30 Okt 2019

Drama Pesan Pada Hati Lakonan Shukri Yahaya dan Nabila Razali




Pesan Pada Hati, Drama Pesan Pada Hati, Slot Lestary, TV3, Sinopsis Drama Pesan Pada Hati, Poster Drama Pesan Pada Hati, Drama Bersiri TV3, Drama Melayu TV3 2019, Watak - Watak Pelakon Drama Pesan Pada Hati, Drama Baru Shukri Yahaya, Drama Baru Nabila Razali, OST Drama Pesan Pada Hati, Senarai Pelakon Drama Pesan Pada Hati, Shukri Yahaya, Nabila Razali, Jasmin Hamid, Chacha Maembong, Sara Ali, Arja Lee, Elya Miera, Adam Yusuf, Firdaus Ghufran, Bella Rose, Muaz Fitri, Liza Abdullah, Anne Abdullah,
Drama Pesan Pada Hati adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam dan mula bersiaran sejak 25 Oktober 2019 yang lalu. Antara pelakon drama Pesan Pada Hati ini adalah Shukri Yahaya, Nabila Razali, Jasmin Hamid, Chacha Maembong, Sara Ali, Arja Lee, Elya Miera, Adam Yusuf, Firdaus Ghufran, Bella Rose, Muaz Fitri, Liza Abdullah, Anne Abdullah dan ramai lagi. Selain itu drama Pesan Pada Hati ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan Natasya Nasir serta diterbitkan oleh Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Manakala lagu tema / OST Drama Pesan Pada Hati ini dinyanyikan oleh Azlan and The Typewriter bertajuk Jangan Khianati Aku, lagu sisipan lain dalam drama ini terdiri daripada lagu yang dinyanyikan oleh Sissy Iman bertajuk Hidup serta lagu Jangan Kau Jauh nyanyian Shaffiq Erwin. Apa pun memang nampak menarik drama ni kan, jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye serta watak -watak pelakon dalam drama Pesan Pada Hati.
Pesan Pada Hati, Drama Pesan Pada Hati, Slot Lestary, TV3, Sinopsis Drama Pesan Pada Hati, Poster Drama Pesan Pada Hati, Drama Bersiri TV3, Drama Melayu TV3 2019, Watak - Watak Pelakon Drama Pesan Pada Hati, Drama Baru Shukri Yahaya, Drama Baru Nabila Razali, OST Drama Pesan Pada Hati, Senarai Pelakon Drama Pesan Pada Hati, Shukri Yahaya, Nabila Razali, Jasmin Hamid, Chacha Maembong, Sara Ali, Arja Lee, Elya Miera, Adam Yusuf, Firdaus Ghufran, Bella Rose, Muaz Fitri, Liza Abdullah, Anne Abdullah,
Shukri Yahaya sebagai Yusuf
Nabila Razali sebagai Zulaikha
Sara Ali sebagai Yanna
Chacha Maembong sebagai Ardina
Arja Lee sebagai Virza
Firdaus Ghufran sebagai Amir
Bella Rose sebagai Fazilah
Muaz Fitri sebagai Ustaz Taufiq
Jasmin Hamid sebagai Puan Ruby
Elya Miera sebagai Maryam
Liza Abdullah sebagai Hajar
Anne Abdullah sebagai Jamilah




Sinopsis Drama Pesan Pada Hati - Slot Lestary TV3

Mengisahkan mengenai Yusuf dan Zulaikha yang jatuh cinta namun terputus di tengah jalan. Pertemuan pertama akibat perselisihan faham di stesen komuter di antara Yusuf (Shukri Yahaya) dan Zulaikha (Nabila Razali) yang tidak disangka dalam diam telah menimbulkan bibit cinta secara tidak sengaja. Pada awalnya, Zulaikha tidak menyukai Yusuf dan sering jual mahal apabila Yusuf ingin mendekatinya. Zulaikha juga risau kerana ibunya, Hajar (Liza Abdullah) pernah berpesan untuk tidak jatuh cinta pada lelaki di Kuala Lumpur. Hajar kecewa apabila anak yang paling disayanginya, Aakif tidak pernah pulang ke kampung lagi setelah berkahwin dengan gadis bandar. Yusuf telah melamar Zulaikha tetapi Zulaikha perlukan masa untuk memujuk Hajar. Pada hari yang sama Zulaikha pulang ke kampung untuk memberitahu mengenai lamaran Yusuf, mereka dikejutkan dengan berita kemalangan yang telah meragut nyawa Aakif dan isterinya Maryam. Kematian Aakif memberi kesan kepada Zulaikha. Zulaikha tidak sampai hati ingin melukakan hati Hajar lagi jika dia memberitahu yang dia ingin berkahwin dengan Yusuf.

Pesan Pada Hati, Drama Pesan Pada Hati, Slot Lestary, TV3, Sinopsis Drama Pesan Pada Hati, Poster Drama Pesan Pada Hati, Drama Bersiri TV3, Drama Melayu TV3 2019, Watak - Watak Pelakon Drama Pesan Pada Hati, Drama Baru Shukri Yahaya, Drama Baru Nabila Razali, OST Drama Pesan Pada Hati, Senarai Pelakon Drama Pesan Pada Hati, Shukri Yahaya, Nabila Razali, Jasmin Hamid, Chacha Maembong, Sara Ali, Arja Lee, Elya Miera, Adam Yusuf, Firdaus Ghufran, Bella Rose, Muaz Fitri, Liza Abdullah, Anne Abdullah,

Zulaikha akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan perhubungannya dengan Yusuf dan tidak lagi kembali ke Kuala Lumpur. Yusuf kecewa kerana Zulaikha menghilangkan diri tanpa khabar berita. Semenjak itu, Yusuf sedikit sebanyak mula mengubah jalan hidupnya. Pelbagai kejadian yang menimpanya membuatkan Yusuf bermuhasabah diri. Yusuf meninggalkan hobi dan perangai lamanya. Rubi (Jasmin Hamid), ibu Yusuf, gembira melihat perubahan Yusuf. Rubi terfikir adakah Yusuf masih mencintai Zulaikha. Rubi yakin Yusuf masih menanti Zulaikha walaupun Yusuf tidak menunjukkannya. Takdir seperti mempermainkan mereka, apabila mereka kembali bertemu dan mengetahui bahawa Maryam merupakan kakak kepada Yusuf. Semuanya terjadi apabila Zulaikha perlu mencari keluarga Maryam untuk meminta pertolongan membiayai rawatan Dayyan, anak Akif dan Maryam yang jatuh sakit. Yusuf pula masih menyimpan dendam atas kematian Maryam dan menjadikan Zulaikha sebagai tempat untuk dia membalas dendam. Yusuf setuju untuk membantu, tetapi dengan syarat Zulaikha perlu menjadi hambanya. Apa yang berlaku seterusnya? Mungkinkah tiada lagi cinta di hati Yusuf buat Zulaikha?.






~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post