shah tak mahu bercerai dengan Fika dan Fika pula tetap dengan keputusannya untuk bercerai. Tak lama kemudian Fika ingin pergi ke Perth Australia untuk menenangkan diri seorang diri. Ibu Fika risau kerana Fika seorang diri di negara luar dan akhirnya meminta bantuan Syazwi untuk pergi menemani Fika di sana dan Syazwi bersetuju. Di Airport Syazwi berpura - pura terkejut bila berjumpa Fika dan berlakon seolah - olah pertemuan mereka disitu satu kebetulan. Syazwi juga meminta kebenaran Fika untuk ikut serta percutian Fika di Perth Australia kerana ini kali pertama Syazwi ke sana. Fika bersetuju untuk membenarkan Syazwi mengikutnya berjalan - jalan di Perth itu. Irwan terkejut yang Fika pergi ke Perth tanpa mengajaknya sekali, Irwan juga mula cemburu bila tahu yang Fika ke Perth dengan Syazwi.
Jangan Benci Cintaku, Drama Jangan Benci Cintaku, Slot Akasia, TV3, Novel Jangan Benci Cintaku, Novelis Emy Roberto, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Poster, Jangan Benci Cintaku Cast, Senarai Pelakon, Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Ross, Episod 7 Hingga Episod 16 Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Poster Drama, Sinopsis Episod 17 Hingga 27 Drama Jangan Benci Cintaku,
Shah pula mencari - cari Fika dan akhirnya tahu yang Fika pergi ke Perth, walaubagaimanapun Shah terkejut mendengar suara lelaki ketika menelefon Fika. Shah yakin yang lelaki tersebut adalah Irwan dan syak Fika curang dengannya. Akibat marah dan menyangka Fika curang dengannya, Shah pergi berjumpa peguam dan memfailkan penceraian. Husna dan Irwan pula gembira kerana Shah dan Fika akan bercerai tak lama lagi. Namun Shah terkejut bila mendapat tahu yang Irwan masih di Malaysia dan bukannya di Perth bersama Fika. Shah mula menyesal dengan tindakannya yang terburu - buru. Syazwi mula jatuh cinta dengan Fika dan ingin melamar Fika menjadi isterinya selepas Fika bercerai nanti, Syazwi kemudiannya pergi berjumpa ibu Fika dan meluahkan hasrat hatinya itu. Ibu Fika memang bersetuju jika Syazwi menjadi menantunya dan dia yakin Syazwi akan membahagiakan Fika. Irwan pergi berjumpa Syazwi dan memberi Syazwi amaran supaya tidak menganggu Fika lagi dan Syazwi berterus - terang yang dia memang menyukai Fika. Irwan pula memberitahu Shah tentang Syazwi dan akhirnya Shah berjumpa dengan Syazwi. Bila berjumpa Shah, Syazwi berterus - terang tentang apa yang berlaku dan turut mengaku yang dirinya menyukai Fika, malah ibu Fika juga merestui hubungannya dengan Fika.

Manakala Fika telah ke rumah suaminya untuk mengambil barang - barangnya lalu terserempak dengan Nek Pah. Fika kemudiannya bergaduh besar dengan Nek Pah dan Fika juga sempat menyelamatkan Nek Pah dari dilanggar kereta lalu membawa Nek Pah ke hospital. Di hospital, Nek Pah mula sedar dan insaf, Fika turut datang melawat Nek Pah dan mengaku yang dirinya sayang pada Nek Pah. Nek Pah mula lembut hati dan berasa bersalah pada Fika dan Shah. Nek Pah turut meluahkan rasa kesalnya pada Shah, tak lama kemudian Shah membuat keputusan untuk menjadikan Husna sebagai isterinya. Husna sangat gembira dengan keputusan Shah dan mula mengubah sikapnya untuk mengambil hati Shah. Manakala Fika pula pergi ke Perth sekali lagi dengan Syazwi dan kali ini turut ditemani Damia (Amelia Henderson). Fika juga mula rasa tidak sihat dan sakit perut, tak lama kemudian Damia dapat tahu yang Fika mengandung dan syak yang Fika akan menggugurkan kandungannya. Syazwi yang terdengar perbualan mereka akhirnya tahu yang Fika dan mengandung, Syazwi juga berterus - terang pada Fika yang dirinya sayang pada Fika dan menerima diri Fika seadanya. Malah dia juga sanggup menjadi bapa pada anak Fika itu nanti.

Damia kemudian memberitahu Faris (Luqman Hafidz) tentang kehamilan Fika, Faris excited bila dapat tahu berita itu dan turut memberitahu Shah. Shah yang ketika itu berada di butik pengantin bersama Husna tidak percaya akan hal tersebut dan mengagak Faris sengaja bergurau. Namun akhirnya Shah percaya dan turut teruja bila dapat tahu yang Fika mengandung. Manakala Fika pula tidak menyangka yang Shah sudah tahu mengenai dirinya yang mengandung. Pelik dengan sikap Shah, membuatkan Husna pergi berjumpa dengan Faris untuk bertanya kebenarannya. Faris kemudian memberitahu hal sebenar mengenai Fika yang mengandung itu pada Husna. Kelihatan Husna agak terganggu dengan berita kehamilan Fika dan risau jika Shah tak jadi kahwin dengannya akhirnya mengambil tindakan drastik. Husna cuba bunuh diri dan sempat menelefon Shah. Apa yang berlaku seterusnya?.

Pada yang terlepas nak baca sinopsis drama ini di episod awal bolehlah klik label "Drama Jangan Benci Cintaku" di bawah ini okey.
Read More

25 Jul 2018

Drama Jangan Benci Cintaku Episod 7 Hingga 16 - Akasia TV3

Jangan Benci Cintaku, Drama Jangan Benci Cintaku, Slot Akasia, TV3, Novel Jangan Benci Cintaku, Novelis Emy Roberto, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Poster, Jangan Benci Cintaku Cast, Senarai Pelakon, Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Ross, Episod 7 Hingga Episod 16 Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Poster Drama, Sinopsis Episod 7 Hingga 16 Drama Jangan Benci Cintaku,
Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku Episod 7 Hingga Episod 16 - Akasia TV3

Nampaknya ramai yang geram dengan Shah dan Husna ni terutamanya untuk episod 12 hingga episod 16. Happy sekejap bila Shah dan Husna tu dah putus tapi lepas tu boleh pula si Shah ni cari Husna balik dan akhirnya mereka berbaik semula. Kesian Fika, terpaksa pendam perasaan je, hehe apa pun tula penangan drama Jangan Benci Cintaku yang tengah hangat bersiaran di slot Akasia TV3 sekarang. Antara pelakon - pelakon drama Jangan Benci Cintaku ini adalah Zahirah Macwilson, Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Daler Yusuf, Amelia Henderson, Azizah Mahzan, Dilla Ahmad, Catriona Ross dan ramai lagi. Adakah Shah dan Husna akan kahwin? atau Shah dan Fika bercerai? atau kedua - duanya sekali?. Sama - samalah kita tunggu nanti okey. Dalam entry ini aku nak share sinopsis drama Jangan Benci Cintaku untuk episod 7 hingga episod 16, selamat membaca okey..




Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku Episod 7 Hingga Episod 16 - Akasia TV3

Fiqa dapat merasakan yang cinta Shah sudah berubah dan kemungkinan besar Shah juga sudah ada perempuan lain. Namun Fika cuba berfikiran positif, namun hatinya kecewa bila Shah sendiri berterus – terang mengenai Husna pada dirinya. Tidak ada apa yang boleh dilakukan Fika kerana semuanya berpunca daripadanya, dia tak dapat nak marah pada Shah mahu pun Husna, sebaliknya dirinya hanya boleh bersabar dan redha. Tak lama kemudian Fika memutuskan untuk merebut kembali cinta Shah, pelbagai cara yang dilakukannya, dirinya bernasib baik kerana Shah melayan dirinya sama seperti dulu, bezanya sekarang Fika dah ada pesaing. Husna pula tertekan dengan sikap Shah yang seolah – olah sengaja tidak mahu mempercepatkan penceraian Shah dan Fika. Fika meminta Shah masa untuk dirinya menebus segala kesalahannya pada Shah dan Shah mengikut kehendak Fika dan dalam masa yang sama, Shah masih keluar dan melayan Husna dengan mesra. Manakala Husna pula sengaja merapatkan diri dengan Nek Pah supaya senang Nek Pah menyokongnya untuk menjadi isteri Shah dan menceraikan Fika. Hal ini diburukkan lagi dengan Irwan yang cuba bekerjasama dengan Husna untuk membuat Fika dan Shah bercerai secepat mungkin. Irwan juga mencadangkan Fika untuk bekerja di syarikat ayahnya dan Fika tertarik dengan jawatan yang ditawarkan oleh syarikat ayah Irwan tu. 




Malangnya Shah tak benarkan Fika bekerja disitu, dia tak mahu Irwan rapat dengan Fika. 
Shah juga hairan kenapa Fika tak nak bekerja dengannya saja berbanding bekerja di syarikat ayah Irwan, namun setelah Fika berterus – terang mengenai dirinya yang tak sanggup melihat Shah dan Husna bersama – sama jika dia bekerja di syarikat Shah. Setelah berfikir panjang, akhirnya Shah mengizinkan Fika untuk bekerja dengan ayah Irwan itu. Tak lama kemudian Shah dan Husna bergaduh besar dan Husna akhirnya memutuskan hubungan mereka dan kemudian Husna pulang ke kampung untuk menjaga ibunya yang sakit. Faris dan Damia gembira dengan berita Shah dan Husna dah putus lalu memberitahu Fika. Manakala Shah pula jadi tak tentu arah bila Husna tiada, Shah jadi sendih bila Husna tiada dalam hidupnya dan mula mencari  - cari Husna kembali. Tak lama kemudian Fika terlepas cakap mengenai Shah yang putus cinta itu dan membuatkan Shah memarahi Faris dan Damia yang telah memberitahu Fika pasal berita tersebut. Shah juga turut memberi amaran pada Faris dan Damia supaya tidak mencampuri urusannya lagi. Shah kemudiannya pergi ke kampung Husna untuk memujuk Husna, malah Shah juga berjanji akan berkahwin dengan Husna. Fika berasa sedih dan kecewa bila mendapat tahu yang Shah dah berbaik semula dengan Husna itu. 

Selain itu Husna juga sengaja ingin membuat Fika cemburu dengan sengaja menghadiahkan neck tie pada Shah. Fika juga mula merajuk dengan Shah dan ingin tinggal di rumah ibu bapanya, tak lama kemudian Fika mengalami kemalangan kecil dengan Shafwi. Fika cuba menghubungi Shah tapi tak dapat kerana Shah ketika itu sedang keluar bersama Husna. Tak lama kemudian Fika dapat tahu Shah sedang bergembira dengan Husna sedangkan dirinya tengah berada dalam masalah. Kecewa dengan hal itu Fika menyelesaikan isu keretanya dengan caranya sendiri. Namun selepas itu Shah memarahinya dan membuatkan Fika makin benggang dan ingin pulang ke rumah ibu bapanya. Manakala Damia pula pergi berjumpa Shah dan menerangkan sebab kenapa Fika berkelakuan sedemikian. Shah kemudian mula berasa bersalah pada Fika. Apa yang berlaku seterusnya?. Bagi yang terlepas nak baca sinopsis drama ini di episod - episod awal, bolehlah klik link di bawah ini ye..
Read More

10 Jul 2018

Episod 2 Hingga 6 Drama Jangan Benci Cintaku

Jangan Benci Cintaku, Drama Jangan Benci Cintaku, Slot Akasia, TV3, Novel Jangan Benci Cintaku, Novelis Emy Roberto, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Poster, Jangan Benci Cintaku Cast, Senarai Pelakon, Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Ross, Episod 2 Hingga Episod 6 Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Poster Drama, Sinopsis Episod 2 Hingga 6 Drama Jangan Benci Cintaku,
Sinopsis Episod 2 Hingga 6 Drama Jangan Benci Cintaku

Hari ini seperti biasa aku nak share sinopsis drama Jangan Benci Cintaku untuk Episod 2 Hingga Episod 6 di bawah ini. Drama Jangan Benci Cintaku ini adalah adaptasi daripada Novel yang tajuknya juga sama karya novelis Emy Roberto dan tengah hangat bersiaran di slot Akasia TV3. Antara pelakon - pelakon drama Jangan Benci Cintaku ini serta watak yang dibawa mereka adalah seperti berikut:-

Watak - Watak Pelakon

Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat / Shah
Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda / Fika

Niena Baharun sebagai Husna

Luqman Hafidz sebagai Faris

Izzue Islam sebagai Syazwi

Amelia Henderson sebagai Damia

Daler Yusuf sebagai Irwan
Dilla Ahmad sebagai Zaida
Esma Dainal as Tuan Shariman
Azizah Mahzan sebagai Nek Pah
Catriona Brian Ross sebagai Puan Azlin




Kalau korang nak baca sinopsis drama ini untuk episod yang pertama bolehlah klik sini okey ➔ Drama Jangan Benci Cintaku Episod 1 So jom tengok pula sinopsis drama ini untuk episod kedua hingga episod enam ye, selamat membaca..

Sinopsis Episod 2 Hingga 6 Drama Jangan Benci Cintaku - Akasia TV3

Shah dan semua orang cuba memujuk Fika supaya tidak ke Australia untuk menyambung pelajarannya dan mencadangkan Fika untuk sambung belajar di Malaysia saja. Namun Fika dah nekad dan tetap dengan keputusannya untuk ke Australia. Akhirnya Shah mengalah dan membenarkan Fika ke sana. Selama Fika di Australia, Shah dan Fika saling mempercayai antara satu sama lain, jika ada masa terluang, Shah akan melawat isterinya itu di Australia dan menghabiskan masa berdua. Fika sentiasa happy bila Shah datang melawatnya manakala Shah pula sentiasa setia dengan Fika. Namun Shah mula kecewa bila dapat tahu yang Fika makan pil perancang kehamilan dan membuatkan Shah marah dan sedih dengan tindakan Fika yang tidak mahukan anak buat masa terdekat ini. Tak lama kemudian Shah dan Faris berkenalan dengan Husna dan Shah telah menolong Husna yang telah tertinggal kunci kereta dalam keretanya. Husna juga sudah mempunyai tunang bernama Hazri. Namun Hazri ini seorang yang panas baran dan kerap meminta duit pada Husna, selain itu Husna juga kerap terserempak dengan Shah di kawasan sekitar pejabat Shah membuatkan mereka semakin rapat.



4 tahun Fika di Australia, Shah masih melayan Fika dengan baik, namun di tahun kelima iaitu tahun terakhir Fika di Australia itu, Shah dah mula dingin dengannya. Shah mula melayan Fika acuh tak acuh saja dan membuatkan Fika sedikit sedih dengan perubahan Shah namun Fika hanya berfikiran positif saja. Hal bertambah rumit apabila Shah juga tidak datang di hari Konvokesyen Fika, hanya ibu bapa Fika saja yang datang. Fika dah mula tak sedap hati serta merindui Shah namun dirinya masih tidak mahu pulang ke Malaysia sebaliknya pergi bercuti bersama kawan baiknya Damia. Shah sebenarnya sudah curang dengan Fika dan kini bercinta dengan Husna, malah Husna sendiri tahu mengenai status Shah yang masih bergelar suami orang. Namun Shah berjanji pada Husna akan menyelesaikan masalahnya dengan Fika tidak lama lagi dan meminta Husna untuk sabar menunggu. Shah juga sudah memperkenalkan Husna pada Nek Pah dan kelihatan Nek Pah sangat menyukai Husna berbanding Fika. Malah Husna juga telah datang ke rumah Nek Pah dan bertemu dengan ibu bapa Shah. Walaubagaimanapun ibu Shah tidak begitu suka dengan sikap Shah, manakala Faris pula cuba menasihati Shah mengenai hubungannya dengan Husna, tambahan lagi Fika akan pulang ke Malaysia tak lama lagi.

Namun Shah tidak mempedulikan langsung mengenai nasihat yang diberikan Faris, Shah selamba membawa Husna ke Bali dengannya dan tidak pergi menyambut kepulangan Fika di airport. Manakala Irwan pula yang tidak sabar dan membawa pulang sepupunya dari airport ke rumah ibu bapa Fika. Fika kecewa bila Shah tiada sewaktu dia pulang ke Malaysia, walaubagaimanapun Fika sudah berazam untuk menjadi isteri yang terbaik buat Shah sebaik dia pulang ke Malaysia, Fika sedar Shah sudah banyak berkorban untuknya, sekarang ini tibalah gilirannya untuk berkorban untuk Shah dan menjaga Shah sebaik mungkin. Tak lama kemudian Fika sengaja nak buat kejutan pada Shah dan pergi ke pejabat Shah namun Fika terkejut melihat Shah yang sangat mesra dengan Husna di tepi kereta dan berlalu dari situ. Manakala Faris pula terkejut melihat Fika disitu yang sedang melihat gelagat Shah dan Husna yang mesra itu. Apa yang berlaku seterusnya?..
Read More

3 Jul 2018

Drama Jangan Benci Cintaku Episod 1 (Akasia TV3)




Jangan Benci Cintaku, Drama Jangan Benci Cintaku, Slot Akasia, TV3, Novel Jangan Benci Cintaku, Novelis Emy Roberto, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Poster, Jangan Benci Cintaku Cast, Senarai Pelakon, Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Ross,
Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku Episod 1 Slot Akasia TV3

Drama Jangan Benci Cintaku adalah adaptasi daripada Novel Jangan Benci Cintaku karya Emy Roberto dan tengah bersiaran di slot Akasia TV3 bermula 28 Jun yang lalu. Saharul Ridzwan dan Zahirah Macwilson adalah teraju utama drama Jangan Benci Cintaku dan ini merupakan kali pertama aku melihat gandingan mereka berdua. Episod pertama drama ini bermula dengan baik dan aku suka semua pelakon drama ini. Antara barisan pelakon drama Jangan Benci Cintaku ini adalah Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Ross dan ramai lagi. Apa pun jom tengok sinopsis episod 1 drama ini di bawah ye, selamat membaca okey.

Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku Episod 1 Slot Akasia TV3

Mengisahkan perkahwinan Shahrizal (Saharul Ridzwan) dan Rafeeqa / Feeqa (Zahirah Macwilson) yang diatur oleh keluarga mereka, Shahrizal sememangnya sudah bersedia untuk menjadi seorang suami berbeza dengan Rafeeqa yang masih muda, tidak matang dan bersikap kebudak - budakan. Shahrizal terpaksa bersabar melayan kerenah Rafeeqa yang kebudak - budakan itu, namun dalam diam Shahrizal sudah mula menyukai Rafeeqa ini ditambah dengan sikap Rafeeqa yang agak manja itu. Nek Pah (Azizah Mahzan) kemudian membuat kejutan dengan muncul di rumah Shahrizal untuk melihat dan menguji Rafeeqa yang baru saja bergelar seorang isteri. Nek Pah sememangnya kurang gemar dengan sikap Rafeeqa yang tidak tahu apa - apa itu, Nek Pah kemudian mengkritik cara Rafeeqa melayan suaminya Shahrizal namun Shahrizal sentiasa back up Rafeeqa. Nek Pah juga menyuruh Rafeeqa untuk memasak nasi goreng untuk mereka semua pada pagi itu. Selain itu Rafeeqa mempunyai kawan baik bernama Damia (Amelia Henderson) dan turut rapat dengan sepupunya Irwan (Daler Yusuf). Walaupun sudah berkahwin, Rafeeqa masih dengan perangai lamanya iaitu suka keluar dengan kawan - kawannya sampai larut malam. Namun Shahrizal tetap bersabar dan cuba menegur Rafeeqa secara lembut.



Irwan pula kecewa apabila Rafeeqa berkahwin dengan Shahrizal, dia sudah lama mencinta Rafeeqa malah ingin mengahwini Rafeeqa lepas mereka habis SPM. Namun Rafeeqa menolak lamaran Irwan kerana dirinya terlalu muda ketika itu, namun Irwan terkejut apabila Rafeeqa boleh pula menerima lamaran Shahrizal yang jauh lebih tua darinya. Rafeeqa memberi alasan yang Shahrizal adalah pilihan keluarganya dan dia mengikut saja. Ibu Irwan menasihati Irwan supaya move on namun kelihatan Irwan masih menaruh harapan pada Rafeeqa, malah dirinya juga tidak yakin yang perkahwinan Rafeeqa dan Shahrizal boleh bertahan lama. Tak lama kemudian Rafeeqa mendapat tawaran sambung belajar di Perth Australia dan perlu meminta izin Shahrizal terlebih dahulu. Shahrizal mengizinkan Rafeeqa untuk sambung belajar tapi terkejut apabila mengetahui yang Rafeeqa ingin sambung belajar di Australia dan akan meninggalkannya selama 5 tahun. Apa yang berlaku seterusnya?.
Read More


My Random Post